Wednesday, November 27, 2013

day11: harus berpisah

Kononnya kami berpakat nak bangun awal, nak kejar sunrise. Tapi masing2 sambung tidur lepas Subuh. Pukul 7 pagi kami semua dah ready nak keluar. Nama je pukul 7, tapi matahari dah terpacak dah. Turun ke bawah kami terserempak dengan Mas Anton, owner hotel ni. Dia yang layan kitorang breakfast pagi tu.


Donut ni sedap, tambah pulak berteman dengan kopi. Tapi sayang, tak dapat nak makan lebih bila Mas Anton kata itu je lagi yang tinggal. Lepas dah kenyang, kami ke pejabat pos yang tak jauh pun dari hotel tu. 


Pejabat Pos Labuan Bajo sunyi je pagi tu. Mujur ada kami yang memeriahkan suasana. Lepas tampal setem, dorang mintak mas pekerja tu stamping kat poskad dorang kat situ jugak, tanpa perlu dipos ke tanah air. Baik je brader tu layan kerenah kitorang. Tapi aku tetap nak pos macam biasa, sebab feel dia lain bila bukak peti surat ada poskad. Alhamdulillah, lebih kurang 2 minggu lepas tu aku dah terima. 

Lepas tu kami menyinggah ke kedai souvenir kat sebelah kiri dan kanan jalan, mencari kot2 ada yang boleh dijadikan ole2. Apa yang ada tak berjaya menarik aku untuk membeli. Nak beli t-shirt pun aku fikir berkali2, mana taknya mesti terpampang gambar komodo. Nak tengok pun aku dah seram, apa lagi nak pakai. Tidaklah jawabnya.


Anak2 Labuan Bajo, ceria dalam pakaian seragam mereka.


Labuan Bajo yang tenang. Aku rasa jalan ni adalah jalan utama kot, since banyak hotel dan tour offices. Sebelum pukul 10 tu kitorang balik ke hotel, get ready untuk ke airport since kitorang janji dengan Mama Dedeh pukul 10.


Hotel Komodo Indah, sempat stay semalam je. Overall, okay je. Nak naik ke bilik kitorang, kena naik tangga tu ke atas. Kat tingkat bawah ada jugak bilik, dan juga ruangan makan.


Never say maybe...

Masa kami turun kat bawah tu, Mama Dedeh dah ada. Tengah tunggu kereta yang akan hantar kitorang ke airport. Masa nak drop kunci takde orang kat depan, lama tunggu pekerja hotel tu keluar dari kitchen. Since Mama Dedeh tak hantar kitorang ke airport, so kat depan hotel tu lah kitorang berpisah. 

Airport memang sempoi dan koboi, as expected. Semuanya manual. Airport tak Rp 10k each person. Aku rasa bila airport baru siap nanti mesti airport tax naik. Flight delay, tapi tak lama sangat. Sempatlah aku ushar keliling, mostly yang kat boarding hall adalah bule.


MA 60, kapal buatan Xi'an, China. Alhamdulillah, kami selamat walaupun aku cuak jugak during the flight. Nampak pekerja tengah loading baggage dalam cargo compartment manually. Kali ni aku berjaya dapat duduk kat designated seat aku, tepi tingkap. So, cancel lah nak tido. Layan view dari atas lagi menarik.


Pulau kecil dan besar yang tak tahu nama.


Gunung Rinjani dari udara. Rindulah pulak dengan Rinjani. Hahaha, over sungguh!


Shortly before we landed at Bali Airport.

Since lama sangat nak tunggu baggage kitorang sampai, aku dengan Dot pegi solat dulu kat arrival hall tu. Tempat bocor sebelum ni dorang dah tadah dengan bekas, so kuranglah bau hapak dalam surau tu. Lepas dah settle semua urusan tertunggak, kitorang keluar dan supir dah sedia menunggu. Untuk perjalanan di Bali, semuanya Tasya yang uruskan.

