Thursday, December 29, 2016

misi menawan kinabalu | hari pertama yang mencabar

Entry ini adalah sambungan dari misi menawan kinabalu | debaran di hati


Hari ni bangun awal dari biasa, tapi still lewat kalau ikut local time. Lepas Subuh baru aku mandi dan packing. Sempatlah aku baring dulu sementara nak naik atas tunggu van. Masa kitorang naik kat tempat menunggu, dah ramai yang ada kat situ. Walaupun kitorang request van pukul 7.00 pagi, tapi takde nya on time. First trip dah penuh dengan mereka2 yang tunggu lebih awal. So, kitorang tunggu next trip. Sambil2 tu sempatlah kitorang bergambar dulu.


Pagi ni cuaca cantik betul, jelas kelihatan puncak Kinabalu.


Kasi close up sikit. Jelas nampak pencawang kat atas tu. Tapi dalam hati toksah citerlah, debaran dah hilang rentak. Berkecamuk!


Yang ni pulak view dari depan office National Park. Awan dah start muncul sikit2. Selalunya awal pagi cuaca memang clear.

Sampai kat office National Park, kitorang tinggalkan backpack dan turun breakfast. Masa kitorang sampai kat restoran, dah tak ramai orang. Ada drama tak disangka pagi tu, entah mana datang anjing ni tersesat kat ruang makan. Menggelabah kitorang, sampaikan aku berdiri atas kerusi bila anjing tu datang 'serang' meja kitorang. 

Banyak kali jugaklah pekerja tu halau dan anjing tu datang balik. Sebabnya anjing tu pandai ngelat. Last2 mencicit lari bila kena perambat. Tapi selera aku nak makan terus hilang. Masa breakfast pekerja restoran dah prepared lunch pack untuk kitorang bawak masa hiking. Ada ayam goreng seketul, sandwich, epal, telur rebus dan biskut serta sebotol mineral water 500ml.

  
Pas yang wajib dipakai sepanjang masa. Apa yang tertulis kat pass tu ada makna. AY stand for our group, 28 adalah tarikh kitorang naik. (003) number aku dalam group dan H represent bulan masa kitorang hiking, August. 

Kitorang settlekan urusan mendaki lepas dah settle breakfast. Masa ni kebanyakan orang dah dibawa pergi ke starting point, cuma ada few groups termasuk kitorang yang belum settle lagi.

Since we were 6, so kena ambik 2 orang guide. Maximum 5 person for 1 guide. Dan kitorang ambik sorang porter. For every kilogram, the charge is RM 13.00. Kat sini jugak kalau korang nak sewa tongkat ada disediakan. Dorang semua sewa tongkat, aku je yang tak nak. Sebab aku lebih selesa tanpa tongkat, rasa renyah bila ada benda kat tangan. Dah settle, sekali lagi kitorang naik van dan dibawak ke starting point.


Tengok map ni pun dah kecut perut. Disebabkan gempa yang melanda tahun lepas, cuma trail Timpohon Gate yang dibuka masa kitorang mendaki ni. 


Kami - sebelum bermula. 

Rasanya group kitorang yang paling last hiked, around 9.00 am baru kitorang start lepas briefing dan register nama kat security. Aku awal2 lagi dah booking tempat paling last, part mendaki ni aku memang all time pewai. Awal2 tu aku dengan Nilly, berpisah tiada kononnya. Yang lain2 dah lama berdesup hilang. Tambah stress bila jumpa orang yang on the way turun!


Ada pokok yang penuh lumut macam ni. Awal2 tu malas nak ambik gambar, last2 dah tak jumpa yang lawa.


Bunga pink ini betul2 tepi laluan hampir dengan hut KM 4.


Bunga putih ni jugak banyak aku jumpa sepanjang laluan mendaki.

Kitorang berhenti lunch break kat hut KM 4, Layang-Layang Shelter. Tak lalu sangat nak makan sebab penat. Lagipun makanan dah makin sejuk. Aku cuma makan ayam goreng dan epal, dah tak lalu nak makan walaupun terasa lapar. Masa break ni ada jugak kitorang sembang2, either dengan yang sama2 naik dan yang on the way turun.

Kata brader sorang tu, semalam pukul 4 petang dah start hujan. So, aku target nak kena sampai sebelum pukul 4, nak elak dari hujan. Selesai makan kitorang terus sambung perjalanan. Tak boleh rehat lama2, nanti kaki makin malas nak melangkah. Perjalanan masih jauh lagi.


Antara trail yang kitorang perlu lalu. Sebenarnya, banyak lagi laluan yang cantik dan menawan, tapi aku takde daya nak keluarkan kamera dan ambik gambar. Masa ni duk fikir nak cuba sampai secepat mungkin je, nak mandi dan rehat.

Bila dah lepas KM 5.5, the last hut, Nilly dah laju ke depan. Tinggal aku terkial2 kat belakang dengan Francis, sweeper kitorang. Dalam 400 ke 450 meter terakhir nak sampai Laban Rata, hujan turun. Mula2 aku ingat gerimis macam awal2 tadi, tapi bila makin lebat aku terus berhenti dan keluarkan raincoat. 

Ditimpa hujan di pergunungan ni memang azab, sejuk lain macam. Walaupun pakai raincoat, aku kebasahan jugaklah. Cumanya takde lah basah kuyup. Seksa yang amat nak habiskan jarak yang tak sampai setengah kilometer dalam hujan. Masa aku sampai Laban Rata around 3.20pm, hujan dah renyai2. Tercapai jugak target nak sampai sebelum pukul 4, tapi tetap kebasahan. 

Kitorang berenam menginap kat Laban Rata Resthouse, bukak pintu bilik dah nampak ruang restoran. Since dorang sampai awal, semua dah wangi. Lepas mandi dan selesaikan urusan, food dah ready and there we go. Hujan masih lagi on off kat luar. Lepas makan aku tidur dan bangun about 8.00 at night, right after the heater in on. 

Banyak hajat nak kena settle masa bangun yang first tu. Kemudian sambung tidur lepas sapu minyak. Tapi tengah malam tu terjaga lagi sebab nak membuang. Sejuk2 ni sistem perkumuhan aktif bebenor. Heater yang terpasang banyak membantu walaupun tak sampai 4 jam dorang on. Tapi air kat bathroom memang tahap gigil berlaga gigi. 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...