Thursday, December 29, 2016

misi menawan kinabalu | hari pertama yang mencabar

Entry ini adalah sambungan dari misi menawan kinabalu | debaran di hati


Hari ni bangun awal dari biasa, tapi still lewat kalau ikut local time. Lepas Subuh baru aku mandi dan packing. Sempatlah aku baring dulu sementara nak naik atas tunggu van. Masa kitorang naik kat tempat menunggu, dah ramai yang ada kat situ. Walaupun kitorang request van pukul 7.00 pagi, tapi takde nya on time. First trip dah penuh dengan mereka2 yang tunggu lebih awal. So, kitorang tunggu next trip. Sambil2 tu sempatlah kitorang bergambar dulu.


Pagi ni cuaca cantik betul, jelas kelihatan puncak Kinabalu.


Kasi close up sikit. Jelas nampak pencawang kat atas tu. Tapi dalam hati toksah citerlah, debaran dah hilang rentak. Berkecamuk!


Yang ni pulak view dari depan office National Park. Awan dah start muncul sikit2. Selalunya awal pagi cuaca memang clear.

Sampai kat office National Park, kitorang tinggalkan backpack dan turun breakfast. Masa kitorang sampai kat restoran, dah tak ramai orang. Ada drama tak disangka pagi tu, entah mana datang anjing ni tersesat kat ruang makan. Menggelabah kitorang, sampaikan aku berdiri atas kerusi bila anjing tu datang 'serang' meja kitorang. 

Banyak kali jugaklah pekerja tu halau dan anjing tu datang balik. Sebabnya anjing tu pandai ngelat. Last2 mencicit lari bila kena perambat. Tapi selera aku nak makan terus hilang. Masa breakfast pekerja restoran dah prepared lunch pack untuk kitorang bawak masa hiking. Ada ayam goreng seketul, sandwich, epal, telur rebus dan biskut serta sebotol mineral water 500ml.

  
Pas yang wajib dipakai sepanjang masa. Apa yang tertulis kat pass tu ada makna. AY stand for our group, 28 adalah tarikh kitorang naik. (003) number aku dalam group dan H represent bulan masa kitorang hiking, August. 

Kitorang settlekan urusan mendaki lepas dah settle breakfast. Masa ni kebanyakan orang dah dibawa pergi ke starting point, cuma ada few groups termasuk kitorang yang belum settle lagi.

Since we were 6, so kena ambik 2 orang guide. Maximum 5 person for 1 guide. Dan kitorang ambik sorang porter. For every kilogram, the charge is RM 13.00. Kat sini jugak kalau korang nak sewa tongkat ada disediakan. Dorang semua sewa tongkat, aku je yang tak nak. Sebab aku lebih selesa tanpa tongkat, rasa renyah bila ada benda kat tangan. Dah settle, sekali lagi kitorang naik van dan dibawak ke starting point.


Tengok map ni pun dah kecut perut. Disebabkan gempa yang melanda tahun lepas, cuma trail Timpohon Gate yang dibuka masa kitorang mendaki ni. 


Kami - sebelum bermula. 

Rasanya group kitorang yang paling last hiked, around 9.00 am baru kitorang start lepas briefing dan register nama kat security. Aku awal2 lagi dah booking tempat paling last, part mendaki ni aku memang all time pewai. Awal2 tu aku dengan Nilly, berpisah tiada kononnya. Yang lain2 dah lama berdesup hilang. Tambah stress bila jumpa orang yang on the way turun!


Ada pokok yang penuh lumut macam ni. Awal2 tu malas nak ambik gambar, last2 dah tak jumpa yang lawa.


Bunga pink ini betul2 tepi laluan hampir dengan hut KM 4.


Bunga putih ni jugak banyak aku jumpa sepanjang laluan mendaki.

Kitorang berhenti lunch break kat hut KM 4, Layang-Layang Shelter. Tak lalu sangat nak makan sebab penat. Lagipun makanan dah makin sejuk. Aku cuma makan ayam goreng dan epal, dah tak lalu nak makan walaupun terasa lapar. Masa break ni ada jugak kitorang sembang2, either dengan yang sama2 naik dan yang on the way turun.