Entahlah, awal2 lagi kami dah rasa something wrong dengan supir ni. Semuanya tak boleh dan tak tahu. Kitorang dibawa ke Tanah Lot untuk memburu sunset. Itu pun lepas dah singgah Tune Hotel untuk check in, tinggalkan baggage dan ambik Jaja. Sementara nak ke pantai, kami ushar keliling gerai2 kat situ. Banyak lukisan yang menarik dan aku rasa nak beli time balik nanti. Apa pun, layan sunset dulu.


Awan macam banyak, tapi tetaplah gigih menanti. Kebetulan kami dapat port yang menarik, nampak macam takde orang kan? Tapii....


Tapiii... sebenarnya ramai je umat manusia.




Bila matahari dah betul2 beradu, tak ada apa yang nak ditunggu lagi.

Singgah di gerai2 yang ada di situ. Rupa2nya dah banyak yang dah nak tutup, ada yang tengah berkemas. Lukisan yang aku nak beli pun dah tak sempat. Tak pe lah, since aku ada esok sehari lagi, mungkin adalah rezeki aku nanti. Kalau tak ada, pasrah ajelah. 

Dari Tanah Lot kami dibawa ke Krishna, tak ada apa yang menarik pun bagi aku. Lukisan pun tak cun. On the way balik, supir dropkan kitorang kat simpang McD dan kitorang menapak ke KFC. Oh, KFC di tanah air terchenta lagi sedap!

Lepas makan kami jalan kaki ke hotel. Dah settle mandi semua, bukan nak terus tidur. Sempat lagi bersembang, pillow talk lah lebih kurang. Aku set alarm pukul 2.15 pagi sebab pukul 3.00 akan gerak ke Lovina. By the time aku nak tidur tu dah pukul 1.00 lebih, harap2 aku terjagalah. 


Monday, November 25, 2013

day10 part2: belayar ke daratan

Dari Pulau Komodo kami dibawa belayar ke Pink Beach untuk snorkeling. Alhamdulillah, keadaan laut yang tenang membolehkan aku menikmati keindahan tanpa rasa takut. Bukanlah tak takut langsung, tapi kuranglah ketakutan tu.


Dinamakan Pink Beach sebab pasir pantai ni warna pink. Warna tu ketara bila basah. Bule 2 orang kat pantai tu gigih tulis 'KOMODO' kat pasir sebelum disapu ombak. Kat sini bot dan kapal tak boleh rapat ke pantai sebab nak jaga batu karang. Dot dan Tasya je yang turun untuk snorkeling ditemani Pak Amin. Kami yang lain duk layan view kat atas bot.

Sementara tunggu dorang tu menjadi puteri duyung, sempatlah aku tengok urusan jual beli minyak dari bot ke bot. Bila dorang dah naik, lunch terakhir kami atas bot dihidangkan. Bila dah settle semuanya, bot kami bergerak menuju ke Pulau Kanawa, bukan Pulau Kenawa ye. Dua pulau ni punya nama yang hampir sama tapi kedudukannya jauh antara satu sama lain.


Pulau Kanawa yang indah. Kat pulau ni ada resort, memang sesuailah kalau ada yang plan nak honeymoon. Kat sini Dot aje yang snorkeling. Kami kat atas bot pun boleh nampak kumpulan ikan cantik bewarna warni berenang bebas. Lepas Dot naik atas bot, Ben hidangkan kami dengan kerepek pisang segera. Bila Pak Amin bagitau itu adalah hidangan terakhir kitorang, barulah aku realized yang pelayaran ini akan berakhir. 


Semakin menghampri daratan, semakin sayang nak ditinggalkan. Kiri kanan, depan dan belakang, semuanya indah. Mungkin kalau kitorang datang bukan time kemarau, bukit bukau yang membentuk pulau2 tu bewarna hijau kot. Dan panorama mungkin berbeza. 


