Saturday, May 9, 2015

tbs | 2 - perjalanan yang panjang

headnote: pagi tadi aku join 9to5 run yang diorganize oleh KBS. Sejujurnya, aku kecewa yang teramat. Aku harapkan kalau tak lebih baik, setidaknya hampir sama dengan larian yang aku join sebelum2 ni. Confirm lepas ni segala event yang gomen organize aku pangkah besar2. Full stop!

*        *       *       *       *


Pagi2 lagi dah bunyi hon. Bingit telinga dibuatnya. Nak tunggu 8.30 pagi untuk check out punyalah terasa lamanya. Aku tak buat apa pagi tu, just melepak kat bilik sambil tengok tv. Nasib baik ada channel National Geographic yang tak dialih bahasa. 

Pagi ni aku akan ke Dalat, bas pukul 9.05 pagi. Perjalanan dari Saigon ke Dalat ambik masa 7 jam untuk traffic biasa. Kalau heavy traffic, makin lamalah jawabnya. Bas lambat setengah jam lebih. Dalam pukul 9.40 baru bas bertolak meninggalkan De Tham Street. 


Inilah keadaan dalam sleeper bus ni. Ada 3 row dan double decker. 

Masa kat tangga bas, bus assistant bagi plastic suruh simpan kasut/selipar. Seat aku paling belakang, sebaris belakang tu dimuatkan 4 seat. Aku tengok kat tiket, nombor seat aku sebelah tingkap, tapi ada orang. Dengan muka ketat aku suruh dia pindah seat lain. Dah lah aku bayar mahal, seat tu harus jadi tempat aku lah. Setiap sorang diberikan selimut, air mineral sebotol kecik dan sekeping tisu basah dalam paket.

Bas berhenti untuk makan dua kali. Yang first tu aku turun. Beli air dan wafer. Second time aku just lepak dalam bas je. Lenguh leher aku sebab most of the time aku pandang keluar tingkap. Traffic agak slow dan hari makin gelap. Bas akhirnya sampai kat Dalat lebih kurang 6.30 petang. Hari dah gelap, aku nampak baki sunset yang cun disebalik pokok, terlupa nak ambik gambar. 

Stesen bas ni memang jauh nak ke city center, kalau hari masih terang gigih jugak aku nak menapak. Ni dah gelap semacam, aku ambik xe om dan mintak dia hantarkan ke Enjoy Dalat Hostel. Sebelum tu aku tanya tiket ke Mui Ne, Futa Bus takde route ke Mui Ne lah pulak. 

Sampai kat hostel, nasib aku baik sebab ada kosong. Joseph, owner hostel pinjamkan aku duit untuk bayar xe om sebab aku takde duit kecik. In fact, malam tu aku tido sorang dalam bilik yang boleh muatkan 8 orang tu. 


Walaupun ini mixed dorm, cubicle ni membuatkan aku rasa macam tido dalam private room.


Dalam setiap cubicle ada lampu, locker dan meja kecik untuk menulis. Selesa yang amat. Bilik ni takde aircond mahupun kipas. Mula2 tu menggagau jugak aku carik kipas dengan aircond, tapi tak sampai 10 minute aku dah rasa sejuk. Ruang depan cubicle ni luas, kat ruang tu lah aku solat. Dalam cubicle ni memang tak lepas nak berdiri.

Lepas dah rehat kejap, aku keluar. Aku mintak Lanh isteri Joseph carikan tiket ke Mui Ne dan Saigon. Lanh kata tiket mahal sebab Vietnam tengah long holiday, 6 days in row masa aku datang ni. Aku pasrah je bila rabak kat poket aku makin besar. Lepas tu aku keluar ke walking street. Cuaca agak chilly dan best berjalan dalam cuaca macam tu. Joseph dengan Lanh pelik mula tu tengok aku keluar dengan short sleeve t-shirt. Tapi aku bagitau dorang lemak aku banyak, so takde lah aku sejuk, haha. 


Orang memang ramai sebab long holiday. Kat atas tangga ni pun ramai yang berniaga, siap ada yang bukak gerai makan dan masing2 duduk makan kat tangga tu jugak. 


Ni kat bahagian atas, area dataran. Orang ramai tapi takde peniaga, kalau ada pun kat tepi2 je. Tengah2 ni tempat dorang melepak ramai2. 

Tak lama pun aku merayau, lepas tinjau kawasan aku balik ke hostel. Lepas rehat hilangkan penat, baru aku mandi, solat dan bersedia untuk tido. 


4 comments:

  1. wow..cm best jer prjalanan ko.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau meredah ni mmg best, hihi

      Delete
  2. Dalam cerita pasal Dalat ni, nak tanya pasaipa dengan Run 9to5 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas dah nak ingat, yang penting saya kecewa... tu je.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...