Thursday, July 13, 2017

trip birthday | terbang ke surat thani

Aku beli tiket ke Surat Thani dah lama, masa Pak Tony buat zero fare last year. Aku berjaya rembat return ticket for about RM 80++. Seminggu sebelum fly off, aku doubtful sebab mak aku tak sihat. Dia memang selalu demam tapi tak seteruk this time. Few days sebelum aku fly, she's getting better dan aku decided to go. Trip ni banyak sangat drama, last2 aku end up tak prepare apa2 pun, study sesikit dan terjah sampai sudah.  

Flight aku tengah hari, so aku memang plan nak ambik bas free ke KLIA2 instead of uber. Masa aku tengah bersiap, hujan renyai2. Lebih kurang 8.05 camtu, aku keluar. Dah buang sampah, lepas kunci pagar segala, aku berjalan perlahan2 ke bus stop. Dalam bas ada sorang makcik and by 8.30 am bas gerak. An hour later baru sampai KLIA2 dan stop kat bawah, berdepan dengan pintu mengadap CIMB, tapi lane paling luar.

Aku naik ke atas dan singgah kat Level 2. Ingat nak lepak kat kfc, tapi bila nampak Kluang Station Coffee sebelah tu, aku tukar direction. Lama jugak aku lepak situ, maklumlah terlebih awal datang airport. First time kot aku datang awal, selalu ngam2 gate nak tutup baru sampai. 

Lepas check gate aku terus masuk. Kat entrance tu ada 2 orang staff AA dah menunggu, sorang lelaki sorang perempuan. Sebelah dorang dah ready penimbang segala sebab AA straighten pasal 7kg je yang allowed to cabin. Masa aku berjalan masuk, mamat tu relaks je tapi tetiba minah tu panggil suruh aku timbang backpack. Tak banyak soal, aku turunkan backpack dan letak atas penimbang. Jarum dekat 5kg++ je. Aku angkat backpack, senyum senget kat minah tu then off I go. Silent treatment, malas nak bising2. Later aku nampak yang satu flight dengan aku kemain banyak barang, boleh pulak lepas. Mamat omputih tu bawak 2 troli bag, selamba je lepas. Unfairly treated sungguh, haish!


Flight delay, weather pulak kelabu asap je walaupun hujan dah berhenti. Awal2 lepas take off dah cloudy atas sana. Turbulence and air pocket, almost 30 minutes after take off, jantung aku tak duk diam. Bila cuaca dah start cantik baru aku bukak mata dan pandang luar tingkap.


Jantung dah start berehat masa ni, takde nak bekerja keras sangat dah.




Nampak tasik kat bawah, which is aku rasa Tasik Kenyir. Sila betulkan kalau aku salah.


Dah melintasi ruang udara Thailand, about to land dah this time.

Masa aircraft belum touchdown aku dah rengsa, perut kemain berdondang sayang. Masa aku sampai kat depan kaunter immigration, tak ramai yang beratur. Tapi sebab aku tak dapat nak menahan sengsara, aku masuk tandas dulu. Elok aku keluar dari tandas, tu diaaa kemain panjang barisan. Jenuh nak menunggu giliran stamping passport.

Urusan aku kat kaunter kejap je, minah yang sebelum aku lama giler kat kaunter tu. Aku keluar silap pintu, dorang suruh aku refer information counter masa aku tanya pasal minivan ke Khao Sok. Rupa2nya takde direct minivan dan aku kena ke town dulu pastu tukar kat sana. Staff Phantip Travel bagitau ada bas ke Surat Thani town kat luar dan tunjukkan arah.


Keluar dari pintu depan information counter, dah boleh nampak bas ni berbaris. Bas paling depan akan ke town dan bas belakang tu akan ke pulau2 sekitar Surat Thani. Dan aku memang takde keinginan nak ke pulau pun.