Kata brader sorang tu, semalam pukul 4 petang dah start hujan. So, aku target nak kena sampai sebelum pukul 4, nak elak dari hujan. Selesai makan kitorang terus sambung perjalanan. Tak boleh rehat lama2, nanti kaki makin malas nak melangkah. Perjalanan masih jauh lagi.


Antara trail yang kitorang perlu lalu. Sebenarnya, banyak lagi laluan yang cantik dan menawan, tapi aku takde daya nak keluarkan kamera dan ambik gambar. Masa ni duk fikir nak cuba sampai secepat mungkin je, nak mandi dan rehat.

Bila dah lepas KM 5.5, the last hut, Nilly dah laju ke depan. Tinggal aku terkial2 kat belakang dengan Francis, sweeper kitorang. Dalam 400 ke 450 meter terakhir nak sampai Laban Rata, hujan turun. Mula2 aku ingat gerimis macam awal2 tadi, tapi bila makin lebat aku terus berhenti dan keluarkan raincoat. 

Ditimpa hujan di pergunungan ni memang azab, sejuk lain macam. Walaupun pakai raincoat, aku kebasahan jugaklah. Cumanya takde lah basah kuyup. Seksa yang amat nak habiskan jarak yang tak sampai setengah kilometer dalam hujan. Masa aku sampai Laban Rata around 3.20pm, hujan dah renyai2. Tercapai jugak target nak sampai sebelum pukul 4, tapi tetap kebasahan. 

Kitorang berenam menginap kat Laban Rata Resthouse, bukak pintu bilik dah nampak ruang restoran. Since dorang sampai awal, semua dah wangi. Lepas mandi dan selesaikan urusan, food dah ready and there we go. Hujan masih lagi on off kat luar. Lepas makan aku tidur dan bangun about 8.00 at night, right after the heater in on. 

Banyak hajat nak kena settle masa bangun yang first tu. Kemudian sambung tidur lepas sapu minyak. Tapi tengah malam tu terjaga lagi sebab nak membuang. Sejuk2 ni sistem perkumuhan aktif bebenor. Heater yang terpasang banyak membantu walaupun tak sampai 4 jam dorang on. Tapi air kat bathroom memang tahap gigil berlaga gigi. 


Saturday, December 24, 2016

misi menawan kinabalu | debaran di hati

Misi Kinabalu adalah trip aku dengan geng gbs. Hujung tahun lepas masa duk sembang2 pasal Kinabalu, aku angkat tangan nak follow. Kitorang silap percaturan, beli tiket flight dulu baru booking untuk mendaki. Semuanya gara2 Rayani Air yang buat promosi masa tu. Sekali date yang kitorang nak start mendaki tak dapat, dipercepatkan sehari. Lepas dah confirm semuanya, kitorang ada masa lebih kurang 7 bulan je nak training kasi fit. Awal2 tu semangat membara, tapi bila kebizian dah start training ke mana, semangat hilang tak tau arah.

Masa Rayani Air start bermasalah, masing2 dah kerisauan dengan status flight kitorang. Masa dorang pakat beli tiket Air Asia, aku masih lagi hold sebab nak tunggu tiket lagi murah. Tapi kalau takde tiket murah, aku tetap akan beli dan pergi. Semata2 demi Kinabalu. Mujur hujung2 tu Malindo Air buat promo dan aku terus rembat.

27 August, flight aku awal pagi. Around 6.30 in the morning, aku dah gerak ke airport. Kat kaunter check in smooth. Lepas check in baggage, aku grab paper free kat kaunter. Bolehlah aku baca sebelum boarding. Flight delay sejam lebih, berair mata aku tahan kantuk menunggu boarding. Kapal belum taxi aku dah terbang dulu, tak tahan sangat. Lagipun menunggu taxi lama jugak. Aku terjaga bila kapal dah nak sampai holding point and right after take off, aku sambung tido balik. 


Airport Kota Kinabalu.

