Sunday, August 4, 2013

di sepanjang perjalanan

Since company tempat kerja aku dah isytihar minggu depan sebagai wajib cuti kepada semua staff, maka aku pun memilih pagi Sabtu untuk balik kampung. Asalnya aku plan nak balik petang Selasa, dan aku akan sambung cuti yang tak berapa banyak bakinya lagi selepas raya. Namun plan hanya tinggal plan sahaja. Lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. 

Pagi Sabtu sesudah sahur dan Subuh, aku basuh pakaian yang penuh baldi. Lepas tu keluar inflate tayar kereta dan top up fuel sesiap. Balik rumah baru aku packing apa yang nak dibawa balik ke kampung. Lebih kurang 10.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Masa tu aku fikir kalau sangkut dalam traffic jammed pun, redha ajelah. Surprisingly, masa aku lalu tepi UPM on the way ke Sungai Besi jalan clear. Kereta banyak tapi traffic smooth giler. Tapi aku taklah excited sangat.


Aku tak pernah nak ambik tahu nama tol ni, yang pasti aku akan lalu tol ni sebelum melepasi stesen LRT Sungai Besi untuk keluar ke susur MRR2. Biasanya kat sini berbaris panjang kalau cuti panjang, tapi hari ni lengang. 

Masuk aje ke MRR2, traffic perlahan sekejap. Tempat tu memang selalu congest pun, even hari biasa. Apatah lagi menjelang lebaran. Lepas laluan mendaki kat sebelah jirat tu jalan kembali smooth sebelum bergerak perlahan bila menghampiri Pandan Indah. Macam tadi jugak, tak lama mana perlahan tu sebelum traffic berjalan lancar. Laaa, dah macam bagi laporan traffic pulak, hahaha.


Twin tower yang nampak tak nampak dek jerebu. Kat KL ni asal ada ruang je mesti ada construction baru. Lama2 aku rasa kalau nak tengok pokok lepas ni mesti susah. Harus kena lari ke hutan simpan baru jumpa pokok. Sana sini ada construction baru, never ending!


Kat sinilah paling lama tersangkut sepanjang perjalanan balik semalam. Tapi tetap aku tak kisah sebab boleh je gerak2, tak adalah statik. Aku hampir terlanggar myvi depan aku tu masa nak ambik gambar twin tower. Cuak seh! Bila dah sampai dekat area orang jual lemang tepi jalan tu, the traffic went back to normal. 


Tol Gombak yang lengang. Untuk pertama kalinya aku rasa aman damai balik beraya, tak tersangkut dalam lautan kenderaan masa kat tol. 


Tol Karak yang lengang. Pendek kata semua tol lengang. Kalau ada kenderaan pun tak banyak mana. Macam aku balik bukan untuk beraya je. Masa kat area Termeloh ada accident, yang aku nampak myvi yang kemek kat depan dengan exora yang dah jatuh bumper. Polis dengan peronda LPT dah ada kat situ dengan tow truck. 


Jambatan baru dari side mirror. Last time aku balik, jambatan baru kat Chukai ni tak siap lagi. Tapi bila aku balik kali ni, sebelah dah dibuka untuk laluan. Bila dah siap nanti harapnya dah tak congest kat area ni bila peak hours. 


Jalan baru yang belum siap depan Giant. Last few month masa aku balik rasanya belum ada lagi. Atau aku yang tak perasan kewujudan jalan ni?

Banyak benda baru aku jumpa di sepanjang perjalanan balik kali ini. Banyak betul perubahan. Nampak sangat aku jarang balik, sebab tu tak perasan agaknya. Alhamdulillah, perjalanan balik raya aku smooth, selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Sempatlah buat rekod baru kat highway, hahaha.

Aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya buat semua. Berhati2 lah di jalan raya dan semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 aje. 


7 comments:

  1. selamat hari raya.. mai lah dtg beraya umah aku.. =)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya anne...hati2 di pagi raya, jangan sampai terbabas pula..sian perut tu nanti hehhee...

    ReplyDelete
  3. Gambar 1st tue Tol Besraya. I'm currently doing the extension right now. InsyaAllah akan dibuka awal tahun depan. Boleh sampai terus ke Ampang tanpa jam.

    *Btw, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  4. zilla,
    uikss.. mintak dijauhkan.. dah tak sanggup even terbabas pun.. hehehe.
    *Selamat hari raya, maaf zahir & batin, zilla..

    Zara,
    Besraya ye, lepas ni mesti dah boleh ingat kot, hehe. wahh, baguslah, boleh elak jammed kat MRR2 lepas ni.
    *Same goes to you, Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya anne, maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap. hati2 di jalan raya. kalau sempat jemputlah datang beraya ye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...