Sunday, April 1, 2018

trip birthday | surat thani ke hatyai

Entry ini sambungan dari trip birthday | selamat tinggal khao sok.


Train aku delay sejam lebih, merasalah melangut berjam2 kat train station sambil perhati orang sekeliling. Bukan train aku je delay, train lain pun banyak jugak yang delay. Memang ketara muka2 kerengsaan menunggu train tak kunjung tiba. 


Bila masuk tengah malam, aku memang berlegar kat kawasan Platform 1 ni je. Walaupun terang dan orang ramai, kawasan sini lebih selamat.


Train ke mana ntah yang ini, train baru dan electronic display lagi.

Masa train aku sampai, tak sangka punya panjang dan banyak gerabak. The worst part, my car was far to the other end. Berlari2 aku, padahal ada lagi yang lagi lambat dari aku. Seat was okay, selesalah jugak. Lagipun kejap je perjalanan aku dari Surat Thani ke Hatyai. 


Subuh tu aku dah tak boleh nak pejam dah, padahal aku tido2 ayam je sepanjang perjalanan dari Surat Thani. Sunrise cantik giler, sipi2 je aku dapat capture. 







Bila train sampai ke Hatyai Junction, aku terus turun dan berjalan keluar. Akhirnya aku masuk ke Ladda guesthouse dan on bila auntie tu kata THB 300. Aku malas dah nak menapak cari tempat lain. Dah masuk baru perasan aku pernah stay hotel ni last 2 years, cuma bezanya bilik lain. Lepas mandi terus rasa segar, bersiap2 aku keluar untuk breakfast.


Konon2 dah last day, aku nak makan besar. Tak sangka aku betul2 terkena kali ni, memang besar berlubang poket aku untuk brunch yang rasanya so-so aje, total hangus THB 320. Terkejut aku masa mintak bil, serve me right sebab masa order tak tanya harga.

Bengang pasal makan, aku tersilap masukkan kad masa kat ATM CIMB Thai. 3 kali wrong password, mujur tak kena telan. Masa aku nak simpan balik kad baru perasan aku silap kad. Lepas withdraw duit aku ke Davis Tour, beli tiket balik ke KL. Ingat nak singgah shopping mall, tapi masih tutup. Robinson yang kat sebelah guesthouse pun tutup lagi. Sementara tunggu Robinson bukak, aku naik ke bilik. 

Dah dapat apa yang aku nak kat Robinson, aku balik tidur. Aku bangun bila alarm berbunyi; mandi, packing dan check out. Lepas dah confirm tiket, aku tinggalkan backpack dan menuju ke 7E, nak tapau cha-yen. Sekali habis daa... Nampaknya jodoh aku dengan cha-yen dalam trip kali ni tak kesampaian. 

Jalan jem, lama giler nak sampai ke border. Driver ni bawak ikut Sadao, somewhere around Danok meriah giler dengan street food and mostly peniaga Muslim. Lepas berjaya melepasi border, perjalanan ke ibu kota berjalan lancar. Berakhirlah trip birthday yang terpaksa dipendekkan because of family matter. 

End of trip @ day 7.

footnote: birthday trip itu merupakan trip terakhir aku tahun lepas. Aku cancel few upcoming trip lepas kehilangan adik yang menyebabkan aku hilang semangat dan kekuatan. Itu juga jawapan kenapa blog aku bersawang. Dan sekarang aku masih berusaha untuk kembali bangkit.


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...