Masa aku tanya driver bas, katanya bas gerak dalam 2.30 camtu, tapi takde nya. Aku rasa bas sebelum ni dah bergerak, aku tertinggal sebab keluar lewat. Lama menunggu, dah lah aku sorang2 je kat situ. Lepas few other flights sampai, barulah nampak ada orang lain dalam bas. Before bas gerak, staff Phantip akan masuk dalam bas collect tambang, sorang Thb 100. Masa dia collect tambang tu dia tanya nak turun kat mana. Aku mintak turunkan kat Capsule Hotel. Aku tukar plan to stay overnight dekat Surat Thani sebab dah lewat.

Driver bas dropkan aku sebelah jejantas. Dia suruh aku melintas dan Capsule Hotel seberang jalan. Mujur ada bilik kosong dan lepas bayar, aku naik atas untuk berehat. Actually bukan bilik, tapi capsule. Cuma bilik air kat tingkat bawah.


Inilah ruang capsule aku, muat2 tilam dan kat hujung tu ada space untuk letak barang. Capsule ni boleh kunci dan privacy jugaklah. Aku solat atas tilam je and by the way space ni tak muat nak berdiri. Capsule ni double deck, aku dapat lower bunk.

Petang lepas Asar, aku keluar cari dinner. Hasil dari googling selepas check in, aku jumpa restoran Muslim dekat area Tapee River. Lebih kurang 1.3 km aku menapak petang tu. Lagipun takde apa yang nak dikejar, just taking my own sweet time je. Makanan boleh tahan mahal.


Lepas makan aku strolling along Sungai Tapee dari belah sini. Dalam tu pulau kecik sebenarnya, ramai orang duk exercise kat situ petang2 camni. Nak ke pulau tu ada jambatan dan kalau nak feeling2 naik boat pun boleh.

Balik ke hotel, aku sembang kejap dengan minah receptionist tu. Rupa2nya dia pun Muslim jugak. Katanya area belakang hotel ni pun ada restoran Halal dan bukak dari pagi. So, pagi esok aku ingat nak try makan kat situ, dekat sikit.

Internet laju betul, syok je aku duk googling. Plan asal nak ke Khao Sok berubah lagi. Bila dah sengsorang ni plan memang tak jalan punya. Ada je idea lain yang datang. Lagipun, untuk birthday trip ni aku nak santai2 je. Saja nak relaks2 lepas penat bekerja. Malam tu aku totally terleka dengan internet.

End of day 1.


Tuesday, June 20, 2017

trip santai | ponorogo - solo - kl

Entry ini sambungan dari trip santai | dari pacitan ke ponorogo.


Pagi di Ponorogo, hari terakhir untuk trip santai kami. Lepas Subuh, kami semua dah ready nak tinggalkan Ponorogo. Tapi malangnya, we have to wait for Nico quiet some time jugak dekat parking tu. Dia overslept dan dalam bercanda salahkan kitorang sebab suruh dia tidur kat tilam empuk. Terus tak nak bangun katanya. Perjalanan kami pagi ni best, sebab jalan belum sibuk. Pemandangan pun boleh tahan menarik hati. Tak nak kisah semalam berulang, aku tetap on gps kat phone walaupun Nico dah set gps jugak.

Masa kitorang sampai di Solo, hari masih awal. Pekerja bandaran tengah sibuk bersihkan jalan raya. Since masing2 kelaparan, kami mintak Nico singgah untuk breakfast. Dalam melilau tu ternampak kedai jual sate kambing. Nico buat u-turn dan berhenti di bahu jalan. 

Kedai makan ni simple giler. Dorang masak2 depan kedai, bahagian dalam penuh dengan meja dan kerusi kantin sekolah, dan kat hujung penjuru ada kaunter minuman. Yang ada cuma teh sahaja, air lain takde. Tempat duduk memang penuh. Kami menyelit kat meja kakak ni, dia duk sorang je dan sementara tunggu pesanan dia sampai, sempatlah kitorang bersembang kejap. Dia suggest apa yang best dan aku place order kat depan.


