Saturday, July 19, 2014

day10 - day12 | menjelajah shopping area

Bersambung dari entri ini: day9 | kota tua ayutthaya, kotaraya bangkok.

headnote: memandangkan aku tak buat aktiviti best kat Bangkok, selain dari expore tempat shopping makanya aku rangkum aktiviti hari ke 10 hingga hari ke 12 hari balik ke KL dalam satu entry. Mode malas berganda2.


Day10: Ahad - Chatuchak Market

Pagi tu lewat jugak aku keluar. Turun bawah, aku tanya Alex kat mana nak tukar duit. Dia kata bank hijau depan tu bukak, so aku tukar USD ke Baht. Lepas tukar duit, aku ushar carik Deen Restaurant. Tapi tutup pulak. Dari situ aku menapak ke BTS dan turun kat Stesen Mo Chit sebab nak ke Chatuchak Market.


Dari Stesen Mo Chit, belah kanan yang ada stalls berderet tu dah Chatuchak Market dah. 

Masa aku sampai ni cuaca tak cun. Confuse jugak aku nak cari entrance, mujur aku nampak pejabat tourist police kat tepi tu. Aku masuk ke dalam dan that lady entertain aku, siap bagi map lagi. Masa ni aku cuma nak cari tower clock, sebab dari apa yang aku baca kedai makan Halal ada dekat situ je. Since aku lapar, makan je yang aku fikir. Sedang elok aku sampai kat situ, hujan turun dengan lebatnya.


Nasi goreng seafood dan cha yen kat sini berharga THB 250. Mahal! Tapi sebab dah makan, bayar ajelah. Oh ya, sambal cili dalam bekas kecik tu pedas giler. Aku yang memang hantu makanan pedas pun tak tahan.

Lepas tu baru aku meronda pasar yang super besar tu. Banyak jugak aku jumpa stall dan kedai yang jual makanan Halal. Cumanya, aku tak reti nak bagi direction. Yang paling senang nak carik yang kat clock tower tu lah, tapi bertabahlah dengan harganya. 


Bangkok.

Petang tu aku terus balik ke hostel. Bila lalu depan Deen Restaurant, nampaknya masih lagi tutup. Mungkin dorang bercuti hari Ahad agaknya. Aku ke kawasan masjid kat seberang jalan. Ada gerai jual makanan depan masjid, tapi cuma ayam goreng je. Since aku masih kenyang, aku berjalan balik ke hostel.


Day11: Isnin - Bobae Market

Masa aku berjalan ke steten BTS pagi ni, aku nampak Deen Restaurant tengah prepare nak mulakan business. Rupa2nya dorang tutup hari Ahad. So, aku plan nak makan kat Deen balik karang.

Aku ambik BTS kat Stesen Surasak macam biasa dan turun kat Stesen National Stadium. Berdepan dengan stesen tu ada dewan besar dan ada marching band tengah practices. Aku orang lain pun ramai jugak lepak kejap tengok dorang practice. Aku tanya staff BTS camner nak ke Bobae Market dan dia suruh aku ambik bas no. 73. Bila aku turun bawah, driver motor taxi offer aku THB 60 dan aku tolak.

Aku naik bas no. 73, konduktor tu kata bas tak pergi Bobae Market sebab driver tak reti English tapi driver tu dengan baik hati dropkan aku kat pertengahan jalan. Dia suruh aku naik bas either no. 47 or no. 15 dan dia tak ambik tambang. Tapi aku berjalan je sebab nak bakar lemak yang dah tepu.


Track ketapi yang berselirat.


Sebenarnya kat simpang empat depan ni, terus je ke kanan. 

Since aku tak tahu, aku berjalan straight je dan bila tanya orang, katanya depan lagi. Sampailah satu masa tu aku rasa macam dah silap. Bila aku tanya awek 2 orang lepas tu, dia suruh aku patah balik dan masuk ke kiri dan jalan lurus. Masa aku sampai kat Tops Market, hujan turun selebat2nya. Lama aku tumpang berteduh kat dalam supermarket yang sunyi dan tak ramai orang tu. Bila hujan makin reda, aku redah gerimis dan dalam perjalanan aku tanya budak2 perempuan yang sama2 meredah gerimis. Akhirnya aku nampak bangunan Bobae Tower. 

