Monday, October 28, 2013

day2: kembali diduga

Pagi2 lagi dah diduga. Masa aku masuk bilik air, air paip tu dah slow semacam tapi masih boleh guna tapi tak lama lepas tu air takde. Dengan bantuan air mineral Zilla dapatlah aku selesaikan apa yang patut. Kelam kabut dan semua benda jadi tak betul bila takde air, kuat betul pengaruh air. Dalam pada tu masing2 terlupa pasal sunrise, sehinggalah Shaharul jerit bagitau sunrise. 


Keluar je dari bilik, terus nampak ni. Tak payah pegi jauh2.


Lepas pada ambik gambar ni, cepat2 aku kemas apa yang patut sebab dah lewat. Jenguk bilik sebelah, pintu terbuka, dalam bilik macam tongkang pecah, tapi orang takde! Lepas bawak semua barang ke restoran, aku ke seberang jalan mengejar sunrise yang masih berbaki.


Paddy terrace di bawah sinaran matahari pagi. Nampak tenang dan mendamaikan.


Pondok Indah, tempat kami bermalam sebelum berjuang menuju puncak.


Breakfast pagi tu, penkek @ lempeng pisang dengan kopi Lombok.


Inilah kenderaan yang bawak kitorang ke kaki gunung, tempat bermulanya pendakian. Kitorang cuma bawak daily backpack dengan barang2 yang perlu je. Beg besar gedabak kitorang tumpangkan kat Pondok Indah. *Pic kredit to Anhar.


Bertuahnya kami sebab pagi tu kitorang dapat tengok pasar pagi yang unik. Pasar ni di sepanjang kiri dan kanan jalan. Ikan, ayam, sayur, tembakau dan macam2 lagi lah. Kenderaan yang lalu memang kena hati2, kalau tak memang boleh bergesel. Pick up kitorang hampir2 bergesel dengan lori, menjerit jugaklah masing2 tu.

Lepas turunkan barang2 dan porter kat tempat bermulanya pendakian tu, kitorang sekali lagi naik pick up untuk ke Pejabat Renjer. Kami kena mendaftar sebelum mula mendaki.


Itulah Gunung Rinjani yang bakal kami daki. Indah dari kejauhan, tapi aku dah kecut perut sebab aku tahu aku tak kuat.


Kalau seberang sana Gunung Rinjani, sebelah sini jalan aku tak tahu apa namanya. Tapi memang mesmerizing bila kiri kanan dipagar bukit bukau dan gunung ganang.


Register kat sini ye. Lepas tu naik pick up balik untuk ke tempat tadinya.


Bergambar dulu sebelum mendaki, berbumbungkan bawang putih. * Pic kredit to Zilla. 


Close up bumbung bawang putih.

Group lain yang sampai sekali masa kitorang drop barang dah pergi. Kitorang kira group last bergerak, masa tu dah hampir pukul 10.00 pagi. Laluan yang pertama berjalan melalui padang yang luas dan panas, sebab tak ada pokok untuk bereduh.


Ini adalah laluan lahar gunung berapi sewaktu berlakunya letusan. Macam berpasir keadaannya.


Lepas tu melalui hutan ni, tapi kejap je laluan hutan ni. Tak sempat nak feeling masuk hutan pun, dah jumpa savanna. 


Bunga cantik di Pos I. Berehat kejap sebelum kembali meneruskan perjalanan. Masa ni kitorang lalu savanna saujana mata memandang. 


Lunch di Pos II. Sepatutnya maggie tu makan dengan nasi, tapi kami semua makan nasi dengan bilis goreng cili. Sedapnya masih terasa. Setiap kali makan, kami pasti dihidang dengan nanas. Nampak kecik je, tapi manis dan tak gatal lidah walau makan banyak.

Lepas makan kami tanam pokok tak jauh dari Pos II ni. Aku kena ke sana lagi, nak tengok pokok yang aku tanam tu membesar bagai johan atau tersungkur sebelum masanya.


Alangkah bahagianya kalau pokok yang aku tanam tu membesar macam ni. Lagi bahagia kalau itu adalah pokok durian, tak pun manggis. Mahu tiap2 tahun aku lawat pokok nan sebatang, haha.


Sepanjang perjalanan dari Pos II ke Pos III, mata kitorang dihidang dengan pemandangan indah ini. Sekejap berkabus, sekejap lagi kabus tu hilang. Subhanallah, keindahan yang tak mampu nak describe. Kalau nak tahu macam mana, korang kena pergi dan rasai sendiri. 


