Monday, January 25, 2016

jjcm | ke kluang kita

Dari tahun lepas aku plan nak ke Kluang, naik ketapi since aku tak pernah naik ketapi kat negara sendiri. Tapi yang penting nak makan dan minum kat Kluang Rail Coffee. Bila Ita ajak jjcm ke Melaka, aku terus suggest ke Kluang. Next trip baru ke Melaka.

Bila aku try beli tiket online hari Rabu tu, tapi stuck bila nak confirm untuk payment. Berkali2 aku try, pun tetap gagal. Aku bengang bila call center konon nak dapatkan assistance, tapi yang menjawab phone tu macam baru lepas gaduh dengan laki. Langsung takde ciri2 pekerja bahagian customer service. Sudahnya hari Khamis tu Ita tolong belikan.

Malam Jumaat aku tido kat Seri Kembangan, senanglah pagi esok nak ke Park n Ride TBS. Aku sengaja ambik train dari Bandar Tasek Selatan instead of KL Sentral. Train kitorang dari Bandar Tasek Selatan pukul 4.51 pagi. Nearly 4.00 am baru kitorang gerak dari Seri Kembangan. Awal pagi memang cepat sampai, jalan clear. 


Full moon yang tak berapa nak full. Kelihatan dari celah bumbung stesen.


Lampu komuter yang kelihatan. Since Thaipusam disambut hari Ahad, KTM mengumumkan operasi komuter 24 jam bermula Jumaat.

Train kitorang lambat, nearly 5.20 am baru sampai. Ramai jugak yang naik train pagi tu. Kitorang ambik economy class, yang paling murah. Koc kitorang kat Koc L4, nun jauh kat hujung. Gigih tahan mata taknak tido, nak tunggu Subuh dulu. Tapi takde maknanya, terlelap jugak akhirnya. Terjaga bila staff KTMB kejutkan nak check ticket. 

Alang2 dah bangun, kitorang solat Subuh terus. Luckily, dalam koc kitorang tersedia surau. Walaupun kat surau tu cuma tampal sticker lelaki, selamba je kitorang guna. Bagusnya, paip untuk wuduk disediakan walaupun airnya kecik yang amat. Lepas dah settle Subuh kitorang sambung tido.

  
Terjaga bila matahari dah muncul.


Somewhere antara Negeri Sembilan dengan Melaka rasanya.

Lepas tu dah tak boleh nak tido dah. Kitorang layan bersembang masa staff keretapi datang bagitau next station Kluang. Keretapi berhenti kat stesen lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami keluar dari keretapi dan masa melangkah tu, mata dah 'locked' Kluang Rail Coffee. Kami masuk dan kebetulan ada meja kosong tepi dinding, just nice untuk kami berdua. Waiter pun laju je datang ambik order.


Kopi susu, nasi lemak dan roti bun mentega + butter. Aku dah aim nak makan roti peanut butter, tapi sayang peanut butter dah habis.

Nasi lemak tu ada rasa, sedap sangat tu tidaklah. Sikit je nasinya. Sambal pun sikit, diletak dalam lipatan daun pisang. Yang menyedihkan, nasi lemak ni cuma ada seekor bilis dan 2 biji kacang. Since kami tak sure lagi nak ke mana, masa bayar tu kitorang tapau nasi lemak dan telur separuh masak. Kalau lapar boleh lah makan kat mana2.

Kitorang ingat nak rendam kaki kat Gunung Berlumut, tapi bila pakcik teksi tu kata tambang sehala adalah RM50.00, kitorang berbelah bagi. Lagipun kitorang memang takde fixed plan, yang penting nak makan dan minum di Kluang Rail Coffee je. Sudahnya, kitorang decided untuk berjalan2 kat Bandar Kluang je. Selalunya aku merayau kat negara orang, kali ni kat negara sendiri pulak.


Laluan berbumbung ni bermula depan pejabat pos dan tak jauh pun penghabisannya. Setidak2nya mampu melindungi pejalan kaki dari panas matahari dan hujan. 

Asalnya nak ke stesen bas, tapi haluan dipesongkan ke Kluang Mall. Tapi sebelum tu singgah di Parkson Kluang Parade. Orang tak ramai, habis setiap level kitorang merayau. Kemudian ke Kluang Mall, tak jauh pun dari situ. Pelik, di hujung minggu orang tak ramai langsung. Kat tingkat atas, kitorang jumpa pants yang aku duk cari selama ni. Rupa2nya kat Kluang ni baru jumpa. 

Bila terasa lapar, kitorang cuba cari food court. Masa tanya pakcik security, katanya Kluang Mall takde food court. Yang ada restoran dan fast food outlet kat ground floor je. Kitorang keluar dari Kluang Mall ke Parkson lagi sekali. Kali ni jumpa food court lepas tanya orang. Kat ground floor. Kalau kat shopping mall, food court antara tempat yang paling meriah. Tapi kat sini, food courtnya sunyi sepi. Aku makan nasi lemak dan telur yang ditapau pagi tadi, juga order mee kari. 

Dah recharge tenaga, kitorang berjalan keluar dan masuk mana2 kedai yang menarik. Last2 kitorang masuk ke The Store. Kat sini kitorang jumpa seluar track yang best. Sesuai sangat kalau nak pakai untuk hiking, apatah lagi running. Dah lebih pukul 5 baru kitorang keluar. Itupun sempat lagi menyinggah masuk kedai2 kat tepi jalan on the way ke railway station.

   
Petang2 camni ramai yang parking kat bawah ni semata2 nak minum petang kat stesen ketapi.

Kami masuk Kluang Rail Coffee sekali lagi, nak makan puas2 sebelum balik kejap lagi. Elok masuk, ada satu meja kosong untuk kitorang berdua kat tepi dinding. Just nice. Service pun sama macam pagi tadi, cepat dan pantas.


