Monday, January 27, 2014

day6: mengejar keretapi part2

Bila tengok muka masing2 dah lain macam, terutamanya orang yang paling excited nak ke Mae Klong market pun dah menunjukkan tanda2 hampa dan kecewa. Akhirnya aku bersuara dan buat decision yang semua orang terpaksa akur. Aku kan diktator, haruslah dorang kena dengar arahan aku. Yang sebenarnya, dorang dah lost dan aku tahu itu je cara yang kitorang ada. Dari situ kitorang perlu kembali ke Maha Chai, berjalan kaki dan menaiki feri seperti sebelumnya. 

Dah kembali ke Maha Chai satu hal pulak. Jenuh nak cari transport ke Mae Klong. Tanya van dorang tak faham pulak, tanya bas silap tempat. Bila kitorang tunjukkan Mae Klong market dalam tulisan cacing kerawit kredit untuk Izza yang sempat mintak staff hostel tuliskan, pak cik bas tu suruh kitorang menyeberang ke seberang sana jalan. Kat kawasan tu teksi dan van, tapi bila tanya Mae Klong market semua orang tak dapat nak tolong. 

Hinggalah akhirnya bila aku approach pak cik teksi  dan tunjukkan tulisan cacing kerawit tu. Pastu dia cakap bahasa yang kitorang tak faham, terkial2 lah kami cuba nak hadam tapi tetap tak boleh. Akhirnya pak cik teksi tu keluarkan handphone dan dia call someone sebelum pass phone kat aku. Okay, pak cik tu call talian hayat yang faham dan boleh berbahasa inggeris. Aku deal dengan mamat kat phone tu, dan dia cakap kat pak cik teksi. Phone tu asyiklah bertukar tangan antara aku dan pak cik teksi sebelum kitorang setuju. 

Dalam teksi jenuhlah pak cik tu nak bersembang dengan kitorang, tapi takde maknanya bila masing2 mengalahkan ayam dan itik. Gigihlah kitorang push pak cik teksi suruh bawak laju, takut kalau2 kitorang terlepas train. Berkali2 jugak kitorang tunjukkan kertas bertulisan cacing kerawit tu dan berkali2 jugaklah pak cik teksi tu angguk, mengalahkan orang Jepun dah anggukan pak cik tu. Lebih kurang sejam perjalanan, tetiba pak cik teksi berhenti dan tunjuk keluar sambil anggukkan kepala. Kitorang masih terpinga2, biar betul dah sampai. Kesian pak cik tu, bersungguh dia nak yakinkan kitorang. Kami turun dan bayar tambang sebelum melangkah dengan keyakinan yang goyang. Bila nampak landasan di antara orang ramai yang lalu lalang dan jugak khemah peniaga, terus keyakinan kitorang naik. Kitorang berada di tempat yang betul!


Orang memang ramai, kebanyakannya adalah pelancong yang ingin merasai pengalaman unik ini. Dah sampai sini aku cepat2 cari kaunter tiket. Masa kat kaunter tiket baru aku perasan train akan tiba pada pukul 1.45 petang. In fact, masa aku sibuk2 cari transport masa kat Maha Chai nak ke sini, aku langsung tak terfikir train tiba pukul berapa. Aku cuma fikir nak kejar train balik dari Mae Klong je. Tiket balik ke Banlaem pukul 2.30 petang cuma berharga THB 10 seorang. Sementara tunggu train tiba, kitorang ushar dulu apa yang patut.

Di waktu biasa, landasan keretapi ni menjadi tempat peniaga mempamerkan hasil jualan dan juga menjadi laluan pengunjung. Dalam kitorang duk berjalan sambil melihat urus niaga, tiba2 terdengar bunyi siren. Semua peniaga dah standby untuk beri laluan pada keretapi. Kitorang cari port kat celah2 gerai.


Sebelum dan ketika keretapi lalu. Maafkan di atas kegoyangan video ni. Maklumlah, tengah duk pasang kuda2, sekali kakak depan tu suruh kitorang ke belakang. Rupa2nya, tempat kitorang berdiri tadi tu tak selamat. Kalau tak harus aku kena ucap selamat tinggal kat semua orang.


Keretapi dah lepas. Urusniaga berjalan seperti biasa seolah2 tak ada apa yang berlaku pun. Since masih awal, kitorang ambik peluang ni untuk roaming around sementara tunggu train balik ke Banlaem. Waktu petang macam gini, ada peniaga yang dah tutup gerai. Aku rasa kalau datang waktu pagi mungkin lebih meriah, suasana pun tak adalah panas sangat.


Train yang akan bawak kitorang balik ke Banlaem. Dah kata tambang cuma THB 10, janganlah nak berangan dapat seat yang best. Bertabah ajelah dengan apa yang ada. Just on time, train bergerak lepas bunyikan siren. Kali ni aku berpeluang tengok situasi dari dalam train pulak.


