Monday, February 3, 2014

day7: jom shopping!

Lepas Subuh dan mandi, kitorang terus packing barang2 pagi tu. Kitorang habiskan bekalan untuk breakfast tapi tak habis jugak dan akan check out sesudah breakfast. Since hari ni program santai dengan misi nak bershopping je, so tak adalah kitorang nak rush. 


Kat dapur inilah kitorang prepare untuk breakfast. Nasi lemak dan nasi goreng Nasgera, mushroom soup dan kerepek yang masih lagi berbaki. Mana nak habis kalau dah macam2 ada. 

Lepas dah settle dengan breakfast dan kemaskan kitchen, barulah kitorang check out. Since kitorang akan ke airport malam karang, kitorang tinggalkan backpack yang gedabak tu kat hostel. Aku dengan Nani tinggalkan poskad dan duit untuk setem kat Alex, staff hostel. Alhamdulillah, poskad aku dah selamat tiba walaupun lambat. Cuma yang aku hantar kat kawan2 tak pastilah dah sampai semua ke tak. 

Since semalam kitorang dah experience ke Sathorn Pier, maka hari ni kitorang jalan kaki je ke sana. Tiket untuk ke Ratchawong Pier THB 50 seorang, aku rasa ada yang lebih murah sebab yang kitorang naik ni bot, bukan feri yang naik ramai2 tu. Bila dah sampai baru aku rasa macam kitorang tertipu sebab feri atau bot yang lebih besar jauh lebih murah tambangnya. Dah sampai Ratchawong Pier, turun dan berjalan je terus. Sampheng lane tu belah kiri, agak jauh jugak kalau menapak but worth to walk. Kitorang berjalan based on direction yang Lily Riani share kat blog, yang aku ingat2 lupa. 


Keluar je dari Ratchawong Pier, nampak orang jual jus delima fresh. Nani beli sebotol dan share berempat. Merah isi delima ni, geram tengok.

Sempat jugak kitorang tukar duit kat bank tak jauh dari situ. Untuk info, bank dan pejabat kerajaan beroperasi seperti biasa pada hari Krismas. Sepanjang jalan tu memang banyak kedai yang jual macam2 benda dengan harga borong. Dah agak penat dan rasa makin jauh berjalan, still tak nampak tanda2 nak jumpa, aku tanya kat kedai tepi tu. Dia tak tahu tempat tu kat mana, hampa lah jugak. Tapi elok je keluar dari kedai tu aku terpandang signage yang nampak tak nampak.


Dah nampak ni, terus aku bagi tau dorang dan dan2 tu jugak kitorang melintas jalan. Memang susah nak nampak signage ni sebab terlindung.


Memang crowded dan laluan pun sempit je. 

Kami berjalan hingga ke hujung jalan, singgah ke Chinaworld Mall. Tak lama kitorang kat situ sebelum berpatah balik ikut jalan yang sama sebab nak beli kain pasang. Hajat nak beli Thai silk terkubur sebab tak sangka harganya mahal yang amat. I mean mahal untuk poket kami, mungkin murah untuk poket orang lain. 


Lama aku memilih kain cotton kat sini. Uncle tu sabar je melayan, takde nak marah2 pun even aku asyiklah tukar2 nak yang itu, pastu nak yang ini, last2 ambik yang lain. Bagi aku murahlah sebab aku beli 2 pasang dengan harga THB 710. Erk, yang aku beli tiada dalam gambar. 

Bila masing2 dah jumpa apa yang nak dibeli, kitorang heading to the next destination pulak. Kalau ikutkan nak explore Sampeng Lane tu, seharian pun tak cukup. Macam2 ada, memang menduga poket sungguh. Dari kedai jual kain ela, pakaian ready wear, ribbon, towels, button... you name it, semua ada. Sebab poket nipis, so tak adalah nak ushar lebih2. Dari textiles market ni kitorang ambik tuk-tuk ke Hua Lamphong.

