Thursday, March 31, 2016

open trip java

Since aku too occupied this week dan tak sempat nak proceed dengan cerita travel hari tu, aku nak bukak iklan untuk sesiapa yang berminat nak join trip kitorang hujung bulan 5 ni. Details as below:-


  • Date: Either 27th or 28th May 2016 sehingga 5th June 2016.
  • Flight out: Kuala Lumpur - Jogja/Solo. 
  • Flight In: Semarang - Kuala Lumpur.
  • Rough plan: Kuala Lumpur - Jogja - Solo shopping je - Jogja - Dieng - Semarang - Kuala Lumpur.

So far, kitorang dah berempat. So, kalau boleh dapat lagi 2 person just nice. Sesiapa yang berminat boleh personally email kat aku anne_rmz@yahoo.com.


Saturday, March 26, 2016

tips menulis fashion blog


True fact that ramai blogger yang ingin menjadi seorang fashion blogger yang berjaya dan dikenali ramai. Di negara-negara barat sendiri, kerjaya sebagai seorang fashion blogger ini amat disegani dan mendapat ruang yang istimewa di dalam industri fesyen antarabangsa. Begitu juga dengan situasi dalam industri fesyen tempatan, terdapat beberapa blogger fesyen yang sering menjadi panduan ramai penggemar fesyen dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan trendsetters seperti Sabrina Tajudin dan Sunshine Kelly. Mereka ini bukan sahaja membawakan fashion blogs Malaysia to the next level, malah turut menjadi social media influencers!

Well, jika anda juga bercita-cita untuk menjadi seorang penulis blog fesyen atau fashion blogger yang berjaya di Malaysia, berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda jadikan sebagai panduan;



Pertama sekali, anda haruslah menggemari fesyen! No, anda tidak mempunyai pilihan yang lain. Untuk menulis satu artikel yang menarik, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai topik yang ingin anda tulis. Misalnya, jika anda ingin menulis mengenai isu politik, anda haruslah mendalami ilmu politik!

Kedua, anda bukan sahaja menggemari dan mempunyai pengetahuan mengenai fesyen, anda juga harus mempunyai citarasa yang hebat atau great taste! Ini adalah faktor yang cukup penting untuk memastikan anda mampu memberikan tips fesyen yang berguna kepada para pembaca.



Seterusnya, anda juga harus bergaul dengan orang-orang penting dalam industri fesyen tanah air. Libatkan diri dalam acara atau majlis yang berkaitan dengan fesyen. Dengan ini, ia akan membantu anda untuk mendapat lebih banyak info mengenai fesyen dan semestinya berguna untuk penulisan anda.



Dan yang terakhir, jangan takut untuk bereksperimen trend fesyen yang terkini. Percayalah, dengan bereksperimen membolehkan anda menulis artikel fesyen dengan idea yang fresh!


Wednesday, March 23, 2016

kuala kurau - kuala gula - kuala lumpur

Entry ini adalah sambungan dari parit buntar kampung run 2016.


Dah hilang penat, tak tau nak buat apa dah kat kawasan khemah tu, kami balik. Tak daya nak tunggu cabutan bertuah. Perjalanan kami masih jauh. Sebelum ke kereta, sempat aku singgah beli kuih untuk sarapan kat gerai akak tepi jalan. Alhamdulillah, masih boleh dapat kuih 3 biji seringgit kat kampung ni. On the way ke homestay, kitorang berhenti tepi jalan.


Semata2 nak ambik gambar ni. Punyalah malas, aku terlupa nak check gambar lepas capture. Yang sebenarnya aku nak ambik gambar batang kelapa melintangi tali air ni. Hasilnya, batang kelapa tu nun kecik je kat hujung sana.

Sampai kat homestay, lepas parking kereta kitorang tak terus masuk rumah. Kami meronda nak bergambar dulu, bukan senang nak datang ke sini lagi. 


Tali air tengah2 jalan, depan homestay. Homestay kami belah kiri, setentang ni ada rumah penduduk kampung dan sawah padi. Warna langit memang membiru!


Belum musim padi lagi. Kata makcik homestay, dorang buat padi 2 kali setahun.

Lama jugak kitorang berjalan, sempatlah bertegur sapa dengan makcik2 rumah depan homestay kami. Orang kampung memang ramah, rajin menegur walaupun tak pernah kenal. Tak jauh dari homestay tu ada tempat rehat dan bangku merentangi tali air, kami lepak kat situ bersembang. Bila perasan dah lewat baru kitorang balik ke rumah.

