Monday, October 28, 2013

day2: kembali diduga

Pagi2 lagi dah diduga. Masa aku masuk bilik air, air paip tu dah slow semacam tapi masih boleh guna tapi tak lama lepas tu air takde. Dengan bantuan air mineral Zilla dapatlah aku selesaikan apa yang patut. Kelam kabut dan semua benda jadi tak betul bila takde air, kuat betul pengaruh air. Dalam pada tu masing2 terlupa pasal sunrise, sehinggalah Shaharul jerit bagitau sunrise. 


Keluar je dari bilik, terus nampak ni. Tak payah pegi jauh2.


Lepas pada ambik gambar ni, cepat2 aku kemas apa yang patut sebab dah lewat. Jenguk bilik sebelah, pintu terbuka, dalam bilik macam tongkang pecah, tapi orang takde! Lepas bawak semua barang ke restoran, aku ke seberang jalan mengejar sunrise yang masih berbaki.


Paddy terrace di bawah sinaran matahari pagi. Nampak tenang dan mendamaikan.


Pondok Indah, tempat kami bermalam sebelum berjuang menuju puncak.


Breakfast pagi tu, penkek @ lempeng pisang dengan kopi Lombok.


Inilah kenderaan yang bawak kitorang ke kaki gunung, tempat bermulanya pendakian. Kitorang cuma bawak daily backpack dengan barang2 yang perlu je. Beg besar gedabak kitorang tumpangkan kat Pondok Indah. *Pic kredit to Anhar.


Bertuahnya kami sebab pagi tu kitorang dapat tengok pasar pagi yang unik. Pasar ni di sepanjang kiri dan kanan jalan. Ikan, ayam, sayur, tembakau dan macam2 lagi lah. Kenderaan yang lalu memang kena hati2, kalau tak memang boleh bergesel. Pick up kitorang hampir2 bergesel dengan lori, menjerit jugaklah masing2 tu.

Lepas turunkan barang2 dan porter kat tempat bermulanya pendakian tu, kitorang sekali lagi naik pick up untuk ke Pejabat Renjer. Kami kena mendaftar sebelum mula mendaki.


Itulah Gunung Rinjani yang bakal kami daki. Indah dari kejauhan, tapi aku dah kecut perut sebab aku tahu aku tak kuat.


Kalau seberang sana Gunung Rinjani, sebelah sini jalan aku tak tahu apa namanya. Tapi memang mesmerizing bila kiri kanan dipagar bukit bukau dan gunung ganang.


Register kat sini ye. Lepas tu naik pick up balik untuk ke tempat tadinya.


Bergambar dulu sebelum mendaki, berbumbungkan bawang putih. * Pic kredit to Zilla. 


Close up bumbung bawang putih.

Group lain yang sampai sekali masa kitorang drop barang dah pergi. Kitorang kira group last bergerak, masa tu dah hampir pukul 10.00 pagi. Laluan yang pertama berjalan melalui padang yang luas dan panas, sebab tak ada pokok untuk bereduh.


Ini adalah laluan lahar gunung berapi sewaktu berlakunya letusan. Macam berpasir keadaannya.


Lepas tu melalui hutan ni, tapi kejap je laluan hutan ni. Tak sempat nak feeling masuk hutan pun, dah jumpa savanna. 


Bunga cantik di Pos I. Berehat kejap sebelum kembali meneruskan perjalanan. Masa ni kitorang lalu savanna saujana mata memandang. 


Lunch di Pos II. Sepatutnya maggie tu makan dengan nasi, tapi kami semua makan nasi dengan bilis goreng cili. Sedapnya masih terasa. Setiap kali makan, kami pasti dihidang dengan nanas. Nampak kecik je, tapi manis dan tak gatal lidah walau makan banyak.

Lepas makan kami tanam pokok tak jauh dari Pos II ni. Aku kena ke sana lagi, nak tengok pokok yang aku tanam tu membesar bagai johan atau tersungkur sebelum masanya.


Alangkah bahagianya kalau pokok yang aku tanam tu membesar macam ni. Lagi bahagia kalau itu adalah pokok durian, tak pun manggis. Mahu tiap2 tahun aku lawat pokok nan sebatang, haha.