Passing through the market. 


Barang kecik2 tu dorang biarkan je. Dah berpuluh tahun agaknyalah dorang berniaga kat sini, dorang dah tahu dah apa yang nak kena alih, dan apa yang boleh dibiarkan macam tu je. 


Dari dalam train. Aku nampak banyak kawasan macam ni. Dalam petak2 tu ada air tapi tak adalah dalam mana pun air tu. Takat paras betis je. Nak tanya orang memang taklah. Dari Mae Klong Station ke Ban Laem Station ni banyak lalu di antara rumah2 orang, mostly kawasan kampung. Stesen tempat hentian tu pun comel2 je, tak nampak rupa stesen/hentian keretapi pun. 

Lebih kurang sejam setengah kemudian, kitorang akhirnya tiba di Stesen Ban Laem. Turun dari train, masing2 dah tahu ke mana arah tujuan. Mana taknya, masuk kali ni dah 2 kali kitorang berjalan dari Ban Laem Station ke jeti untuk ke Maha Chai, itu belum campur dengan perjalanan dari jeti ke Ban Laem. Kami naik feri yang dah sedia menunggu untuk menyeberang ke seberang sana. 

  
Banyak betul burung putih ni. 


Maha Chai Train Station. Next train untuk ke Wongwian Yai adalah pukul 5.35 petang dan tiket hanya boleh dibeli selepas pukul 5.00. Sementara nak tunggu tu, sempatlah aku dengan Nani pergi beli sotong kering kat pasar. Geram je tengok seafood yang fresh dan murah2. Sotong dengan udang besar2 pulak tu, haish!


Masa tunggu train nak balik ke Wongwian Yai, baru aku terperasan benda alah ni. Masa awal2 sampai tu langsung tak perasan, maklumlah orang ramai. Signage ni pulak kat dinding belakang kerusi tempat menunggu, kalau tak tengok betul2 memang tak nampaklah.

Perjalanan dari Maha Chai ke Wongwian Yai sejam lebih jugak. Sebab dah malam dan jugak announcement yang kadang2 ada, kadang2 takde membuatkan kitorang tak perasan pun dah sampai kat stesen Wongwian Yai. Bila ada pak cik tu tegur dan bagi tau dah sampai, barulah kitorang kelam kabut turun. Masa tu train dah penuh dengan orang yang nak ke Maha Chai. Dari stesen keretapi kitorang berjalan ke stesen BTS dengan harapan BTS dah beroperasi. Ada jugaklah kitorang berhenti tanya direction, dan Alhamdulillah BTS dah okay! Macam biasa kalau naik BTS, kitorang turun kat Surasak dan singgah makan kat Cili Padi lagi.


Tom yam seafood untuk aku dan Nani. Kalau datang Siam tak pekena tom yam rasa macam tak kenalah pulak. Walaupun tukang masak dan ownernya orang Malaysia, feel dia lain macam sebab makan kat Siam.

Dah habis makan, kitorang singgah 7 Eleven. Aku dah addicted dengan teh kat 7E, sedap je kat tekak aku. Since masih awal, kitorang ke masjid yang tak jauh dari situ. Ingatkan nak beli setem kat hostel, sekali dah habis. Keluar lah aku dengan Nani sekali lagi ke 7E sebab nak cari setem. 3 buah 7E yang dekat situ kitorang pergi, semua dah kehabisan setem. Sudahnya kitorang balik ke hostel. Pasal setem tu, esok2lah kitorang fikir. Masing2 dah kepenatan dek seharian mengejar keretapi. 


Saturday, January 25, 2014

day6: mengejar keretapi part1

Awal pagi lagi kitorang semua dah siap dan masing2 ke 7 Eleven kat seberang jalan. Aku beli air dan biskut untuk bekal sebab nak kejar train awal pagi. Kalau kitorang siapkan breakfast kat hostel atau breakfast kat luar, confirm lambat. Sampai kat stesen BTS terdekat, kami tercengang sebab laluan masuk berkunci. Tak lama tu datang pengawal stesen, dia bagi tau kitorang yang BTS shut down hari ni. Tak sure akan kembali beroperasi pukul berapa. Masa kitorang naik escalator yang tak bergerak nak ke stesen tadi ada kertas macam notis tertampal kat tepi tu. Dek kerana tulisan cacing kerawit tu kitorang tak faham, so ignore ajelah.  

Even dah tahu train tak beroperasi pagi ni, lama jugak kitorang kat stesen tu. Lepas tu turun ke bawah perhati traffic pagi. Memang super jammed kota Bangkok pagi tu, bas yang lalu penuh dengan penumpang, taxi kosong takde penumpang memang tak nampaklah. Motor taxi pun sama sibuknya, tuk-tuk apatah lagi. Lama kitorang membuang masa kat situ, tak tahu apa yang dicari sebelum kami semua bersetuju untuk berpatah balik ke hostel. 

