Thursday, November 16, 2017

trip birthday | surat thani ke khanom

Entry ini sambungan dari trip birthday | terbang ke surat thani.


Aku terjaga sebab rasa macam dah lama sangat tido. Tapi bila tengok jam baru pukul 2 lebih, aku sambung tidur. Pagi tu aku cuma bermalas-malasan dan bila dah penat baru aku turun mandi. Aku keluar cari breakfast berdasarkan saranan minah receptionist semalam. Tapi sampai ke hujung jalan aku tetap tak jumpa.

Aku patah balik ke hotel dan tanya dia pasal kedai makan yang aku tak jumpa cari tu. Dia call someone, tapi tak berjawab. Kemudian dia suruh aku jalan ke kiri dari hotel, katanya ada depan hospital. Aku dah nampak signboard hospital, tapi tak nampak hospital lagi. Start dari situ dah nampak orang jual makanan. Satu2 aku perati until aku jumpa kakak ni jual nasi campur depan 7E. Tengok lauk tak menariklah pulak. Sekali nampak perempuan pakai tudung depan sana dan aku berjalan ke depan lagi.

Ada pulut ayam, tapi aku lebih teruja bila nampak nasi kuning kakak tu. Sekali dah habis, yang tinggal kerak nasi je. Situ ada ramai peniaga Muslim dan seberang jalan, hospital. Aku settle dengan nasi kuning gerai brader tepi corner. Bila aku tanya harga, dia susun duit depan aku dan aku nak nasi dengan ayam goreng, bukan dengan ayam yang dia dah letak dengan nasi. Aku tak tahu masak apa, tapi macam yang aku makan kat Kanchanaburi. 

Aku kemudiannya singgah 7E, rupa2nya ada nasi goreng dari Malaysia. Makin jauh produk Malaysia pergi sekarang ni. Kecewa takde cha yen, aku beli ovaltine instead. Balik dan makan kat hotel. Nasi kuning tu biasa2 je. Aku speku nasi kakak yang dah habis tu mesti sedap, sebab tu cepat je habis. Lepas makan aku terus naik atas dan packing.

Masa check out aku tanya macam mana nak ke bus station dan tambang tuk tuk. Aku cross jejantas dan tahan tuk tuk. Dia tak faham bila aku kata nak ke bus station, tapi bila aku sebut Talad Kaset 2, dia angguk. Bila aku tanya tambang, dia kata Thb 30 dan aku terus naik. Boleh tahan jauh jaraknya dari hotel. Driver tuk tuk berhentikan aku kat depan terminal bas. 

Ada banyak bas, tapi takde pulak yang tulis Khanom. Aku tanya sorang minah ni, dia tunjukkan bas depan dia, pukul 1.00 bas gerak katanya. Aku duk kejap pastu jalan2. Ada sorang mamat panggil dan bila aku kata Khanom, dia bawak aku ke small office belah kiri, tepi corner. Mamat kat situ mintak THB 250, no bus only minivan katanya. Aku kata tak nak dan blah.


Talad Kaset 2, ejaan macam2 versi aku jumpa. Sini terminal bas, tapi sepanjang jalan ni dengan jalan belah sana penuh dengan office travel agent.

Dah pusing depan tu, aku duduk balik kat tempat tadi. Minah tadi dah takde kat kerusi. Lambat lagi kot nak pukul 1.00, baru pukul 11.00 lebih. Lama termenung, aku rasa macam tak puas hati. Aku bangun dan ushar pekerja Phantip, senang nak cam sebab dorang pakai uniform ada tulisan Phantip. Sekali mamat yang mula2 approach aku tadi muncul lagi sekali dan dia tunjukkan mamat lain pulak. This time staff Phantip dan dari satu kaunter ke satu kaunter dorang tolak aku. Sampailah ke kaunter mamat makan sirih, dia yang jual tiket ke Khanom dan tambang THB 100, sama dengan info yang aku baca malam tadi.

Untuk ke Khanom takde bas, yang ada cuma van atau nama lainnya minibus. Masa dalam van baru aku perasan ada kedai halal depan terminal. Perjalanan ke Khanom sejam lebih. Aku sempat tido dan mimpi lagi kot walaupun dalam van aircond tak sejuk. Masa sampai kat town Khanom, driver berhenti dan suruh aku turun. Tapi aku mintak dia berhentikan aku kat office Phantip, which later aku regret sebab jauh... 😒 😒 😒. Jambay ada bagitau, dari town naik motor THB 50, tapi dari office ni dorang charge aku THB 100, pasrah jelah.


Ada hikmahnya sebab aku dapat schedule minibus untuk balik ke Surat Thani. Bolehlah aku plan masa aku nanti.

Sampai Jambay, owner tengah busy dan dia pass aku kat mamat Scottish untuk tunjukkan bilik. Dia relaks betul, langsung tak kisah pasal deposit ke apa. Bilik aku kat depan, dekat dengan main road. Bilik air kat dalam dan ada kipas je sebab aku ambik bilik paling murah.


Bilik aku, tilam tu best betul. Lepas rehat dan solat, aku tido dulu padahal masa dalam minibus dah kenyang tido dah. Mungkin sebab cuaca panas, mata pun senang layu agaknya. 


Bilik ni bukanlah bilik sebenarnya, it's more to chalet sebab dibina berasingan dengan yang lain, lengkap dengan bilik air dan veranda. Cuma saiznya agak kecil but comfortable enough for 2.

Belah petang aku melepak sambil ukur pantai. Nak tunggu sunset memang tak dapatlah sebab sunset the other side, belah sini boleh tunggu sunrise pagi esok. Itu pun kalau kerajinan berada pada tahap paling tinggilah. Pantainya boleh tahan menarik dan orang pun tak ramai, maybe sebab weekdays kot. Yang tak bestnya anjing banyak kat sini.









Masa Jambay aku lupa nama owner, so I do refer him as Jambay instead tengah hidupkan unggun api dengan geng minum dia, aku perlahan2 bangun dan balik ke bilik. Siang hari memang panas giler, tapi malam sejuk kot. 

End of day 2.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...