Sunday, December 8, 2013

auntie atau untie?

Auntie dan untie adalah dua perkataan yang hampir sama jika dilihat pada ejaannya. Tetapi berbeza dari segi sebutan dan jugak maksudnya. Dua2 betul, tak ada salahnya pun. Tapi kalau tersilap guna, maksud yang nak disampaikan dah lari. Auntie yang disebut sebagai anti bermaksud mak cik, manakala untie yang dibaca sebagai antai bermakna membuka ikatan atau meleraikan. Kan jauh beza tu.

Lately aku perasan ramai yang guna perkataan untie salah pada tempatnya. Patutnya gunalah perkataan auntie instead of untie. Aku faham, semuanya nak ikut arus kemodenan, apa kelas kalau nama dah glamour - Bella, Roxy tapi panggil mak cik. Lainlah kalau nama Bedah, Peah, nama2 yang takde kelas. Tapi kalau tulis Untie Bella, agak2 maksudnya mak cik Bella ke membuka ikatan Bella?

Mungkin orang akan kata, alah benda kecik pun nak kecoh. Lantaklah nak guna auntie ke untie pun. Bagi aku spelling dan pronunciation memang penting. Bukan takat Bahasa Inggeris, tapi bahasa lain jugak. Silap sebut atau salah eja boleh menyebabkan maksud dah lari. Sama jugak bila kita baca Al-Quran. Sebutan dan makhraj kena tepat, tajwid pun kena betul. Kalau tak sia2 je bacaan kita sebab maksud dah lari.

Aku bukanlah nak kata aku bagus, cakap omputih pun berterabur, jenuh nak kena kutip satu persatu. Masa zaman SPM dulu pun English aku dapat 7 je, ngam2 paras hidung. Tapi tu bukan alasan untuk aku tidak belajar. Aku tetap berbangsa Melayu walaupun selalu berangan tak nak kawin dengan orang Melayu. Tetap bercakap guna Bahasa Melayu walaupun tetiba aku tak reti berbahasa Melayu bila naik angin. Dan aku tetap bangga bila anak2 buah aku yang ramai tu panggil aku Mak Teh, instead of auntie!

Apa pun bahasa yang korang guna, gunalah dengan betul. Baik dari segi ejaan mahupun sebutan. Aku takut kalau2 generasi akan datang dah tak reti nak berbahasa dengan betul. Kalau itu ditulis ittew, boring jadi bowink, bukan takat tergeliat lidah dan berpinar bijik mata, tapi peninglah nak hadam. 

footnote: entry ini bukan nak tunjuk pandai, bukan jugak nak perli atau mengata sesiapa. Sekadar renungan bahawa dalam pada kita mendakwa kita dah maju, rupa2nya kita masih terleka. Orang Melayu suka ikut arus kemodenan, itu bagus. Tapi yang tak bagusnya suka ceduk sana sini tanpa usul periksa, asal boleh je. 


4 comments:

  1. bahasa bdak2 dah cukup umur...aku pn geli nak baca..huhi

    ReplyDelete
  2. kdg2 mak budak pun guna, bersepah je... sakit mata aku nak baca

    ReplyDelete
  3. kesilapan yg selalu saya buat

    mouth vs mount. walaupun simple jauh tu beza makna dua2 perkataan tu. kan? huhu

    ReplyDelete
  4. Nani, kita mmg tak boleh lari dari kesilapan... hihi.

    nampak mcm lebih kurang, tapi maksud jauh sangat bezanya tu.

    kdg2 bila tgk ada salah ejaan saya tgk balik keyboard, adakah orang tu tersalah tekan sebab huruf dekat2 atau mmg dia salah mengeja. saya ni suka perhati walaupun benda kecik camtu.. hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...