Monday, October 13, 2014

cerita hujung minggu

Lately hujung minggu aku memang suram sesuramnya. Boleh dikatakan langsung tak ada aktiviti luar rumah since awal August. Disebabkan aktiviti suram, maka blog pun turut sama terkena tempias suram. Jumaat lepas bila Ieka bermalam kat rumah aku, adalah aktivitinya.


Malam Jumaat lepas settle urusan kat Giant, kitorang ke Satay Willy kat Nilai tu. Dah lama dah nampak branch Nilai ni, cuma baru berkesempatan. Abaikan gambar tak cun hasil handphone cokia padahal tak reti nak setting.


Harga dan jenis satay yang ada. Harga satay tu aku okay lagi, tapi bila tang charge kuah tambah tu, terus aku makan dengan berhemah. Dasar kedekut.

Verdict? Sataynya besar2, sesuailah dengan harga. Rempah secukup rasa, nak kata juicy sangat tu tidaklah. Kuahnya biasa2 aje, mangkuk pun kecik je. Makan sepuluh cucuk untuk perut stokin aku nih dah kenyang dah. Tapiiii.... tetaplah satay rembiga mengungguli carta perut aku. 


Pekena roti boom di pagi Sabtu. Agaknya tukang tebar bercelaru pagi tu, sebab roti boom aku rasa plain. Mujurlah kuah kari tu sedap macam biasa.

Lepas sesi manjakan perut, kami ke Puchong untuk sesi manjakan badan pulak. Berpusing2 kami dipandu arah oleh waze, last2 aku off waze dan cari sendiri. Jumpa jugak.


Inilah yang dinanti2 selama ini. Ini adalah penyertaan kali kedua. 

Lepas Maghrib baru kitorang bergerak keluar rumah. Berpusing2 jugak mencari parking, bila banyak laluan ditutup memang pening. Aku maintain dengan 10km tapi Ieka cuma ambik fun run 5km kali ni. Elok je lepas jumpa Kak, participants untuk 10km kena get ready untuk flag off. So, berdualah aku dengan Kak.

  
Bunga api terakhir sebelum flag off untuk 10km. Konon nak ambik gambar cantik2, jangan harap ler kalau bersesak macam ni.

The first kilometer je aku pair dengan kak. Bila kaki aku start sakit, aku biar je kak ke depan. Sempatlah aku berhenti dan stretching sebelum sambung kembali. Orang lain stretching sebelum start berlari, aku pulak lepas berlari. Tapi aku banyak berjalan dari berlari. Alah, lari pun lebih kepada jogging manja2 gitu. Bila part mendaki, confirmlah aku berjalan. 

Lebih kurang another 3km nak habis, aku jumpa balik dengan Kak. Ingatkan dah tak jumpa dah sebab awal2 tu aku langsung tak nampak kelibat dia. Alhamdulillah, untuk second time ni aku berjaya habiskan 10km dalam masa 1 jam 53 minit, 17 minit lebih cepat dari tahun lepas.

  
Bukti aku dah berjaya menamatkan 10km walaupun lebih separuh darinya aku berjalan, bukan berlari. 

Semoga tahun depan dan tahun2 seterusnya aku boleh join lagi. Tahun depan, aku target nak completekan dalam masa 1 jam 30 minit. Harus kena training dari sekarang nih, haha. Penangannya, sampai ke hari ni kaki aku sakit lagi. Jalan pun berdengkot2. Tapi aku puas.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...