Monday, February 13, 2017

cbl | hari bersantai

Entry ini sambungan dari cbl | sesalan di bukit taubat.


Tengah malam tadi hujan, mujur kejap je dan tak lebat sangat. Berhimpit jugaklah kami nak elakkan kebasahan. Bangun pagi lepas tunaikan kewajipan, masing2 bergegas ke Air Terjun Langsir. Masing2 berharap dapat mengejar sunrise dan awan karpet pagi ni. Kami bertiga pergi dah lewat, itupun lepas contemplating sama ada nak pegi atau tak. 


Wild orchid yang tumbuh celah batu, di Air Terjun Langsir.


Masa kitorang pergi tu matahari dah tinggi, terlepas sunrise. Tapi kitorang dapat melihat hamparan awan karpet.


Hamparan awan karpet dan Air Terjun Langsir. Sayang betul, aku terlupa nak ambil gambar air terjun. 

Bila matahari dah semakin tinggi, kitorang balik ke campsite dan breakfast pagi tu dah tersedia. Lepas breakfast, kitorang ke Jeram Lesung dan berendam. Tengah2 berendam, nampak dorang baru turun dari atas. Kata dorang kat atas sana cantik sungainya.


Yang dalam itulah jeram lesung, ada dua. Dorang yang berani siap masuk ke dalam 'lesung' tu. Aku cuma berani tengok dari atas ajelah. Tempat kitorang berendam dalam kolam besar kat bahagian atas jeram lesung ni.

Sebab tergoda dengan cerita dorang pasal sungai kat bahagian atas, kitorang tak lepaskan peluang. Dengan separuh badan dah basah, gigih kitorang ke atas sana. Memang seriously cantik, cantik yang amat sangat. Aku rasa macam dah banyak aku ambik gambar, tapi bila nak transfer ke laptop, gambar macam takde pulak. 


Air dari sungai inilah yang mengalir ke bawah masuk ke kolam permandian kitorang.

Sungainya tak lurus, dan takde lah bengkang bengkok sangat. Yang menariknya, sungai ni sebaris tapi bersudut lebih kurang 90ยบ at each junction. Mostly along the river, keadaan sangat redup sebab pokok di kiri dan kanan tebing memayungi aliran sungai. Lagipun dalam hutan, memang banyaklah pokok2 yang menjadi payung semulajadi.


Airnya jernih dan sejuk, serta cetek. Ada jugak tempat2 yang agak dalam sikit.

Nak merayau lebih jauh ke atas, keberanian tu tak berapa nak ada. Walaupun kami berempat, tapi rasa macam scary pun ada jugak. Dalam hutan macam gini, bukan kami je makhluk yang ada. So, kena hati2 jugaklah. 


Inilah kolam permandian kitorang. Kat tengah2 tu agak dalam jugak dan aku macam biasa, menjadi duyung terdampar kat tepian je.

Masa tengah mandi tu dorang ada tanya nak follow ke Sungai Bangang ke tidak. Memandangkan tahap keberanian aku dengan air terlampau tinggi, pulak tu kena hiking sebijik bukit baru sampai, aku tak sanggup. Cukuplah dah lalu semalam dan ambik gambar sekeping. Jadilah dari langsung takde.

  
Lunch kami tengah hari tu, makan beramai2 di Jeram Lesung. 

Lepas makan aku terus turun ke campsite dan melepak, malas nak join Dyl dan Ciksue ke sungai yang kitorang pergi tadi. Takde apa yang nak dibuat, melayan perasaan ajelah sementara tunggu dorang balik. 

Masa dorang panggil untuk minum petang, kitorang tapau dan melepak makan tepi sungai depan campsite kitorang. Kat sini pun cantik sebenarnya, cuma aku je yang tak reti nak ambik gambar.


Sungai bahagian bawah ni banyak batu2, berlainan dengan sungai kat bahagian atas. Sekali tengok macam taman pun ada sungai ni.


Fly tempat kitorang berlindung dari panas dan hujan. First time aku tido cenggini, selalunya bila camping aku tidur dalam tent. 

Petang tu entah mana silapnya, perut aku dah start memulas2. Masa dinner, aku skip sebab perut aku yang memulas masih takde tanda2 nak reda. Risau kalau2 terjadi sesuatu di luar dugaan. Punyalah seksa malam tu, terasa lama betul nak siang. Kejap2 aku terjaga, terkebil2 tengok langit kat luar. Nak kejutkan orang sebelah, rasa tak sanggup. Bertabahlah menunggu hari siang.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...