Wednesday, November 30, 2016

trip java | hingga ketemu lagi, dieng



Dari tempat parking Puncak Sikunir, Dwi bawak kitorang ke Kawah Candrimuka. Perjalanan kami memang best, sebab view di kiri kanan jalan betul2 picturesque. Tak jemu mata memandang. Masa kitorang lalu sebelah sekolah, masing2 fokus dekat anak2 sekolah. Mata mencari2 kot ternampak anak berambut gimbal yang dipanggil anak gembel. Tapi sayang, langsung tak kelihatan.  

Dari situ perjalanan kami mendaki bukit tinggi yang curam serta agak rosak jalannya. Sekeliling kami adalah ladang sayur. Sesekali berselisih dengan lori besar membawa muatan penuh dan peladang. Mencabar kot perjalanan kitorang, silap pusing stereng memang boleh terhumban ke gaung bawah sana. Kelihatan air terjun jauh di bawah cerun sana, nak menyinggah tak tau cemana nak ke sana. 


Kawah Candrimuka kat cerun, ada laluan bertangga untuk turun ke bawah.

Kitorang tak turun pun ke bawah sana, instead aku naik menara kat situ. Menara tu tak tinggi pun, setinggi bangunan setingkat setengah je. Tapi dapatlah tengok view sekeliling dari tempat yang lebih tinggi. 


Ladang di sebelah sana.


Jalan kecik tu nanti bakal kitorang lalu untuk menyinggah ke next destination.


Ini pulak jalan yang kitorang lalu tadi untuk ke Kawah Candrimuka ni. Mencabar laluannya, tapi berbaloi dengan view sepanjang jalan.

Lepas ambik gambar kitorang tinggalkan Kawah Candrimuka. Kalau tadi kitorang dah melalui cabaran untuk sampai ke sini, tapi laluan yang berikutnya lebih mencabar. Sampai satu part, kitorang semua diam dan freeze. Risau kalau2 kitorang bergerak, sesuatu yang buruk akan terjadi. Di penghujung jalan, kitorang bertemu dengan bapak yang bekerja kat situ. Dia tunjukkan arah lepas kami parking kereta.


Pohon nan sebatang di tengah padang rumput.


Telaga Dringo. Ada satu group pengunjung lain waktu kitorang sampai kat sini.


Bila kabus menghilang, betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Tak sia2 kami ikut saranan Pak Aris yang suggest kitorang ke sini.

Kat sini lama kitorang habiskan masa. Sempat kitorang sarung baju kurung, bergambar kat sini. Konon2 pre-raya photoshoot. Sesekali bila kabus datang, apa benda pun tak nampak. Betul2 rasa macam di alam fantasi.


Last shot sebelum kitorang tinggalkan tempat ni. Group yang dah ada masa kitorang sampai tadi masih lagi di sini masa kitorang nak balik.

On the way balik, ada seksaan yang menunggu. Kitorang semua turun dari kereta just before tanjakan tajam. Kali kedua baru Dwi berjaya melepasi tanjakan tu, hangit bau tayar kereta. Tanjak tu bukanlah masalah besar kalau jalan cantik. Tapi iyelah, Telaga Dringo ni belum terkenal. 


Singgah berhenti tepi jalan, aku snap gambar ni. Sini kira macam tengah pekanlah, ada banyak stores dan homestay. Tempat kitorang menginap bawah lagi, sebelum sampai sini.

Balik ke homestay, kitorang terus pergi brunch kat kedai depan. Kedai makan tu bersambung dengan kedai jual hasil pertanian Dieng. Aku beli carica yang dah dipek cantik2. Memborong sakan, maklumlah aku beli luggage. 


Buah carica yang dah matang.

Kali ni takde melepak dah. Kami terus bersiap2, packing dan elok lepas Zohor kitorang check out and heading to Semarang. Berat hati nak tinggalkan Dieng, rasa tak puas since aku suka weather kat sini. On the way kami singgah di Gardu Pandang, ambik gambar dan proceed our journey.


View dari Gardu Pandang.

Ikutkan plan kami nak singgah di Telaga Menjer. Tapi bila tengok dari luar rasa tak selera nak singgah, macam tak terjaga. Pagar pun macam berkunci je. Masing2 dah malas nak turun, kepenatan. Akhirnya kami sepakat terus ke Semarang, tak nak singgah memana dah. 

Masuk Semarang dah start jem. Jenuh nak cari hotel yang aku dah booking, call tak dapat. Tanya sana sini then baru jumpa. Dah jumpa ada drama pulak, booking aku takde dalam system. Aku siap tunjukkan conversation dalam fb lagi pasal booking tu. Hampeh betul, dah lah tak friendly. Dorang bagi family room since itu yang available. Sebab dah gelap dan malas dah nak cari tempat lain, stay ajelah kat situ.

