Monday, December 1, 2014

goreng lah pulak

Masa aku balik kampung weekend lepas, mak bekalkan aku dengan tapai ubi. Selalunya mak akan buat tapai pulut time nak raya je, tapai ubi pulak baru setahun dua ni mak start buat. Aku memang peminat tegar tapai, be it tapai pulut or tapai ubi. Nama nak buat memang taklah, sebab aku boleh request dengan mak. 

Masa nak balik ke Sepang, berkali2 mak ingatkan aku suruh goreng tapai ubi. Pelik jugak sebab selalunya tapai ni kitorang makan gitu je. Being an obedient daughter obedientlah sangat, aku gorenglah jugak walaupun ragu2. Bau dah semerbak masa tengah goreng tu, berkobar2 nak rasa for the very first time nih. 


Inilah hasilnya yang dah siap digoreng. Panaskan minyak dan masukkan tapai ubi, tak perlu nak tambah apa2. Since tapai ni manis, so akan berkerak hitamlah jadinya.

Aku lebih sukakan tapai ubi goreng ni dari makan macam tu aje. Rasa manis yang perit tu takde bila digoreng. Tak reti aku nak explain lebih2. Kalau nak tahu, korang try lah pulak. Aku nak try makan dengan aiskrim pulak, macam best je tapai ubi goreng panas2 dengan aiskrim yang sejuk. Wallaa! 


2 comments:

  1. anne.. biasa tapai ni kn celup dgn tepung dulu baru goreng.. hehehe

    mak eti

    ReplyDelete
  2. ye ke? i tak pernah tahu plak. Bila2 boleh try celup tepung pulak, hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...