Sewaktu daratan ni semakin kelihatan, perasaan aku jadi sayu. Ini bermakna aku dah tak berpeluang untuk menikmati keindahan macam ni lagi. Aku dah tak boleh melihat sunset dan bulan dalam waktu yang sama. Since barang2 aku belum berkemas, aku tinggalkan dorang yang tengah bersembang tu untuk packing barang2 aku. Tak nak lah bila dah sampai baru kelam kabut nak kemaskan.


Bilik kecil dalam lower deck. Kat sinilah kitorang simpan barang dan kat sini jugaklah tempat aku tidur.


Upper deck, tempat kitorang melepak di siang hari. Juga merangkap tempat tidur mereka bertiga.


Toilet yang basic. Erk, jangan tanya ke mana hasil pelaburan tu pergi. 


Bila melihat ini, aku tertanya2 adakah aku sebenarnya berada di Indonesia? Kalau tidak kerana bendera Indonesia yang megah berkibar tu, tentu aku rasa aku berada nun jauh di benua lain.


Deretan bot pelbagai bentuk dan saiz di sepanjang berthing quay Pelabuhan Labuan Bajo. 


Sebaik tiba di pelabuhan, kitorang ikut Pak Amin balik ke rumahnya. Sebenarnya, Pak Amin ni suami kepada Mama Dedeh. Rumah mereka mengadap laut, sebaris dengan deretan rumah kat atas tu. Masa kami sampai, cuma ada bapak Mama Dedeh dan cucu2nya. Bila Mama Dedeh balik tak lama lepas tu, dibawaknya kuih untuk kami. Wajik dan onde-onde. Rupa2nya di Labuan Bajo juga dipanggil sama seperti kita di Malaysia.

Kitorang mintak bantuan Mama untuk carikan tempat untuk kami bermalam. Mula2 kami ke Matahari yang cuma bersebelahan dengan rumah Mama, tapi harga yang diberikan kepada kami agak tinggi. Kemudian Mama bawak kitorang ke Hotel Komodo Indah, since bilik okay dan harga pun berpatutan, kitorang agreed.


Bilik yang dikongsi berdua lengkap dengan bilik air. Selesa jugak cuma airnya yang sekejap ada sekejap tak ada. Pandai2lah tadah dalam bekas yang tersedia. Lepas dah mandi, badan dah kembali segar maklumlah last mandi sewaktu di Lombok few days ago kitorang bersiap untuk keluar dinner. 

On the way ke lesehan tu kami singgah rumah Mama Dedeh, ajak dia join kitorang untuk dinner. So, kami berlima dengan ditemani Mama dan anak lelakinya ke lesehan yang berhampiran dengan pasar basah. Tapi bila tanya harga yang mahal bebenor, Mama suruh kitorang beli bahan mentah kat pasar dan masak kat rumah dia aje. Aku, Tasya dan Zainur follow Mama Dedeh dan uruskan pasal seafood manakala Zilla dan Dodot settle kan pasal makanan sampingan. 


Ikan2 di lesehan yang mahal bebenor. Cumi seekor tu harganya Rp 50k! Padahal kat pasar tu harga untuk sekilo. Sebenarnya mahal jugak sebab masa aku tanya nelayan yang berniaga dari bot ke bot semalam, katanya dia jual dalam Rp 15k sekilo. 

Dah settle urusan membeli belah di malam hari, kitorang kembali ke rumah Mama Dedeh. Kalau ikutkan kami memang tak nak susahkan Mama, tapi since dia yang insist kitorang dah tak boleh nak tolak dah. 


Sampai aje kat rumah, Mama terus kerahkan Pak Amin untuk nyalakan api kat laman. Sementara tunggu api bertukar menjadi bara, Mama Dedeh sediakan bahan2 dengan bantuan Mama Yayang dan Pak Amin. Bila Pak Amin dah start membakar, kami duk berkumpul depan Mama Yayang untuk dengar cerita pasal mitos komodo. Macam anak2 dengar cerita daripada si ibu di malam hari. Memang meriah depan rumah Mama Dedeh, kebetulan pulak tak jauh dari rumah Mama Dedeh ada wayang pacak malam tu. Tapi takde siapa pun yang peduli pasal wayang pacak tu.