Kali ni kopi susu ais dan roti keping peanut butter. Dahaga punya pasal, air tu dah separuh aku minum sementara tunggu roti sampai.

Both roti keping dan roti bun sama sedap. Tapi aku lagi prefer roti keping. Kopi memang kaw, dan kurang manis. Lagi few minutes sebelum pukul 6.00 petang, pekerja dah tutup pintu depan dan letak sign 'closed'. Kitorang sengaja lepak lama2 sampai kedai tutup. Lepas bayar, aku beli kopi uncang. Sepaket 20 uncang harganya RM 12.50 dan aku beli sepaket je. Cukuplah dulu, nanti2 bila dah habis ada alasan untuk meripit. 

Kat stesen keretapi ada surau yang agak selesa. Lepas solat, kami masing2 packing balik bag. Maklumlah, muatan dah bertambah. Kenalah susun elok2. 

  
 Waktu beroperasi. Make sure korang check hari dan masa sebelum datang ke sini.


Bahagian dalam kedai. Masa ni kedai dah tutup. Meja yang kitorang dapat belah kiri ni. Bahagian luar belah kiri ada extended area untuk kedai ni. So, kalau bahagian dalam ni dah penuh, korang tengok kat luar bahagian kiri ni, kot2 ada meja untuk korang. Masa kitorang kat sini, sentiasa penuh sama ada kat luar atau dalam. 


Stesen keretapi Kluang. 


Matahari dah mula turun.

Train sampai awal, tapi 7.20 malam baru bergerak meninggalkan stesen. Kiranya departure tetap ikut schedule. Masa dalam train, langit cantik giler masa sunset. Tapi seksa yang amat nak capture gambar. Sudahnya aku simpan kamera kemas2. Masa balik seat kitorang sama dengan masa datang pagi tadi.


Seat untuk economy class. Seat selesa dan dalam koc pun bersih. Berbaloi dengan tambang RM 15.00 sehala. Yang anak panah hijau tu, surau yang aku ceritakan kat atas tadi. 

Kitorang sampai kat Stesen Bandar Tasek Selatan lewat 10 minute dari schedule. Masih ada lagi penumpang kat stesen, mungkin jugak sebab komuter masih beroperasi 24 jam. Kami singgah beli kuih kat 7 Eleven TBS sebab masing2 dah kelaparan, dan lepas tu baru naik ke tempat parking. Parking rate kat TBS sehingga semalam adalah RM 4 sehari. Aku masuk parking lebih kurang pukul 4.30 pagi dan keluar lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, ratenya adalah RM 4.00. So, aku rasa rate based on the calculation of 24 hours. Kitorang sampai kat Seri Kembangan pukul 1.00 pagi. 

Day trip tanpa plan yang khusus selain dari nak makan2 kat Kluang Rail Coffee berakhir. Bandar Kluang setakat yang aku nampak sangat bersih kalau nak compare dengan bandar lain kat Malaysia ni. Orang2 nya peramah dan helpful. Dalam bandar kecik ni ada 3 shopping malls dan jangan tak tahu, kat sini aku jumpa apa yang dah lama aku cari kat KL. Walaupun takat merayau dalam bandar tu aje, kami puas. Kluang Rail Coffee dah boleh tick dari list.  


11 comments:

  1. Replies
    1. sesekali redah cenggini best jugak...

      =)

      Delete
  2. pergi kluang naik keretapi ekpress peninsular? dari Bandar Tasik Selatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu.
      tak sure train tu express apa, tapi tak semua train utara selatan singgah kat BTS. boleh check kat website ktmb...

      Delete
  3. saya dulu pernah beli tiket ke JB, Express Peninsula pukul 420 pagi naik BTS. Hari kejadian, eh boleh pulak takda staff dan main entrace ke stesen tu ditutup... nampak kereta api tu berenti dan kemudian jalan.. dari atas stesen tu... mujur lah TBS dekat sebelah je.. btw lepastu dapat refund balik la dari KTMB.. ( saja nak tambah cerita pengalaman haha )

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan kami hari tu ada satu kaunter bukak dan staff kat kaunter tunjukkan laluan ke platform 1. agaknya lepas kes encik dorang letak staff kat kaunter kot, hihi...
      takpe, berkongsi cerita tu bagus... lain orang lain experience nya...
      =)

      Delete
  4. haha.. sebab masa kejadian tu saya tunggu sampai kaunter buka pukul 6 pagi untuk ceritakan kisah sedih saya itu..

    cuma alhamdulillah.. TBS dekat..senang lah untuk Plan B.. cuma terkilan la.. kita nak cari pengalaman.. mungkin lain kali insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih tu tunggu sampai pagi.. kalau saya terus balik dah tu, hilang mood nak berjalan, hihi..
      betul tu, walau sampai jugak tempat nak pegi, tapi rasa terkilan tetap ada... insya Allah boleh pegi lain kali
      =)

      Delete
  5. salam
    hai kak saya kembali hahaha

    haha.. setelah 3 tahun ( cerita kena tinggal kereta api ) baru cuba nak tebus balik cuti panjang bulan 9 nanti

    tapi sebab dah takda kereta api direct KL-Kluang, jadi saya nak cuba dari TBS-Kluang naik bas... kemudian lepak Kluang Rail tu. Lepas tunggu kereta api malam JB-Tumpat.. pergi Kelantan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      Ohh... dah takde ye train ke Kluang dari TBS? Naik bas pun okay jugak dan mungkin pengalamannya pun berbeza nanti.

      Enjoy Kluang =)

      Delete
    2. Salam.. mmg dh x da train ke? Bru plan nak naik train p kluang dr kl

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...