Aku orang first sampai airport despite my flight was delayed. Tak lama lepas tu, dorang berempat sampai. Kitorang ke surau dan lepas tu lepak kat McD, lapar! Dalam flight dapat roti dan muffin, roti dah selamat masuk perut. 

Nani orang terakhir sampai among us. Terus kitorang suruh dia ke surau dan Nilly tapaukan food untuk dia. Bila dah ready, terus kitorang ke van yang dah dibooking awal. Kitorang request nak singgah 7E, sekali masa pakcik tu singgah top up fuel kat Shell, terus kitorang beli apa yang patut. Lepas ni tak payah menyinggah mana2 dah memandangkan kitorang nak try sampai seawal yang boleh.

Dari town takde lah lewat mana kitorang bertolak. Tapi sebab jalan jem giler, perjalanan kitorang jadi lama. Lepas Tamparuli barulah jalan kembali clear. Bila sampai Pekan Nabalu, jantung dah start berirama kencang. Makin lama makin kencang pulak debarannya. Masa kitorang sampai kat Kinabalu Park, hari dah gelap. Lepas settlekan urusan yang patut, kitorang tinggalkan backpack dan turun makan kat Balsam Cafe. 


Dinner aku malam pertama di Balsam Cafe. Aku duk ngintai jugak kot2 nampak kambing bakar seperti yang orang canangkan, tapi tak nampak bayang pulak. Dorang kata makanan kat sini sedap2, tapi bagi aku takde special pun, biasa je.

Lepas makan kitorang ambik backpack dan ready to be send to our room. Jauh jugak lokasinya, tak daya nak menapak malam2 cenggini. Dorang janji akan pick up kitorang pukul 7.00 pagi esok. Malam tu kami tidur awal. Selain suasana semakin sejuk sebab hujan, kitorang perlu rehat secukupnya sebab esok cabaran akan bermula. 


Bilik malam pertama yang dikongsi berdua. Bilik kami kat level bawah, nak ke toilet kena naik ke tingkat atas. 


Tuesday, December 6, 2016

trip java | trip berakhir dan review penginapan

Entry ini sambungan dari trip java | sehari di semarang - part2.


Seperti dijanjikan, sesudah Subuh aku kejutkan staff hotel mintak dia call kan teksi. By the time teksi sampai, kitorang dah ready. Bilik dah check out, barang2 semua dah standby kat pergola. Lepas loading barang, there we go. Awal pagi, jalan agak clear. Tapi dup dap jugak, risau kalau2 terlambat sampai. 


Genuk Perbalan pagi tu, just before we left the place.

Dah sampai airport, tengok kaunter dah bukak untuk check in. Lepas drop baggage, scan baggage, kitorang terus masuk boarding. Nak tunggu kat luar tu pun, tak tau apa nak buat. Condition airport masih sama macam dulu, takde apa yang berubah. Elok dah masuk ke dalam, perut meragam pulak. Dah settle, kitorang cari cafe nak breakfast. 

Tak banyak choice and we settled kat satu cafe ni. Masing2 order soto, tapi datang dengan nasi. So, aku expect memang in set lah sebab dalam menu nasi lain, soto lain. Masa aku nak bayar, baru aku tahu nasi tu harga lain. Hanginlah aku kat cashier tu kejap, diam je minah tu bila aku sembur. Mau tak hangin, they play dirty kot. Dah lah harga mahal berganda. Better beli makanan dalam flight, lagi murah dan berbaloi. Memang aku pangkah besar2 cafe tu.


Flight balik was okay. After safely landed dan lepas hi hi bye bye, kitorang berpisah. Aku ambik ERL ke KLIA dan jumpa kekasih hati kat parking lot before drives home. Esok dah puasa!


*       *       *       *       *


Review Penginapan:

Sepanjang trip ke Tanah Jawa ni, segala urusan berkaitan penginapan aku uruskan. Untuk transportation, Izza yang bertanggungjawab. Untuk sepanjang 9 hari 8 malam di sana, kitorang menginap di 3 tempat penginapan tak termasuk bercamping di Gunung Prau. So, review penginapan adalah totally dari pandangan aku sendiri berdasarkan pengalaman dan tak dipengaruhi oleh unsur2 luar.