Sate kambing, ini je yang aku ambik gambar rupa2nya. Ada lagi another masakan yang aku lupa namanya. Kami semuanya pesan nasi goreng dan Nico nasi putih. Nasi goreng simple dan dorang letak banyak daging kambing dalam tu. Basically, kedai makan ni cuma jual kambing - sate dan masakan lain - nasi putih, nasi goreng yang cuma sejenis dan teh. Senang tak perlu nak buat menu banyak2.

Lepas makan baru kami ke Pasar Klewer yang masih lagi beroperasi di alun2, tempat yang sama sewaktu kunjungan aku tahun lepas. Mungkin masih awal, banyak kedai yang belum buka. Kami memang target nak beli telekung je. Kedai yang aku singgah tahun lepas tak bukak lagi, nak tunggu entah pukul berapa. So, kitorang merayau cari kat tempat lain. Ternyata design dan kualiti kain berbeza dari tahun lepas. Harga masih lagi dalam lingkungan yang sama. Dah settle kami terus ke airport.


Sugeng Rawuh Air Asia! 

Dah selesai solat dan packing, baru kitorang masuk untuk check in. Urusan lancar walaupun gusar jugak sebab kitorang bawak terlebih berat, hihi. Kami lepak minum kopi dan makan kuih sementara tunggu untuk boarding. Sempat aku tumpang charge handphone kat kafe tu. Masa aku nak check boarding gate kat skrin, baru perasan flight kitorang delay. Kat luar baru nak start hujan dan tak sampai 5 minit lepas hujan turun, keadaan sekeliling berkabus putih, langsung tak nampak apa2. Patutlah masa kitorang datang hari tu our flight tak dapat clearance to land. Visibility very bad. 

Bila weather dah kembali normal, flight yang patut bawak kitorang balik dah landed, we're ready to board. Flight balik was smooth, cuaca okay walaupun tak berapa nak clear dan kitorang dapat smooth landing. Sementara tunggu orang datang pick up sampai, kitorang solat dulu and then off we go. Trip pendek kitorang dah berakhir, walaupun ada problem sesikit, we're happy. Bila orang happy, of course lah aku pun turut happy.

End of trip.


Wednesday, June 14, 2017

trip santai | dari pacitan ke ponorogo

Entry ini sambungan dari trip santai | pantai klayar, pacitan.


Kalau ikut plan asal, dari Pantai Klayar kami akan terus ke Banyu Tibo. Tapi dengan kitorang ni, plan berubah2. Atas saranan akak hotel, kitorang menyinggah ke Pantai Ngiroboyo. Kalau tak datang, kitorang takkan tahu apa yang menarik kat sini. Perjalanan nak sampai ke pantai boleh tahan cabarannya, kitorang kat dalam kereta jangan haraplah boleh duduk dengan selesa.


Menuruni laluan berbukit menghala ke arah pantai, kami disambut dengan kain rentang ni. Dari jauh kelihatan ombak membadai pantai.

Nico parking kat hujung belah kiri gambar kat atas. Bukan kat kawasan parking tu, tapi atas rumput. Kat situ ada kaunter tiket pengusaha bot untuk menyelusuri Sungai Maron. Kitorang tak nak boating, just nak lepak depan pantai je. Since pantai tak berapa nak wow di mata kami, kitorang duduk kat sebuah warung dan pesan makanan. Kami belum breakfast pagi ni.


Barisan boat di tebing muara, belah kanan menuju ke pantai. Air sungai agak keruh, tak cantik.

Lepas breakfast kami bergerak meninggalkann Pantai Ngiroboyo menuju ke arah Pantai Banyu Tibo. Masa first time aku ke sini tahun lepas, kitorang cuma nampak kegelapan. Kali ni dengan orang berbeza dan hari masih siang walaupun cuaca agak mendung. Turun dari kereta cuak jugak tengok ombak ganas membadai. Jom aku bawak korang jalan2.