Bila anak buah Mama Dedeh yang tinggal di Kampung Komodo datang, makin panjanglah cerita kami malam tu. Bila dah kenyang, mata semakin memberat, kami pun mintak diri. Sudahlah tak tolong masak, bila nak tolong basuh pinggan terus kitorang kena marah dengan Mama Dedeh. Tetiba mama speaking omputih dengan kitorang, hahaha. Bila ingat balik nak tergelak pun ada.


Sunday, November 24, 2013

day10 part1: ke pulau komodo

Pagi yang damai, aku terjaga bila dikejutkan oleh mereka. Dorang sumer dah standby dengan senjata masing2. Merakamkan keindahan pagi sewaktu matahari muncul di Teluk Kalong ni. Again, I do not know how to describe with the words. Everything looks amazing, awesome! Since korang takde dengan aku, jangan kecewa sebab tak boleh tengok. Aku dah ambik gambar untuk share dengan korang. Tapi yang pasti tengok live lagi menakjubkan.


Malam tadi aku rasa position bot tu kat tempat lain, pagi ni dah berubah tempat pulak. Matahari belum muncul lagi ni.


Matahari pagi dah muncul.


Matahari semakin tinggi, sinarnya semakin menerangi alam.

Sambil duk layan sunrise, ntah macam mana aku boleh tertidur lagi. Biasanya kalau nak kejar sunrise harus keluar dari rumah atau bilik. Tapi kali ni sambil baring pun boleh tengok sunrise tanpa halangan. Bila bangun itu pun setelah dikejutkan dorang tengah breakfast pisang goreng. Sedap pisang goreng tu, macam pisang nangka pun ye jugak. Sambil2 makan tu, sauh bot telah dinaikkan dan perjalanan diteruskan. Rupa2nya masa aku tidur lepas tengok sunrise tu, dorang layan dolphin yang tetiba muncul tak jauh dari bot kami. Tak ada rezeki aku nak tengok dolphin pagi tu. Haruskah aku repeat lagi ke sini?

  
Melewati Kampung Komodo sewaktu kami dalam perjalanan ke Pulau Komodo. Majoriti penduduk adalah Muslim dan dari dalam bot aku nampak ada masjid. Kisah komodo adalah berkait rapat dengan penduduk di sini dan dorang masih percaya sehingga ke hari ini. Kalau korang nak tahu tanyalah cik gugel, aku malas nak cerita.


Jeti lama ke Taman Nasional Pulau Komodo, jarang digunakan sekarang ni.


Bot kami berlabuh di jeti baru ni. Waktu kitorang sampai ni, dah ada bot2 lain yang sampai awal dari kami. Di sini cuma kami berempat je yang naik atas sebab2 tertentu. Macam biasa, Ben yang temankan kitorang naik ke atas. Lepas dah pass kitorang kat ranger, dia akan tunggu dekat bot.


Rasa macam autumn pulak... apakah?

Since kat depan office ranger tu ramai yang menunggu, kitorang ke tandas yang tak jauh dari situ. Bila kitorang kembali ke waiting area tu, group mat saleh kat situ dah bising2 sebab dorang tunggu dah sejam lebih. Tak lama lepas dorang dapat ranger, it's our turn plak. Sempatlah bersembang dengan bapak officer tu sementara tunggu ranger kami ready. 

Kitorang pilih short trail je, ketakutan semalam tak hilang lagi. Sambil berjalan tu macam2 lah yang kitorang sembangkan dengan bapak renjer. Tengah syok bersembang, tetiba aku rasa macam nampak something kat depan. Bila aku bagi tau bapak renjer tu, laju je dia berjalan ke depan. Jenuhlah kami kat belakang ni suruh dia perlahan, kami takut.


Inilah yang berjalan depan kitorang tu.


Dekat sikit. Nak dekat lagi aku tak berani. Masa bapak tu bunyikan daun kering nak bagi komodo ni berhenti pun, kitorang dah gelabah. 