1. Hotel Larashati, Yogyakarta.

Hotel ni terletak di salah satu gang lorong kecil di belakang Jalan Malioboro yang menjadi tumpuan ramai. Nak ke hotel ni kena berjalan kaki, hanya basikal dan motor je boleh lepas. Berjalan pun takde lah jauh mana pun. Bilik bersih dan hanya disediakan kopi dan teh di waktu pagi.

Owner hotel ni cukup peramah dan baik hati. Pekerja hotel jugak baik. Bila malam keadaan sunyi dan tenang, memang takde gangguan untuk tidur lena. Aku memang highly recommend untuk korang menginap di sini kalau ke Jogja. Hotel ni bukan berbintang2, lebih kepada hotel melati. Dari 5☆ aku bagi 4.5☆.

Hotel Larashati
Sosrokusuman DN I/182
Yogyakarta
Phone No: +62 274 514513
Hp Ibu Erni owner Hotel Larashati: +62 812 2963 489


2. Homestay Sahabat, Patak Banteng.

Masa aku duk cari penginapan di Tanah Tinggi Dieng, rata2 rate untuk semalam melebihi budget kitorang. Dah banyak aku call sebab rata2 kat website aku jumpa number phone dan alamat sahaja. Until I've found pasal Homestay Sahabat. Aku jumpa blog, but it doesn't look promising. Cari info pun takde orang review pasal homestay ni. 

I just take a risk to call the number and after done with the conversation, I wanted to give a try to this homestay. Turn out both owner and his wife were welcoming us and very kind. Alhamdulillah. Those kalau ada yang nak hiking Gunung Prau via Patak Banteng, it's a good choice to stay at this homestay. Very close to rumah makan, stores and masjid as well. Pak Aris selain dari helpful, dia jugak tak berkira. Highly recommended and I give 4.5☆ out of 5☆.
  
Homestay Sahabat
Desa Patak Banteng, Wonosobo
Pak Aris: +62 852 1795 0535


3. Omah Pelem Syariah, Semarang.

Masa searching penginapan di Semarang, aku tertarik dengan wording syariah dan jugak harga yang murah. Kira sesuailah dengan budget kitorang ni. Untuk hotel ni, aku message dorang kat facebook. A week before depart, aku message dorang lagi sekali sebab nak tukar bilik. Everything goes well and I didn't expect for the worse. Sebab bringing the name of syariah, kan.

Hari kejadian, kitorang mengalami kesukaran nak cari lokasi hotel. Aku call berkali2, sama ada bunyi ringing takde orang angkat atau engaged. Lepas tanya orang sana sini, baru jumpa. Mencabar sungguh perjalanan kitorang mencari hotel, tapi takpe sebab fikir nak rest je dah lepas ni. 

Bila aku ke reception bagitau dah buat booking untuk 2 bilik, dorang kata booking aku takde. Aku siap tunjuk conversation kat fb pasal booking tu. Dia bagitau tak terima deposit, so takde bookinglah. Hangin toksah citerlah, sebab dorang tak bagi tau aku kena bagi deposit kalau nak secure booking. After ding dong, they offered us family room for 4, sebab tu je bilik yang available katanya. Lepas discuss dan masing2 dah penat, kitorang on.

Bilik untuk 4 orang, tapi tilam cuma queen size dengan single yang dirapatkan. Bantal ada 3 je, selimut dan towel takde. Rupa2nya, untuk selimut kena bayar extra charges, same thing goes for the towel which come together dengan toiletries. Tak pernah aku stay kat mana2 sebelum ni tak diprovide selimut, crazy! 

Bila baca kat fb, they seems very nice and warm. Tapi hakikatnya apa yang kitorang lalui adalah sebaliknya. Despite of location yang peaceful selain dari bercinta nak cari lokasi, nothing to shout about this hotel. Aku tak rasa nak recommend pun. Out of 5☆ aku bagi 2☆ je. 

