Saturday, January 10, 2015

apakah....

Petang Khamis, hujan lebat bertukar gerimis. Lepas punch out, aku redah gerimis ke parking lot dengan seorang kawan. Sambil2 tu kitorang bersembang kosong sebelum tiba2 dia tanya aku soalan dan buat statement tak terjangkau dek akalku.

"Kau tak bercuti ke N?"

"Takkk....." jawapan sayu penuh pasrah.

"Risau pulak aku tengok kau ni....."

"Apsal pulak?"

"Yelah, aku risau tengok kau dah lama tak bercuti..."

Gulp! Tetiba aku rasa saliva tersangkut kat kerongkong. Mujur kitorang dah sampai kat kereta, tak perlu aku nak bersoal jawab panjang lebar. 

Sungguh tak sangka, ada jugak yang prihatin. Atau ketara sangatkah kemengongan aku akibat tak boleh nak berjimba sakan macam sebelum ni? 

Aku memang tengah mengong, takde mood nak buat apa pun. Aku perlukan terapi untuk recharge mood yang tenggelam. 

Happy New Year, guys... even though dah nak masuk setengah bulan di tahun baru. 


3 comments:

  1. Happy new year Anne!!

    Nampaknya kena cepat-cepat pegi bercuti tu kalau sampai kawan dah tegur:)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru anne. Bila kita nk berjimba lagi?

    ReplyDelete
  3. LD,
    Same goes to you, LD..
    Hasrat dihati memang nak, tapi banyak sangat kekangan buat masa sekarang ni, huhu..

    PM,
    insya Allah, Nani... harap2 plan tengah tahun berjalan lancar.. ameen..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...