Melepasi Pos III. Laluan dah mula mendaki sehinggalah ke campsite untuk malam nanti. Porter yang bawak barang2 kami. Tak jauh dari sini kabus tebal bertukar jadi hujan. Kebetulan Mas Madil yang bawak bag aku ada kat belakang. Cepat2 aku berpatah balik untuk ambik poncho. Lepas dah sarung poncho, aku redah hujan sambil mendaki. Sudahlah hujan, angin pulak tu dan aku pakai baju lengan pendek je. Tapi selagi bergerak aku tak terasa sangat sejuk tu.


Hari makin gelap dan aku masih mendaki bukit penyeksaan. Sebahagian dah sampai kat atas masa ni. Aku je yang terkial2, terseksa sendiri. Dah sendiri cari penyakit, terima je lah.


Hujung yang dilitupi kabus tu lah puncak Rinjani. Pagi esok kami akan mendaki ke sana. Gambar pun blur aje, tangan aku gigil masa ni. Mana taknya, dengan sejuknya, lapar dan penat, semua dah jadi satu. Masa aku sampai kat sini, Anhar tipu aku. Dia kata atas tu sikit je, so aku pun melepak jelah kat sini. Ambik gambar dan menikmati keindahan sebab dah tak jauh. Sekali bila aku sampai kat situ, takde sorang pun. Sudahlah gelap, menggagau aku berjalan ikut arah cahaya lampu dari jauh.

Jumpa dorang tengah berkumpul sebab cari khemah kami tak jumpa. So melepaklah kami kat situ tunggu Mas Madil sampai. Jauh jugak dari tempat kami melepak tu nak sampai ke khemah. Menyesal aku tak terima pelawaan brother cyclist tu, dorang suruh aku panaskan badan kat unggun api dorang, tapi aku tolak. 

Berjalan dalam gelap memang tak nampak apa dan tak risau langsung. Kalau siang hari sure berjalan dengan penuh hati2 sebab tepi kami adalah gaung. Dah sampai khemah, tukar baju yang dah basah, sarung sweater, sarung stokin, masuk dalam sleeping bag sampailah dorang panggil bagi makan. Lepas makan terus kebabom. Mata lena je walaupun khemah sebelah dah lama bunyi lori balak.

footnote: dah lebih sebulan menunggu, akhirnya poskad yang aku pos dari Bali selamat tiba. Tak sangka dah lebih sebulan aku balik, tapi aku tetap rindu dengan udaranya, keindahannya, masih segar diingatan.

  

Sunday, October 20, 2013

aktiviti malam

Dah lama aku teringin nak join night marathon kat Putrajaya. Tapi selalunya aku memang sentiasa missed. Lucky enough tahun ni aku akhirnya berjaya register for the event. Dari banyak2 aku pilih untuk jarak larian 10 km. 5 km pendek sangat, 21 km dah jauh bebenor, 42 km lagilah aku tak mampu. Silap2 pengsan kat tengah jalan. 10 km tu pun aku tak berapa nak yakin boleh habiskan. 

Sabtu malam, sesudah maghrib baru aku keluar dari rumah since larian untuk 10 km pukul 8.40 malam. Risau jugak kalau hujan turun sebab since pagi lagi cuaca tak menentu. Sampai2 je tengok parking semua penuh, last2 kitorang parking kat tepi jalan. Not long after that, ramai yang parking belakang kitorang. 


Semua sedang berkumpul sebelum dilepaskan. Aku tengok depan-belakang-kiri-kanan semua orang tengah warm up. Kitorang je relaks. Aku awal2 lagi dah pesan kat member, kita jalan je tau.. lari sikit2 sudah.. kikiki.


Oren mewarnai malam, masing2 berlari ke depan bila dilepaskan. Aku je lenggang kangkung kat belakang, mission aku bukan nak menang pun dah tahu diri tak mampu tapi lebih kepada mencabar diri sebenarnya. Elok je separuh participants dah ke depan, hujan rintik2 turun. Aku risaukan kamera, takut rosak kena hujan. Tapi Alhamdulillah, hujan rintik2 tadinya berhenti tak lama lepas tu. Tapi merasa basah jugaklah. 


Masa aku sampai depan ni, pelari2 tegar dah patah balik pun. Aku estimate there are about 8 km to go from this point to the finishing line. Ramai jugak yang macam aku, lebih banyak berjalan dari berlari.


Bekas minuman yang dibuang oleh pelari terdahulu. Penuh jalan dengan bekas minuman ni. Erk, gambar yang ni dah hujung2, tak ketara sangat sampahnya.


 Putrajaya yang bercahaya di malam hari.


Masa yang aku ambik untuk habiskan 10 km. Sebenarnya ni cubaan ketiga untuk ambik gambar ni, the first two memang teruk sebab tangan aku shaking. Mungkin untuk tahun akan datang aku boleh target untuk kurangkan nombor ni. 