Since semalam makcik homestay kata boleh je keluar pukul berapa pun sebab takde orang nak check in, so kami saja buat lambat2. Sempat aku terlena atas sofa depan tv. Terjaga bila tengok Ita dah siap mandi. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari kitorang check out. Balik kali ni kitorang nak menyinggah ke satu tempat ni, alang2 dah sampai kan.


Kami menuju ke arah Kuala Gula, opposite laluan masa datang hari tu. Sebab awan nampak cantik, gigih berhentikan kereta tepi jalan semata2 nak snap gambar. 


Jalan raya lurus dan sunyi, jarang2 je berselisih dengan kenderaan lain. Kiri kanan adalah ladang kelapa sawit.


Kuala Gula Sanctuary Resort. Oh, kami ambik gambar je, tak ke sana pun.


Kami datang untuk ini, JS Muara Restoran Terapung. Atas kiri adalah signature dish ketam kulit lembut, telur bungkus, kari sembilang dan kailan ikan masin.

Ketam kulit lembut goreng tepung tu bagi aku biasa je, selain dari boleh makan terus tanpa kopek kulit. Isi agak tawar dan agak berminyak. Telur bungkus okay, not bad. Kari ikan sembilang aku cuma boleh makan isi je. Walaupun dorang kata ikan laut, tapi tekak aku tak boleh nak makan banyak dan bila aku try makan kulit, tekak aku cepat2 refuse. Karinya biasa2 je. Kailan tu tak rasa ikan masin pun, kecewa. Nak kata nak mengulang datang lagi tak lah, tapi kalau ada yang ajak singgah makan boleh je. Selera aku sememangnya tak sama dengan selera korang.  


Jeti sebelah restoran terapung.

Perut dah kenyang, kami balik ke pangkal jalan. Lalu jalan raya yang dikelilingi ladang sawit, kemudian jumpa pekan dan aku follow je signboard yang ada. Kat area mana ntah, baru aku masuk ke highway. 


Ni aku lupa area mana. Aku suka tengok barisan gunung ganang kat depan tu.

Aku keluar exit Bidor, konon nak cari buah. Entah macam mana, aku tak jumpa tempat yang kitorang pernah singgah dulu. Agaknya aku tersilap jalan kot. Last year aku jadi passenger, tau2 dah sampai. Dah tak jumpa, aku drive lalu ikut Sungkai dan singgah kat simpang Trolak, ada gerai jual buah. Tapi yang aku cari tetap takde. 

Tepi jalan dari Slim River ke Tanjung Malim, aku terperasan ada gerai belah kiri. Terus berhenti dan ada rezeki aku. Sebenarnya masa kat pekan Sungkai ada nampak banyak orang jual kat tepi jalan, tapi masa tu hujan selebat2nya, maka aku tak berhentilah. Dah dapat apa yang dihajati, bila nampak je simpang untuk masuk ke highway, aku terus je lah. Dari situ terus keluar exit Putrajaya.


Sunset dari dalam kereta. Masa ni dah masuk area KL kalau tak silap.

Konon nak kejar Perfect Match, tapi highway boleh tahan slow moving petang tu. Ramai orang bercuti agaknya, maka perjalanan balik kitorang pun jadi lama. Bertabahlah terlepas episod hari tu. Aku sampai rumah dalam pukul 8.00 lebih, lepas dah dropkan Ita kat Putrajaya Sentral. Berakhirlah short trip demi Parit Buntar Kampung Run 2016. Kalau tak kerana larian ni, belum tentu aku sampai ke Parit Buntar.


Tuesday, March 22, 2016

parit buntar kampung run 2016

Entry ini adalah sambungan dari pesona parit buntar.


Awal kami bangun pagi ni, lepas mandi terus siap2 dan breakfast ala kadar sebelum menunggu kat sejadah since Subuh masuk agak lewat sekarang ni. Elok lepas Subuh, kitorang keluar rumah. Risau kalau2 kena parking jauh dan jenuh nak menapak ke starting point. Memang kerisauan terjadi, jauh tempat kitorang parking.


Mereka2 yang lebih awal berada kat starting point. Mujur penganjur lewatkan 10 minit dari waktu asal, kalau tak confirm aku berjalan je sebab mengah.


Warna langit semakin terang dan warga kampung semakin ramai yang keluar.

Masa kami semua dilepaskan, dah berderet kenderaan penduduk kampung kat tepi jalan raya. Masing2 kena stop kenderaan sebab nak bagi laluan kat kami2 ni. Dari jalan raya utama kami ke kiri, melalui rumah penduduk di sebelah kanan dan kawasan sawah di sebelah kiri. Riuh dengan anjing menyalak sebab kami lalu kawasan perumahan Cina. 