Kelakar betul hotel ni. Ingatkan drama tadi dah habis, rupa2nya ada lagi. Kata bilik untuk 4 orang, tapi bantal tak cukup. Dah lah selimut dengan towel takde, kalau nak they will charge for the items. Terus kitorang back off nak selimut. Alangkan tido dalam tent tanpa sleeping bag kat puncak Prau pun boleh, apalah sangat tido atas tilam tanpa selimut.

Izza keluar dengan Dwi nak ke laundry, sekali dah tutup pulak. Sekitar situ warung pun takde. Aku order nasi goreng dengan hotel, paksa diri untuk habiskan sebab tasteless sangat rasanya. Sebab laundry dah tutup, kitorang basuh baju dan seluar gantung dalam bilik sebelum tido. 


Sunday, November 27, 2016

trip java | bahana mi setan dan mengejar sunrise di sikunir



That very early in the morning was a disaster. Aku tengah syok melenakan diri ketika tiba2 terjaga dengan perut yang memulas2. Dalam keterpaksaan, aku pasrahkan diri untuk bangun demi menyahut panggilan alam. Dalam sejuk beku, tuhan saja yang tahu betapa seksanya nak bersuci. Water heater macam tak berfungsi pulak.

Ingatkan dah boleh sambung tidur dengan lena lepas tu. Malangnya, tak sampai sejam lepas kejadian tadi, perut kembali memulas. Sekali lagi terpaksa membangunkan diri. Masa bangun second time ni, aku dah nekad. Andai kata perut aku tak okay sampai pagi, aku takkan join dorang pagi nanti. Aku tunggu kat homestay ajelah. Ini semua gara2 mi setan, bergelora perut aku dibuatnya. 

Masa alarm kejutkan pukul 4.00 pagi, perut aku dah okay dan plan diteruskan seperti dirancang. Rupa2nya dorang berdua kat bilik sebelah tu berharap aku cancel plan pagi ni, dan aku pulak berharap dorang yang akan cancel. Eloklah tu. Tapi dah alang2 dah bangun, dah bersiap, eloklah diteruskan saja. Mungkin ada rezeki kami pagi ni setelah kecewa di Prau semalam. 

Lepas parking, Dwi tunjukkan arah untuk mendaki dan dia patah balik ke kereta. Awal2 lagi dah semput, gigih paksa diri untuk terus ke puncak. Masa tengah hiking tu, matahari dah start keluar. Nak capture pun tak lalu sebab nak cepat2 sampai puncak. Lagi pulak view tak jelas sangat, terlindung dengan pokok kat tepi hiking trail. 

Aku tinggalkan Izza dan Cheqsue kat belakang. Masa aku sampai kat Puncak Sikunir dengan Dyl, orang dah ramai. Betul2 ramai, even Punthuk Setumbu pun tak seramai ini. Tapi yang tak tahannya bila bau rokok, stress! Dorang ni tak reti nak appreciate nature, udara segar dicemari dengan asap rokok. Hidung dan mulut memang sentiasa bertutup, nak ngelak bau rokok.


Hamparan awan jelas kelihatan dan di hujung sana, biasan matahari mula kelihatan.


Aku ingat awan tebal tu akan spoilkan suasana sunrise pagi ni. Tapi rupa2nya aku tersilap.


Cuaca makin terang. 


Rupa2nya awan tebal tu ada fungsinya. Maha Besar Kuasa Allah.






The best shot yang aku dapat, dengan matahari membulat kat tengah antara lapisan awan.




Sungguh pun matahari dah meninggi, tapi hamparan awan masih kelihatan. Nun di sana adalah puncak Sindoro dan Sumbing.

Lama kitorang kat atas tu. Puaslah bergambar dan berwefie. Alhamdulillah, semalam masa kat Prau kitorang tak dapat apa2, tapi hari ni Allah bagi sesuatu yang indah kat Sikunir. Benarlah kata orang, Puncak Sikunir terkenal dengan golden sunrise. Bila suasana dah bertukar panas, kitorang tinggalkan Puncak Sikunir.


Ada kampung yang terlindung di lembah sana. Kalau diberi pilihan, aku teringin nak duduk kat sini lama2.


Antara trail yang kitorang lalu. Ini part senang, ada banyak part yang tak berapa nak senang.

Masa perjalanan turun ke parking, ada banyak stalls jual makanan pagi tu. Kitorang singgah beli pisang goreng dan makan dalam perjalanan ke parking. Plan nak pakai baju kurung kat Puncak Sikunir tak jadi sebab orang ramai. 