Dia punya lenggang, boleh kalah mak jemah ratu kampung. Ni edisi jalan bersantai, kalau berlari tak terkejar kitorang agaknya. Kami follow komodo tu dari belakang, dengan penuh hati2. Menurut bapak renjer, komodo tu nak ke tempat mata air. Selain nak hilangkan dahaga, kat situ jugak jadi tumpuan komodo untuk mengendap mangsa. 



Kitorang nampak lagi seekor komodo yang lalu kat tempat mata air tu. Tengok tu, siap ada signage komodo lagi tu. 

Masa komodo yang kitorang follow tadi berhenti minum air, bapak renjer offer nak ambik gambar kitorang. Aku dengan Tasya memberanikan diri, tapi rasa macam lama giler kitorang duk pose depan komodo tu. 

"Bapak, cepat pak. Kami takut..." berulang kali kitorang mintak bapak tu cepat2 ambik gambar kitorang. 

"Ngak papa, saya lihat dari sini. Ngak papa..." itulah jugak yang bapak renjer tu duk ulang. Bila dah settle tu, fuhh rasa macam terlepas beban beratus kilo! Lega yang amat.

  
Hasil buangan komodo. Menurut ranger, kalau warnanya coklat atau perang dan ada bulu, maknanya komodo tu makan rusa. Yang putih2 tu adalah tulang. Kalau hasil buangan tu warna hitam, komodo tu dah makan babi. 

Dari tempat mata air tadi, kami dibawa ikut laluan lain dan mendaki Fregata Hill. Kalau kitorang ambik medium trail, kitorang akan daki bukit lain. Fregata Hill tu tak tinggi mana pun, tak perlu nak susah payah sebab dah ada anak tangga. View dari atas bukit tu pun stunning jugak. 


View dari Fregata Hill. Boleh nampak bot yang berlabuh di jeti lama dan jeti baru. Menurut bapak renjer tu lagi, musim tengkujuh hanya kapal2 besar yang boleh masuk ke sini, bot2 kecil memang tak kuat untuk melawan angin dan arus kencang. Dari Fregata Hill kami dibawa balik ke pejabat renjer. On the way tu nampak lagi banyak komodo yang berehat bawah pokok.


Rusa memang banyak di sini berbanding di Pulau Rinca dan agak jinak pulak tu. Menurut renjer kami, sesiapa yang ditangkap kerana memburu rusa akan dikenakan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda. Semuanya kerana nak protect sumber makanan bagi komodo. Sebab itulah komodo kat Pulau Komodo ni kurang agresif dan gemuk2 berbanding dengan di Pulau Rinca, sebab sumber makanan banyak. Bila dah habis pusing short trail tadi, kitorang menyinggah ke gerai jualan tak jauh dari pintu masuk/keluar sebelum kembali ke bot kami. Peniaga kat sini adalah penduduk dari Pulau Komodo itu sendiri. 