Sebelum ambik simpang ke kiri, kaki aku dah start sakit2. Masa ni aku dah mula berjalan, kemudian lari sikit2. Penduduk kampung yang rumah kat tepi jalan duk kehairanan tengok kami2 yang takde keje pepagi ni. Bila matahari dah mula naik, suasana dah mula bertukar.


Belah kiri ada tali air dan sawah yang kontang dengan matahari yang malu2 nak muncul. Belah kanan ada rumah penduduk kampung.


Masa aku sampai kat persimpangan tepi pantai, masing2 berdiri mengadap sawah padi menunggu matahari naik. Water station kat tepi tu takde orang pun, aku je kot yang pegi minum. Masing2 teruja dengan view depan mata.


Cantik, kan? Saja je aku masukkan tali air tu masa capture gambar.


Pesisir Pantai Ban Pecah di sebelah kanan. Belah kiri sawah padi yang kontang.


Awan tebal dah datang, hampir tertutup matahari yang baru muncul.


Masa ni aku excited sebabnya bila awan tebal bermakna takde lah kepanasan melampau. Seronoklah nak berlari2an di tepian pantai kononnya.


Tapi takde maknanya. Sebagaimana pantasnya awan tu muncul, sepantas tu jugak awan tebal tu pergi. 

Yang seronoknya bila join larian kampung ni, penduduk kampung akan keluar. Dorang berkumpul tepi jalan dan bagi kata2 semangat, kadang2 dorang buat lawak. Ada satu part tu, a group of Chinese local melawak suruh kitorang ambik basikal dorang. Cepat sampai, tak penat kata dorang. Pastu semua yang ada kat situ pakat gelak, termasuklah aku. Haha. That was the moment yang priceless, skin color, race wasn't an issue. We are together supporting each other. That is what I love about being Malaysian.


Dah habis part tepi pantai, kitorang patah balik menuju ke finishing line ikut celah rumah penduduk kampung dan tepi sawah. Kat bahagian ni redup, so aku banyak berjalan je. 


I was contemplating sama ada nak ambik gambar atau tak masa lalu kat sini. Aku dah terkedepan, patah balik and snap picture. Bila tengok gambar ni, memang menyesal kalau aku terus pergi without capturing this view.


12km, the longest so far. Jenuh kot nak habiskan 12 km tu, aku ambik masa 2 jam to complete. Tu tandanya badan makin memberat, membesar bagai juara. Aku cukup risau kalau2 jadi yang terakhir. Harus aku umumkan persaraan kalau jadi yang terakhir nih, haish!


Thursday, March 17, 2016

pesona parit buntar

Entry ini sambungan dari pasar kemboja dan parit buntar.


Bila makcik pakcik homestay dah balik dan tinggal kitorang berdua je, kami rehatkan badan. Sempat aku tertidur depan tv. Around 3.00 something, baru kitorang keluar cari makan. Depan homestay kitorang ada tali air, jalan pulak muat2 je sebijik kereta. Kalau berselisih, pandai2 lah adjust.


Yang penting, awan kat sini macam cantik je.

On the way nak keluar tu, sempat kitorang berhenti bergambar. Tenang kot kawasan ni. Lapang je sebab sawah padi tengah kontang. Kalau sawah tengah menghijau atau menguning, harus lagi cantik view. Kat simpang 3 tu, kitorang ke kanan arah ke Tanjung Piandang. Kitorang masuk simpang kiri sebelah tali air bila nampak signboard 'Mee Udang & Mee Ketam' sebelum simpang tu. 

Restoran tu betul2 tengah junction kat penghujung jalan, berderet kereta parking tepi tu. Sebab nampak orang ramai dan meja penuh, kitorang lajak ke depan belah kanan. Lalu jalan gravel yang belah kanan ada sawah padi dan belah kiri kawasan berpaya. Sampailah kat hujung kitorang nampak laut.


Kitorang jumpa laut sebelah kiri. Punyalah pemalas, gambar ambik dari dalam kereta je. 

Ingatkan nak teruskan lagi sepanjang pantai tu. Tapi ada pakcik tu tengah unloading barang2 nak berniaga dan kereta dia pulak parking tengah2 jalan. Since jalan boleh muat sebijik kereta je dan macam lama je nak tunggu dia settle, kitorang patah balik. Akhirnya berhentikan kereta kat restoran tadi.

  
Sebahagian ruang restoran kat atas air. 