Jelas kelihatan air terjun ni jatuh terus ke pantai. Masa ni high tide, jadi takde orang berani nak turun ke bawah.


Punyalah ganas ombak ni menerjah, tebing tinggi ni pun tak terkecuali kebasahan.


The other side.


Inilah kolam takungan semulajadi laluan air mata air yang mengalir dan seterusnya berakhir di laut lepas.


Kena cross jambatan kecik ni kalau nak ke sebelah sana. 


Dari kolam takungan tadi, airnya mengalir ke sini dan seterusnya baru jatuh ke pantai.








Seriau jugak masa aku berdiri hujung ni nak ambik last shot air terjun tu. Sesekali bila ombak besar datang, bunyinya macam lori kontena langgar bumper. Kuat dan mengerikan.

Dah puas merenung ombak ganas, kami beransur meninggalkan Pantai Banyu Tibo. Aku set gps ke arah Ponorogo dan lepas ni kami dah tak de nak singgah ke mana2 lagi dah. 


Out of nowhere on our way to Ponorogo aku nampak danau yang luas. Aku mintak Nico berhentikan kereta, aku keluar dan snap sebelum teruskan perjalanan. Nico pun tak tahu nama tempat tu.

Lepas kitorang singgah bersolat kat masjid tepi selekoh, aku off gps bila tengok Nico dah setting kat handphone dia. Bila dah boring, mulalah aku menidurkan diri. Bila tak sampai2 sedangkan kalau ikutkan dah dekat nak sampai, aku jenguk gps Nico. Tak puas hati aku check dekat phone sendiri. Dan wallah! Nico salah setting kat handphone dia. All this while kitorang ikut jalan yang salah!

Kebetulan ada kedai makan tak jauh dari situ, kitorang berhenti dan isi perut. Tanya lokasi dengan pemilik kedai dan ternyata kitorang dah lalu opposite route. Panas je hati aku dengan Nico, tapi tahan sabar ajelah sebab aku pun silap jugak, terlalu percayakan dia dan tak double check. Kali ni aku turut sama set gps kat hand phone aku. Tapi hikmah dari sesat ini, kitorang lalu kawasan tanah tinggi berbukit bukau macam Cameron Highland, tapi lebih sejuk kat luar tu. Aku tak pernah terfikir ada kawasan sesejuk dan secantik ini selain Dieng.

Kali ni kami dah jumpa laluan yang betul, ada jugak tersasar sekali tapi mujur masih belum jauh. Walaupun ada kalanya terpaksa melalui jalan yang menyeksakan, namun bila dihidangkan dengan view indah, terus terlupa kesakitan. Kitorang sampai di Ponorogo sewaktu Maghrib. Lepas dah jumpa anak di pesantren baru kitorang cari penginapan. Mujur ada bilik mampu milik di tengah2 Ponorogo. Tak sangka sebenarnya sebab dari luar ianya shopping mall, reception pun dalam bangunan shopping mall, tapi biliknya di bahagian belakang. 

Kepenatan sebab sesat, kitorang semua refused untuk dinner. Kebetulan hotel sediakan free flow hot tea and coffee, roti dan kuih2, so kitorang makan itu je. Nak keluar pun dah malas. Lepas mandi kami semua tidur, esok nak kena bangun awal pagi.


Monday, June 5, 2017

trip santai | pantai klayar, pacitan



Lepas Subuh pagi tu aku sambung berselimut bila aku intai kat luar gelap semacam, macam nak hujan. Mesti takde sunrise. Masa ada orang ketuk tingkap, aku tetap keraskan badan dalam selimut. Malas bebenor nak bangun. Agak2 hari dah makin siang, baru kitorang bangun. Lepas mandi kami terus packing. Keluar dari Pantai Klayar karang, kitorang tak singgah ke bilik dah.