Sewaktu dalam perjalanan tadi tu, sempatlah aku tanya bapak renjer tu pasal mangsa komodo kat pulau tu. Katanya mangsa pertama bule dari France. Dia seronok sangat ambik gambar dan terpisah dari kumpulan tanpa disedari. Hanya jamnya sahaja yang ditemui dekat sarang komodo. Mangsa kedua adalah kanak2 dari Kampung Komodo. Budak tu sakit perut waktu sedang bermain, dia pergi ke arah semak dan membuang. Komodo ngap dari belakang. Menurut renjer lagi, ramai yang menjadi mangsa adalah di Pulau Rinca.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai komodo yang aku ingat. Semuanya based on the info yang bapak ranger tu bagitau. Info yang aku dah share dalam post sebelum ni aku tak masukkan, pandai2lah korang cari sendiri. Here it goes:
  • Saiz komodo betina lagi kecil berbanding komodo jantan.
  • Komodo betina lebih rajin memburu dan komodo jantan pulak rajin curik hasil buruan komodo betina. 
  • Komodo boleh menghidu bau darah dari 5 ke 7 km jaraknya dan amat sensitif dengan bau darah. Sebab tu wanita yang keuzuran adalah dinasihatkan supaya tak naik ke darat. 
  • Awal pagi, banyak komodo akan ke pantai untuk berjemur. Once matahari dah naik, dorang akan kembali ke darat.
  • Komodo suka berjalan ikut laluan yang terang dan clear, tak suka lalu ikut semak samun sebab nanti dia akan tersangkut. Itu sebab kitorang jumpa komodo tu lalu ikut laluan kitorang.
  • Andai kata korang dikejar komodo, larilah lintang pukang. Komodo tak suka dan itu akan melambatkannya. 
  • Komodo memang pandai berpura2. Mangsa komodo selalunya tertipu dengan lakonan komodo yang berpura2 tidur dan lemah.
  • Komodo boleh berlari sehingga 20 km sejam, berenang sehingga 50 meter.
  • Komodo tak akan tinggal di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter.
  • Komodo tak ganggu penduduk Komodo yang tinggal berdekatan since Komodo ni dikatakan berasal dari manusia dan keturunannya dari masyarakat Pulau Komodo.   

Itu je yang aku ingat. Ada banyak lagi info yang aku tak ingat dan malas nak cari. Kalau korang rajin, gugel je. Termasuklah mitos pasal komodo yang dilahirkan kembar Indonesia memang terkenal dengan mitosnya. Terpulanglah pada penilaian korang. Tapi dekat pejabat renjer di Pulau Komodo ni memang ada dorang pamerkan kisah tersebut.


Friday, November 22, 2013

day9 part2: edisi mencabar keberanian diri

Selepas dah kenyang, kami akan dibawa ke tempat impian aku. Sebenarnya macam mimpi pun ada, masa awal2 dulu aku nekad je nak datang sorang2 since dah ada kat Lombok dan aku pun lambat lagi nak balik ke Tanah Malaya. Tapi bila Zilla pun setuju nak ke sini, lagilah aku bersemangat dan excited. 


Loh Buaya di Pulau Rinca adalah satu dari kumpulan Taman Nasional yang mempunyai populasi biawak komodo. Kat entrance ni kami disambut oleh renjer bertugas. Dari sini kami dibawa ke pejabat renjer.


*Pic credit to Zilla. 
Kami berlima. Sebelum ke sini, kawan baik aku berkali2 suruh aku fikir panjang dan cancel trip. Macam2 kisah dia sogokkan. Aku tahu niat baiknya. But being me, who is full of desire, passion and stubborn, I won't call it off before putting an effort to it. Inilah masanya untuk aku mencabar diri sendiri.


Dari pintu gerbang selepas kami disambut 2 komodo, kitorang kena menapak ke office. Melalui laluan seperti di padang pasir yang tandus dan kering memang terasa kepanasan membahang. Gambar ni tak diedit, inilah keindahan yang kitorang lihat dan nikmati. 


Antara peninggalan mangsa komodo yang dorang gantung kat depan pejabat renjer. Yang tak bersisa pun banyak jugak. Nasib baik takde tengkorak manusia yang digantung kat sini, kalau tak.... huhuhu. Lepas bayar entrance fees, yang dicampur dengan bayaran untuk ranger, camera sorang satu, semuanya berjumlah Rp 680k untuk kami berlima. 


Sedang elok kitorang lalu kat kawasan rumah pekerja, kitorang nampak sekumpulan biawak komodo yang sedang bersantai bawah rumah. Menurut ranger, rumah ni berfungsi sebagai dapur diorang. Jadinya biawak komodo ni melepak kat situ sebab bau makanan yang dimasak di situ. Aku tak berani nak ambik gambar dekat2, cuak weh.

