Friday, November 1, 2013

day3: apakan daya

Pukul 1.30 pagi Mas Madil dah kejutkan kitorang. Mengantuk, penat & sejuk semuanya ada. Tapi memandangkan kami nak ke puncak pagi ni, semangat itulah yang membuatkan masing2 bangkit dari lena. Dengan biskut dan kopi jahei, kami alas perut dan dalam pukul 2 lebih jugak baru kami mulakan perjalanan. Masa tu dah ramai orang yang mulakan pendakian. 

Masa awal2 tu aku masih semangat, maklumlah laluan agak landai. Tapi bila dah sampai part mendaki tanah berpasir dan jerlus, aku dah mula patah semangat. Masa tu aku dah pass pouch bag kat pinggang pada Syafiq, mintak dia tolong bawakkan. Bila sampai ke puncak mendatar yang pertama, aku decide nak turun. By right sebelum sampai ke situ aku dah start rasa mual, bila bernafas pun dah semput2 dan mengantuk. Aku takut kalau2 diserang hypoxia. Kesannya bukan aku je yang susah, tapi kawan2 dan porter kitorang pun turut susah. 

Memang kecewa bila tak mampu nak gapai awan di puncak Rinjani, tapi aku pasrah. Sampai ke tahap itu pun dah cukup bangga buat aku. Iyelah, first time naik Broga pun aku tak lepas, tup2 terus ke Rinjani tanpa training apa pun. Tambah pulak masa terbang ke seberang aku baru kebah dari demam. 

Bila dah turun, aku sambung tidur. Tapi pukul 5 lebih tu aku dah terjaga, melepak lah tepi khemah tu melawat kawasan sebab tak tau nak buat apa. Masa sunrise aku betul2 terpegun, cantiknya Subhanallah. Sayang sekali, dua2 kamera aku ada pada Syafiq. Tapi tak mengapalah, aku dah rakam semua tu dan simpan kemas2 dalam memori. Erk, ni mungkin jugak alasan untuk aku kembali ke Rinjani... hihihi. Sementara tunggu dorang turun, aku sempat keringkan pakaian dan stokin basah lagi tu.


Puncak Rinjani yang pemalu, sebabnya sentiasa ditutup kabus. Apakan daya, hanya mampu dipandang tapi tak mampu disentuh. Eh, pouch bag aku dah sampai puncak tau! Kikiki...


Sebelum berkemas dan turun ke bawah. Masa ni cuma tinggal khemah kami dengan khemah sebelah tu aje, yang lain2 semua dah turun. Monyet pun banyak muncul mencari sisa makanan yang ditinggalkan. Pukul 11 lebih kitorang bergerak turun ke bawah.


Bunga Edelweis atau bunga abadi ni banyak kat bahagian atas. Kalau masa naik semalamnya tak pulak aku perasan. 


Berehat sebentar bersama kit-kat. Laluan untuk turun ni banyak berbatu. So, bila melangkah tu memang kena extra cautious. Ada batu yang dah longgar dari kedudukan asal dan jugak batu yang licin. Lepas rehat kat sini, Mas Madil dengan Mas Vern bertukar position. Masa Mas Madil decide nak turun ke bawah dengan pantas, aku follow dari belakang selain Syafiq dan Anhar. Baru berapa minit, dorang bertiga dah hilang dari pandangan aku. Itu pun dah jenuh aku berlari, bukak langkah besar2 nak saing dengan dorang. Nak patah balik tunggu member kat belakang, dah agak jauh aku tinggal dorang. Last2 aku decide teruskan jelah. 

Asal jumpa orang kat tengah jalan mesti aku tanya. Bila depan dan belakang aku takde orang, aku jalan cepat2. Bila aku nampak ada orang je, aku tukar rentak, pelan2 je jalan. Asal jumpa orang dari arah bertentangan, sure aku tanya berapa jauh lagi dengan danau. Berjalan di lereng bukit yang kadang2 ditutup kabus, kadang2 terang memang agak scary. Nak hilangkan rasa takut dan macam2 andaian yang tak elok, aku berzikir.