Kami pusing lalu tepi danau tak tahu nama ni selepas turun dari Puncak Sikunir. 

Kat bawah ni ada surau, tak jauh dari danau. Ada banyak tents terpacak keliling danau. Rasanya tempat ni memang jadi tumpuan campers. Kat kawasan parking ni jugak ada banyak stalls. Kami kembali ke kereta dan kejutkan Dwi yang tengah lena. 


Wednesday, November 23, 2016

trip java | batu ratapan angin dan mi setan

Entry ini sambungan dari trip java | candi dan kawah.


Keluar dari Kawah Sikidang, Dwi biarkan kitorang berteka teki ke mana dia bawak kami semua. Kitorang keluar balik dari arah kitorang datang tadi dan bila nampak Dieng Plateau Theater, ingatkan kitorang nak masuk dalam tu. Tadi takdenya. Lepas parking Dwi directed kitorang ke belah kanan, lalu ikut trail sebelah kebun sayur.


Lumut cantik yang tumbuh kat batu kiri dan kanan jalan.

Dwi bawak kitorang ke Batu Ratapan Angin. Dari atas ni boleh overlooking Telaga Warna, ada flying fox yang merentangi ladang sayur dan jugak Jembatan Merah Putih. Kalau cuaca terang kat atas ni memang picturesque. 


Wire line untuk flying fox. Tak confident pulak aku tengok, lagi pun memang takde plan nak buat flying fox.


Cuaca agak sendu petang tu, maklumlah baru lepas hujan. Ini je yang termampu camera aku capture. 

Masa kitorang nak naik ke atas ni tadi, ada pakcik tu follow kitorang. Katanya dia pernah kerja kat Johor. Rajin dia tolong ambikkan gambar kitorang. Paling tak menahan bila disuruhnya kitorang berdiri kat batu tu, cuak seh! Kalau terjatuh memang takde harapan selamat tanpa sebarang kecederaan.


Belah sana batu ni ada Jembatan Merah Putih. Rasanya aku ada ambik gambar jambatan tu, tapi bila belek2 gambar, takde pulak.

Jambatan Merah Putih tu jambatan gantung yang hubungkan dua bukit. Memang cantik kalau bergambar dari atas jambatan tu. Aku tak sempat pulak nak riki tanya harga sebab Dwi nak cepat2 beredar dari sini. Iya, kitorang faham sebab hari dah makin gelap, tambahan pulak di kawasan tanah tinggi.

Balik ke homestay, aku ushar bahagian belakang rumah. Rumah dorang rapat2, yang tinggal berjiran tu kebanyakannya ada pertalian darah. Ramah2 dorang ni, rajin layan bersembang.


Bunga kekwa di belakang rumah.

Kitorang lepak sambil kerjakan tv kat ruang tamu. Kadang2 tv ni being good, kadang2 tu langsung tak dapat nak cari channel. Bila nak tengok tv je, mulalah masing2 jadik Mc Gyver. Kami plan nak tunggu maghrib, lepas solat baru nak keluar dinner.


Lampu antik kat ruang tamu. Kata Pak Aris, lampu tu diwarisi dari kakeknya. 

Elok kitorang keluar lepas Maghrib, kedai depan homestay tempat biasa kitorang makan dah tutup. Kata Pak Aris, belah kanan sana ada lagi kedai. Maka berjalanlah kitorang dalam dingin malam cuaca di tanah tinggi. Kedai yang ketiga baru semua orang melangkah masuk. Sebabnya ada free wifi. Lepas order, masing2 hook up dengan handphone. Walaupun owner dengan pelanggan kat kedai tu sibuk nak ajak bersembang, tetaplah mata masing2 terpaku kat skrin handphone.


Asalnya aku nak makan nasi ayam penyet, tapi tergoda nak mencuba mi setan. 

Pedasnya ya Rabbi, memang tak boleh tahan. Padahal aku mintak level 5, pedas sederhana katanya. Masuk mulut sesuap, aku terus surrender. Mi sejuk, pedas yang menyengat dan manis. Boleh bayangkan tak rasanya cemana? Aku cuma mampu makan dalam 3 suap je. Pastu dah tak boleh terima dah. Kalau mi tu masih panas dan tak manis, mungkin masih boleh dipaksa. 

Tak lama lepas kitorang dapat meal masing2, Dwi sampai. Dia order ayam penyet dan bila aku nampak nasi ayam penyet dia, terus rasa menyesal sebab tak ikut my initial plan. Nak order lagi dah malas dah. Lepas makan kitorang berjalan balik. Walaupun malam masih muda, tapi suasana sunyi dan dingin. Aku cukup suka dengan environment macam gini.

