Wednesday, January 21, 2015

mengejar sunrise

Aktiviti pertama di tahun 2015 dengan geng berjimba. Walaupun cuma kami bertiga, tak disertai semua ahli, misi tetap diteruskan. Plan asal nak gather pukul 7 kat parking diawalkan, kami sepakat Subuh di Petronas. Masa Izza whatsapp kata dah sampai pukul 5 pagi tu, aku masih kat rumah. Lebih kurang 5.10 pagi baru aku keluar rumah. 

Driving sengsorang di awal pagi, lalu ikut jalan Jenderam yang sunyi memang menakutkan. Gigih lah aku paksa mata untuk fokus ke depan sahaja. Sedaya upaya mencontrol mata dari tengok cermin sisi mahupun cermin pandang belakang. Masa ni lah pulak kepala boleh teringat macam2 kisah tumpang menumpang, aduyaiii. Sesiapa yang pernah lalu jalan Jenderam yang sunyi tu tahulah macam mana suasananya.

Kami berempat jadinya bila housemate Kak join sama. Lepas settle Subuh, baru kami bergerak ke kaki Broga. Masa on the way tu dah nampak cahaya lampu mereka2 yang menuju puncak. Ramai rupanya yang datang awal pagi, jenuh mencari parking.

  
Macam lukisan...


Makin terang...




Suka aku tengok masa ni. Meriah je dengan burung2 yang beterbangan.








Tersenyum aku tengok caption kat bawah tu. Ada jugak beruk terlepas yang menyonteng. 

Lama tak menjenguk Broga, dah banyak yang berubah. Dah ada pintu gerbang dan penunjuk arah oleh RHB. Mungkin ni projek CSR dorang. Sampah sarap pun dah tak banyak macam dulu, but still ada jugak yang takde kesedaran sivik. Tali pun dah banyak ditukar baru. Dan orang2nya masih ramai macam dulu jugak. 


3 comments:

  1. Suka tengok pic no 2...
    *thumbsupsuperemotion*

    ReplyDelete
  2. Normi,
    Mekasih....
    =)

    the hasyims,
    I suka yg first, macam lukisan, hihihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...