Omah Pelem Syariah
JL Genuk Perbalan X No. 3 RT 04 RW 05
Semarang

footnote: fuhhhh! setengah tahun kot baru habis menaip cerita ke Tanah Jawa. Lately malas bebenor nak ketik huruf2. Jari makin gemuk, kemalasan pun bergandalah. Aku skip cerita pasal few things, especially pasal running. Insya Allah, aku cuba regain semangat untuk menaip dan berkongsi cerita yang masih pending dalam masa terdekat ni. Kalau tak, jumpa tahun depan ajelah.


Sunday, December 4, 2016

trip java | sehari di semarang - part2

Entry ini sambungan dari trip java | sehari di semarang - part1.


Dari Masjid Agung, dengan bantuan cik GPS kitorang menghala ke Brown Canyon. Dah hujung2 tu kitorang doubtful jugak. Sebabnya masuk kawasan kampung yang agak padat. Takde tanda2 pun menghala ke arah lokasi kitorang nak pergi. Tapi bila nampak lori angkut tanah, perasaan ragu2 tadi menghilang. Jalan rosak teruk, bergoyang2 kitorang dalam kereta tu. 

Dah sampai tu nampak banyak lori2 tengah angkut tanah. Memandangkan dorang tengah bekerja, kitorang plan nak ambik gambar dari dalam kereta je dan pastu balik. Tak naklah spend time lama2 kat sini, kang mengganggu pulak. Tapi bila ada sorang lelaki bermotor datang kat kereta kitorang, mintak bayaran for each person dan jugak untuk parking, terus kitorang mintak Dwi parking dan turun bergambar.


Brown Canyon Semarang.


Nampak macam lori mainan pulak lori kat belah kanan tu, kecik je nampak.


Brown Canyon dari sudut lain.

Lama jugak kitorang merentungkan diri yang dah sedia rentung kat sini. Alang2 dah bayar, kan? Elok nak singgah sekejap je, terus jadi lama. Dah puas baru kitorang beredar dan mencari lokasi seterusnya. Dah guna GPS, dah tanya orang sana sini, tersesat ke kawasan perumahan elit and later we were directed to the Volkswagen workshop. Kitorang nak ke Bukit Volkswagen yang femes tu, tapi tak jumpa.

Dari luar pagar konkrit, kitorang nampak barisan Volkswagen lama dan belah kiri ada ramai orang tengah bekerja, membetulkan vw lama untuk diberikan nafas baru. Mula2 Dwi masuk tapi tak membantu, dan aku tak puas hati. So, aku masuk dan dorang follow.

Kakak kat office tu ingatkan kitorang ni dari media, nak buat coverage pasal workshop dorang. Kakak tu kata kereta yang kat sana dah dipindah ke sini, dan tempat tu dah ditutup. Aku mintak izin nak foto2 sekitar workshop tu. Tapi bila kakak tu macam reluctant nak bagi kitorang tengok dorang buat kerja, kami faham. Cepat2 aku bagitau nak ambik gambar kat luar je dan dia senyum. Kejap je pastu kitorang terus ke next destination. 

  
Bengkel Yumos. Dalam tu kereta yang dah siap di make over. Cantik giler! Kalaulah aku ada duit berkepuk2, mau aku order sebuah.


Ini yang kat tepi pagar, menunggu giliran untuk masuk workshop.

Ralat pulak aku tak ambik gambar dorang tengah buat kerja sebelum keluar. Nak masuk ke dalam memang tak dapat, at least ambik dari luar. Well, bukan rezeki akulah maknanya tu. Destinasi kami seterusnya jauh sikit dari bandar. Awal2 tu aku dah start tido, terjaga bila dah hampir sampai. Dalam mamai baru bangun tu, aku ternampak steam train lalu tengah sawah padi, which later I remembered Bona dan Boni. 


Kitorang nak singgah sini, nak tanya pasal steam train tapi Dwi tak bagi. Gigih dia tanya orang nak cari tempat yang kitorang nak pergi.


Benteng Pendem Ambarawa kat sana tu. Jenuh mencari laluan nak ke sini, last2 Dwi parking depan rumah penduduk dan kitorang menapak ke sini. Jalan diletakkan tiang kat tengah2, hanya motor dan basikal je boleh lepas.