Kami lepak depan tv and later Pak Aris join kitorang. Kami discuss pasal plan esok dan Pak Aris suggest tukar plan lagi. Kalau kitorang nak jugak ke air terjun, we need extra time sebab jarak dan jalannya agak rosak. Lagipun esok kitorang nak ke Semarang, unless kalau nak stay lagi semalam, memang boleh je redah ke curug. Masing2 setuju je, tak banyak kerenah.


Sunday, November 20, 2016

trip java | candi dan kawah

Entry ini adalah sambungan dari trip java | gunung prau.


Balik ke homestay, aku dengan CheqSue pindah ke bilik sebelah. Lepas cuci2 sikit apa yang patut, aku baring jap. Konon nak hilangkan penat sebelum mandi. Tanpa amaran, kitorang berdua terlena. Bila terjaga dah tengah hari rupanya. Lepas mandi dan solat, kitorang ke kedai makan depan homestay untuk lunch. 

Dah kenyang, ngantuk dan penat dah hilang baru kitorang discuss plan petang tu. Sepatutnya nak ke air terjun. Tapi disebabkan hujan, kitorang swap dengan plan pagi esok. Makanya, petang ni kitorang akan terjah tempat wisata di sekitar pergunungan Dieng ni. Lepas hujan ni, semua jadi sendu. Tambah pulak dengan kaki yang dah mula rasa sakit2.


Kami singgah di Candi Arjuna. Orang boleh tahan ramai dan kat hujung tu ada satu kumpulan tengah bekerja.


Bunga pink ni banyak di sekitar kawasan candi.


Candi yang paling hujung dalam proses restoration. Gigih dorang ni bekerja, langsung tak tergugat dengan kehadiran pengunjung.

Sebab bosan nak menunggu turn bergambar kat candi tu punyalah lama, aku dengan Izza berjalan ke arah bertentangan. Ada laluan cantik yang disediakan. Later Cheqsue join kitorang. Masa ni tak nampak bayang Dyl, so aku assume dia dengan Dwi.


Laluan yang cantik ni ada tangga tinggi di penghujungnya.


Naik dari tangga tadi, seberang jalan ada museum. Ingat nak ushar masuk, tapi kitorang tak jumpa entrance mahupun pekerja museum.


Kami kemudiannya ke Candi Gatotkaca. Lepas bergambar, kitorang patah balik turun ke Candi Arjuna.

Masa kitorang turun tangga nak patah balik, ada insiden berlaku. Kebetulan masa tu Cheqsue dah terlepas ke depan, so aku dengan Izza yang patah balik ke atas. That guy was holy big crap đŸ˜ ! Even aku menyampah giler dengan dia sebab rude and smoking while yelling at us; which we clearly know that was not our mistake, tapi sebab tak nak kecoh2, I being good then. Terus hilang mood dan sepanjang jalan balik aku menyumpah seranah.


Mereka masih gigih bekerja.

Jumpa Dyl sengsorang kat bawah, tanpa Dwi. Kesian dia duk mencari kitorang. Since orang dah tak ramai, dapatlah kitorang chance nak bergambar. Lepas settle baru kitorang bergerak tinggalkan Candi Arjuna. 


Salah satu sisi candi.

Keluar dari Candi Arjuna, kitorang ke Kawah Sikidang. Perjalanan melalui Museum Kailasa dan Candi Gatotkaca. Elok je Dwi parking, semua berterabur nak bergambar. Pandai dorang ni, laluan ke kawah melalui pasar. Jenuhlah dorang menggoda kami suruh berbelanja. Jauh jugak dari entrance nak ke kawasan kawah.


Kawasan yang berasap besar tu kawah utama. Ada banyak punca air panas sekitar Kawah Sikidang ni.


Kawasan kawah utama ni berpagar. Pun ada jugak yang berani panjat pagar semata2 nak bergambar. Kalau runtuh pagar tu confirm masuk kawah.


Menggelegak air belerang ni. Duk kat luar pagar pun terasa bahang panasnya.

Kat kawasan kawah ni, selain dari yang berniaga hasil pertanian, ada jugak yang sewakan perkhidmatan untuk bergambar dengan haiwan. Ada kuda, burung helang, burung kecik warna warni. Kesian aku tengok haiwan tu, semuanya macam tak bermaya je. Agaknya banyak sangat hidu asap belerang. 

Lepas bergambar kat kawasan kawah utama tu, kitorang patah balik. Nak berlama2 pun, cuaca dah makin gelap. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...