Nasi goreng udang special. Special sebab udang besar katanya, tapi tak jujur jugak dorang ni sebab dorang letak udang kecik kat bawah. Nasi goreng terlebih garam, mujur ada sup jadi penyelamat. Yang bestnya udang tu fresh walaupun masakannya rasa biasa2 je. 

Settle makan, kitorang merayau ke pekan Parit Buntar. Sebenarnya aku nak cari Kedai ECO, kedai RM2 yang ada macam2 tu. Mula2 kitorang guna khidmat google maps, tapi bila tak sampai ke destinasi, kitorang belasah je redah pusing2. Masa tunggu turn kat traffic light, baru aku terperasan kedai tu di seberang sana jalan. 

Kedai Eco ni berhantu, betul2 macam tagline dorang. 'Beli sekali pasti kembali'. First time aku masuk kedai ni masa balik kampung, itu pun bila anak2 duk promote dan ngendeng ajak ke sana. Bila aku tau kat Parit Buntar pun ada, gigih aku masukkan dalam plan. Tapi kan... aku teruja tengok rumah corner lot dekat Kedai Eco tu, halamannya penuh dengan tanaman sayuran. Rugi pulak tak ambik gambar hari tu.

Kami keluar dari pekan hari dah lewat, singgah top up gasoline sebelum balik ke homestay. Masa on the way tu kitorang terlepas momen sunset yang cantik. Nak berhentikan kereta takde tempat yang sesuai. Bertabahlah menahan rasa sambil drive tu.


Sempat aku capture ni dari belakang homestay. Lepas parking, berlari aku ke belakang dengan kamera. Dapatlah sisa2 sunset, boleh lah dari langsung takde.


Lampu jambatan arah ke Kuala Gula.

Since esok nak kena bangun awal, aku tido agak awal malam tu. Mudah-mudahan esok kami tak kesiangan. 


Thursday, March 10, 2016

pasar kemboja dan parit buntar

Penghujung February aku join Kampung Run kat Parit Buntar. Larian pertama untuk tahun 2016. Walaupun asalnya aku berangan nak collect 12 medal tahun ni, tapi nampak gayanya takkan tercapai. Sebab rata2 organizer dah mark up fees, mahal berganda kalau nak compare dengan tahun lepas. 

Pagi Sabtu sebelum Subuh aku dah keluar rumah dan pick up Ita kat Putrajaya Sentral. Lepas tu terus masuk MEX dan kitorang keluar ikut Tol Jalan Duta. Masa dah dekat nak sampai tol keluar, ada accident kat selekoh. Ada hikmah aku terlambat keluar rumah pagi tadi rupanya. Kami berhenti untuk solat Subuh dekat hentian sebelah Tanjung Malim. Kami meneruskan perjalanan sebelum berhenti untuk breakfast di R&R RTC Gopeng. Lepas tu berhenti sekali lagi kat hentian sebelah mana ntah, sebab nak top up gasoline. 

Aku sebenarnya masih confuse nak keluar kat tol mana, cuma aku ingat kawan aku suruh keluar exit Kamunting. Tapi bila tengok papan tanda takde pulak Kamunting. Bila dah dekat baru nampak, rupa2nya exit Taiping Utara sekali dengan Kamunting. Mujur tak laju, kalau tak harus terlajak dah.

Lepas bayar tol, terus ke kiri masa kat simpang dan jalan terus je. Jauh jugak perjalanan tu, nearly 30km jugak. Masa ni kitorang bergantung harap pada Google Maps yang kejap okay kejap pening untuk tunjukkan jalan. Jalan lurus je sampailah kitorang jumpa simpang 4 yang penuh dengan kon, ada construction kat jalan tu. Dari situ kitorang ambik simpang ke kanan.

Elok je masuk kanan, kitorang dah nampak banyak gerai berjualan tepi jalan tu. Kereta yang parking kat kiri kanan jalan pun banyak. Lega rasanya bila destinasi yang dicari dah jumpa. Yeap, kami nak singgah ke Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Pasar ni kalau tak silap ada setiap pagi Sabtu, by the time tengah hari dorang dah siap2 nak balik. Lepas berpusing2 cari parking, kitorang pusing tengok barang jualan pulak.


Rata2 peniaga jual produk berasaskan pakaian. Dari kain pasang, baju bajan, seluar, jubah, telekung, you name it. 


Ni pandangan dari main road. 

Dorang bukak gerai ni bukan sepanjang jalan ni aje, tapi termasuk jugak ke dalam lorong2 di kiri kanan jalan. Masa ni dah tengah hari, kemeriahan tu dah berkurangan. Kalau korang datang awal pagi, lagi meriah keadaannya. Kitorang takde beli apa pun, sekadar cuci mata je. Ramai yang datang memborong untuk dijual balik. Rata2 bukan semua peniaga kat sini berbangsa Kemboja, sebab tu dipanggil Pasar Kemboja.