Terowong tinggal di tengah sawah padi. Ada sejarahnya pasal benteng ni, kalau nak tahu korang google lah erk.


Khabarnya bangunan tinggal ini dijadikan kediaman oleh penduduk kat sini. Aku teringin nak masuk ke sana, tapi bila dorang tak nak pergi, aku back off. Aku ni penakut jugak sebenarnya, pastu ralat sendiri, haha.

Kami singgah lunch kat pekan Ambarawa, baris Stasiun Ambarawa tadi. Sebab dapat wifi gratis, masing2 attached to the phone sementara tunggu makanan sampai. Dah settle makan, kitorang bertolak balik ke Semarang. 


Kampoeng Rawa ni cantik, ada floating restaurant. Tapi Dwi tak nak singgah, hanya mampu snap gambar dari dalam kereta. Ini je yang berjaya.

On the way balik tu boleh pulak ternampak signboard kilang susu. Alang2 Kampoeng Rawa tak dapat singgah, kitorang racun Dwi untuk kilang susu pulak. Dah terlepas ke depan, ingatkan Dwi tak nak singgah jugak tapi rupa2nya dia buat U-turn. 


Kitorang tak masuk kat kawasan ternakan tu, kena bayar. Jadi nak yang gratis je, kitorang terus masuk ke kedai.


Comel patung lembu ni dipakaikan macam ni.


Antara susu kultur yang dorang hasilkan. Best! Belakang tu yang tergantung lampu2 cantik adalah ruang restoran. 


Even permainan untuk kanak2 pun dibuat bentuk lembu. Comel je. Kalau bawak budak2, mesti seronok dorang. 

Kami beli susu je, takde nak merayau memana dah. Dah dapat terus balik. On the way balik aku memang tak boleh nak tahan dah. Perut memulas2, entah mana silapnya. Last2 Dwi berhenti kat petrol pump dan laju aku ke tandas. Dah settle terus balik ke hotel. 

Dalam kecoh2 kitorang nak packing, aku nak keluar beli air dan ambik gambar. Elok aku keluar, Dwi panggil. Katanya dia kena balik malam tu jugak dan return duit untuk esok. Dia tolong kitorang tanyakan receptionist pasal teksi and after clear things off, he off to Jogja. Malam tu kitorang terus packing siap2 sebab esok flight awal pagi.


View malam dari hotel.


Saturday, December 3, 2016

trip java | sehari di semarang - part1

Entry ini sambungan dari trip java | hingga ketemu lagi, dieng.


Lebih kurang 8.00 pagi kitorang keluar dari hotel. First kitorang singgah di Sam Poo Kong. Orang baru start datang, agak ramai dah kat tempat parking tu. Lepas belikan tiket untuk semua, kitorang terus masuk. Luas dan besar kawasannya.


Sam Poo Kong.


Theater building ni jadi tumpuan sekumpulan budak2 sekolah dengan cikgu dorang buat training. Riuh rendah dengan suara dorang.

  
The pagoda.


The statue of Laksamana Zheng He katanya.


Di setiap bumbung memang ada ukiran, bermacam tapi motifnya tetap haiwan.

Aku dah takde mood sangat kat sini, panas giler walaupun masih pagi. Maklumlah, dah seronok dengan cuaca Dieng yang sejuk pastu bila sampai Semarang panas berdenting, memang hilang mood dibuatnya. Bila semua dah settle, kitorang keluar.

Dwi bawak ke Lawang Sewu. Mula2 aku macam malas nak masuk, aku kan dah pernah datang sini. Tapi tak syok pulak, so aku masuk jugak. Kali ni tak ambik guide, kitorang jalan je sesuka hati. Elok jugaklah aku masuk, bangunan depan tu dah bukak untuk visitor. At least ada benda baru.


Di ruang koridor buiding ni dulu, aku cuma tengok dari luar je. Sekarang dah dibuka untuk pelawat.


The doors.


The corridor. 


Bangunan lama. Dulu aku terlupa nak ambik gambar pintu ni, so dapatlah ambik kali ni.