Dengan bantuan dari staff hostel yang baik hati, kitorang dapat meneruskan misi pagi tu. Menurutnya, inilah pertama kali BTS shut down due to electric problem dan tak tahu bila train akan kembali beroperasi. 


7 Elelven yang ada di merata tempat, dekat2 pulak tu antara satu sama lain. Ini yang paling hampir dengan hostel kitorang. 

Dari hostel kitorang berjalan kaki ikut direction yang staff hostel dah bagi menuju ke Thaksin Bridge. Ada jugak kitorang tanya motor taxi, tapi bila bagi tau tujuan kami dorang tak nak ambik. Rupa2nya motor taxi ni ada kawasan2 tertentu je dorang boleh ambik penumpang aka pembonceng. Warna vest dorang menunjukkan tempat yang dorang boleh masuk. Jauh jugak kami berjalan pagi tu, sempatlah cair lemak tepu kat badan. Dari Thaksin Bridge tu, kitorang ambik feri untuk ke seberang sana.


Thaksin Bridge. Jarak dari hujung belah sini ke hujung sebelah sana tak adalah jauh mana pun. Tapi sebab tunggu turn untuk berth, lama giler kitorang dalam feri tu. Aku tengok orang yang berjalan kaki melintas dari atas jambatan tu dah lama sampai ke seberang sana. Kalau tahu dari awal, confirm kitorang berjalan kaki je instead of naik feri yang super lama.


Sungai Chao Phraya yang sentiasa sibuk.

Penantian dalam feri yang memenatkan, lama giler baru kitorang sampai ke seberang sana. Tambang cuma 3.5 baht, sesuai dengan penat menunggu. Kitorang jalan kaki ke arah main road. Kebetulan ada tuk-tuk masuk lorong tu hantar penumpang dan masa on the way dia keluar tu, kitorang tahan. Lepas tunjukkan tempat yang kitorang nak tuju, dia bagitau harga dan kitorang pun apa lagi, hop in lepas agreed. 

Jauh jugak perjalanan kitorang dengan tuk-tuk tu. Kalau berjalan kaki harus double lemak mencair pagi2 hari tu. Kitorang diturunkan kat tepi roundabout yang besar. Dia bagi isyarat turun ke bawah then ke seberang sana. Lepas bayar tambang, ikutlah kitorang dengan isyarat yang mamat tu bagi. Turun kat bawah terowong tu dah rasa pelik, ada pengawal yang jaga kat situ. Tapi redah je tak nak tanya. Sekali kitorang keluar roundabout, masing2 tercengang dah. Kebetulan kat situ ada pekerja bandaran tengah buat kerja, so dorang jadi tempat kitorang bertanya.


Kitorang muncul dari belah kiri roundabout ni. Pak cik majlis bandaran tu suruh kitorang cross ke sebelah sana. So, kitorang cross dari kiri ke kanan roundabout dalam gambar kat atas ni. 

Sampai kat hujung sebelah sana, kami pelik sebab langsung tak nampak tanda2 ada stesen keretapi kat kawasan tu. Lama tercegat kat situ sebelum kami tanya orang. Mak cik yang mula2 kitorang approach tu tak reti cakap english. Masa aku dengan Nani berkira2 nak terjah pekerja bank kat bangunan tu, Izza tanya pak cik yang kat situ. Siap tunjuk gambar keretapi lagi. Pak cik tu suruh kitorang patah balik ke tempat tadi, stesen tu tepi bangunan putih katanya. Maka berjalanlah kami ke arah yang ditunjukkan pak cik tadi.


View dari atas jejantas, korang boleh nampak tak lelaki berkuda kat tengah roundabout sana tu. Kitorang dah ikut arahan pak cik tadi, lalu kat bangunan putih tu. Tapi tetap tak nampak tanda2 ada stesen keretapi. Lama melepak atas jejantas ni sebelum aku decide nak turun dan tengok. Itupun bila aku nampak ada signboard besar tulis Wongwian Yai warna coklat, tapi takde plak tulis benda lain selain tulisan tu aje. Kat tepi signboard tu ada banyak tuk-tuk. 


Aku lalu tepi restoran sebelum akhirnya aku nampak railway! Terus aku panggil dorang. Laluan ni dari arah stesen keretapi mengadap ke main road. Kalau tengok dari luar macam takde pape, busy dengan aktiviti penduduk tempatan je. 


Akhirnya setelah jenuh tawaf roundabout, berpusing2 ke sana ke mari, sampai jugak kami ke sini dalam misi mengejar keretapi. 


Wongwian Yai adalah stesen pertama dan jugak stesen terakhir kalau dari Maha Chai. Kat depan pagar putih sana tu penghujung landasan.


