Sunday, June 1, 2014

day3 | kembali ke jalanan


Pagi tu baru aku packing barang2 dan terus check out pukul 8.30 pagi. Walaupun bas aku pukul 9.30 pagi dan kat tiket tu tulis pick up pukul 9.00 pagi, tapi mamat yang uruskan tiket aku semalam berkeras suruh aku tunggu pukul 8.30 pagi. Gigih aku menunggu dari pagi, sudahnya dekat 9.20 pagi baru pick up datang. Nak marah pun tak guna, aku pun kurang bijak jugak. Padahal tak perlu nak ikut sangat instruction mamat tu. 


Tiket bas yang takde tulis harga tambang, tapi dia charge aku $7 termasuk pick up service.

Lepas ambik aku, van pick up berhenti kat town dan ambik another 4 girls dan lepas tu terus bawak kitorang berlima ke office Capitol Tours. Agak jauh dari town dan masa kitorang sampai tu, bas dah ready. Staff kat situ cakap Khmer dengan aku, bila aku buat muka confuse, terus dia speaking. Muka asia ni memang susah nak predict asal dari mana gamaknya. Selalu je disalah anggap warga tempatan. 


Bas yang akan membawa kami dari Siem Reap ke Battambang. Bas selesa jugak dengan air-cond yang boleh adjust. Seat sebelah aku kosong, so maknanya aku duduk sorang sepanjang perjalanan tu.

Masa kat sini baru aku perasan tambang dari Siem Reap ke Battambang cuma $3.75 sahaja dan mamat tu dah mark up aku $2.25 lepas tolak $1 untuk pick up. Erk, ke sebab aku bayar mahal, makanya kat sebelah aku takde orang? Dalam pukul 10.00 pagi jugak baru bas bergerak ke destinasi.


Pemandangan dari Siem Reap ke Battambang mengingatkan aku tentang perjalanan dari Phnom Penh ke Kampong Cham 2 tahun lepas. Tapi kali ni asal nampak pokok mangga je, mesti pokok tu tengah berbuah lebat. Dari sekecik2 pokok hinggalah sebesar2 pokok mangga. 

Bas berhenti rehat dalam setengah jam kat tempat yang aku tak tahu namanya. Sebelum tu aku ada ternampak tulisan macam Mantrey Seay, sekali imbas je tapi bila aku google nama tu tak jumpa pulak. Mungkin mata aku tersilap kot, maklumlah tengok dari dalam bas yang bergerak. Aku tak turun pun. Pulak tu, lepas driver dah turunkan sesiapa yang nak turun, driver tu pusing pegi mana2 ntah, lalu jambatan yang ada tasik kat bawahnya. Driver bas buat u-turn kat jalan tanah merah dan lepas tu ke tempat yang macam stesen bas takde bangunan mahupun bumbung, tapi ada banyak bas kata situ.


Spotted this masa bas berhenti rehat kat 'stesen bas'. First time kot aku tengok ada orang tidur macam gini. Korang sanggup tidur cenggini dengan panas membahang?

Sampai kat stesen bas Battambang di luar kota, bukan dalam town macam sebelum ni menghampiri 2.00pm. Turun je dari bas, geng tuk-tuk dah serbu. Sebelum ni aku ada baca driver blog ni akan ambik backpack sesiapa sesuka hati dia je dari compartment bas tu. Tapi kali ni tak, driver bas tadi keluarkan bag satu2 dan pass kat tuan punya badan. Orang lain langsung tak boleh sentuh! Sebelum ambik backpack lagi driver tuk-tuk dah kerumun aku. Bila dah dapat bag, dengan muka ketat aku blah dari situ pergi seberang jalan. Kat situ macam office syarikat bas dan ada orang duk tunggu bas kat situ. 


Driver tuk-tuk duk kerumun bas belah kanan yang baru sampai. Masa kat sini baru aku perasan orang yang naik bas sekali dengan aku tetiba hilang sebelum aku realize dorang naik bas kuning belah kiri tu. 

Dari sini aku pergi balik kat tempat bas tadi, tanya pak cik driver bas yang aku naik tadi. Dia tarik backpack aku dan suruh aku naik bas kuning tu. Sekali tengok semua orang dah ada kat dalam tu, aku je yang tertinggal. Padan muka aku, itulah sibuk sangat nak melarikan diri konon, padahal tak payah susah2 nak seberang jalan bagai. Since terminal bas ekspress baru ni kat luar bandar, certain syarikat bas macam Capitol Tour ni sediakan free transfer bus ke town. 

Dah sampai town, sama jugak situasinya. Tetap jadi tumpuan driver tuk-tuk. Turun je dari bas, aku buat muka ketat dan jeling semua orang. Memang kerek giler lah gaya aku. Kebetulan pulak ada mamat tuk-tuk pegang kad Chhaya Hotel approach aku, lemah lembut sopan santun lagi dia bercakap, macam takut2 pun ada. Dia kata boleh je kalau nak tengok bilik dulu. In case kalau aku tak berkenan kat hotel tu, baru aku kena bayar tambang. Sampai kat hotel yang tak jauh mana, bilik single dah habis. Yang ada bilik double dan aku request nak tengok bilik dulu baru decide.


Dua gambar atas adalah bilik aku dengan bilik air kat dalam yang berharga $5 semalam. Gambar bawah pemandangan kiri dan kanan dari tingkap bilik aku. 

Owner tu bagus kot, dia suruh aku naik rehat dan angkut je barang2 semua dan turun check in bila2 je. Buntha driver tuk-tuk offer aku untuk esok, dia bukak $18 sehari dengan senarai tempat yang aku boleh pergi. Aku mintak $15 dan akhirnya kitorang settle at $17 for the whole day. Masa aku turun nak ke kedai runcit belakang hotel, aku terus tanya tiket ke Pailin. Sekali owner hotel tu kata tak boleh cross through Pailin for this time being. Last 2 days ada sorang guest hotel dia nak lalu situ tapi terpaksa patah balik ke Battambang dan cross border through Poipet - Aranyaprathet macam biasa. Bila aku tanya kenapa, adalah dia cerita sebabnya. Masa dia duk belek buku tiket dia tu, aku ternampak Pattaya, terus aku tanya pasal tiket ke Pattaya. Aku dah malas nak fikir sebab aku plan nak cross border melalui Pailin dan terus ke Chantaburi dan stay kat sana sehari dua. Tapi nampaknya plan aku berubah lagi. 

Petang tu lepas dah cukup rehat, aku keluar berjalan2 dengan misi nak cari ketip kuku. Kelam kabut punya pasal, aku terlupa nak bawak dan kuku aku dah kalah gergaji dah rupanya. 


Bangunan National Bank of Cambodia - Battambang Province Branch. Aku tak sure bangunan ni masih digunakan lagi ke tak, sebabnya lepas tu aku jumpa bangunan baru dengan signboard yang sama. 


Kat Cambodia pun ada musim bunga jugak! 


So far, aku cuma jumpa PizzaHand ni kat Cambodia je.


Sebelah PizzaHand tadi adalah Old Market. Jam di Clock Tower Old Market ni dah hilang, it shows how old the market is. Since dah petang, market tu dah tutup. So, tak sempatlah aku nak masuk tengok kat dalam tu. Dari Old Market ni dah tak jauh nak ke hotel aku. Aku balik ke bilik dan terus berhibernasi, tak keluar dah. Esok ada sesuatu yang menarik menanti.


2 comments:

  1. haha... nampak je berani, tapi dalam hati cuak seh..
    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...