Dah habis pusing Pasar Kemboja, kitorang balik dengan tangan kosong. Dah boleh tick out dah. Next nak collect race kit satu hal pulak. Google Maps tak dapat nak kesan lokasi yang nak dituju. Takpe lah, kitorang cari lokasi Tanjung Piandang je, nanti pandai2 lah kitorang cari. Aku berhenti depan 7Eleven dan call organizer. Rupa2nya kitorang dah terlajak dalam 200 meters. 


Tempat ni terlindung, memanglah tak perasan dari main road. Patutnya dorang letak signage kat tepi jalan. Pulak tu nama lokasi yang diberi tak sama dengan yang tertulis kat pagar tu. Alasan tak nak salahkan diri sendiri yang tak alert.

Dah settle race kit, kitorang ke homestay yang aku dah booking. Pun sama jugak kes kali ni, kitorang dah terlajak sikit ke depan. Rumah besar, tapi kitorang berdua je yang ada. Ni gara2 ada yang terpaksa cancel larian atas hal yang tak dapat dielakkan.

Bersambung... sebab kemalasan berganda tetiba


Tuesday, March 8, 2016

bertaburan peluh di bukit tabur

Cerita ni dah lama, dah nak masuk sebulan kot. Tapi baru hari ni sempat nak update. Ye lah, cerita tahun lepas pun baru settle. Bercinta nak menaip.

Plan nak gi hiking ni takde plan beria pun. Dorang dah start ajak awal bulan tu lagi, tapi aku pending confirmation sampailah sehari sebelum hari kejadian aku confirmkan. Itupun bila pagi Sabtu tu aku berjaya tukar belting kereta, kalau tak confirm aku tak ikut. 

Ahad pagi2 selepas Subuh aku dah keluar rumah. Janji nak berkumpul kat BHP Taman Melawati pukul 7 pagi. Since Subuh pun lewat sekarang ni, makanya lewat jugaklah aku keluar rumah. Elok je aku sampai, nampak Izza baru keluar dari parking. Rupa2nya dia pergi cari gerai jual nasi lemak, nak tapau untuk bekalan jap lagi.  

Takdelah pukul 7.00 pagi tu semua dah sampai, sempat aku meronda tapak car boot sale pagi tu. Masa masuk nak beli air dalam BHP tu baru perasan dorang dah sampai. Singgah breakfast then lepas tu baru semua bergerak ke destinasi. 

Kiri kanan jalan dah penuh dengan kereta masa kitorang sampai tu. Alhamdulillah, dapat jugak menyelit kat tepi2 tu. Mahu tak penuh, masing2 bawak kereta sorang satu kitoranglah tu, hihi. Tempat parking ni sebenarnya jalan ke taman perumahan kat situ, takde parking khas nak ke Bukit Tabur. Dari parking kitorang berjalan ke laluan nak hiking, melintasi jambatan kecik then lalu area rumah orang. Kami naik ikut East Tabur. Awal2 tu jumpa pipeline besar gedabak, area situ becak sikit dan tak jauh dah start mendaki. 

Baru start dua tiga langkah, aku dah mula berpeluh2. Berpeluh tu baguslah, tapi lepas tu dah mula semput. Urat kaki dah start tegang. Dah berbulan aku tak hiking, exercise jauh sekali. Semua aktiviti selama berbulan ni semuanya membantu tumbesaran badan dan penternakan lemak. Dah tau badan dah lemau, takde jugak nak warm up sebelum start. Rasakan penangan untuk orang degil.


Mujur ada nota pembakar semangat ni sepanjang laluan tu. Boleh lah dijadikan motivasi untuk lebih bersemangat, dengan harapan boleh jumpa kat puncak.


Tanjakan ni aku dah lupa yang ke berapa, tapi rasanya among the earlier. 

Basically lepas pada pipeline besar tadi, laluan mendaki dan ada few spot yang boleh berehat seketika. Spot tu takdelah lapang bebenor, takat nak berkumpul in a small group boleh lah. Disebabkan ada laluan yang jem kat depan, sempatlah aku berehat sambil kumpul tenaga balik. Tempat yang jem tu biasanya laluan berbatu dan kena naik guna tali one by one, tak pun kalau takde tali, berpeganglah pada batu. Tetap kena bagi lepas sorang2, takut ada insiden. Tapi kalau korang dah pro, takde masalah kot nak naik ramai2.


