Wednesday, September 23, 2015

trip pasrah | open trip -part1

Pagi ni awal kitorang bangun dan bersiap2. Belum pun pukul 7.00 kitorang dah ready kat restoran hotel. Kitchen staff baru keluarkan makanan, kitorang dah standby kat tepi. Punyalah tak sabar. Dah settle breakfast, kitorang mintak staff hotel call teksi. Masuk je dalam teksi, sekali pakcik teksi malam tadi rupanya. 


Breakfast aku, nasi yang digoreng dengan maggi. Gigih aku senduk dalam cubaan nak ambik nasi sahaja. Pagi ni kena isi perut kenyang2, sebab kebarangkalian nak jumpa makanan tu lambat lagi.

Kitorang sampai kat Kabana Hotel belum pukul 8.00 pagi. Hotel ni agak jauh ke dalam dan depan hotel tu penuh dengan peniaga mutiara. Kitorang turun dari teksi je dah kena serbu. Hari ni kitorang akan join open tour dengan Didan, aku baru confirmkan malam tadi dengan dia. So, meeting point kat hotel ni pukul 8.00 pagi. 

Jumpa Didan kat entrance hotel dan dia bawak kitorang lepak kat lobi dulu. Rupa2nya kitorang akan join group photographer dari Jakarta, dorang 17 orang dan sorang photographer dari Malaysia. Terus rasa segan nak keluarkan kamera cinonet aku, haha. Patutnya tour ni start pukul 8, itu yang kitorang gigih datang awal. Sekali pukul 9.00 baru nak gerak, hebat jugak janji dorang ni. Itu pun siap mintak berhenti kat Indomart lagi sebab ada yang belum breakfast katanya. Kitorang yang sampai awal dari Senggigi pun dah siap breakfast. 

Kitorang naik coaster bas, dan aku banyak tido je. Bila dah nak masuk area Pasar Tanjung Luar, baru aku betul2 bangun. Masih ada saki baki peniaga ikan kat tepi jalan pasar tu. Kalau datang awal, keadaan lebih meriah. Memang seronok nak photo hunting. Masa kitorang sampai dah dekat pukul 11.00. Dari pasar ke pelabuhan dah tak jauh mana.


Bot2 nelayan kat pelabuhan. Bau kat sini memang tak menahan, hampir sama dengan bau masa aku kat fishing village Mui Ne.

Kitorang akan ambik boat kat sini. Nak transfer dari bas yang parking depan jeti ke dalam boat pun ambik masa yang lama. Rengsa betul kalau join open trip ramai2 camni. Kitorang naik 2 boat, of course aku sekali dengan Izza naik boat yang sama. 


Approaching Gili Pasir, hentian pertama kitorang. Masa kitorang sampai ni, boat dorang dua buah tu dah nak balik.


Pulau ni hanya akan muncul bila air surut. Hanya pasir semata.


Airnya dah tentulah jernih, tapi banyak rumput laut kat tempat yang agak dalam sedikit. Rumput laut ni boleh sebabkan pantai jadi kotor.


Selain rumput laut yang tak best, kat sini banyak tapak sulaiman atau bintang laut. Tapak sulaiman yang ni duk dalam air, sebab tu warnanya tak menyerlah sangat.


Berdua pastinya lebih baik, boleh bergossip riang meredah lautan. Erk, kitorang nampak lebih kurus dalam gambar ni, haha. 

Dah puas ambik gambar, baru kitorang naik boat untuk ke destinasi seterusnya. Oh ya, dari pelabuhan ke sini tak jauh mana pun. Kat sini banyak pulau2 kecik, ada yang ada penghuni dan ada jugak yang pulau semata, takde penduduk.


Pulau ni agak meriah sikit, sebab ramai penduduk. Bahagian jeti berbatu2, tapi bila arah ke hujung tu pasirnya nampak cantik.


Deretan perahu nelayan kat pulau tadi.

Lebih kurang setengah jam kemudian, kitorang sampai ke Pantai Pink. Turun je dari boat, masing2 menghala ke arah bukit. Gigih dalam panas2 mendaki naik ke atas. Aku pulak memang tinggalkan sandal dalam boat, sebabnya pasir pantai agak jerlus. Lagi selesa kalau berkaki ayam. Tapi lepas tu lagi seksa, kena extra careful bila nak melangkah.


View dari atas bukit yang kitorang panjat. Ni sebelah bukit / tanjung, bukan Pantai Pink.


Inilah view Pantai Pink yang tak pink. Sebelah sana pun ada bukit jugak, tapi macam tak tempting je nak daki.


Ada nampak warna pink tak? Datang tengah hari buta memang takde harapanlah nak nampak pasir warna pink. 


Another pulau2 kecil di kawasan sekitar.

Tak tahan panas, kulit dah makin rentung, aku turun ke arah pantai balik. Dorang gigih lagi menembak kat atas tu. Masing2 senjata gedabak, takat aku yang guna digicam ni tak mampulah nak beraksi lebih2. Ada sebahagian memang dah turun, ada jugak yang memang tak naik langsung. Kat tepi pantai tu ada banyak jugak warung makan dan stalls jual jajan. 

  


Terpikat ke?

Aku dengan Izza melepak kat bangku bawah pokok tepi pantai. Seronok layan perasaan bila dihembus angin pantai. Silap2 boleh terlena kat bawah pokok tu. Lama jugak kitorang melepak kat bangku tu, sampailah Didan panggil kitorang ajak lunch kat salah satu warung tepi pantai tempat dorang lepak.


Nasi kotak yang jadi hidangan makan tengah hari kitorang ni dah termasuk dalam pakej. Masakannya sedap belaka. Kenyang terlebih lah, lagi2 bila ada air kelapa muda.

Masa kami baru nak makan ni, dorang yang memang lepak kat situ dari tadi dah settle makan. Masa kitorang tengah makan, group yang kat atas bukit tadi baru turun. Dah settle makan, ojek dah standby nak bawak kitorang.

Bersambung...


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...