Sunday, June 8, 2014

day4 | exploring battambang

Bersambung dari sini: day3 | kembali ke jalanan.

Alhamdulillah, lena aku tidur malam tadi, tak terganggu seperti malam2 sebelumnya sewaktu di Siem Reap. Aku turun ke bawah pukul 8.15 pagi, tengok2 Buntha dah ada kat situ. Padahal dia janji semalam 8.30 pagi. Lepas tanya laundry service kat kaunter bawah tu, aku naik ke atas balik ambik baju kotor. Lepas tinggalkan pakaian untuk laundry dan kunci, aku ikut Buntha. Aku suruh dia bawak aku pegi perkampungan Muslim dulu sebelum ke tempat lain. Dari hotel tak jauh pun, tapi kalau nak menapak tu memang bermandi peluh lah. Nak pulak di musim kemarau macam tu.


Masjid Dhiya Uddin dan bersebelahan dengannya dibina sekolah agama hasil donation dari Al Ansar Agro Sdn Bhd. Masa aku sampai ni, budak2 tu tengah belajar tapi ada dua tiga orang yang keluar dari kelas ponteng.

Kitorang singgah makan kat kedai tak jauh dari masjid tu. Kedai kecik je, bersambung dari bawah rumah yang memang dibina tinggi. Jadi perhatian lah aku sekejap. Ada mak cik sorang tu datang dan tanya aku 'Muslim?'. Bila aku iyakan dia cakap Alhamdulillah dan dia datang dekat dengan aku. Tepuk bahu aku, gosok2 belakang aku sambil tersenyum. Terasa syahdu kejap, walau berbeza bahasa namun ada ikatan yang tak mampu diterjemah.


Nasi ayam yang aku makan pagi tu. Ada sup dan sos cili yang rasa macam terlebih cuka. Ayam dia rasa pelik sikit, ada acar dan jugak telur dadar. Tapi nasi ayam ni totally different dengan nasi ayam kat tanah Malaya ni. 


Dari apa yang aku nampak dari atas tuk-tuk, perkampungan Muslim ni nampak teratur dan bersih. 

Lepas makan tu, Buntha bawak aku ke satu lagi perkampungan Muslim kat tepi sungai, fishing village katanya. Mostly dorang tu nelayan. Kalau tengok rupa sungai tu, memang rasa macam takde hidupan pun kat dalam situ. Tapi sungai itulah punca pendapatan penduduk kampung ni. Kampung yang ni sampai kalau aku berjalan kaki dari hotel, di seberang sana sungai. 


Masjid Nurul Islam di perkampungan Muslim tepi sungai tu. Aku cuma singgah ambik gambar, tak ada rezeki aku nak singgah bersolat.

Sepanjang jalan tu ada few kedai makan kecik dan restoran halal kepunyaan penduduk Muslim tempatan. Tak susah nak cari makanan halal kalau tercampak di Battambang ni. Sebelum sampai, punyalah aku fikir yang tak akan atau susah nak jumpa kedai makan halal.


Kat hujung simpang ada pasar pagi. Aku tak singgah, cuma ambik gambar dari dalam tuk-tuk. Perasan tak gambar kecik kat atas tu? Teringat zaman kecik2 dulu, ais tu mak selalu letak dalam habuk gergaji sebab nak bagi ais tu tahan lama dan tak cepat cair. Sepanjang jalan aku lalu tadi, ada dua kilang buat ais yang aku nampak. 

Aku mintak dia singgah post office, aku nak pos poskad untuk diri sendiri. Lepas tu dia tunjukkan Government House, old bridge dan lalu depan bangunan sekolah yang aku tak rasa macam sekolah. Hujung bangunan sekolah tu ada roundabout yang jadi tumpuan ramai.


Roundabout yang jadi tumpuan sebab ada statue orang hitam ni. Buntha ada ceritakan pasal mamat berkulit hitam ni, tapi aku dah lupa. Orang hitam ni adalah legend dan kiranya highlight untuk Battambang ni. 