Tak lama lepas tu ada another group yang sampai kat tempat kitorang berdiri. Masa tengah duk bergosip pasal komodo bawah rumah tu, lalu lah seekor anak komodo depan kitorang. Ntah apa masalahnya, masa anak komodo ni lalu depan group yang datang lepas kitorang tu, mamat yang pegang kayu bercabang stopkan anak komodo tu dari bergerak. Meronta2 lah anak komodo tu dibuatnya dan tak semena2 seekor komodo yang konon2nya tengah tidur dan lemah tak berdaya kat bawah rumah tu bangun sepantas kilat menuju ke arah kitorang. Masing2 berterabur lari dan menjerit ketakutan. Mana taknya, satu gigitan komodo mempunyai lebih 60 bakteria dan jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut!

Mujurlah bapak komodo yang tetiba agresif tu stop tak jauh dari kitorang. Masa tu tak usah cakaplah, gigil lutut aku dibuatnya. Rasa macam nak tumbang kat situ jugak. Jantung tak usah ceritalah, rasa macam tercampak keluar terus. Mujurlah aku takde penyakit berkaitan jantung, kalau tidak harus dah tinggal nama je. 

   
Anak komodo yang menimbulkan huru hara. Walaupun cuma sebentar, tapi cukup membuatkan semua orang ketakutan. Saiznya lebih kurang bapak biawak kat tempat kita. 


Bapak komodo yang tetiba bertukar agresif, masa ni dia dah cool down. Menurut ranger, bapak komodo ni nak makan anak komodo tadi tu. Bila anak komodo tu meronta, ianya dah menarik perhatian si bapak untuk terkam. Komodo adalah spesies haruan makan anak, tak boleh jadi mak bapak contoh ni.

Bila masing2 dah regain semangat yang hilang berterabur kejap tadi, kami dibawa oleh ranger ke sarang komodo. In fact, semangat aku dah semakin berkurangan. On the way tu, masing2 alert je, bila dengar bunyi semua muka cuak. Nampak rusa pun macam tak berapa nak excited sangat sebab takut.


Masa sampai kat sarang ni, ada 2 ekor mak komodo sedang jaga telur dorang. Komodo ni bertelur dalam lubang tu, tempoh untuk menetas aku dah lupa sebab tak pay attention sangat masa ranger tu explain, sibuk ushar sekeliling. Berjaga2 kalau2 muncul komodo. Si mak komodo ni berjaga kat sarang ni bukan sebab nak protect telur ke apa, tapi yang sebenarnya bila menetas dia nilah yang akan ngap anak komodo ni. So, anak komodo yang berjaya melarikan diri akan stay kat atas pokok sehinggalah umur dorang 3 bulan lebih. Lepas tu baru anak komodo ni akan turun ke tanah dan cari makanan kat tanah plak. Masa kat atas pokok, biasanya burung, cicak dan serangga yang jadi makanan dorang. 

Komodo dewasa tak panjat pokok dah sebab badan dorang dah berat. Tu sebab anak2 komodo tadi selamat sepanjang dorang tinggal kat atas pokok tu. Masa kitorang kat tempat tu, datanglah group yang kacau anak komodo tadinya. Terus kitorang ajak ranger tu balik, tak nak pisang berbuah 2 kali. Sebenarnya ada track yang ranger akan bawak kitorang, sama ada short, medium atau long track depends pada pelawat. But in our case, asalnya mintak short track, lepas dah berlaku insiden tadi tu terus kitorang mintak shorten kan aje track tu, terus patah balik. In fact, ranger kitorang pun goyang gak, tapi tetaplah bercakap besar.

"Nasib baik kuda2 I kuat, dapat protect you all," itulah yang dia duk ulang cakap. Padahal masa bapak komodo tu nak terkam anak komodo tadi, dia yang lari dulu walaupun sepatutnya dia kena protect kitorang. Masa aku tanya pasal 2 renjer yang kena serang kat office dorang awal tahun hari tu, dia tak nak pulak cakap.

Dari depan office yang kitorang register tadi, teruslah dia suruh kitorang balik sendiri ke jeti. Takde dah dia nak hantar kitorang. Berjalanlah kami berlima dengan berhati2, kot2 terserempak dengan si pemangsa. Dah naik boat, kami diberitahu yang snorkeling petang tu cancel sebab gelombang besar. So kami dibawa ke tempat kitorang akan bermalam. 