Boleh tahan murah barang2 kat dalam tu. Tambah pulak kalau beli borong dalam 3 helai ke atas. Ada sesetengah kedai letak 6 helai ke atas untuk dapat harga borong. Kat sini kalau orang nak buat business memang best. Even kat kedai aku singgah beli seluar tu, owner dia kata ramai orang Malaysia datang beli kat kedai dia.

Aku cari Bobae Market, sebab menurut apa yang aku baca kat market tu ada jual kain ela. Bila tanya orang, masing2 tunjuk Bobae Tower. Last aku give up dan masa balik aku ikut laluan lain. Sekali aku nampak masjid dan kedai makanan Halal lorong belah kanan. Rupa2nya kat situ macam ada perkampungan Muslim. 


Sebab aku dah plan nak makan kat Deen Restaurant, aku cuma ambik 2 biji pau. Pau ayam tu biasa2 je, tapi pau cendawan yang dah makan separuh tu sedap!

Lepas makan, masa berjalan nak balik tu baru aku perasan Bobae Market. Kat seberang jalan tu aje. Kebanyakan kedai dah nak tutup. Harga boleh tahan jugak murah, tapi aku tak jumpa pulak kedai yang jual kain ela. So, aku balik tak lama lepas tu. Nak singgah ke rumah Jim Thompson pun malas. Kalau korang nak ke rumah Jim Thompson, turun kat BTS Stesen National Stadium dan seberang jalan pastu ke kiri. Nanti ada signage ke rumah tu, tak jauh dah. Kiranya korang berjalan tu menjauhi stesen BTS tu lah. Since dah lewat, aku balik ke Silom je instead of proceed ke Textile Market. Lagipun masa aku banyak terbuang masa tunggu hujan reda tadi. 


Tomyam seafood kat Deen Restaurant ni so-so je rasanya. Aku rasa kat Restoran Cili Padi lagi sedap tomyamnya. 


Dalam Deen Restaurant, ada 5 table je. Masa aku masuk ada 4 pelanggan kat dalam tu. Bila dorang dah balik, baru aku ambik gambar.

Dah kenyang makan, aku balik ke hostel. Hajat nak ke Patpong night market sampai sudah tak tertunai. Tak tahu kenapa keberanian tak berapa nak ada kali ni. Nak keluar cari spa pun malas rasanya. Kat bilik dah bertambah lagi sorang, pun dari China jugak.


Day12: Selasa - selamat tinggal bangkok

Around 9.40 pagi aku turun dengan backpack, ready nak check out. Kalau sebelum ni aku naik MAS, kali ni aku naik AA pulak, so cara ke airport dah berbeza. Aku ambik BTS dan turun kat Stesen Mo Chit. Aku tanya staff BTS tu, ada few bas yang akan ke Don Mueng Airport tapi aku dah lupa bas nombor brapa. Aku ingat aku naik bas no. 510. 

Turun dari bas, aku guna fly over untuk cross ke bangunan airport. Since kaunter dah bukak, aku terus drop baggage and proceed to the gate. Once dah sampai kat gate, baru aku realize yang aku dah terawal sangat masuk boarding, patut lepak dulu lepas drop baggage tadi. Nak patah balik memang tak dapatlah. 


Makan aiskrim sementara tunggu boarding.

Flight balik agak bumpy, which aku benci kalau bumpy cenggini. Mamat kat sebelah aku tu kemain kuat pegang lengan kerusi masa air pocket. Tapi pilot ni landing almost perfect, I like! Lama giler tunggu nak ambik baggage, sama lama dengan tunggu bas nak ke KLIA. Alhamdulillah, jantung hati aku selamat kat tempat letak kereta. Janggal kejap bila dah lama tak drive.


Pelangi petang menyambut kepulangan aku ke tanah air. Dengan ini berakhirlah trip redah selama 12 hari dengan misi mencari cinta gagal menghilangkan diri buat seketika. Lepas ni aku bercuti panjang, terpaksa peram backpack sampailah tabung ayam aku kembali berisi. 

footnote: semoga usaha mencari dan menyelamat MH17 berjalan lancar. Buat keluarga dan sahabat handai mangsa, semoga kalian kuat menghadapi dugaan ini. Buat teman2 di Malaysia Airlines, jadikan dugaan ini sebagai sumber kekuatan kalian. Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly, Malindo dan MasWing, aku tetap yakin dan pasti akan terbang lagi dengan kalian. 


1 comment:

  1. takziah buat keluarga penumpang MH17...al-fatihah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...