Monday, October 24, 2016

trip java | gunung prau

Entry ini adalah sambungan dari trip java | dari puncak prau.


Dah settle breakfast, dah tukar baju, kitorang packing barang2 kitorang. Lebih kurang 10.30 pagi kitorang start descending. Masa kitorang start gerak tu, Anton dengan Ifaanji masih kat atas, dorang kemaskan barang2 dan khemah yang kitorang tinggalkan. Laluan cukup senang, insya Allah tak sesat. Tapi dorang laju, tak sempat jauh dorang dah bergabung dengan kitorang balik. 

Since masa naik malam tadi suasana gelap gelita, kecuali bintang di langit dan lampu di bawah sana je yang kelihatan, tak dapatlah kitorang nak tengok cemana trail yang kitorang dah lalui. Bila dah siang ni, jelas semuanya di pandangan. Tangan pun rajinlah nak keluarkan kamera, nak capture apa yang patut.


Malam tadi kat belah sini tak nampak apa, the other side yang kelihatan banyak lampu2. Rupa2nya ada perkampungan yang tersembunyi.


Tak sangka ini yang kitorang redah malam tadi. Laluan ni kat bahagian atas, bawah2 sana cantik lagi laluannya.


Bila sesekali kabus bergerak menghilangkan diri, terserlah keindahan disebaliknya. 


Dah turun ni masing2 senyum je. Malam tadi kemain mintak nyawa aku lah tu.


Kat sini kena jaga2, silap langkah boleh tersadung dengan akar yang berselirat. Entah macam manalah agaknya kitorang redah malam tadi.


Pos III : Cacingan. Jangan bertukar jadi cacing sudahlah.


The moss.


Part kat sesetengah tempat macam ni agak bahaya. Kalau terlajak memang terus jatuh gaunglah jawabnya. Masa ni lutut memang memainkan peranan penting.


Kesian dengan pokok ni. Akarnya dah rosak walaupun bukan sepenuhnya.

Masa awal2 turun tadi, aku duk paling belakang. Tak lama lepas tu aku dah jauh tinggalkan dorang kat belakang. Tapi aku kalau turun memang laju. Cuba kalau masa hiking, asyik mintak nyawa je. Baru selangkah bergerak, dah kecoh nak rehat. Nak terus turun pun risau jugak walaupun trail ke bawah tu memang jelas. So, sambil2 tunggu dorang, sempatlah aku capture sepanjang jalan tu. Agak2 tak nampak bayang dorang, tak dengar suara, aku hold kejap. Dah nampak dorang, aku proceed balik. Banyaklah gambar aku dapat masa turun ni.

  
The trail.


The village.


Tandas terakhir sebelum sampai ke puncak Prau. Malam tadi kitorang sempat berhenti rehat kat sini, sebab gelap tak perasan pulak ada tandas.


The daisy.


Tanaman kentang yang paling banyak diusahakan penduduk di laluan ini.


Start dari ladang tanaman penduduk kampung, dorang dah buatkan pagar di kiri dan kanan laluan. Selain bertindak sebagai pagar antara laluan dan ladang, pagar ni jugak jadi tempat aku berpaut sewaktu mendaki malam tadi.


Pokok ni menimbulkan tanda tanya. Bila tanya dekat dorang, baik Anton mahupun Ifaanji tak tahu pokok apa. Maka bermulalah adengan mengeluarkan berbagai teori antara kitorang. 


Bunga ni cantik!

Tak lama lepas aku tanya dorang pokok yang menimbulkan spekulasi tu, kitorang terserempak dengan 2 orang ibu dan anak lelakinya yang tengah kumpul kentang. Kat situ ada pokok yang kitorang tak tahu nama tu. Aku kan bermulut manis, aku tegurlah ibu tu dan lepas tu terus ke persoalan utama.

"Ibu, ini pokok apa?" Aku tanya sambil tunjuk kat pokok tu.

"Ini kacang babi!" Confident tanpa rasa pape pun ibu tu bagitau kitorang.

"Apa bu? Kacang babi?" Confused seh! Nada suara pun tetiba jadi tinggi, haha.

"Iya. Di sini panggilnya kacang babi," ibu tadi ambik setangkai buah dan kopek kulitnya. Dihulur isi kekacang tu kat aku.

"Ohhh..... ini kacang babi. Kami panggilnya kacang parang."

Dan seterusnya berlakulah sesi soal jawab antara kami dan ibu tersebut. Dari mana, kuliahnya di mana; di mana terus aku terasa diri kembali muda remaja walaupun dah penghujung remaja, kapan pulangnya dan macam2 lah. Sampailah aku mintak diri nak teruskan perjalanan.