Walaupun rumput ni basah, ramai je yang melepak lepas habis larian. Masa ni aku rasa more than half dah balik. 


Palace of Justice di malam hari. Selalunya kat depan ni lah event takes place. Main stage untuk night marathon ni pun depan Palace of Justice, khemah yang bercahaya kat tengah tu. 


Last view before heading back home.


My unlucky number and medal. 45 tu represent half of my car plate number, oppss!

Overall, aku enjoy this night marathon very much even though on the first half kilometer tu kaki aku sakit. Tapi lepas tu dah okay. Melayan view malam di Putrajaya, sambil bermandikan gerimis dan jugak peluh, memang berbaloi2. 


Thursday, October 17, 2013

day1: lombok -setelah diduga

Aku sebenarnya berbelah bahagi sebelum ke Lombok. Bukan sebab kisah jejaka lombok vs gadis melayu, tetapi macam2 masalah yang menimpa. Lepas balik dari Kuching, aku demam + selsema + batuk = full package. Yang lain dah sembuh tapi batuk tetap maintain. Pulak tu aku ada nak kena submit report untuk viva hujung September. Aku percepatkan flight balik ke 22 September, asalnya aku beli tiket balik 26 September. Dengan tabung ayam yang dah kontang, lagi teruk dua hari sebelum pergi aku diserang demam lagi sekali. Mujurlah malam sebelum flight tu, demam aku dah kebah walaupun masih batuk2.

Lepas Subuh aku keluar rumah ke KLIA untuk park kereta. Gelabah jugaklah aku carik terminal bas tak jumpa sebab kali ni aku park kat building lain dari biasa. Lepas tanya sorang mamat tu, aku tarik nafas lega sebab dah jumpa apa yang dicari. Lama giler aku tunggu bas tu gerak. By the time bas tu gerak dalam 7.10 pagi macam tu, aku still rasa cuak sebab flight aku pukul 8.40 pagi. Dari KLIA ke LCCT mahu makan 30 minit, itu pun kalau driver tu bawak sehabis laju dah tu.

Jumpa Zilla depan McD, and the other 5 persons. Cuak jugak sebab aku cuma kenal Zilla sorang je, yang lain2 tu baru jumpa pagi tu. Alhamdulillah, dorang sumer okay dan sporting. Kitorang dah lambat nak drop baggage, lepas dang ding dung memang confirm tak dapat. Even though backpack kitorang almost 10kg each, tapi sebab lambat awek counter tu suruh kitorang bawak masuk cabin je. Dia lekatkan sticker untuk cabin siap2 dekat backpack kitorang. Masa tu tinggal dalam 30 minit je untuk departure, cepat2 kitorang berkejar untuk imigresen dan jugak custom clearance. Masa kat custom ni air oxygen kitorang kena buang! Sedih bila tengok minah tu campak masuk tong sampah. Redha ajelah. Pastu kelam kabut turun bawah ke departure gate sebab dari atas dah dengar final call ke Lombok. Ada pulak yang tersilap masuk bay lain, memang drama betullah pagi2 hari tu. 


Akhirnya safely landed walaupun pelbagai drama dah berlaku paginya. Rasa macam tak percaya pun ada jugak, sebab dalam kelam kabut tup2 dah sampai Lombok. Flight pun tak smooth, agak bumpy sepanjang perjalanan. Beratur untuk imigresen lama giler, sudahlah orang ramai sebab kebetulan sampai dengan airlines lain, kaunter cuma 2 je bukak. Sempatlah aku berulang ke toilet, pastu kitorang melepak kat tepi tangga tunggu turn. Malas nak berdiri dan beratur.


*Pic kredit to Anhar.

Masa kitorang sampai ni, airport ni penuh dengan orang. Menurut kata supir, orang ramai sebab sekarang musim haji. Sama ada pergi haji ataupun menghantar sedara mara yang pergi haji. Kitorang bertujuh dibawa dengan 2 buah avanza rasanya lah. Aku berempat bergilir2 kira masjid, baru nampak atap masjid je cepat2 kira, punyalah tak nak bagi chance kat orang lain. But it was fun, very fun, indeed. Kata mas supir dan co-supir, cukup 100 masjid kita akan sampai ke Senaru. Lombok juga sebenarnya dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid dengan majoriti penduduknya beragama Islam, sebaliknya dengan jiran Lombok iaitu Bali. 


Kami singgah lunch kat sini. Special menu rumah makan yang aku tak ingat nama ni, ayam taliwang katanya. Dalam kolam tu ada banyak ikan. Aku rasa dorang tangkap ikan2 kat dalam tu aje untuk masak.


