Wednesday, November 6, 2013

day4: rinjani kutinggalkan tanpa pesan

Pukul 4.30 pagi kitorang dah dikejutkan untuk bersiap2 since sebelum tidur semalamnya Mas Madil kata kitorang kena bertolak by 5.30 am. Lepas breakfast, packing barang untuk ditinggalkan pada porter dan get ready to move, by 6.00 am jugak baru kitorang bergerak meninggalkan danau.


Danau sebelum ditinggalkan pagi tu.


Sempat lagi bergambar. Pantang jumpa spot menarik mesti nak bergambar.

Laluan mendatar cuma bahagian danau tu aje, lepas tu dah mula mendaki balik. Masa ni kejap2 aku berhenti rehat sambil kutip semangat yang tercicir. Laluan kali ni boleh tahan mencabar jugak terutamanya part mendaki batu batan. Nampak macam dekat je tapi jenuh berjalan tak sampai2 jugak. Bak kata guide dan porter kitorang, dekat di mata tapi jauh di kaki. 

Lama kitorang berehat kat atas tu, sempat lagi Mas Madil bakar sampah yang ditinggalkan. Sempat jugak dorang main tembak2, layan je la. Since aku agak slow, so aku decide nak gerak dulu. Tapi hampeh je sebabnya pantang nampak view yang meletup mesti nak berhenti bergambar. Sudahnya lambat jugak dek pit stop yang berderet tepi jalan. Kitorang laju bila kena halau dengan Mas Madil dan Mas Vern.


Tapak perkhemahan malam tadi dah jauh ditinggalkan, nun di bawah sana. Belah kiri adalah puncak Rinjani.


Gunung Baru Jari di tengah danau.


Kalau ambik package 4 hari 3 malam, kat kawasan sini lah tempat bermalam untuk malam ketiga tu. Masa kitorang tengah excited bergambar dengan gaya bebas sambil mengira 10 shoot yang di set, group mat saleh yang tengah makan semangka kat bukit sebelah sana gelak je tengok aksi kitorang. 
*Pic kredit to Pijah.




Melewati lereng bukit ini.


Seolah2 seperti negeri di atas awan. Lepas pada ni laluan makin mencabar bila kitorang dikerah melalui laluan berpasir. Dorang laju je berlari turun, tapi aku terkial2 kat belakang sebab dah sakit kaki. Aku memang failed kalau laluan berpasir.

Lepas berehat seketika dan mengisi perut di Pos III, perjalanan turun diteruskan. Kali ni aku laju ke depan sebab laluan berpasir dah habis. By right, semua orang laju je turun ke bawah, masing2 macam berlumba2. Kitorang betul2 melalui hutan belantara dan sesekali bunyi yang tak diketahui bersahut2 memberi irama. Dari Pos II ke bawah, kami sentiasa ditemani porter. Tak seperti sebelumnya.


Kami memilih untuk mengakhiri pendakian melalui jalur ini setelah disuggestkan Mas Madil. Ternyata pilihan yang bijak. Bila dah sampai kat sini barulah aku tahu kenapa kitorang sentiasa diiringi porter. Rupa2nya dorang dah tahu masa rehat kat Pos III, since aku sampai lambat so aku tak tahu apa2. Aduhai, kalau aku tahu lebih awal, tak adanya aku tegur bunyi macam2 masa turun tu. Mujurlah tak ada apa2 yang buruk berlaku kat kitorang.


Bila semua dah sampai, bergambar dulu di pintu gerbang ni. Lepas pada ni kitorang kena melalui lebih kurang 1.5 km untuk ke main road tempat kitorang akan di pick up. 
*Pic kredit to Pijah.


Kasut getah RM 8.50 yang berjasa selama 3 hari 2 malam ini akhirnya ditinggalkan jua. Memang aku dah plan tak nak beratkan beg sebab lepas ni perjalanan aku masih jauh. Kitorang dibawa ke Pondok Indah dari sini dengan van untuk ambik barang2 dan kitorang berpisah dengan guide dan porter dari sini.

On the way ke Senggigi, aku terlentok kat belakang. Rasanya most of us lena, sesekali je terjaga. Masing2 mamai bila dah sampai ke Senggigi bila supir tanya alamat hostel. Dah check in, mandi setelah berhari2 tak mandi, kitorang keluar makan. Dinner kitorang betul2 menjerut leher sendiri, harus puasa seminggu... huhuhu. Dah kenyang, balik ke bilik dan lena tak sedar apa dah.


2 comments:

  1. terigin nak pakai kasut 8.50 tu, tapi apakan daya kasut tu takde yang saiz 3. huwaaaa.

    ReplyDelete
  2. pakai saiz 4 pun boleh Nani, sebelum pakai tu sumbat kertas banyak2... hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...