Sepanjang perjalanan dari Pos II ke Pos III, mata kitorang dihidang dengan pemandangan indah ini. Sekejap berkabus, sekejap lagi kabus tu hilang. Subhanallah, keindahan yang tak mampu nak describe. Kalau nak tahu macam mana, korang kena pergi dan rasai sendiri. 


Melepasi Pos III. Laluan dah mula mendaki sehinggalah ke campsite untuk malam nanti. Porter yang bawak barang2 kami. Tak jauh dari sini kabus tebal bertukar jadi hujan. Kebetulan Mas Madil yang bawak bag aku ada kat belakang. Cepat2 aku berpatah balik untuk ambik poncho. Lepas dah sarung poncho, aku redah hujan sambil mendaki. Sudahlah hujan, angin pulak tu dan aku pakai baju lengan pendek je. Tapi selagi bergerak aku tak terasa sangat sejuk tu.


Hari makin gelap dan aku masih mendaki bukit penyeksaan. Sebahagian dah sampai kat atas masa ni. Aku je yang terkial2, terseksa sendiri. Dah sendiri cari penyakit, terima je lah.


Hujung yang dilitupi kabus tu lah puncak Rinjani. Pagi esok kami akan mendaki ke sana. Gambar pun blur aje, tangan aku gigil masa ni. Mana taknya, dengan sejuknya, lapar dan penat, semua dah jadi satu. Masa aku sampai kat sini, Anhar tipu aku. Dia kata atas tu sikit je, so aku pun melepak jelah kat sini. Ambik gambar dan menikmati keindahan sebab dah tak jauh. Sekali bila aku sampai kat situ, takde sorang pun. Sudahlah gelap, menggagau aku berjalan ikut arah cahaya lampu dari jauh.

Jumpa dorang tengah berkumpul sebab cari khemah kami tak jumpa. So melepaklah kami kat situ tunggu Mas Madil sampai. Jauh jugak dari tempat kami melepak tu nak sampai ke khemah. Menyesal aku tak terima pelawaan brother cyclist tu, dorang suruh aku panaskan badan kat unggun api dorang, tapi aku tolak. 

Berjalan dalam gelap memang tak nampak apa dan tak risau langsung. Kalau siang hari sure berjalan dengan penuh hati2 sebab tepi kami adalah gaung. Dah sampai khemah, tukar baju yang dah basah, sarung sweater, sarung stokin, masuk dalam sleeping bag sampailah dorang panggil bagi makan. Lepas makan terus kebabom. Mata lena je walaupun khemah sebelah dah lama bunyi lori balak.

footnote: dah lebih sebulan menunggu, akhirnya poskad yang aku pos dari Bali selamat tiba. Tak sangka dah lebih sebulan aku balik, tapi aku tetap rindu dengan udaranya, keindahannya, masih segar diingatan.

  

5 comments:

  1. anne, satu hari nanti saya akan kembali ke rinjani tapi trek yang saya nak ambik p/balik dari sembalun...tak sanggup dah senaru hahaha...

    *saya sgt rindu dgn perjalanan turun/naik rinjani..

    ReplyDelete
  2. betul lah, zilla. saya rindu nak ke sana lagi. next time kalau pergi saya nak berlama2.. nak lepak kat senaru sehari dua, nak terjah waterfall yang kita tak sempat pergi ari tu..

    *trip ke ntt & ntb ni benar2 buat saya jatuh cinta.. :D

    ReplyDelete
  3. amboi..berjalan jer kerja ko..hihik

    ReplyDelete
  4. senaru tempat berhantu tu?? owhhh tidak!!!hahaha...

    wow, jatuh cinta ngan sapa tu?? :D mamat pakai topi tu jugak ke?? ahakkk!!!

    ReplyDelete
  5. senaru pondok indah lah.. dekat situ kan ada waterfall.. kalau senaru berhantu tu, mau saya bercamping macam couple yang kita jumpa tu.. kikiki

    *jatuh cinta dengan alam, bukan dgn orang.. rasanya dah serik kot nak jatuh cinta dgn org.. ahakks!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...