Ada pelamin kat ruang tengah antara building tu. Tak pastilah event dah settle atau baru nak set up. Barang2 untuk deco bersepah2 lagi, merata2 dorang letak. Patut allocate one place, so tak ganggu visitors.

Kitorang tak naik ke loteng, ke bahagian bawah pun tak turun jugak sebab both tempat tu ditutup. Ada notis dorang tampal kat pintu masuk tu. Dah habis pusing, kitorang balik. Laluan keluar adalah sebelum bangunan tandas. Masa aku datang dulu laluan masuk dan keluar sama. Memang boleh buat satu pusingan.

Keluar dari Lawang Sewu, Dwi bawak ke Kota Lama. Dia bawak ikut jalan lain, bukan jalan yang aku pernah lalu sebelum ni. Sayup2 je aku nampak Gereja Blenduk. Mujur dah pernah ke sana, tak adalah ralat sangat tak singgah. 


Masa Dwi berhenti kat sini, masing2 malas nak turun. Panas kot kat luar tu. Bukak tingkap, ambik gambar dari dalam kereta je.

Alang2 semua orang malas nak keluar, semua macam pasrah tak nak explore Kota Lama. Kitorang mintak Dwi bawak ke destinasi seterusnya. Mencabar jugak nak cari lokasinya. Jalan yang aku pernah lalu dulu memang tak nampak bayangnya. Mujurlah pada satu ketika aku terperasan Menara Al Husna. Terus kitorang fokus dan Dwi memandu ke arah itu. Ternyata memori aku yang bersisa membantu kitorang.


Memang ditakdirkan rezeki kami hari ini. Selalunya payung ni dibuka hari Jumaat je, tapi kitorang datang hari ni payung ni dah terbuka. 


Masjid Agung Semarang. First time aku ke sini, payung ni tak bukak. Second time datang dorang bukak payung. Kira dah complete dah, tak perlu repeat ke sini lagi.




Menara Al Husna nun di sana. Aku plan nak naik menara tu, nak tengok view dari atas dengan payung terbuka. Tapi sayang, masa aku nak jejak kaki kat tangga menara, pekerja menara tu terlebih dahulu tegur aku bagitau menara ditutup untuk rehat.

Agak kecewa di situ bila aku agak lalai. Patutnya aku naik ke atas sana dulu tadi. Terlupa pulak dorang tutup menara pukul 11.30 tengah hari dan bukak balik sejam kemudian. Nak menunggu jenuh pulak sejam melepak kat situ tak buat pape. Memandangkan perjalanan kami masih jauh, kitorang skip untuk naik ke menara dan proceed ke destinasi berikut.


Wednesday, November 30, 2016

trip java | hingga ketemu lagi, dieng



Dari tempat parking Puncak Sikunir, Dwi bawak kitorang ke Kawah Candrimuka. Perjalanan kami memang best, sebab view di kiri kanan jalan betul2 picturesque. Tak jemu mata memandang. Masa kitorang lalu sebelah sekolah, masing2 fokus dekat anak2 sekolah. Mata mencari2 kot ternampak anak berambut gimbal yang dipanggil anak gembel. Tapi sayang, langsung tak kelihatan.  

Dari situ perjalanan kami mendaki bukit tinggi yang curam serta agak rosak jalannya. Sekeliling kami adalah ladang sayur. Sesekali berselisih dengan lori besar membawa muatan penuh dan peladang. Mencabar kot perjalanan kitorang, silap pusing stereng memang boleh terhumban ke gaung bawah sana. Kelihatan air terjun jauh di bawah cerun sana, nak menyinggah tak tau cemana nak ke sana. 


Kawah Candrimuka kat cerun, ada laluan bertangga untuk turun ke bawah.

Kitorang tak turun pun ke bawah sana, instead aku naik menara kat situ. Menara tu tak tinggi pun, setinggi bangunan setingkat setengah je. Tapi dapatlah tengok view sekeliling dari tempat yang lebih tinggi. 


Ladang di sebelah sana.


Jalan kecik tu nanti bakal kitorang lalu untuk menyinggah ke next destination.


