Thursday, September 11, 2014

tak faham

Aku ada sorang kawan ni, perempuan. Nak kata rapat sangat tu, tak lah. Gitu-gitu je. Once a while ada jugak kitorang keluar, tapi tak lah kerap pun.

Dia rajin call aku, aku ni malas nak call orang. Apa2 hal, aku text je, senang. Kalau agak2 ko busy, esok ko reply pun aku takde hal punya. Tapi yang aku tak faham tu, tiap kali dia call aku, tiap kali tu lah kalau tak dia tengah tunggu lif, dia dah ada dalam lif. Korang boleh bayangkan tak dengan bingitnya suara kat belakang, pastu line putus2. Masa awal2 dulu rajin jugak aku jerit2 sebab tak dengar. Tapi sekarang ni aku dah malas nak layan. Bila line putus2 je, terus aku putuskan talian. Puas hati. Kengkadang tu kat basement car park pun dia nak call. 

Bukan aku tak nak layan dia bersembang, tapi memang amatlah tak sesuai. Bukannya ko tak boleh call bila dah balik rumah. Kot ye lah ko busy sangat kat ofis. Bukannya ada anak suami pun nak kena layan kat rumah tu. 

Tengah hari semalam dia call lagi, dari dalam lif. Nak tanya pasal dia nak gi hiking. Last2 aku tekan end call bila macam2 suara latar aku dengar. Tak puas hati kot, tengah hari tadi dia text.

Dia: Kau hiking pakai kasut hiking ke?
Aku: Tak. Kasut adidas kampung je. Orang yang selalu pegi hiking memang tahu kasut ni.
Dia: Haha

Erk, aku yang terkedu bila dia gelak. Aku buat lawak ke?

Aku abaikan jelah pasal kasut adidas kampung tu, mungkin dia tak pernah dengar sebab dia orang bandar. Tapi aku tak faham spesies yang suka buat call bila kat tempat crowded. Lagi2 dalam lif waktu nak keluar lunch. Kalau urgent lain cerita. Aku kalau nak call orang, punyalah cari tempat yang strategik, sunyi dan bebas gangguan. Aku kalau bercakap kat telefon macam pakai speaker. 

footnote: hari ni birthday Sarah yang ke-7. Sekejap je aku rasa, tup2 dah 7 tahun. Masa aku balik raya hari tu, punyalah dia goda aku suruh stay kat kampung. Tak bagi aku balik Sepang. Siap bagi idea suruh aku keje kat mana. 

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...