Since next train kitorang pukul 10.40 pagi, masa yang ada tu kitorang tawaf kawasan stesen keretapi tu. Kebetulan ada sorang akak Muslim yang berniaga makanan goreng2, dapatlah kitorang beli dan makan kat situ. Alhamdulillah, berkejar ke sana sini sampaikan terlupa nak isi perut.

Bila train sampai, kami semua boarded. Since tempat duduk adalah free seating, aku tak perasan pulak dorang bertiga duduk kat mana. Yang pasti bukan koc yang sama dengan aku. Dah duduk sengsorang, mata pulak mengantuk je, haruslah aku tidur sepanjang masa. Kejap2 terjaga bila train berhenti dan kemudian kembali menyambung mimpi yang terputus. Walaupun tempat aku duduk tu agak panas sebab betul2 disuluh matahari, mata aku tetap je nak tertutup.

Sebaik sampai di Maha Chai dan keluar dari stesen, yang kitorang nampak adalah peniaga di kiri dan kanan jalan. Penumpang yang turun sekali dengan kitorang kejap je lesap, tak tahu ke mana arah dorang pergi. Aku bertanya direction kat farmasi tak jauh dari stesen tu. Dari situ kiri kanan kitorang penuh dengan mereka yang berniaga seafood. 


Kami akhirnya sampai di jeti ni. Tak tunggu lama pun, kejap je dah dapat naik feri dan terus feri tu jalan ke seberang sana. Tak adalah lama menunggu nak berth macam kat Chao Phraya. Dalam feri aku layan budak perempuan tu, comel je. Bila aku ambik gambar dia dan tunjukkan kat dia, terus dia pegang kamera aku, tak nak lepas. Lepas tu suruh aku ambik gambar dia, dah ambik dia nak tengok gambar dia lagi, berkali2 sampaikan mak dia mintak maaf lah, haha.


Baru sampai di seberang dengan feri. Terus je berjalan sampai korang nampak simpang kat hujung lorong ni.


Keluar dari lorong berbumbung lepas turun dari feri tadi, korang akan nampak signboard ni belah kanan jalan. Follow je lah jalan tu. Dah tahu dah ke mana tujuan kitorang?

Dari simpang kanan tadi kitorang berjalan terus, melepasi kedai jual makanan kering berasaskan seafood, sekolah dan temple sebelum jalan semakin kecil. Masa tanya dekat mak cik tepi simpang tu, dia kata train ke Mae Klong dah lepas, next train pukul 4.00 lebih. Sebab degil dan jugak info yang kitorang dapat, another train ada dalam pukul 1.00 gitu. Kitorang pergi jugak, lalu tepi rumah orang sebelum nampak railway. 

Office railway ni terletak hujung sekali. Kitorang lalu kedai2 dan macam kuarters pekerja sebelum sampai ke office, berbeza office Banlaem kalau nak compare dengan Wongwian Yai. Masa kitorang duk tercengang2 tu, muncul pekerja stesen tu. Betullah seperti kata mak cik tadi, train dah lepas dan the next train ke Mae Klong adalah pukul 4.40 petang dan tak akan kembali ke Banlaem. Sudah! Semua dah down sebab kitorang memang nak tengok Mae Klong Market tu. Memang hari ni sehari kitorang khaskan untuk the train market tu aje. Tak sangka begini pulak jadinya.


Jadual baru bagi mereka2 yang berhajat nak berkunjung dan merasai keunikan Mae Klong Market dengan menaiki keretapi. Naik kenderaan lain pun boleh, cuma feel tu tak sama. Itu pendapat aku, lain orang lain pandangannya. 

Nak tahu kitorang jadi pergi ke tak, tunggu lah next part. Aku dah takde mood nak type panjang2. Ini pun dah dekat seminggu duk peram, baru siap.


Tuesday, January 21, 2014

day5: perjalanan yang panjang

Bangun pagi tu masih dalam keadaan tak pasti. Yang pasti bag pun kitorang tak packing lagi. Lepas dah siap mandi di pagi yang sejuk dengan shower yang super sejuk, kitorang start packing apa yang patut. Sambil2 tu aku check email, kot2 lah pihak kedutaan dah reply email aku hantar malam tadi. Tapi tak adanya. Nani akhirnya call kedutaan Malaysia kat Bangkok. Tapi bila dorang suggest suruh kitorang avoid Bangkok for this week, masing2 dah pening. Bila Nani sekali lagi call hostel yang kitorang booking kat Bangkok, lain pulak cadangannya. Dorang kata Bangkok aman je, rally tu tak kacau tourist spot pun. 

Akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan terus ke Bangkok dan skip ke Ayutthaya memandangkan perjalanan kitorang hari ni agak jauh dan kami seboleh mungkin nak sampai ke Bangkok seawal yang boleh. Sambil kitorang packing, Alain lalu depan bilik kitorang. Dia tanya ke mana tujuan kami dan bila kitorang kata akan ke Bangkok, he said 'good bye' and wished us 'good luck'!


