Tuesday, May 3, 2016

trip sumut | gunung meriah dan air terjun si paris

Entry ini adalah sambungan dari trip sumut | perjalanan penuh liku ke gunung meriah.

Bangun pagi tu, aku tetap bermalas-malasan dalam khemah. Dah bosan baring aku keluar. Lepak2 jap tunggu dorang siap, then baru kitorang ke tempat punca air malam tadi. Bila dah terang ni jelas kelihatan tempat air tu, rasa macam jauh benar dari apa yang aku bayangkan dalam gelap malam tadi.

Lega bila dah selesaikan segala yang tertangguh. Tu pun jenuh nak cari port yang sesuai. Malam tadi gelap gelita, takde masalah sangat. Sebab jauh jugak nak menapak ke tempat air ni, kitorang bawak botol kosong nak isi air. Masa kitorang sampai kat campsite, Awan tengah masak untuk breakfast. Lepas breakfast kitorang lepak2, sembang macam2 benda. Sambil2 tu aku capture apa yang patut sementara cuaca masih cantik ni.


Nun hujung sana, atas bukit ada sebuah rumah yang tak dapat dipastikan masih berpenghuni atau tak.


Kasi close up sikit rumah kecil di puncak bukit. Best kot kalau ada rumah macam tu.


Anak panah merah tu adalah tempat punca air yang jadi tumpuan kitorang. Dorang buat 'kotak' empat segi dengan simen dan dalam tu tempat sambungan paip dan ada satu paip yang tak bersambung, paip yang tu kitorang ambik air. Punca air tu dari sungai dan dorang sambungkan paip untuk alirkan ke kampung tempat kitorang parking kereta.

Bila matahari dah tinggi baru kitorang gerak ke air terjun Si Paris. Bapak yang guide kitorang malam tadi pun ada sama. Kitorang trekking melalui tempat ragut kerbau, kebun penduduk kampung penduduk kampung yang kitorang singgah tu bukak ladang/kebun dalam kawasan Gunung Meriah ni, mengharung sungai sebelum kitorang sampai ke air terjun yang pertama.


Air terjun pertama ni aku lupa namanya. Lama jugak kitorang kat sini, sempatlah dorang berendam dan sliding dari atas batu tu.


Aliran sungai yang mengalir. Aku cuma rendam kaki je kat sini.

Kami kemudiannya sambung trekking ke Air Terjun Si Paris. Lalu kebun kopi dan menyeberang sungai, pastu trekking dalam hutan dan seberang sungai lagi. Nak ke air terjun tu, kitorang terpaksa meniti atas batang pokok yang tumbang dan bawah tu air mengalir deras, atau turun dari atas bukit yang curam. Rasanya apa pilihan kitorang? 


Kami pilih aksi meniti atas batang kayu ni dengan arus deras mengalir kat bawah. Bila tengok punyalah sikit je hujung batang kayu yang tersangkut kat batu, meremang bulu roma. Cuak seh!


Teruja tengok air terjun ni. Aku meniti tepi batu belah kiri nak ke tempat batang kayu tu. Kami ramai2 duduk atas kayu menahan terjunan air.

Gigih aku cekalkan hati mengharung arus deras semata2 nak duduk bawah jatuhan air terjun tu. Ralat sebab tak mandi masa kat Lombok masih terasa kot, haha. Bila aku rasa air yang jatuh makin besar dan kuat, cepat2 aku bagitau Yovie aku nak seberang ke sebelah sana. Risau kot2 kepala air, lagi pun cuaca dah makin gelap.

Lepas aku tinggalkan batang kayu tu, dorang sorang2 buat benda yang sama. Dah sampai kat sebelah sana, kena cross lagi sekali. Pastu melepak rendam badan lagi kat bahagian bawah tu buat kali terakhir sebelum kitorang balik. Bila terasa rintik2 hujan, cepat2 kitorang bergerak balik.


Air yang mengalir dari air terjun terbahagi dua bila sampai kat sini. Masa balik kitorang lalu ikut tepi sungai belah kiri, masa datang tadi ikut kebun penduduk dan sampai kat simpang ni.


Cendawan putih.

Elok je masa sampai kat air terjun pertama yang kitorang singgah awal2 tadi, rintik2 tadi dah bertukar menjadi gerimis. Cepat2 aku melangkah, tertinggal di tengah2 dan tinggalkan orang kat belakang. Tak perlu risau sebab bapak guide ada jadi sweeper kitorang. Sewaktu menghampiri campsite, gerimis tadi dah mula reda. Mujur tak jadi hujan.


Dorang yang tertinggal kat belakang, on the way balik ke campsite.

Masa sampai kat campsite, Awan tengah masak untuk lunch. Sayang sungguh, ikan masin kitorang dilarikan anjing! Tapi kami tetap berselera dengan lauk yang ada. Selesai makan, masing2 bergegas packing sebab kitorang akan tinggalkan campsite untuk ke destinasi berikutnya. Malangnya, hujan turun dengan lebatnya semasa kitorang masih belum siap packing sepenuhnya.


2 comments:

  1. Replies
    1. memang cantik, tapi nak menyampai tu seksa jugak lah
      =)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...