Bilik kami sebelah kiri jalan ni. Turun ke bawah memang jumpa laut terus. Malam2 memang jelas bunyi ombak walaupun jarak dengan pantai agak jauh. MrL kata pagi tadi cantik, ada garisan warna dekat horizon masa dia ketuk tingkap bilik kitorang. Terus rasa rugi tak menjenguk keluar, haha.

Bila semua dah ready, kami naik kereta untuk ke pantai. Jalan boleh tahan merbahaya, terutamanya bila lalu depan gerai jualan nak menyeberang ke sebelah sana. Kalau waktu peak, kereta tak boleh ke sana. Sebab kitorang datang ni pagi, orang berjualan pun belum datang, selamba ajelah bawak kereta dan parking tak jauh dari hotel yang kitorang tak jadi bermalam malam tadi. 

Dari parking kami berjalan ke arah pantai dan perlahan2 berjalan ke arah batu2 besar hujung belah kiri pantai. Memang cuaca pagi ni agak kelabu, mendung masih belum mahu pergi. Tapi elok jugak mendung cenggini, takde lah kepanasan.


Minah tu lama betul bertafakur atas batu depan pantai ni. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling.


Spotted mata air yang mengalir dan membentuk corak abstract, bercampur dengan pasir hitam.


Depan pantai kawasan hujung ni ada banyak gerai jualan, salah satunya milik akak owner hotel kitorang tido malam tadi. Masa ni semua gerai ni masih tutup.


Aku dah nampak batu bentuk ala2 sphinx, tapi tak nampak tanda2 seruling samudera pun. Kemain aku perati bila air pasang kot2 ternampak pancutan air.


Aku nampak ada orang naik atas batu sana, tapi tak tahu untuk apa. Aku tanya budak perempuan yang tengah tunggu kawan2 dia main bola kat mana seruling samudera, masalahnya dia langsung tak tahu.


Bertabahlah aku duk depan pantai tengok air terjun jadian bila sesekali ombak besar menghempas.

Masing2 dah kebosanan menunggu sesuatu yang tak pasti, dah ada ura2 nak balik bila akak hotel yang aku lupa namanya sampai. Dia tunjukkan arah seruling samudera sambil hidangkan kitorang kopi panas. Baru kitorang dapat tengok dari jauh bila ombak besar. Bila akak tu offer nak suruh suaminya temankan ke sana, aku tak tolak. Excited nak tengok dari dekat.


Ni sewaktu ombak kecik. Lepas 2 atau 3 kali pancutan air sebesar ni, baru akan muncul yang betul2 besar. Kata abang tu, dulu lubangnya kecil, jadi bunyinya cukup nyaring. Sekarang lubang dah semakin besar, bunyi seruling tu dah tak sekuat dan senyaring dulu. Itulah asalnya nama seruling samudera.


Ini bila betul2 besar. Boleh basah kalau berdiri berdekatan dengan lubang ni.


Abaikan orang yang tak dikenali itu. Bila yang menjadi tumpuan hanya satu dan ada orang lain jugak, memang susah nak dapat hasil tanpa penampakan.


video
Setelah beberapa kali mencuba, dapat jugak aku rakamkan video. Tapi masa ni aku dah kecewa sangat2 sebab bateri kamera dah flat. Itu pun aku terpaksa off and on few times. Tapi cubaan aku nak ambik video seterusnya gagal bila bateri betul2 flat. Bateri spare dan kamera satu lagi aku tinggal kat kedai akak tadi... 😢😢😢 


Kalau dari arah pantai tak nampak sangat bentuk batu ni. Tapi dari atas sini memang jelas bentuknya macam sphinx. 

Bila air makin pasang, abang tu ajak balik. Bahaya bila air pasang, katanya. Pernah terjadi 3 sekeluarga disapu ombak besar terus ke dalam laut sewaktu lalu sebelah batu sphinx nak kembali ke pantai. Ombaknya memang ganas teramat, bila sesekali ombak besar datang memang tinggi ombaknya.