Masa nampak view Empangan Klang Gate ni, terubat sekejap rasa penat dan sengsara tadi. Ingatkan kitorang dah betul2 dekat peak, tapi rupanya jauhhh lagi perjalanan.


Alhamdulillah, cuaca cukup cantik dengan warna langit yang bersih.

Dari situ berbekalkan semangat nak ke puncak, dengan harapan view lebih jelas dan menarik, gagahlah aku heret kaki melangkah. Peluh tak usah ceritalah, dengan cuaca panas memang bertaburan peluh. Kat bahagian atas tu pokok dah kurang, jadinya panas berganda. Masa kitorang nak kena panjat tebing batu tinggi untuk ke puncak, aku hampir give up. Lebih2 lagi bila lutut kiri aku tetiba buat hal. Tapi bila fikirkan ini adalah yang pertama dan terakhir mungkin aku jejak ke sini, gigih jugak paksa diri.


View dari puncak.


Bangunan berbumbung biru yang kelihatan nun di celah2 bukit bukau tu kampus UIA.


Kuala Lumpur yang pesat dengan bangunan batu. Rasanya bukit hijau yang masih tinggal tu bakal menjadi korban kerakusan manusia.


Bukit Tabur ni tidaklah tinggi mana, tapi cabaran nak ke puncak tu tuhan saja yang tahu. Penanda ni tak sampai sebulan pun lagi dipacak, tapi dah tercabut. Gigih kitorang pacak balik, sendal dengan batu keliling tu. Orang Malaysia ni kalau bab vandalism memang hebat.

Kat puncak ni lapang dan panas. So, kitorang berjalan ke hujung tebing dan melepak berteduh celah2 pokok sambil menikmati brunch. Sesekali bila angin bertiup, rasa nak baring dan tidur kat situ terus. Tambah2 bila perut dah kenyang, mata makin memberat. Tapi bila memikirkan kitorang nak kena menapak balik, dengan berat hati kitorang melangkah. 


Tapi sempat lagi berhenti bergambar.


Aku jumpa banyak batu2 yang berbentuk tajam macam ni. Masa kat sini je aku rajin keluarkan kamera nak ambik gambar.


Along dengan beraninya berdiri kat tepi cliff tu semata2 nak bergambar. Aku yang tengok dari jauh pun dah seriau, kaki rasa ngilu je.

Dah settle seksa part mendaki, tak bermakna seksa dah berakhir. Part nak turun tebing batu yang curam dan tinggi tu double seksa. Dengan ada part yang tali dah putus, terpaksa cengkam batu kuat2 dan atur langkah satu persatu. Masa turun tu diiringi pulak dengan batu2 kecik yang jatuh.


Dalam banyak2 part, tebing yang ni paling seksa aku rasa. Masa ni aku dah selamat sampai kat bawah.

Mujur masa balik ada laluan lain, tak perlu dah nak berseksa lagi. Dengan lutut kiri yang buat hal, aku tak boleh nak laju sangat. Kitorang lalu area kebun dan rumah orang sebelum sampai ke parking. 

Kitorang tak terus balik. Kami singgah tapau makanan untuk lunch dan bergerak ke Air Terjun Kemensah. Kami lunch atas batu sambil main air. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kitorang packing dan balik. Seksa kot sepanjang balik tu masa nak tukar gear, kereta aku kan manual. Tambah pulak dengan jalan yang jammed.

Alhamdulillah, walaupun berterabur peluh dan urat lutut, Bukit Tabur East dah berjaya aku tawan. Sebulan dua ni jangan diajak, memang confirm aku tolak. Lainlah kalau hari tu ada jumpa kura2 kat atas tu...


Friday, March 4, 2016

beli tiket online

Seperti yang aku dah janji, dan kebetulan pulak kerajinan berganda maka aku buat entry special ni. Tapi sebelum tu aku nak citer2 dulu cemana aku terjebak guna service dorang. Dari rasa was-was sehinggalah aku nekad nak mencuba. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya. 

Masa kitorang ke Thailand hujung tahun lepas, aku decided nak balik via overland dari Bangkok. Sebabnya tiket flight mahal berganda. Maklumlah, hujung tahun ada cuti panjang jadi airlines berlumba2 tak nak turunkan tambang. Dari Hatyai ke TBS aku akan naik bas, beli online direct dengan Sri Maju. Proses pembelian adalah mudah dan ada service charge, tapi charge tu still tak membebankan.

