Saturday, April 1, 2017

road trip 2016 | dari bendang ke muzium



Lepas Subuh kitorang sambung berselimut, itu pun lepas angkat mana2 pakaian yang dah kering. Ingat nak lepak depan tasik tunggu sunrise muncul, tapi bila aku ngintai dari balik langsir gelap semacam je, itu yang tarik selimut. Cuaca pagi ni mendung berarak kelabu namanya. Lagipun kitorang takde nak rushing sangat. Lewat jugak kami check out pagi tu.


Tasik tenang depan bilik sebelum kami check out. 

Dari Pendang kami menghala ke arah Lembah Bujang. Melalui pekan kecil dan kampung di sepanjang perjalanan. Paling best bila sawah padi menghijau di kiri dan kanan jalan. Mula2 tu semua masih bertahan untuk taknak berhenti. Sekadar wahh sana, woww sini dari dalam kereta. Bila jumpa spot menarik, terus aku berhenti kat tepi dan tanpa disuruh semua keluar. 


Hijau sawah dan biru langit memang satu kombinasi yang menarik.


Punca aku pull over sebab nampak pokok rendang ni tengah sawah. Maka terjadilah aksi photogedik di tengah sawah dengan matahari terik atas kepala.


Tetiba tuan tanah terasa nak tepek gambar sendiri. Sila jangan muntah hijau.


Pokok, tali air dan sawah padi memang kombinasi yang menarik. Lagi mengancam kalau langit biru dan terang. 

Dah berpeluh sakan tengah sawah, baru kitorang sedar diri. Perjalanan diteruskan ke arah Lembah Bujang sambil mata mencari2 kedai makan untuk disinggah. Aku dah terlajak ke depan bila ternampak kedai makan di pinggir jalan, tapi takde jauh pun terlajaknya. Alang2 dah lewat, kami terus brunch. Lepas makan kami meneruskan perjalanan dan bila ternampak signboard Lembah Bujang, kami sepakat untuk singgah. 

Lepas parking kami tak terus masuk ke dalam kompleks, tapi merayau kat kawasan parking. Lepas tu baru masuk ke dalam dan register nama kat buku pelawat. Ada yang menjaga dan tiada bayaran masuk dikenakan. Masing2 taking our own sweet time, strolling around with other visitors. 


Manik dari kaca dan batu yang ditemui sewaktu proses eskavasi merupakan bahan dagangan sebagai perhiasan diri, bahan2 untuk upacara keagamaan serta sebagai mata wang. Manik ini dibawa oleh pedagang dari India.


Antara arca dan relief yang ditemui. Relief yang tengah dari batu andesit menunjukkan imej Buddha dan dipercayai berasal dari Candi Borobudur, Indonesia. 

Dah habis pusing dalam hall baru kitorang keluar. Kat bahagian belakang bangunan ada banyak lagi yang dipamerkan. Mostly yang saiz besar2. Ada pelapik tiang, lesung batu, pengisar, even pemerah air tebu yang ditemui di Kampung Segantang Garam, dipercayai digunakan sekitar awal kurun ke-19 Masihi. Kat bahagian berbukit tu ada tapak candi yang dorang jumpa sewaktu eskavasi dan dibina semula. 


Candi Bukit Batu Pahat, merupakan candi induk kepada candi2 lain di Lembah Bujang. Dari segi kedudukan, candi ni terletak paling tinggi berbanding yang lain.


Candi Pengkalan Bujang, aku cuma pandang dari jauh je. Kedudukannya agak jauh dari laluan yang disediakan pihak muzium, tu sebab aku malas nak menapak. 

Sebenarnya bukan hanya dua candi ni aje yang ada, masih ada banyak lagi candi yang dorang bina balik selepas eskavasi. Ada yang dipagar keliling candi dan ada yang dibiarkan tanpa pagar. Maklumat berkenaan candi2 tersebut dorang sediakan berhampiran tapak candi. Antara rajin dan malas je nak baca.


Muzium Arkeologi Lembah Bujang kami tinggalkan dan pemanduan diteruskan ke destinasi seterusnya. Mujur masa kami di sini cuaca mendung, kalau tidak harus lencun bermandi peluh. 

Hari keenam belum berakhir, akan bersambung...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...