Bilik kitorang belah kiri tu. Dah sampai masanya untuk kitorang mengucapkan selamat tinggal buat P Guesthouse. Since kitorang dah bayar masa check in, so check out kami cuma drop kunci je kat kaunter. 


Bunga cantik tak tahu nama kat P Guesthouse. 

Dari P Guesthouse kami berjalan ke main road dengan harapan adalah tuk-tuk. Jauh jugak nak menapak ke terminal van dengan beban kat belakang. Alhamdulillah, rezeki kami akhirnya bila ada motor taxi lalu. Aku, Nani dan Nik dengan motor taxi dan Izza dengan motor lagi satu. Sampai kat terminal office yang cuma ada kerusi dan meja di bangunan end shop lot nearly 11.00 am. Masa study pasal transport dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, van pukul 11.30 pagi tapi masa kitorang sampai tu ada je van pukul 11.00 pagi. Since poskad aku tak sempat nak tulis pun lagi, maka tak ada harapanlah aku nak pos dari sini. 

Dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, banyak betul border security dan van akan berhenti kat setiap sekatan tu. Dan setiap kali itu jugaklah kitorang kena tunjukkan passport. Ada satu tempat tu, officer yang check passport kitorang ramah je bila tahu kami dari Malaysia. Dia siap bagi salam kat kitorang dan katanya dia jugak Muslim. Sampai di Kanchanaburi, aku ke toilet. Tak tahan dah nak tahan dan sesambil tu ushar van ke Bangkok. Dari Kanchanaburi nak ke Bangkok tak susah, van banyak dan every half an hour ada van ke Bangkok. Bas aku tak check pulak sebab dari awal memang aim nak naik van je. 


Terminal bas dan van Kanchanaburi. 

Kitorang ambik van ke Bangkok pukul 3.30 petang. Kalau dari Sangkhlaburi tadi kitorang duk membuta, kali ni dah tak boleh nak tidur. Aktiviti dalam van adalah makan jajan, bersembang, bergosip. Perjalanan smooth je sampailah kitorang menghampiri Bangkok. Jalan dah start jem sebab orang dah balik kerja. Kami sampai di Victory Monument dah gelap.


Victory Monument di waktu malam. Dalam perjalanan nak ambik BTS untuk ke hostel.

Dari tempat kami diturunkan di Victory Monument, kitorang berjalan ke stesen BTS. Ambik BTS ke Surasak dan berjalan kaki ke hostel. On the way ke hostel, nampak Restoran Cili Padi; Malaysia Authentic katanya. Dah sampai kat hostel, kitorang diberi kunci bilik dan mendakilah kami ke tingkat 3. Lepas letak backpack dan barang2 lain, kitorang turun untuk ke Cili Padi.


Dinner aku malam tu, nasi goreng udang yang biasa2 je. Masa tengah makan ni owner Cili Padi datang tegur kitorang, lama jugak kitorang bersembang, ramah orangnya. Paling best bila dia kata kitorang ni student, ohh la laa...


Lampu hiasan di Cili Padi.

Dah kenyang kami kembali ke hostel. Since baju bersih dah tinggal cukup2 untuk esok dan lusa je, kitorang basuh baju malam tu. Sambil tunggu baju siap dibasuh, aku tulis poskad kat communal area dan dorang ambik peluang untuk mandi. Dah settle semuanya baru aku mandi dan tidur. Esok kami akan menempuh satu lagi pencarian.

footnote: entry Siam tak habis lagi, dah ada entry lain yang menunggu. Malas sungguh nak pilih gambar dan menaip, haish!


Thursday, January 16, 2014

day4 part3: tanpa penyelesaian

Dah dapat kunci bilik, masing2 take turn untuk bersihkan diri. Terutamanya orang yang dah mandi air gajah. Untuk bilik kitorang ni, bilik air kat luar dan banyak jugak shower. Tapi sebab tak nak bawak kunci bilik, adalah sorang dua yang standby jaga bilik. Bilik kitorang sebelah menyebelah. 


Bila semua dah wangi2, kat depan ni lah kitorang melepak. Bersembang topik yang tak pernah habis. Tengah2 lepak ni sekali nampak muka familiar turun tangga depan bilik kitorang. Kitorang excited, uncle tu pun excited. Bilik dia selang 2 bilik dengan kitorang. Tak semena2 boleh pulak aku ajak dia join kitorang dinner, padahal dorang bertiga tak cakap apa pun. Dah lah sebelum tu aku terlebih peramah ajak dia join kitorang tengok sunset kat Mon Bridge padahal tak pergi pun.