Yang jadi masalah masa tu bila nak beli tiket train dari Bangkok ke Hatyai. Aku refer blog Seat61 rasanya almost semua kaki jalan tahu pasal blog ni macam mana nak booking tiket train. Bila aku ke website Thai Railway, dah tak boleh nak booking online. So, aku try hantar email based on info yang Mark share. Lepas sehari ke sehari, email aku tak berbalas. Tup2 Zilla bagitau tiket train dah habis, Thai Railway dah reply email dia. Tak puas hati, aku call customer service dorang petang tu jugak. Jawapannya masih ada lagi yang kosong, siap details dengan train number lagi. Dia suruh aku buat booking reservation melalui email. Sekali lagi aku email dorang dan few days later baru dorang reply. Pendek je email dorang, dan mengecewakan.  


Ni je jawapan yang dorang bagi. Aku duk speku, dorang malas nak entertain dan jawapan dorang bagi sama je.

Thru blog Seat61 tu jugak, Mark ada share another option untuk beli tiket online. Salah satunya dengan menggunakan khidmat 12GO Asia. Kemain aku duk study pasal website ni, risau kalau2 kena scam.


Bila bukak website 12GO Asia ini yang terpampang. Bukan tiket train je, tiket transport lain ke lain2 destinasi pun ada. 

Bila aku baca review pasal service dorang, aku nekad nak guna walaupun berbelah bahagi. Tapi kalau tak booking, ada kemungkinan tiket sold out sebab masa tu cuti panjang. Dipendekkan cerita, aku booking tiket train dari Bangkok ke Hatyai kat website dorang. Kena sign up dulu, then baru boleh proceed. Bayaran kena buat melalui kredit kad, dorang terus tolak siap2. Andai kata tiket takde, duit tu dorang refund balik. 

Lepas few days dorang reply email bagitau tiket dah dibeli. Ada balance duit lagi, balance tu dorang akan pulangkan masa aku collect tiket nanti. Untuk ticket collection ada options dorang bagi, dan aku pilih nak collect kat sana je instead suruh dorang pos.

Aku kena collect kat UOB Building. Kalau lalu ikut laluan MRT bawah tu, aku dah lupa exit berapa. Tapi hari tu kitorang tanya orang. Keluar exit, bangunan tu ke depan sikit belah kiri. Kalau tak nak lalu underground tunnel, boleh seberang dari jalan biasa. Keluar ikut pintu yang bertentangan dengan kaunter tiket, korang dah boleh nampak bangunan UOB belah sana. Halangannya adalah roundabout. Tapi tak perlu risau, sebab ramai je yang melintas guna jalan atas ni. 

Alhamdulillah, dalam kerisauan dan penyakit was-was menimpa, aku gagahkan jugak beli online dan put a trust on them. Kalau aku tak beli hari tu, ada kemungkinan aku akan naik bas ke Hatyai, boleh bengkok pinggang ooo. Kalau korang risau kehabisan tiket, aku suggest korang gunalah service 12GO Asia ni. Oh ya, ini bukan iklan berbayar. Aku menulis atas dasar pengalaman.


Thursday, March 3, 2016

thai 2015 | singgah di hatyai dan pulang ke malaya



Lena betul tidur malam dengan dendangan irama rel keretapi. Aku terjaga pagi tu, suasana kat luar masih gelap. Dapatlah tengok gelagat peniaga awal pagi bila keretapi berhenti kat stesen2 tertentu. Tak lama lepas tu dah mula ada penjaja naik dan mulakan jualan.


Aku bukak tingkap besar2, best dapat udara pagi. Lagipun serangga yang banyak malam tadi dah tak ada.


Sunrise.








Matahari dah makin tinggi, suasana kat luar semakin terang.


Tapi aku masih lagi berselimut dengan selesa. Malas nak bangun. 

Sesekali je aku jenguk kepala kat tingkap sebab nak ambik gambar, selebihnya aku baring sambil tengok luar. Makcik yang duk katil atas aku dah lama menumpang kat seat orang lain. Dia duk kat atas bukan nampak apa pun, itu yang dia turun gamaknya. Lagipun dah ada yang lipat katil jadikan seat balik. Bagusnya, dorang tak kan kacau kalau kita masih berkurung.

Matahari dah tinggi baru aku keluar. Pegi toilet kat hujung koc, cuci muka dan settlekan apa yang patut. Lepas tu baru aku bagi staff tu lipat katil. Makcik jiran aku tu pun dah turun kat mana ntah. Sambil2 menunggu ke destinasi tu, sempatlah aku terlelap sekali lagi. Bila train menghampiri Stesen Pak Khlong, terus mata aku melilau. Cuba recall memori awal tahun aritu. 


Sawah padi menghijau. Selepas Stesen Pak Khlong dah ni, bermakna makin hampir dengan Hatyai Junction.