Dari Hua Lamphong kitorang ambik MRT dan kemudian menukar ke BTS untuk turun di Ratchaburi. Sebenarnya aku langsung takde idea pasal Pratunam, semuanya out of sudden sebab memang hari ni nak spend time untuk shopping lah kononnya. Jenuhlah duk dongak cari mall yang berlambak tu tulisan Pratunam Mall, tapi tak ada bayang pun. Bila tanya orang katanya dah betul tu. Rupa2nya Pratunam adalah wholesale area, kat situ memang berlambak dengan malls di kiri dan kanan jalan yang memang jual barang2 borong. Harga? Aku terkesima sebab murah2 dan saiz ranges dari S hinggalah XXXXXL. Since duit dah tinggal cukup2 untuk balik je, semua tu pandang sepi ajelah.


Traffic kat kota Bangkok memang bertali arus. Di kiri dan kanan adalah malls yang berlambak tu.


Kebetulan kitorang datang time Krismas, meriahlah mall ni dengan lampu2 dan orang2. 

On the way nak ke BTS kitorang tahan tuk-tuk sebab dah tak larat nak berjalan dah. Masa kitorang tanya driver tu kata THB 50, dalam tuk-tuk aku tercakap, jangan dia sembelih kita mintak THB 50 sorang sudah, sebab jaraknya tak lah jauh mana pun. Sekali dah nak sampai betul apa aku cakap, dia mintak THB 50 sorang. Last2 dia accept jugak THB 50 bila Nani tak nak turun, nasib baik tak dibawak lari Nani. 


Dinner terakhir di Cili Padi sebelum balik ke hostel. 

Sebelum balik ke hostel, sempat aku singgah 7E beli teh yang sedap tu. Sampai sekarang aku duk teringat betapa sedapnya teh kat 7E, tapi sayang... 7E kat Tanah Malaya takde teh. Saja je kitorang berlama2 kat hostel sebab masa masih panjang. Dah ambik backpack dan say good bye to Alex, kitorang gerak ke BTS. Kitorang berpisah dengan Izza kat Silom, she's heading to Mo Chit dan kitorang kena tukar MRT dan turun di Makkasan sebelum ambik Airport Link - City Line untuk ke Suvarnabhumi Airport. 


Dari Makkasan nak ke Airport Link boleh tahan jauhnya. Tapi sebab laluan macam gini, taklah terasa jauh mana pun. Since Airport Link - City Line lebih murah kalau nak compare dengan Airport Line - Express Line, haruslah kitorang pilih yang murah. Sampai kat airport masih awal, nearly to midnight. So dah settle semua urusan termasuklah re-packing backpack, kitorang try untuk tidur. 


7 comments:

  1. ha..kejadian ni mirip dengan kejadian kami di hari terakhir sebelum yang lain balik ke KL dan saya ke Kamboja...btw, meriah krismas tu cuma di mall...di jalan tak nampak pun..:D

    ReplyDelete
  2. kejadian yang mana, Irdhi? kejadian dengan driver tuk-tuk kah?
    benar, meriahnya cuma pada lampu2 dan fake xmas tree.. di jalan meriah dengan kenderaan bertali arus..
    =)

    ReplyDelete
  3. anne, bayangkan kalaulah pakcik tuk tuk tu bawak lari kita, uols nak selamatkan ai tak??? hahahaha.

    tapi bila kenang balik pakcik tu nak tergelak pun ada. gila berani kita masa tu berkeras tak nak turun selagi x dapat tambang yang dijanjikan. hahaha

    ReplyDelete
  4. Nani,

    tak rela nak bayangkan u dibawak lari... huhu.. haruslah weolss berlari2 kejar pak cik tuk-tuk tu sebab nak selamatkan u... hikhikhik..

    Nik dgn Izza awal2 lagi dah turun, Nani paling last turun...ekekekek..


    Normi,
    takde lah... hihihi

    ReplyDelete
  5. Anne, tq untuk poskadnya, selamat sampai dah...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...