Tak lama lepas tu kitorang dah mula memasuki kawasan outskirt, jalan dah start tak berapa nak cantik. Ada rumah orang kiri kanan dan tadaa! Aku akhirnya sampai kat starting point untuk bamboo train. Since aku sorang dan takde orang lain kat situ yang boleh share dengan aku, bertabahlah bayar $10 untuk return trip naik bamboo train atau norry. Excited sangat kot, sampaikan aku terlupa nak ambik gambar kat starting point tu.


Mula2 aku bersila, tapi bila dah lenguh aku berlunjur kaki pulak. Jauh jugak nak sampai ke destinasi, boring je sepanjang jalan tu sebab aku langsung tak bertembung dengan bamboo train lain. Oh ya, it's a single track.


Di sinilah perhentian untuk bamboo train ni. Perjalanan balik in half an hour katanya, tapi hampir sejam jugak aku melepak kat sini.

Aku turun je dari bamboo train, ada 2 orang budak perempuan datang dekat jual gelang tapi aku tolak. Pastu sorang tu bagi cincin dari daun kelapa dan sorang lagi belalang dari daun kelapa jugak. 

"It's free. For you," katanya bila aku teragak2 nak ambik. Risau jugak kot2 nanti dia charge aku untuk daun kelapa tu. Sokcin; one of the girls ikut aku. Bila aku tanya nak temankan aku jalan2 tak, dia kata 'no', tapi tetaplah follow aku. Tak faham soalan rupanya budak nih. 


Kilang batu bata, tapi tak nampak macam rupa kilang pun. 

Sokcin tetap follow aku sambil bersembang. Umurnya baru 12 tahun. Bila aku tanya kenapa tak pergi sekolah, laju je dia kata cikgu berhenti. Tak lama lepas tu aku nampak budak2 beruniform sekolah. Bila aku tanya apsal orang lain pegi sekolah, terus dia diam tak tahu nak jawab apa. 

"You have boyfriend?" Tetiba dia tanya masa aku tengah ambik gambar. Tergelak aku sekejap, sebab selalunya yang tanya aku orang dewasa, tapi kali ni budak2 yang tanya aku soalan tu.

"No. Do you have?" Aku tanya dia balik sambil gelak2.

Sebab dia temankan aku berjalan walaupun tetaplah dia duk kata 'no' manjang bila aku tanya aku rasa dia tak faham, aku bagi choki2 dan biskut chipsmore. Mak cik gerai tepi tu ramah betul. Dia panggil aku masuk kedai dia, offer jambu batu, kipaskan aku sambil cuba nak bercakap. Bila dah rasa lama sangat kat situ, aku patah balik ke tempat aku turun tadi. Lepak lagi sambil bersembang sementara tunggu nak balik. Sempatlah aku beli sarong 2 helai.

Masa kitorang nak balik tu, another 2 train pun nak balik jugak. So, there are 3 trains with our train leading in the front. The journey back home ni seronok, sebabnya 2 kali kitorang bertembung dengan another train. The first ada satu train je, and second time tu ada 2 train. Since kitorang ada 3 train in a row, so the opposite train tu yang kena mengalah. 


Aku saja je ambik video, tup2 ada train datang dari arah bertentangan. 


Ni pulak aku rekodkan macam mana operasi mengalihkan train untuk bagi laluan kat kitorang. 

Dah sampai kat bawah, tourist police tu dah tunggu aku. Tadi masa nak ride train, aku dah janji nak tinggalkan no phone dan email address kat dia. Dia kata nak ke KL tahun depan. Masa aku nak ke tuk-tuk, tetiba sorang mamat ni tegur aku dan cakap jumpa kat KL. Aku ingatkan dia join mamat tourist police tu ke KL tahun depan, tapi rupa2nya saja nak jual minyak. Buang masa aku je. Masa balik pun aku lupa nak ambik gambar kat bawah tu.


2 comments:

  1. mcm best jer bamboo train tu..:)

    ReplyDelete
  2. it's fun, beb! ko patut try at least once, hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...