Kitorang sampai kat Hatyai Junction before 10.00am. Lagi few minutes nak sampai, staff kat koc kitorang bagitau Hatyai Junction next. Aku yang memang dah aware cepat2 kejutkan dorang yang terlena. Masa ni Kak Wan pun dah datang ke koc kitorang, takut terlepas katanya. Kami turun bila train berhenti. Kat sini lama jugak train berhenti, separuh koc dibuka dan dipasang kepala baru. Sebahagian akan ke Yala dan sebahagian lagi akan ke Sungai Kolok, berdasarkan destinasi yang dorang lekatkan kat badan koc.

Kembali ke Hatyai rasa macam balik kampung, perasaan lega yang tak boleh nak digambarkan. Kitorang berjalan dan singgah bertanya bilik kosong kat guesthouse tepi stesen tu je. Guesthouse kedua ada kosong untuk kami berempat, cukuplah sekadar nak rehat sekejap dan mandi sebelum keluar balik.

Kitorang keluar lepas dah selesaikan solat, malas nak patah balik karang. Singgah ke ATM nak keluarkan duit, pastu ke Davis Tours nak confirmkan tiket bas yang kitorang beli online. Dorang suruh kitorang datang setengah jam awal. Kemudian kitorang ke kedai nasi ayam untuk lunch. Ramai betul orang Malaysia tengah menjamu selera. Bila aku nak update blog baru perasan takde gambar langsung masa kat Hatyai ni. 

Dah kenyang kitorang tawaf Robinson, tengah sale tapi satu apa pun aku tak berkenan. Last2 keluar dengan tangan kosong, kepala pun dah start pening. Kitorang berpisah dengan Along, dia balik dengan train pukul 4.30 petang. Dia balik ke bilik, kitorang cari tuk tuk ke floating market.

Kat pasar tu boleh pulak terserempak dengan Dyl dan Aten. Terus kitorang bergabung dan ajak balik sekali dengan kitorang, sebabnya dorang tak charter tuk tuk. Since tadi masih lagi kekenyangan, aku cuma tapau cucur udang dan minum air kelapa, pastu tak tau nak makan apa dah. Agak2 dah lewat, kitorang bergegas ke tempat parking, risau kalau2 tersangkut dalam jem.

  
Tuk tuk yang kitorang charter. Ini je gambar yang aku ambik, itu pun sebab takut tak jumpa masa nak balik.

Brader tuk tuk ni baik, lepas turunkan Dyl dan Aten dekat area Lee Garden dia hantarkan kitorang sampai ke depan guesthouse. Kitorang dah lewat masa sampai kat bilik, aku suruh diorang pergi dulu dan bawak passport dengan tiket bas yang aku dah print. Dan aku menyusul lepas tu sengsorang.

Bas keluar lambat jugak dari Hatyai. Balik kali ni, selain dari dapat mineral water sorang satu, blanket pun disediakan. Tidur pun lenalah ni. Tapi menunggu turn nak stamping passport punyalah lama, lebih setengah jam. Orang punyalah ramai, sampaikan yang berbaris tunggu turn sampai keluar dari bangunan. Immigration Sadao bangunan baru dah, kebetulan esoknya hari perasmian. 

Masa bas berhenti untuk dinner, aku tak turun. Sebelum tu aku dah habiskan cucur udang dari floating market, belek handphone dan tidur. 


Day 11: 28 Dec 2015

Lebih kurang 5.30 pagi kitorang sampai kat TBS. Berpisah dengan Izza kat TBS, aku dengan Kak Wan ke ERL sebelah tu. Mahal giler tiket dari TBS ke KLIA, RM 26 sehala. Harga baru start dari Januari haritu sure lagi mencanak. Aku tak fahamlah dengan fare system dorang ni, tambang lagi murah kalau aku turun either Putrajaya Sentral atau Salak Tinggi, pastu beli tiket lain ke KLIA instead of single journey macam tu. Patutnya single journey lah yang lagi murah. 

Sampai KLIA, aku terus ke parking. Tak rajin nak merayau2 dah. Sekali bila aku tekan alarm baru perasan kereta aku tak lock! Fuhh, berpeluh2 aku. Alhamdulillah, mujur takde apa2 yang hilang, semua ada kat tempatnya. Takde siapa tahu pun aku tinggal kereta unlock, hihi.

footnote: balik dari trip dah lebih 2 bulan, citer baru habis. Bercinta kot nak menaip dan susun gambar. Padahal trip kali ni aku takde lah nak ambik gambar sangat, saja bagi kamera rehat.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...