Masa ombak tak berapa nak besar pun dah cuak aku tengok, inikan pulak ombak besar bila high tide.


Dah puas hati dapat tengok seruling samudera, kitorang tinggalkan Pantai Klayar. 

Aku tumpang basuh kaki kat hotel tak jadi menginap semalam sebelum kitorang tinggalkan kawasan parking. Masa kami balik ni, baru nampak meriah sikit dengan pengunjung yang baru datang. Aku tinggalkan Pantai Klayar dengan memori indah untuk dikenang. Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya, ada sedikit perubahan atas saranan akak hotel.

Bersambung.....


Wednesday, May 31, 2017

trip santai | dari desa nglanggeran ke pantai timang & wediombo

Entry ini sambungan dari trip santai | gunung kidul.


Bangun untuk Subuh pagi tu, aku sambung berselimut. Sejuk2 cenggini memang seronok bermalas-malasan atas katil. Walaupun pagi ni kitorang akan keluar lewat, tapi semalam aku dah janji dengan Sabrina nak keluar lepak kat sawah padi. Kami dihidang dengan heavy breakfast pagi tu. Aku siap turun bawah pegi mintak sambal cili semalam yang sedap tu. 

Lepas breakfast kitorang lepak depan tv, kat luar hujan rintik2. Berbelah bagi jugak sama ada nak keluar meredah gerimis ataupun tak. Tapi bila matahari dah start keluar, gerimis pun mula menghilang. Apa lagi, cepat2 aku bersiap ambik kamera dan kami berdua keluar. Kitorang saja bagi peluang pengantin lama bercinta kat rumah, hikhik.


Gunung Api Purba kat belakang tu masih lagi berselimut kabus. Seronok duk sini sebab sejuk, terutamanya di awal pagi dan malam.

Keluar dari rumah kitorang ke kanan, sebab aku rasa macam laluan tu belah kanan. Sekali dah jauh kitorang berjalan tak jumpa jugak. Silap laluan rupanya dan kami patah balik. Laluan yang ni baru membawak kami ke laluan yang betul. 


Bukan nak ke mana pun, cuma nak melepak kat tengah sawah ni aje. Kami melepak atas batu besar tu sambil bercerita macam2.


Cantik teres padi ni. Bila ada orang lalu, kami menyapa mesra dari atas batu tempat lepak.


Suasana yang tenang dan damai membuatkan kitorang tak bosan. Tak sedar pun masa berlalu dan kitorang kena balik bersiap.


Last, dari jalan sebelum balik ke homestay. Lepas selekoh ni, terasa seksa nak naik bukit. Masa datang tadi kemain laju sebab turun bukit.

Balik ke homestay, tak buang masa dah terus bersiap. Pagi ni kami akan tinggalkan Desa Nglanggeran dan meneruskan perjalan kitorang yang masih berbaki 2 hari. Entah bila boleh ke sini lagi. Masa kitorang turun, Nico dah sampai dan lepas loading barang dalam kereta, we bid goodbye. Kalau ada sesiapa yang berminat nak merasai suasana kampung sewaktu berkunjung ke Jogja, bolehlah contact Pak Mur. 

Desa Nglanggeran kami tinggalkan dan tujuan kami seterusnya adalah Pantai Timang. Macam biasa, kitorang berhenti kat rumah pemilik lobster to place order for our lunch. Harga masih sama seperti tahun lepas.


Ni lobster yang besar, tapi kami ambik yang saiz sedang. 