Ini pulak jalan yang kitorang lalu tadi untuk ke Kawah Candrimuka ni. Mencabar laluannya, tapi berbaloi dengan view sepanjang jalan.

Lepas ambik gambar kitorang tinggalkan Kawah Candrimuka. Kalau tadi kitorang dah melalui cabaran untuk sampai ke sini, tapi laluan yang berikutnya lebih mencabar. Sampai satu part, kitorang semua diam dan freeze. Risau kalau2 kitorang bergerak, sesuatu yang buruk akan terjadi. Di penghujung jalan, kitorang bertemu dengan bapak yang bekerja kat situ. Dia tunjukkan arah lepas kami parking kereta.


Pohon nan sebatang di tengah padang rumput.


Telaga Dringo. Ada satu group pengunjung lain waktu kitorang sampai kat sini.


Bila kabus menghilang, betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Tak sia2 kami ikut saranan Pak Aris yang suggest kitorang ke sini.

Kat sini lama kitorang habiskan masa. Sempat kitorang sarung baju kurung, bergambar kat sini. Konon2 pre-raya photoshoot. Sesekali bila kabus datang, apa benda pun tak nampak. Betul2 rasa macam di alam fantasi.


Last shot sebelum kitorang tinggalkan tempat ni. Group yang dah ada masa kitorang sampai tadi masih lagi di sini masa kitorang nak balik.

On the way balik, ada seksaan yang menunggu. Kitorang semua turun dari kereta just before tanjakan tajam. Kali kedua baru Dwi berjaya melepasi tanjakan tu, hangit bau tayar kereta. Tanjak tu bukanlah masalah besar kalau jalan cantik. Tapi iyelah, Telaga Dringo ni belum terkenal. 


Singgah berhenti tepi jalan, aku snap gambar ni. Sini kira macam tengah pekanlah, ada banyak stores dan homestay. Tempat kitorang menginap bawah lagi, sebelum sampai sini.

Balik ke homestay, kitorang terus pergi brunch kat kedai depan. Kedai makan tu bersambung dengan kedai jual hasil pertanian Dieng. Aku beli carica yang dah dipek cantik2. Memborong sakan, maklumlah aku beli luggage. 


Buah carica yang dah matang.

Kali ni takde melepak dah. Kami terus bersiap2, packing dan elok lepas Zohor kitorang check out and heading to Semarang. Berat hati nak tinggalkan Dieng, rasa tak puas since aku suka weather kat sini. On the way kami singgah di Gardu Pandang, ambik gambar dan proceed our journey.


View dari Gardu Pandang.

Ikutkan plan kami nak singgah di Telaga Menjer. Tapi bila tengok dari luar rasa tak selera nak singgah, macam tak terjaga. Pagar pun macam berkunci je. Masing2 dah malas nak turun, kepenatan. Akhirnya kami sepakat terus ke Semarang, tak nak singgah memana dah. 

Masuk Semarang dah start jem. Jenuh nak cari hotel yang aku dah booking, call tak dapat. Tanya sana sini then baru jumpa. Dah jumpa ada drama pulak, booking aku takde dalam system. Aku siap tunjukkan conversation dalam fb lagi pasal booking tu. Hampeh betul, dah lah tak friendly. Dorang bagi family room since itu yang available. Sebab dah gelap dan malas dah nak cari tempat lain, stay ajelah kat situ.

Kelakar betul hotel ni. Ingatkan drama tadi dah habis, rupa2nya ada lagi. Kata bilik untuk 4 orang, tapi bantal tak cukup. Dah lah selimut dengan towel takde, kalau nak they will charge for the items. Terus kitorang back off nak selimut. Alangkan tido dalam tent tanpa sleeping bag kat puncak Prau pun boleh, apalah sangat tido atas tilam tanpa selimut.

Izza keluar dengan Dwi nak ke laundry, sekali dah tutup pulak. Sekitar situ warung pun takde. Aku order nasi goreng dengan hotel, paksa diri untuk habiskan sebab tasteless sangat rasanya. Sebab laundry dah tutup, kitorang basuh baju dan seluar gantung dalam bilik sebelum tido. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...