Ayam Taliwang. Apa yang specialnya pasal ayam ni adalah saiznya yang kecik, bak kata Anhar ayam saiz S dan jugak ayam ni dimasak dan dihidang dengan kepala dan leher yang tak dipotong, terus bersambung dengan dada ayam macam dalam gambar atas ni. Jenuhlah masing2 sorok kepala ayam seboleh mungkin.


Plencing kangkung yang sedap. Aku makan kat tempat lain pun tak sesedap yang ini. Aku suka kelapa parut yang ditumbuk dengan cili padi tu, sedap dan pedas. Dah kenyang, perjalanan diteruskan. Aktiviti mengira masjid tetap diteruskan. 


Kami berhenti kat sini untuk bergambar. Area ni jalan raya kecik je, kalau korang nampak jalan kat tepi2 lereng dan bengkang bengkok. Tersilap memang boleh jatuh ke bawah lah.


Di sebalik bukit bukau ada laut. Kalau tak silap laut tu Senggigi. Dari sini masih jauh nak ke Senaru. Kitorang lalu kawasan kampung yang menarik sebab kiri kanan jalan rumah penduduk kampung, hijau dengan hasil tanaman. Pastu belakang rumah dan kebun dorang bukit bukau yang cantik! Lepas tu kitorang lalu tepi pantai tapi tak singgah.

Masa ni kitorang berempat bergilir2 pulak tidur. Bangun2 je sambung kira masjid. Ngam2 100 masjid kitorang sampai di Pondok Indah Senaru. Kitorang akan bermalam kat sini dan pagi esok akan bermulalah misi kami untuk menjejak Rinjani. Malam tu lepas berjumpa dan berbincang dengan Mas Madil, guide kami untuk esok kitorang masuk tidur.


Basic toilet, takde air panas ye. Airnya sejuk yang amat. Tapi lepas mandi dah kurang rasa sejuk tu. 


Bilik pun basic gak, cuma ada katil ni dengan satu kabinet kecik. Alah, takat nak bermalam semalam je tak de lah nak gempak sangat. Janji dapat tidur dengan lena dah cukup.


Monday, October 14, 2013

day4: aktiviti sebelum balik

Macam biasa, tak pernahnya nak ikut plan. Mesti terlajak jugak. Since takde apa yang nak dikejar pun, so relaks saja. Sama macam semalam, hari ni breakfast kat Kopi O Corner lagi sebab ada yang kempunan tak dapat makanan idaman semalamnya.  


Mee kari yang aku order rasa macam mee jawa. Memang out lah walaupun ada sate. Lepas dah kenyang, kami ke Pasar Satok. First time ke Pasar Satok yang baru ni, sebab dulu lokasinya memang kat Jalan Satok. 


Gerai menjual buah2an. 


Ada sesiapa nak try makan benda alah ni?


Gerai kekal dalam bangunan pun ada jugak. Aku beli ikan terubuk masin kat gerai ni. Brother ni okay, tak kedekut bila kitorang mintak diskaun. 

Pasar Satok yang baru ni lebih besar dari yang lama. Tapi aku lebih suka pasar yang lama berbanding yang ini. Sampai sudah aku cari pucuk midin tak jumpa. Aku rasa dah habis kot, sebab kitorang datang hari Ahad, pulak tu dah nak masuk tengah hari. Kalau datang hari Sabtu mungkin ada banyak lagi.  


Destinasi seterusnya ke Kampung Boyan, misi memborong kek lapis. Aku rasa Kek Lapis Mira dah tak macam dulu, rasa macam ada kurang je. Dah habis masing2 memborong, kitorang balik ke hotel. Semua sepakat nak extend half day lagi since flight kitorang malam karang. 


Masa kitorang tengah setting kamera nak ambik gambar ramai2 kat sini, tetiba sebuah van berhenti kat tepi jalan. Turunlah satu group makcik2 nak bergambar jugak. Hilang mood sebab dorang bukan nak tunggu kitorang settle, tak dan2 nak bergambar jugak, aduyaiii... Actually, patung kucing ni kat tepi roundabout. 


Lambaian terakhir, mungkin ada rezeki boleh bersua kembali.


Sunset di petang terakhir lepas makan kat Kampung Boyan.


Aku layan sunset dengan Izza, dorang yang lain tu balik dulu since aku dengan Izza decide balik jalan kaki je. Saja nak buang masa melayan sunset kat waterfront.


Bye bye Kuching!


Seat MAS pun sempit jugak. Tetap kena kecilkan badan kalau ada yang nak keluar. Masa balik aku duduk kat tepi tingkap, seronok layan suasana malam dari udara. Paling teruja bila nampak bangunan twin tower dari atas, cantik betul! Sayang, aku terlupa nak snap gambar.


Welcome home! Ieka jemput aku kat airport, dorang berempat balik naik ERL. Berakhirlah perjalanan raya kami ke Kuching. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...