Dalam kunjungan kali pertama ke Pantai Timang tahun lepas, ada aku nyatakan betapa seksanya kami bila terpaksa menaiki ojek dari pos ojek ke pantai. Seolah2 nak luruh segala tulang temulang kami. Memandangkan kali ni aku bawak warga emas, takkan aku nak bawak dorang naik ojek jugak. Harus ada yang kena sumpah seranah kang. Mujur dengan Javanesia, kitorang boleh by pass ojek. Nico bawak kami terus ke pantai dengan kereta. Sebenarnya boleh je lalu dengan kereta, tapi biasalah...


Cuaca pagi ni tak bersahabat, selain dari mendung kelabu, ombak juga kelihatan lebih ganas. Aku perasan dorang buat gondola baru sebelah sini.


Nak berdiri tepi tebing pun aku takde keberanian bila tengok ombak yang menghempas.


Ada orang tu kononnya nak naik gondola ni. Tapi bila dah sampai, tengok ombak terus back off.


Bila cuaca kelabu, semua benda nampak kelabu. Kalau cuaca cantik, memang menarik view ni semua.

Masa kami nak balik hujan turun, boleh tahan jugak lebatnya. Kebetulan masa hujan turun Nico belum sampai ke tempat parking dan kami tumpang berteduh kat pondok tepi parking area. Bila hujan dah reda baru kami ke kereta. Dalam perjalanan balik, kitorang singgah di masjid kat tepi tu dan lepas solat baru kami ke rumah owner lobster untuk lunch.


Our lunch. This time ada tambahan ikan bakar yang yummy.


My all time favorite padahal baru 2 kali makan kat sini. Rasa masakannya tetap sama, tak berubah dari apa yang aku makan 6 bulan lepas. 

Perut dah kenyang, mata pun makin memberat. Lebih2 lagi dengan cuaca yang memang best untuk menidurkan diri. Nico suggest nak bawak kami ke Pantai Wediombo, aku memang suka lebih2 lagi bila takde bantahan dari ahli kumpulan. Dari tempat parking nak ke pantai, kitorang kena turun tangga batu yang boleh tahan tingginya. Dah sampai bawah, disambut pulak dengan gerai jualan. Kat sini ada kedai jual barang2 surfing dan jugak iklan surfing lesson. 


Pantai Wediombo diapit dengan bukit hijau di kiri dan kanan.


Kat sebelah kiri ni lebih banyak batu dan agak berisiko untuk berenang. Ombak di sini dikatakan sesuai untuk surfing.

Kami kat sini tak lama, lepas ambik gambar terus kitorang balik. Sebelum keluar dari pintu gerbang, kitorang sempat berhenti tepi jalan ambik gambar penduduk tengah tuai padi. Meriah bersembang dengan dorang sebelum aku mintak diri. Dari sini kami terus menuju ke Pacitan dan malam ni kitorang akan bermalam di sana. Memandangkan Nico tak pernah ke mari, bantuan google maps amatlah diperlukan. Cuak jugak bila dah hujung2 tu laluan kitorang merupakan jalan sunyi, sempit dan berbukit bukau yang bisa menggugurkan jantung. Tambahan pulak dah remang senja, lagi ler memacam aku duk fikir.

Untuk malam ketiga ni, kitorang guna konsep aci redah dan aku tak booking sebarang penginapan sebab tak sure kat mana kitorang akan berada. Bila dah menghampiri kawasan pantai, ada banyak penginapan dan kami disapa seorang bapak. Dia bawak kami ke tepi pantai, tempat penginapan beliau. Dah tengok bilik, kami tolak sebab aku rasa tak selesa. Lebih2 lagi dengan bunyi ombak yang cukup kuat, seriau! Kitorang naik balik ke atas dan akhirnya settled kat hotel tepi bukit.

Malam tu kami melepak kat luar, bersembang dengan pemilik hotel. Sebenarnya kitorang tunggu adiknya hantarkan kopi, tapi sampai sudah takde. Bila Nico dan MrL balik dari kedai, kitorang sambung lepak sambil makan biskut. Bila dah tak daya nak tahan ngantuk baru kitorang masuk tidur. 

End of day 3.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...