Sunday, February 25, 2018

trip birthday | selamat tinggal khao sok



Pagi ni aku bangun lambat, sengaja berlama2 atas katil. Lepas roommate aku keluar, baru aku keluar ke bilik air. Lepas mandi, aku check baju yang aku sidai kat balkoni. Matahari dah naik, tapi balkoni ni mengadap matahari turun, memang lambatlah nak kering.  


Walaupun matahari dah tinggi, tapi bukit kat belakang bilik aku masih berkabus. 


Inilah keadaan bilik yang aku menginap selama 2 malam, mixed dorm for 3. Mujur ada curtain antara bed ni, takde lah terasa expose sangat.

Aku memang taking my own sweet time pagi ni before check out. Aku takde plan nak singgah ke mana2 pun. Before 11.00 am, semua dah settle dan aku turun ke reception kaunter. Takde orang pun kat situ, so aku blah macam tu je. Lagipun semua payment aku dah settlekan semalam, passport memang ada dengan aku. Minah semalam tu pun ada mention that I can just walk out. 


Aku snap schedule public bus yang ada atas kaunter reception. Macam biasa, kena menapak ke main road about 1.6km kalau sayang duit.

Sebab masih awal, aku berjalan je pelan2. Sambil2 tu singgah kat tour desk check for postcard. Sayang sungguh, postcard semuanya tak cantik, takdelah sesi menghantar poskad untuk diri sendiri nampaknya. Aku teruskan berjalan ke main road dengan penuh santai, takde apa yang nak dikejar.


Masa datang itu hari aku berhenti sebelah sana. Bangunan kedai tempat bas berhenti tu ada jual tiket dan bas akan bergerak ke atas sana menuju ke Khao Lak. Untuk balik ke arah Surat Thani, aku tunggu bas belah sini. Ada pondok yang tergantung dengan pisang, tapi takde orang. So, aku menumpang kat pondok tu sengsorang.

Bas sampai 2 minit awal, ini antara yang aku suka pasal Thailand ni. Jadual bas dorang reliable, takde lah umpama menunggu buah yang tak gugur. Masa aku datang itu hari tambang cuma THB 100, tapi masa balik ni THB 120, padahal aku nak berhenti kat train station aje pun. Jauh lagi kot nak sampai ke downtown Surat Thani. 

Bas tak masuk ke train station, berhenti tepi jalan tu aje. Berjalanlah aku ke train station, mujur tahu direction. Aku angguk je masa conductor bagi direction masa aku nak turun dari bas tadi. Train paling awal ke Hatyai pukul 12.25 midnight. Fan THB 176 and berth THB 600. Of course aku pilih yang paling murah. 

Dah dapat tiket aku ushar tengok kawasan. Takde yang menarik, so aku keluar ke 7E depan taman. Kat 7E ni ada banyak produk makanan dari Malaysia. Aku beli bihun dan cha-yen, kemudian kembali ke train station. Aku lepak kat bench yang agak jauh dari orang ramai, aku beralih ke bahagian dalam station bila hujan turun rintik2. 

   
Waktu siang train station ni nampak agak sunyi. Aku kerisauan sebenarnya, risau kalau2 menjelang malam karang keadaan bertambah sunyi.

Rupa2nya toward to the late evening, makin ramai crowd kat train station. Pekerja station makin busy, kalau siang tadi dorang tak meronda sangat. Dan punca kenapa bila malam orang makin bertambah adalah sebab frequencies train belah malam bertambah ke pelbagai destinasi. Let say korang nak ambik train kat sini sengsorang tengah malam, tak perlu risau. Insya Allah selamat. CCTV pun ada banyak, cuma berfungsi ke tidak tu, tak dapatlah nak dipastikan pulak. 

End of day 6.


4 comments:

  1. Replies
    1. dah bertahun kot aku travel sorang...

      Delete
  2. Awal tahun hari tu,saya ambik train ke Lop Buri dari Chiang Mai, night train sampai di Lop buri dalam 3 pagi macam tu..Lepas tu sambung tido di train station Lop Buri tu sampai pagi...Sebab tu saya suka pegi Thai, rasa selamat ja kalau nak pergi mana-mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed.... so far ke Thai tak pernah tak rasa selamat. Pegilah ke ceruk mana pun, insya Allah selalu jumpa orang yang baik2 aje..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...