Dalam pada takut sempat aku capture bunga tak tahu nama ni. Aku nak fokus tapi tak jadi pulak, terlupa nak setting bila jantung asyik dup dap dup dap je. Kalau tersilap langkah boleh tergolek ke bawah tanpa ada sesiapa perasan pun.


Sebelum sampai sini aku terserempak dengan guide yang bawak minah saleh. Macam biasa aku mesti tanya berapa lagi jarak ke danau. Sempat aku bersembang dengan dia kejap, tak habis2 dia ingatkan aku suruh hati2. Pulak tu dia pandang aku semacam je, macam nak bagi amaran tapi tak terluah. Cuma yang aku ingat last word dia sebelum kitorang berpisah dia pesan suruh aku jalan straight je, ikut laluan yang ada. Jangan melencong ke mana2. 

Tak lama lepas aku berpisah dengan brader tu, jauh jugak aku jalan sorang2. Tak jumpa sesiapa pun tengah jalan. Tiba2 aku dengar anjing menyalak, sayu dan nyaring bunyinya. Meremang bulu roma aku, tambah plak masa tu berkabus dan aku sorang2. Bila aku nampak ada orang dari arah bertentangan, lega sekejap.


Bila aku nampak danau ni dari jauh, hati aku dah lega. Aku boleh berlama2 kat laluan ni ambik gambar bunga kecik yang cantik. Dah puas baru aku turun ke danau cari khemah kitorang. Masa aku sampai Mas Madil and few porters tengah mancing, jejaka idaman Malaya berdua tu dah lepas ke hot spring. Lepas brader porter bentangkan tikar bawah pokok, aku baring sambil layan perasaan depan danau.


Danau ni sekejap hilang ditelan kabus, dan in few minutes later terang benderang. 


Bila semua orang dah sampai, kami dihidangkan dengan makan tengah hari. Nasi berlaukkan bilis goreng cili, telur dadar dan sayur bening yang takde dalam gambar. Nanas yang manis memang sentiasa ada. Memang asyik makan depan danau.


Perut dah kenyang, layan view tepi danau. Kat tengah tu namanya Gunung Baru Jari, yang tu aktif sebab boleh nampak asap keluar. Danau tempat kitorang melepak ni namanya Danau Segara Anak, tapi tak bau sangat belerangnya. Selain ikan yang dorang selalu pancing, belibis atau itik sesekali muncul di tengah tasik. Petang tu kitorang melepak je sambil masing2 layan perasan.


Bila kabus muncul, macam ginilah keadaan sekeliling. Sejuk dan mendamaikan. Gambar ni diambil dari depan khemah kitorang.


Sunset yang menarik. Sebenarnya aku terlepas nak capture momen terbaik. Kitorang tak nampak matahari terbenam, tapi kitorang boleh tengok lereng bukit @ gunung bertukar warna. 


Dah nak Maghrib, since kitorang dalam hutan cepat je gelapnya. Lebih2 lagi dengan bantuan kabus, memang eerie jugaklah. Lagi best kalau ada sound effect, bunyi anjing menyalak bukit time2 gitu.

Kitorang melepak dalam khemah je sehinggalah dipanggil makan. Malam ni dinner kitorang di tepi danau lagi, ada unggun api, torch light, head lamp, bintang kat langit lagi, super meriah. Dah kenyang apa lagi, masuk khemah, bergulung dalam sleeping bag dan entah ke mana2 belayarnya. Malam kat tepi danau ni tak sesejuk bermalam di campsite Pelawangan due to altitude.

footnote: tetiba macam terdengar2 lah pulak Rossa nyanyi lagu bicara pada bintang, haish mengarut sungguh.

   

5 comments:

  1. owh, ada nampak mamat pakai topi tu hahaha...

    ReplyDelete
  2. memang sengaja letak gambar ni, kot2 ada orang nak menjejak kasih.. kikiki

    ReplyDelete
  3. Terimakasih ya sudah berkungjung ke Lombok

    Salam
    HaLoMi

    ReplyDelete
  4. Hi Anne, ini Madil! Terimakasih sudah posting pengalamannya bersama Kami. ini contact saya yg baru www.rinjaniexpedition.net. contact yg lama (Rinjani Eco Trekking) juga masih tetap di pake :)

    salam dan terimakasih
    Madil

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembali, mas.
      semoga lebih sukses ya.. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...