Inilah kacang babi menurut ibu pemilik ladang.


Kitorang turun dari belah kiri, dari signboard anak panah. Start dari sini laluan berbatu yang disusun macam ni, tapi takdelah sampai ke bawah.


Dah sampai bawah ni baru nampak pokok carica. Pokoknya tak banyak beza dengan pokok betik, buahnya lebih kurang macam buah koko.




Lepas laluan berbatu yang disusun cantik tadi, kitorang kena turun lagi. Laluan turun ni semuanya dah bertangga, kiri kanan ada kebun lagi.


Dah bawah sikit laluan bertangga ni diapit dengan rumah penduduk pulak. 


Peringatan.


Them.

Masa sampai kat laluan bertangga tadi, Anton dah call Dwi suruh datang ambik. Tak lama lepas dorang sampai bawah, Dwi pun sampai kat tempat dia drop kitorang malam tadi. Tak sabar nak balik ke homestay, padahal kalau jalan kaki pun takde lah jauh mana pun. 

Kami naik dan turun melalui trek Patak Banteng. Jadinya, apa yang aku kongsikan tentang perjalanan kitorang adalah dari view aku sewaktu melalui trek ini. Kalau tak silap, ada lagi 2 laluan lain untuk ke puncak Prau dan salah satu antara 2 laluan tersebut ditutup masa kitorang pegi tu. Aku lupa nama laluan yang 2 lagi tu.


Friday, October 21, 2016

trip java | dari puncak prau

Entry ini adalah sambungan dari trip java | dari gereja ayam ke dieng.


Disebabkan hujan dan kami kesejukan sepanjang malam, pagi tu kami berempat tetaplah setia dalam khemah. Tak daya nak menjengah keluar, mengejar sunrise yang tak tentu hadirnya. Dalam pada tu, tetaplah aku pasang telinga kot2 Anton dengan Ifaanji panggil kitorang ajak tengok sunrise. Tapi takde pun. Dah terang baru kami keluar dari tent. Anton dengan Ifaanji tengah prepare breakfast. Lepas kitorang settlekan urusan mendesak, Anton bawak kitorang ke bahagian atas. Kata Anton, pagi tadi takde sunrise pun, kabut tebal. Mungkin jugak sebab hujan awal paginya.


Our tent. Bawah khemah ada laluan air, masa hujan malam tadi terseksa jiwa raga. Tambah2 bila sleeping bag kitorang tak dibawak. Tapi dorang berdua lagi kesian, besi khemah dorang Dwi silap bawak. Semalaman dorang melepak dalam khemah senget, tak boleh tido katanya.


Bunga kuning tak tahu nama dekat khemah kitorang.


Gunung Sindoro dan Sumbing yang malu2 di sebalik kabus.


Bila kabus tetiba menghilang, jelas kelihatan Sindoro dan Sumbing nun di sana.

Anton bawak kitorang ke tempat daisy kat bahagian atas. Tapi sayangnya, bunga tak banyak. Adalah dua tiga kuntum, hampa rasa hati. Mungkin jugak bukan musim. Kat bahagian atas tu ramai yang berkhemah, tapi kata Anton jumlah tu tak sebanyak waktu peak season. Rezeki kami, sewaktu nak berjalan ke khemah sendiri, terjumpa apa yang di cari!


Kelompok daisy ni tak jauh pun dari khemah kitorang. Lebih meriah jumlahnya walaupun yang banyak adalah daisy putih.


Gunung Prau memang terkenal dengan daisy yang bersaiz mini, lebih kurang sebesar ibu jari je saiznya selain dari menjadi tumpuan pemburu sunrise. Kalau cuaca cantik, sunrise dari puncak Gunung Prau memang stunning! Nampaknya kami takde rezeki kat sini.

Lepas breakfast, kitorang tukar baju. Dah penat2 pikul baju malam tadi, rugilah kalau tak tukar. Breakfast kitorang special pagi tu. Selain roti bakar ditabur gula dan susu, kami dihidang dengan agar2 milo. Milo yang dorang bancuh malam tadi membeku jadi agar2 bila dah pagi.


Tak banyak khemah yang terpacak, kebetulan kitorang bukan datang weekend. 


Gigih tukar baju kurung, ambik mood nak sambut Ramadhan. Cuaca time kitorang nak bergambar ni memang sendu, langsung tak kelihatan gunung kat belakang sana.


Pondok tu menurut kata Anton office pejabat hutan, sort of macam tu lah. Kadang2 memang akan ada wakil pekerja yang stay situ, especially during peak season untuk memantau pendaki mematuhi segala rules and regulations. 

Akan bersambung...


Tuesday, October 11, 2016

trip java | dari gereja ayam ke dieng

Entry ini adalah sambungan dari trip java | ke candi borobudur.