Tetaplah aku dengan Izza melayan macam2 cerita kat beranda tu masa Nani dan Nik melepak kat tepi tasik. Konon nak berjalan ke Mon Bridge tengok sunset, tapi tetap tak bergerak2 dari situ. Lepas tu uncle tadi pun dah join dorang ambik gambar kat tasik, kitorang berdua masih melekat kat kerusi. Macam kena gam gajah gamaknya. Bila tengok suasana dah makin gelap, baru kelam kabut nak bangun cari kamera bagai. Dah lewat macam ni takde nya nak ke Mon Bridge lagi dah, confirm tak sempat. 


Ini je yang sempat aku capture. Kata Nani, tak sampai 2 minit matahari berdesup menghilang, laju bebenor jatuhnya. Padahal masa kitorang nak ke sini tadi matahari tinggi lagi. Jadilah dari tak ada langsung.


Makin menghilang.


Hanya sisa sinaran yang masih kelihatan.


Langit semakin berubah warnanya. Kabus pun mula jelas kelihatan dan suasana makin sejuk. 


Tiga dara pingitan, termenung dan merenung sesuatu yang tak pasti. Erk, sorang lagi si dara kena dera ambik gambar 3 dara. Kerusi yang 3 dara duduk tu adalah batu yang dicanai menjadi kerusi. 


Tenang dan damai.

Bila dah gelap, barulah kami ke bilik dan bersiap untuk keluar dinner. Kalau semalam kitorang berjalan kaki dekat je, tapi untuk malam ni cabarannya lebih hebat sebab jaraknya berganda. Bila kitorang semua dah siap, aku ketuk pintu bilik uncle. Since kitorang tak tahu nak balik pukul berapa, so tak dapatlah nak sewa motor sebab kalau lambat balik kaunter tutup dan kitorang tak boleh nak pulangkan. So, kitorang berempat berjalan kaki je lah, kalau ada tuk-tuk on the way tu kitorang naiklah. Uncle tu dengan motornya, siap offer nak tumpangkan tapi tak mengapalah.

Memang betul2 dugaan buat kami. Anjing kat sini bersepah2, kalau tak ganggu tak apalah. Ini nampak je kitorang, terus datang dekat nak menyelit, aduyaiii. Masa first tu ada budak tu tolong halaukan, selamatlah. Sampaikan satu tahap Nani ajak patah balik. Kalau balik pun sama jugak, tetap akan jumpa balik anjing tadinya. Tapi mengenangkan dah berjanji dengan uncle tadi, gagah jugak kitorang berjalan. Bila kitorang dah almost there, tetiba nampak uncle tadi datang carik kitorang. Kebetulan masa tu ada sekor anjing duk follow dari belakang, bila uncle tu datang terus anjing tu lari. Double lega lah jugak.

Kat area pasar basah waktu siang tu ada gerai2 makanan. Gerai Muslim pun ada few dan mostly dorang jual makanan bergoreng je. Kitorang beli makanan dan kebetulan ada bangku kat area situ, melepaklah kami makan sambil bersembang. Uncle tu namanya Alain, asal Belgium. Lepas makan kami balik, mintak adik yang berniaga kat situ dengan maknya carikan tuk-tuk atau motor. Manakala Alain pulak nak pergi minum katanya. Funny thing, kitorang berdua kena naik satu motor yang dah ada pemandu. Maknanya satu motor kena naik bertiga! Berkali2 aku confirmkan dengan adik tu, redha ajelah.

Sampai guesthouse, kitorang lepak dulu kat area dining belah open air. Bukan sesaja nak cuci mata ke apa, tapi nak discuss pasal esok sebab kitorang dapat info Danok kena bom, pastu rally kat Bangkok yang dah senyap aritu start balik. Senang nak cari info dan discuss bila ada wifi. Tengah kitorang berdiskusi, tetiba Alain datang join kat table kitorang. Maka dia pun turut menyumbang idea. Dalam pada tu aku sempat hantar email ke kedutaan, harap2 pagi esok dorang reply. Pastu bersambung2 pulak sembangnya. 

Bila dah mengantuk, masing2 decided untuk masuk tidur. Sama ada proceed ke Bangkok pagi esok dan ikut plan macam dirancang atau stay another night di Sangkhlaburi dan ke Ayutthaya on the other day adalah belum dapat diputuskan. Tapi Alain suggest suruh kitorang ke Bangkok je. Kalau tak confident dia suruh turun kat Mo Chit. Apa2 pun kitorang biarkan semuanya tergantung, tanpa ada kata putus. 


Mon Village di waktu malam. Pemandangan dari P Guesthouse. 


Wednesday, January 15, 2014

day4 part2: tour setengah hari

Perjalanan dari Coffee Berry Guesthouse ke P Guesthouse tak adalah lama mana pun. Elok je lepas masing2 pikul backpack dan say good bye dekat suami Ying yang aku lupa nak tanya nama tetiba ada orang tegur.

