Sunday, December 21, 2014

jjcm

Bila tak ke mana2 di penghujung tahun macam ni, memang tak senang duduk jadinya. Bagi menghilangkan keresahan tak berkesudahan, tetiba muncul idea nak pekena cendol. Itu pun bila Nani send gambar yang dia snap dalam in flight magazine MAS pasal directory cendol best kat Malaysia. Usul dibentang dan Kak setuju nak join.

Petang Sabtu, bila hujan dan rintik2 baru aku keluar rumah. Dari Sepang menghala ke Seri Kembangan pick up Kak dan Aida, kemudian straight je menghala ke Shah Alam. Kami ke Cendol Pak Akob di Seksyen 16, Shah Alam. Lokasi adalah bus stop depan Masjid Jamek Raja Tun Uda. 

  
Cendol pulut tapai yang aku order. 

Bagi aku, cendol ni far better than cendol bakar kat Dengkil yang aku pernah makan sebelum ni. Isi kat dalam tu banyak, cuma kalau pelbagaikan lagi flavor mungkin lebih menarik. Yang ada cuma cendol biasa, tapai dan pulut. Dari segi harga, memang berbaloi. Kitorang makan 2 cendol pulut tapai dan 1 cendol pulut dengan sepinggan rojak, harganya cuma RM10.00.

Since aku simpan perut dari pagi, lepas pekena cendol semangkuk, haruslah ada ruang kosong yang boleh diisi lagi. Dari Seksyen 16 kami ke Seksyen 7 pulak. Khabarnya Big Brother provide western food yang portionnya jugak big. Dengan harapan yang big jugak, hidangan tersebut dapatlah kiranya memenuhi selera besar aku.


Meal aku, lupa dah nama apa. Tapi rasanya something about Blackpepper meatball spaghetti namanya. Meatball tu okay, besar saiznya. Tapi tak memenuhi selera aku. Ada something yang kurang, tapi aku tak reti nak describe macam mana. 


Big cuppa coffee ni memenuhi selera peminat kopi macam aku. Cupnya memang besar gedabak, seksa nak minum. Macam cup untuk soup pulak. 

Komen aku, ambient restoran ni menariklah jugak. Tandas bersih, ada surau. Kalau saja2 nak datang makan kat sini lagi sekali, mungkin tak lah kot. Tapi kalau ada orang nak belanja, aku on je. Lokasi restoran ni berhadapan dengan pintu belakang bukanlah betul2 berhadapan pun Hospital Shah Alam yang baru tu. 

footnote: perfect match petang ni betul2 buat aku terharu. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...