Saturday, August 17, 2013

cerita raya

Masa aku meronda belakang rumah petang Sabtu tu, aku ternampak batang buluh yang dah ditebuk. Rupa2nya adik bongsu aku dah siapkan 4 batang pelita buluh, punyalah excited nak sambut raya. Itulah hasil dari keboringan dia yang masih bercuti panjang sebab operation 2 bulan lepas. Ahad malam barulah pelita buluh tu dirasmikan.


Pelita buluh minyak diesel. Aku ingat masa kitorang kecik2 dulu, lagi sebulan dua nak masuk Ramadhan, mak mesti kumpul tempurung kelapa. Bila dah penghujung Ramadhan, tempurung kelapa tu akan disusun bertingkat2 dengan dilubangkan kat tengah2 dan dipacakkan kayu. Memang meriah bila menara tempurung kelapa tu dibakar.

Hari Rabu sesudah Subuh, aku terus bersiap. Tak sambung tidur seperti kebiasaan. Belum pun pukul 7 pagi sewaktu aku, mak dan Sarah bertolak ke Pasar Dungun. Masa kitorang sampai 20 minit kemudiannya, orang belum ramai. Parking kereta masih banyak yang kosong. Disebabkan Sarah akan pening dan muntah kalau bau pasar basah tapi tetap nak mengikut, aku cuma layan dia kat playground kat tengah2 bangunan pasar tu sementara mak sibuk ke hulu ke hilir cari apa yang perlu. 


Masa aku keluar nak simpan barang dalam kereta untuk kali ke-2, parking dah penuh. Sudahnya aku melepak kat parking tunggu mak sambil layan Sarah. Yang jadi mangsanya kamera aku. Nasib baik dia sorang je, kalau ada kembar dia sekali mau dapat darah tinggi aku kat situ.


Di sepanjang tepi pantai ni, banyak pokok2 lampu yang berwarna warni. Jenuh aku melayan Sarah yang sibuk yang ambik gambar pokok lampu tu, aduyai...

Petang tu rumah bertambah meriah. Kak Ani sekeluarga dan Aril & isterinya yang aku tak jumpa lagi balik. Kecoh dengan anak2, itu pun kak long tak balik. Kalau tak, lagi havoc. 

Raya pertama dalam pukul 11 lebih, aku, ayah, Fatah, Kak Ani dan 3 anaknya beraya ke rumah saudara mara. Mak tak nak ikut, sebab kakinya masih sakit. Nak duduk rumah je katanya padahal tak pun. Ingatkan nak surprise Ayah Da, tapi kitorang yang tersurprise. Rumah tak ada orang. Dah tu kami ke rumah atuk saudara kat Kampung Nibong, sebenarnya tu first time aku ke sana. Mujur ada navigator, kalau harapkan aku, ntah mana2 lah sampainya.


Kat rumah Tok Su, ada kuih ni. Berbisiklah kami 3 beradik pasal nama kuih ni. Ayah kat tepi tersengih je, last2 ayah bagitau. Senget betul, konon tak nak tanya ayah sebab fikir ayah mesti tak tahu jugak. Padahal kitorang yang bodoh sombong, hahaha...


Pulut dakap nama diberi. Sebabnya kuih ni diikat berdakap, macam dalam gambar kat atas. Isinya adalah pulut yang dikukus, kemudian diuli dan dibentuk kecik2 sebelum dibungkus dalam daun pisang. Diikat berdua dan direbus sampai 2 kali kering air. Lebih separuh hari jugaklah nak siapkan kuih ni, leceh. Pastu dimakan dengan air gula melaka, kalau kat Ganu kitorang panggil 'air nissang'. Tapi aku rasa boleh je kalau nak makan dengan serunding ataupun rendang. Dengan muka tak malunya kitorang mintak tapau, Alhamdulillah, dah tersurat rezeki kami.

Kemudian kami ke rumah atuk sepupu yang tak jauh dari situ rumahnya. First time kami adik beradik jumpa. Mana taknya, last time ayah jumpa pun 40 tahun lepas! Lepas pada tu kami balik kampung, melawat pak cik dan mak cik yang masih tinggal kat sana. Termasuklah ke rumah Tok Su, nenek saudara yang tak pernah miss kitorang singgah kalau balik kampung. 


Kat rumah Tok Su, kami dapat durian. Apa lagi, berbau durianlah kereta aku. Kalau durian, aku memang pantang. Pantang jumpa! Makanlah banyak mana pun, tidur malam aku tetap berselimut tebal. Tak adanya panas badan kalau makan durian.


Durian yang paling besar, paling sedap isinya. Berpadu tenaga dengan Aril, durian ni kedekut betul, tak larat aku buat sorang2. Sarah sibuk je jadi mamarazzi dengan kamera aku, ntah apa2 gambar yang diambilnya. Gambar ni pun sebenarnya Sarah yang ambik.

Ingatkan raya ke-2 nak meronda ke rumah mak saudara yang tak sempat semalamnya. Since raya ke-2 hari Jumaat, so kitorang cancel plan dan duduk rumah je. Raya ke-3 aku dan Kak Ani sekeluarga pulak, Fatah dan ayah tak ikut. Jalan menghala ke pusat bandar KT sesak jugaklah, sebab Ecah yang muntah teruk kitorang skip 2 rumah. Dalam pada tak bermaya tu, sempat request nak pergi pantai.

Untuk tidak menghampakan permintaan anak2, singgahlah kejap kat pantai Kelulut, Marang. Sempat makan2, penuhkan hajat diorang. Masa kat sini pun, kenderaan yang menghala ke KT bersusun, perlahan2 je geraknya. 


Bot yang berehat sempena raya, elok tersusun kat tepi pantai. Tapi ada jugak nelayan yang turun ke laut. Masa aku sampai ke sini, ada pak cik bot tu baru sampai. Besar2 jugak ikan yang dia dapat. 

Ingatkan dah turutkan permintaan yang ini, dah okaylah. Lepas tu mintak pulak berhenti nak tengok kuda kat padang polo. Aku pun baru tahu, tak jauh dari kampung aku ada padang polo siap dengan stables kuda lagi rupanya. Masa lalu pagi tu dah nampak, itu yang request berhenti masa baliknya. Tapi sebab ikut jalan pantai masa balik, tak adalah jumpanya. 

Hari Isnin baru aku balik ke Sepang, ingatkan tak ramai yang balik hari Isnin, rupa2nya aku tersilap. Ramai jugak yang berfikir macam aku fikir. Kenderaan kat jalanraya dan highway lebih banyak dari hari aku balik sebelumnya. Lepas tol Bentong traffic perlahan dan kembali lancar bila dah menghampiri perkampungan Bukit Tinggi, Bentong. 

Itulah cerita raya aku untuk tahun ni. Ada suka duka yang tak boleh nak dikongsikan. Ada rasa kecewa kecewa lagi tapi pendam ajelah. Dah gitu nasib badan, redha sajalah. Apa pun, aku tetap enjoy dan gembira. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan dengan keluarga.


4 comments:

  1. Anne, berapa umur Sarah? Gambar Sarah takde? Rasanya dia watak utama dalam cerita ne :)..

    Durian tu mmg mengamit jiwa.haritu balik temerloh, cuma dapat rasa 2 ulas je huhuhu..

    ReplyDelete
  2. september ni 6 tahun.. hahaha, gmbr dia semua x senonoh, edisi syok sendiri.. haruslah xbleh publish.

    durian saya mmg susah nak tolak.. lg pun skrg ni belum betul2 musim lagi.. at least dapat jugak merasa, kan.. =)

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...