Monday, June 5, 2017

trip santai | pantai klayar, pacitan



Lepas Subuh pagi tu aku sambung berselimut bila aku intai kat luar gelap semacam, macam nak hujan. Mesti takde sunrise. Masa ada orang ketuk tingkap, aku tetap keraskan badan dalam selimut. Malas bebenor nak bangun. Agak2 hari dah makin siang, baru kitorang bangun. Lepas mandi kami terus packing. Keluar dari Pantai Klayar karang, kitorang tak singgah ke bilik dah.


Bilik kami sebelah kiri jalan ni. Turun ke bawah memang jumpa laut terus. Malam2 memang jelas bunyi ombak walaupun jarak dengan pantai agak jauh. MrL kata pagi tadi cantik, ada garisan warna dekat horizon masa dia ketuk tingkap bilik kitorang. Terus rasa rugi tak menjenguk keluar, haha.

Bila semua dah ready, kami naik kereta untuk ke pantai. Jalan boleh tahan merbahaya, terutamanya bila lalu depan gerai jualan nak menyeberang ke sebelah sana. Kalau waktu peak, kereta tak boleh ke sana. Sebab kitorang datang ni pagi, orang berjualan pun belum datang, selamba ajelah bawak kereta dan parking tak jauh dari hotel yang kitorang tak jadi bermalam malam tadi. 

Dari parking kami berjalan ke arah pantai dan perlahan2 berjalan ke arah batu2 besar hujung belah kiri pantai. Memang cuaca pagi ni agak kelabu, mendung masih belum mahu pergi. Tapi elok jugak mendung cenggini, takde lah kepanasan.


Minah tu lama betul bertafakur atas batu depan pantai ni. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling.


Spotted mata air yang mengalir dan membentuk corak abstract, bercampur dengan pasir hitam.


Depan pantai kawasan hujung ni ada banyak gerai jualan, salah satunya milik akak owner hotel kitorang tido malam tadi. Masa ni semua gerai ni masih tutup.


Aku dah nampak batu bentuk ala2 sphinx, tapi tak nampak tanda2 seruling samudera pun. Kemain aku perati bila air pasang kot2 ternampak pancutan air.


Aku nampak ada orang naik atas batu sana, tapi tak tahu untuk apa. Aku tanya budak perempuan yang tengah tunggu kawan2 dia main bola kat mana seruling samudera, masalahnya dia langsung tak tahu.


Bertabahlah aku duk depan pantai tengok air terjun jadian bila sesekali ombak besar menghempas.

Masing2 dah kebosanan menunggu sesuatu yang tak pasti, dah ada ura2 nak balik bila akak hotel yang aku lupa namanya sampai. Dia tunjukkan arah seruling samudera sambil hidangkan kitorang kopi panas. Baru kitorang dapat tengok dari jauh bila ombak besar. Bila akak tu offer nak suruh suaminya temankan ke sana, aku tak tolak. Excited nak tengok dari dekat.


Ni sewaktu ombak kecik. Lepas 2 atau 3 kali pancutan air sebesar ni, baru akan muncul yang betul2 besar. Kata abang tu, dulu lubangnya kecil, jadi bunyinya cukup nyaring. Sekarang lubang dah semakin besar, bunyi seruling tu dah tak sekuat dan senyaring dulu. Itulah asalnya nama seruling samudera.


Ini bila betul2 besar. Boleh basah kalau berdiri berdekatan dengan lubang ni.


Abaikan orang yang tak dikenali itu. Bila yang menjadi tumpuan hanya satu dan ada orang lain jugak, memang susah nak dapat hasil tanpa penampakan.


video
Setelah beberapa kali mencuba, dapat jugak aku rakamkan video. Tapi masa ni aku dah kecewa sangat2 sebab bateri kamera dah flat. Itu pun aku terpaksa off and on few times. Tapi cubaan aku nak ambik video seterusnya gagal bila bateri betul2 flat. Bateri spare dan kamera satu lagi aku tinggal kat kedai akak tadi... 😢😢😢 


Kalau dari arah pantai tak nampak sangat bentuk batu ni. Tapi dari atas sini memang jelas bentuknya macam sphinx. 

Bila air makin pasang, abang tu ajak balik. Bahaya bila air pasang, katanya. Pernah terjadi 3 sekeluarga disapu ombak besar terus ke dalam laut sewaktu lalu sebelah batu sphinx nak kembali ke pantai. Ombaknya memang ganas teramat, bila sesekali ombak besar datang memang tinggi ombaknya.


Masa ombak tak berapa nak besar pun dah cuak aku tengok, inikan pulak ombak besar bila high tide.


Dah puas hati dapat tengok seruling samudera, kitorang tinggalkan Pantai Klayar. 

Aku tumpang basuh kaki kat hotel tak jadi menginap semalam sebelum kitorang tinggalkan kawasan parking. Masa kami balik ni, baru nampak meriah sikit dengan pengunjung yang baru datang. Aku tinggalkan Pantai Klayar dengan memori indah untuk dikenang. Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya, ada sedikit perubahan atas saranan akak hotel.

Bersambung.....


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...