"Hi girls!" Semua berpusing ke arah suara tu dan kitorang tengok uncle mat saleh dalam van semalam tersengih2 sambil lambai tangan kat kitorang. 

"Eh, uncle semalam lah!" Kalau yang terlebih teruja tu haruslah aku orangnya, haha. So, berbual lah sekejap kami kat situ. Uncle tu nak keluar pusing2 dengan motor dan kitorang baru nak check in. Berjalan masuk ke lobi, belum sempat aku bukak mulut nak tanya, mamat yang kat kaunter tu dah tanya dulu.

"You Anne? From Malaysia?" Terkesima kejap aku bila dikenali di negara asing, kalau bab perasan akulah juaranya, hahaha.

"Yes, I'm Anne," bila aku admit mamat tu macam tarik nafas lega pun ada.

"I think you come, not come, you come, not come, and you come!" Happy giler muka dia, macam jumpa retis pujaan pulak bila nampak kitorang datang.

"I've made a promise, no matter how I will come," gitu ayat2 manis aku bagi. Yang sebenarnya aku kena bayar 10% deposit bila buat booking kat sini. Tapi kalau bab goda menggoda ni aku kan hebat, so atas godaan tak seberapa tu aku tak perlulah transfer duit booking. Tu sebab mamat yang aku tak tahu nama sampai sudah tu risau kot2 aku tak muncul. 

Since bilik tak ready lagi, barang2 kitorang disimpan dalam stor dan kitorang cuma bawak dailypack. Kitorang terus buat bayaran dan sementara tunggu pukul 11.00 pagi untuk tour, kitorang pusing kawasan guesthouse tak habis pusing pun dan bila dah penat, melepak kat lobby sambil online sebab ada wifi free. Yang sebenarnya kitorang ambik tour package 'adventure on elephant's and bamboo rafting' dengan P Guesthouse. Tu sebab pagi2 lagi kitorang kena ke sini dan tour kami start pukul 11.00 pagi. Asalnya aku mintak slot pukul 9.00 pagi tapi dah penuh katanya. 


Pemandangan dari P Guesthouse memang awesome. Tak sangka tempat yang aku nampak cantik dari Mon Bridge rupa2nya terletak P Guesthouse di antaranya. Dan pagi ni aku dah berdiri kat sini.

Pukul 11.00 pagi mamat-tak-tahu-nama tu panggil kitorang, bagi jaket keselamatan sorang satu dan suruh kitorang follow this one guy yang kitorang tak tahu nama. Mamat-tak-tahu-nama-2 tu tak cakap apa pun, terus bawak kitorang ke jeti. Sekali dengan kitorang ada sorang bapak dengan anak lelakinya join tour ni. Mula2 kitorang naik bot dan dibawak merentasi tasik yang luas.

   
Lalu kat kawasan perkampungan Mon yang kat tepi tasik. Pancang kayu banyak2 kat tepi tu aku tak tau untuk apa. Nak tanya, mamat-tak-tahu-nama-2 tu buat derk je. Sepatah apa pun tak cakap.


Dari tasik ni boleh nampak Wat Wang Wiwekaram, in fact dari P Guesthouse pun boleh nampak menaranya yang tinggi dan bersinar2 tu. Tapi kitorang tak adalah menyinggah ke sini.


Tower Wat Saam Prasob atau the sunken temple yang tenggelam hampir keseluruhan. Jaraknya dengan temple tu macam jauh, tapi tak sure apa yang ada in between sebab semuanya tenggelam.


Wat Saam Prasob yang tenggelam hampir keseluruhan, langsung tak nampak pintu masuk. Untuk makluman, pintu masuk terletak kat bawah ukiran kat tengah2 wall tu. Kalau datang selepas wet season, kebiasaannya dalam bulan April atau ketika air surut, korang boleh masuk ke dalam temple ni. 

Temple ni dibina pada tahun 1950-an dan kawasan ni merupakan pekan Sangkhlaburi dan menjadi pusat aktiviti pada masa tersebut. Bila temple dan kawasan ni tenggelam pada 1968 dengan pembinaan empangan Khao Laem Dam, penduduk mula berpindah dan tinggal di kawasan yang lebih tinggi. Town Sangkhlaburi yang ada sekarang ni adalah pekan baru. 


Kami dibawak ke sini, ke bukit batu kapur yang tak tahu namanya. Motif dibawak ke sini pun tak tau jugak sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu macam biasalah, membisu tanpa sepatah kata. Tapi yang aku tahu, view cantik! Aku teringin nak tahu dan explore tempat ni sebab aku nampak ada kesan ruin macam big wall kat belakang bukit ni. Ke itu cuma mainan perasaan aku je?


Biarlah gambar berbicara.


Lepas tu lalu kat perkampungan tak tahu nama ni dan kitorang cross bawah jambatan tu.


