Thursday, December 11, 2014

serigala jahat yang menggoda

Alkisahnya, serigala yang jahat dah kembali ke kota. Since Khamis adalah public holiday, aku berpakat dengan Kak nak tengok sejauh mana jahatnya serigala besar ni.

Awal2 lagi dah start drama. Balik keje aku nak singgah ambik duit kat atm, tapi sayang atm rosak. Berbekal duit yang tinggal serdak dalam wallet, aku ke Seri Kembangan about 11.00 pm. Petrol pump yang ada atm semua arah bertentangan. Lepas tinggalkan kereta aku dah ada teman baru sekarang kat rumah Kak, kami menyinggah ke petrol pump. Malang sungguh, semua atm kat petrol pump yang kitorang singgah tu rosak.   

Serigala tu memang jahat, tapi godaannya tak sehebat mana. Aku rasa macam tak banyak sangat buku baru yang best. Buku yang aku aim nak beli pun takde, tapi ada je buku lain dari penulis tu. 


Lepas berjam2 kat dalam tu, dah pening2 aku dibuatnya, inilah hasil yang tak seberapa. Maklumlah, serdak dalam wallet tak cukup nak grab banyak2. Ini pun aku tak tau bila bakal dibaca. 

Kalau korang tak pergi lagi, pergilah jenguk. Manalah tahu kot2 ada yang berkenan di hati. Harga pun murah, berbaloi2 lah. Kitorang bertapa kat sana awal pagi, jadinya tak ramai sangat orang. Selesalah nak memilih yang mana berkenan di hati.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...