Bila dah penuh perut masing2, kami dibawa ke destinasi seterusnya. Tak jauh pun dari Kompleks Borobudur. Kitorang lalu kawasan kampung di mana kiri dan kanan jalan adalah deretan rumah penduduk kampung. Lepas parking kat depan rumah penduduk, kitorang menyeberang jambatan buluh nak ke seberang jalan.


Mendaki sikit je kat sini, itu pun dah mengah. Nak cover penat punya pasal, aku ajak pakcik yang pikul buluh tu bersembang. 


Ini permulaan sebelum kitorang terpaksa daki bukit yang mencanak tinggi. Memang mintak nyawalah, seksa nak menapak.


Gereja Merpati - Tapi lebih dikenali sebagai Gereja Ayam. Menjadi terkenal gara2 AADC2, tapi sampai sekarang pun aku tak teringin nak tengok movie tu. 

Nak tahu asal usul Gereja Merpati ni, korang tanyalah cik Google. Aku malas nak taip panjang2. Sampai je kat atas ni tadi, terus kitorang duduk kat bangku bawah pokok, menghilangkan lelah dan penat. 


Ukiran tingkap sekata je di dinding gereja terbiar ini.

Konon aku nak naik atas, ke puncak kepala Merpati tu. Tapi disebabkan masa kitorang sampai ni matahari dah tinggi, dan ada orang buat kerja2 baik pulih kat atas tu, terus aku cancel. Lelah panjat bukit tadi tak hilang lagi, tak rajin nak berjemur tengah panas pulak. Lepas ambik gambar lebih kurang, kitorang patah balik ke kereta.


Jambatan buluh yang kitorang kena lalu untuk ke sebelah sana. Kemas je dorang anyam buluh tu. Teringat rumah lama kami sebelah rumah arwah Tok, dinding bilik dari anyaman buluh. Menggamit memori kot.

Perjalanan kami bersambung lagi, kali ni jauh dan lama masa yang akan diambil. On the way, aku tido dan bangun kejap2 sebelum kembali terlena. Aku terjaga dan langsung tak boleh tido bila Dwi berhenti nak top up fuel kat Wonosobo. Kat sini dah terasa kedinginan udara luar lantaran kami dah mula menjengah ke tanah tinggi. Udara dingin kat luar tak boleh meredakan jantung aku, kat dalam dada jantung dah start berirama kencang. Risau wehh.

Melepasi pintu gerbang bertulis 'Dieng', masing2 ushar kiri kanan jalan looking for our homestay. Asal nampak masjid je, Dwi perlahankan kereta sebab kata Pak Aris, Homestay Sahabat dekat dengan Masjid Al Falah. Tak lama kemudian, CheqSue jerit bagitau dah nampak. Masa Dwi berhentikan kereta pun, aku still tak nampak lagi signage "Homestay Sahabat". Dah turun dari kereta baru aku perasan. 

Isteri Pak Aris dah sedia menunggu kitorang sampai. Since kitorang sampai awal, dia bagi kitorang rehat dulu dan we took 1 room to store our stuff and rest. Aku mati2 ingat kitorang akan start hiking lepas Zohor macam yang aku plan, sekali Dwi bagitau lepas Maghrib! Kat luar dah start hujan dan kitorang akhirnya tertido. Bila bangun petang tu, kitorang pegi makan kat rumah makan depan homestay dan beli baju hujan baru yang ada seluar.

Konon lepas Maghrib, tapi nan hado. Guide kitorang samai lewat kot. First time hiking malam. Lepas settlekan bayaran untuk hiking fee, we started our journey. Dwi tak ikut, dia stay kat homestay. Yang jadi guide kitorang Anton dengan Ifanji. Malam memang gelap, tak tahu apa pun yang ada kat sekeliling. Yang pasti selain dari cahaya headlamp kitorang, lampu2 dan suara orang berzanji dari masjid2 kat bawah tu mengiringi kitorang ke puncak. Ada jugak kami berselisih dengan group lain yang sama2 hiking.


Cahaya lampu dari kediaman penduduk yang kelihatan sewaktu kitorang berhenti rehat di pertengahan jalan. 

Kitorang ambik masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di puncak. Elok je dorang siapkan tent, terus kitorang masuk dan tak keluar dah. Sleeping bag Dwi tak bawak, tertinggal kat Jogja. Berhimpitlah kitorang malam tu dalam cubaan melawan kesejukan. Tambah2 bila hujan turun lagi, seksa nak menunggu pagi. Pasrah ajelah menunggu matahari terbit. Sambil2 tu berusaha sehabis mungkin menidurkan diri. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...