Bila kitorang dibawak ke sini, aku terpukau. Subhanallah, cantik sungguh! Aku tak tahu nak ambik gambar macam mana, sebab tak muat nak rakam semua. Bila lalu kat sini mengingatkan aku dengan Labuan Bajo. Mungkin bagi korang biasa2 je, tapi bagi aku ianya memukau. 


Another kampung tak tahu nama. Kami dah hampir sampai bila nampak gajah2 tu semua. Dah turun dari bot, kami ke pondok belah kiri tu menunggu gajah untuk ditunggang. 


Gajah yang akan bawak kitorang. 


Masa ni dah okay sikit, dah start enjoy. Cara naik gajah kat sini lain, takde panjat tangga terus ke atas belakang gajah ke apa. Mula2 pijak kaki gajah lepas gajah tu duduk, pastu pijak peha pak cik tu dan panjat belakang gajah. Kuat tu kaki pak cik tu, nampak je kurus. Aku pulak risau nak pijak, takut patah riuk tulang pak cik tu. 


Kami akhirnya selamat sampai kat sini lepas mengharung sungai berkali2. Pastu gajah yang aku naik dengan Izza buat perangai pulak, nakal betul sampaikan pak cik penjaga tu kepenatanlah. Agaknya aura kenakalan aku berpindah kat gajah tu, kot? hahaha.

Kat sini kitorang diberikan lunch nasi goreng vege yang ditapau dalam plastik! Serta nanas yang tak boleh lawan kemanisan nanas kat Rinjani. Lepas dah kenyang, kitorang dibawa menyeberang sungai yang deras arusnya dan berbatu2 yang licin. Seberang sungai, lalu semak, seberang sungai, lalu semak samun lagi pastu seberang sungai lagi, baru jumpa tempat permulaan untuk berakit. 


Laluan semak samun terakhir sebelum menyeberang sungai terakhir. Sekali tengok gaya dorang macam pegi site, tapi bila tengok pakai life vest terus hilang gaya pegi site. 

Pak cik rakit tu yang bahagikan kitorang ke rakit mana. Aku dan Izza berkongsi rakit yang sama, manakala Nani dan Nik. First time naik rakit buluh yang tak lebar mana dengan arus yang kadang2 kuat, memang cuak jugaklah. Maklumlah, orang takut air macam aku memang selalu fikir macam2. Lebih2 kalau tempat kitorang lalu tu airnya dalam, macam ada gua kat bawah tu. Punyalah mengong, pegang buluh untuk dayung tu je, terus aku terasa nak nyanyi sambil dayung. Kalau lagu yang ada kaitan takpe jugak, ni lagu pohon beringin! Ntah pape lah, sampaikan pak cik rakit kitorang pun enjoy layan, haha.


Basuh baju ye Cik Salmah?


Kitorang kena stop kejap untuk bagi laluan pada gajah2 tu melintas. Kalau tak kang, free je kitorang kena sembur dengan gajah2 tu.


Aku suka gambar ni! Macam cantikkk je... macam lawaaa je...


Ini pulak kitorang. Kat sini air cetek, tapi depan tu sikit je air dah dalam, nampak airnya gelap. Lepas tu berlaku insiden tak dijangka, Nani terjatuh dari rakit. Semua orang gelabah termasuklah pak cik rakit kitorang. Syukurlah tak terhantuk batu dan air kat situ masih cetek. 

Dari situ dah tak jauh ke tempat kitorang mula2 naik gajah tu. Agaknya pak cik rakit kitorang tak puas nak bergelak ketawa dengan kitorang kot. Masa nak turun tu pun dia duk main2, tak nak ikat rakit betul2. Menjeritlah kami berdua, tak kuasa nak redah dalam air gajah tu. Geli geleman tengok yang timbul2 tu. Tapi dorang selamba je basuh kain baju kat tepi tu, aduyaiii!

Mamat-tak-tahu-nama-2 dah standby kat situ dengan botnya tunggu kitorang sampai. Bila semua dah ada, kami semua sekali lagi naik bot untuk balik ke guesthouse. Masa balik ni, masing2 kepenatan. Senyap je sambil bersandar kat dinding bot.


Pelangi dalam air! First time aku tengok dalam air ada pelangi macam ni, cantik! Kiri kanan bot pulak tu boleh nampak.


Masih berdiri.


Aku rasa ni pukat dorang tangkap ikan kot. Masa pergi tak perasan, masa balik baru perasan benda ni ada. 

Masa balik kitorang lagi cepat sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu dah bawak bot ikut laluan yang lebih pendek sebab kitorang dah skip lalu ikut the sunken temple tu. Bila tak lalu situ laluan ke P Guesthouse lagi dekat jadinya. Sampai guesthouse, barang2 kitorang dah selamat dihantar ke dalam bilik. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...