Aku melepak kat atas deck, bersembang dengan Zainur sebelum akhirnya dia tidur. Diorang bertiga kat bilik bawah, so melayan perasaanlah sorang2 kat atas tu. Tak lama pun aku melayan angan2 bila gelombang kuat dan air laut menyimbah ke dalam bot. Aku yang kat atas deck turut basah. Mula2 aku bertahan lagi bila Zainur dah turun ke bawah. Tapi bila angin makin kuat dan air yang menyimbah arah aku makin besar, aku turun ke bawah. Takut jugak nak lalu kat tepi bot tu, risau kot2 sekali kena tolak angin terus tercampak keluar. Mujur Pak Amin ada dan dia tarik aku ke tengah. 

Bila Zainur dah telan ubat tahan mabuk dan pengsan, Zilla kat dalam bilik tu ketakutan, Tasya, Dot dan aku berpegang tangan kat tengah2 bot. Kami kebasahan dan kesejukan kena simbah air laut. Kalau sebelum ni aku dah dilambung gelombang waktu nak ke Gili Trawangan, gelombang yang ini lagi teruk. Sudahlah kami semua tak pakai life jacket and the worst part aku memang takut air. Aku dah aim penutup icebox yang kat depan aku, just in case boat tak survive, Nauzubillah. Masa ni aku teringat kisah Kate dan dalam hati hanya Allah yang tahu betapa banyaknya doa yang aku mintak. 

Mujurlah gelombang kuat tu tak berpanjangan, laut kembali tenang. Kami melewati Kampung Komodo sewaktu on the way ke Teluk Kalong. Masa ni matahari dah bersedia nak beradu. View memang tak usah ceritalah, tak mampu nak diterjemahkan dengan kata2. Nak ambik gambar pun tak tahu nak ambik apa, sebab semuanya nampak cantik. Walau tak banyak gambar yang diambil, tapi semuanya masih kukuh terakam di memori.








View bukit/pulau yang berdepan dengan matahari jatuh. 


Sedang kami asyik melihat sang mentari terbenam di sebelah barat, di sebelah timur pulak muncul sang rembulan. 


Selain dari kami, kapal dan bot lain turut berkampung di sini. Dinamakan Teluk Kalong kerana kat kawasan teluk ni banyak kelawar atau di Indonesia dipanggil kalong. Sewaktu sauh bot diturunkan, ada beberapa orang penduduk Kampung Komodo yang datang menjual hasil kraftangan dari bot ke bot. Since barang2 yang dijual tu aku tak akan guna dan poket pun dah semakin menipis setelah 9 hari berkelana, semuanya aku pandang sepi ajelah.


Bila dah malam, cahaya lampu dari kapal dan bot yang sama2 melabuhkan sauh di sini jelas kelihatan. 

Masa untuk kami beradu bila perut dah kenyang. Mereka bertiga awal2 lagi dah booking tidur kat upper deck dan aku memilih untuk tidur dalam bilik kat lower deck. Bukan tak nak tidur dengan dorang, tapi aku takut kalau2 dipukul gelombang lagi. Kang tak pasal2 tercampak terus ke laut, punyalah imaginasi terlampau. Manakala si hero seorang tu ambik tempat atas deck depan ruang kemudi. Punyalah lena tidur aku langsung tak sedar apa. Terjaga bila dorang turun ke bawah sebab angin kuat. Tapi bila dorang naik tidur kat upper deck tak lama lepas tu, aku langsung tak sedar apa dah.  

footnote: dalam minggu ni aku terasa macam diseru2 untuk ke Cocos Island dan Christmas Island. Dah terbayang2 betapa indahnya pemandangan kat situ. Tapi bile tengok airfare mahai bebenor, terpaksalah tangguh dulu. Erk, agak2nya ada tak yang sudi nak sponsor air ticket? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...