Saturday, August 17, 2013

cerita raya

Masa aku meronda belakang rumah petang Sabtu tu, aku ternampak batang buluh yang dah ditebuk. Rupa2nya adik bongsu aku dah siapkan 4 batang pelita buluh, punyalah excited nak sambut raya. Itulah hasil dari keboringan dia yang masih bercuti panjang sebab operation 2 bulan lepas. Ahad malam barulah pelita buluh tu dirasmikan.


Pelita buluh minyak diesel. Aku ingat masa kitorang kecik2 dulu, lagi sebulan dua nak masuk Ramadhan, mak mesti kumpul tempurung kelapa. Bila dah penghujung Ramadhan, tempurung kelapa tu akan disusun bertingkat2 dengan dilubangkan kat tengah2 dan dipacakkan kayu. Memang meriah bila menara tempurung kelapa tu dibakar.

Hari Rabu sesudah Subuh, aku terus bersiap. Tak sambung tidur seperti kebiasaan. Belum pun pukul 7 pagi sewaktu aku, mak dan Sarah bertolak ke Pasar Dungun. Masa kitorang sampai 20 minit kemudiannya, orang belum ramai. Parking kereta masih banyak yang kosong. Disebabkan Sarah akan pening dan muntah kalau bau pasar basah tapi tetap nak mengikut, aku cuma layan dia kat playground kat tengah2 bangunan pasar tu sementara mak sibuk ke hulu ke hilir cari apa yang perlu. 


Masa aku keluar nak simpan barang dalam kereta untuk kali ke-2, parking dah penuh. Sudahnya aku melepak kat parking tunggu mak sambil layan Sarah. Yang jadi mangsanya kamera aku. Nasib baik dia sorang je, kalau ada kembar dia sekali mau dapat darah tinggi aku kat situ.


Di sepanjang tepi pantai ni, banyak pokok2 lampu yang berwarna warni. Jenuh aku melayan Sarah yang sibuk yang ambik gambar pokok lampu tu, aduyai...

Petang tu rumah bertambah meriah. Kak Ani sekeluarga dan Aril & isterinya yang aku tak jumpa lagi balik. Kecoh dengan anak2, itu pun kak long tak balik. Kalau tak, lagi havoc. 

Raya pertama dalam pukul 11 lebih, aku, ayah, Fatah, Kak Ani dan 3 anaknya beraya ke rumah saudara mara. Mak tak nak ikut, sebab kakinya masih sakit. Nak duduk rumah je katanya padahal tak pun. Ingatkan nak surprise Ayah Da, tapi kitorang yang tersurprise. Rumah tak ada orang. Dah tu kami ke rumah atuk saudara kat Kampung Nibong, sebenarnya tu first time aku ke sana. Mujur ada navigator, kalau harapkan aku, ntah mana2 lah sampainya.


Kat rumah Tok Su, ada kuih ni. Berbisiklah kami 3 beradik pasal nama kuih ni. Ayah kat tepi tersengih je, last2 ayah bagitau. Senget betul, konon tak nak tanya ayah sebab fikir ayah mesti tak tahu jugak. Padahal kitorang yang bodoh sombong, hahaha...


Pulut dakap nama diberi. Sebabnya kuih ni diikat berdakap, macam dalam gambar kat atas. Isinya adalah pulut yang dikukus, kemudian diuli dan dibentuk kecik2 sebelum dibungkus dalam daun pisang. Diikat berdua dan direbus sampai 2 kali kering air. Lebih separuh hari jugaklah nak siapkan kuih ni, leceh. Pastu dimakan dengan air gula melaka, kalau kat Ganu kitorang panggil 'air nissang'. Tapi aku rasa boleh je kalau nak makan dengan serunding ataupun rendang. Dengan muka tak malunya kitorang mintak tapau, Alhamdulillah, dah tersurat rezeki kami.

Kemudian kami ke rumah atuk sepupu yang tak jauh dari situ rumahnya. First time kami adik beradik jumpa. Mana taknya, last time ayah jumpa pun 40 tahun lepas! Lepas pada tu kami balik kampung, melawat pak cik dan mak cik yang masih tinggal kat sana. Termasuklah ke rumah Tok Su, nenek saudara yang tak pernah miss kitorang singgah kalau balik kampung. 


Kat rumah Tok Su, kami dapat durian. Apa lagi, berbau durianlah kereta aku. Kalau durian, aku memang pantang. Pantang jumpa! Makanlah banyak mana pun, tidur malam aku tetap berselimut tebal. Tak adanya panas badan kalau makan durian.


Durian yang paling besar, paling sedap isinya. Berpadu tenaga dengan Aril, durian ni kedekut betul, tak larat aku buat sorang2. Sarah sibuk je jadi mamarazzi dengan kamera aku, ntah apa2 gambar yang diambilnya. Gambar ni pun sebenarnya Sarah yang ambik.

Ingatkan raya ke-2 nak meronda ke rumah mak saudara yang tak sempat semalamnya. Since raya ke-2 hari Jumaat, so kitorang cancel plan dan duduk rumah je. Raya ke-3 aku dan Kak Ani sekeluarga pulak, Fatah dan ayah tak ikut. Jalan menghala ke pusat bandar KT sesak jugaklah, sebab Ecah yang muntah teruk kitorang skip 2 rumah. Dalam pada tak bermaya tu, sempat request nak pergi pantai.

Untuk tidak menghampakan permintaan anak2, singgahlah kejap kat pantai Kelulut, Marang. Sempat makan2, penuhkan hajat diorang. Masa kat sini pun, kenderaan yang menghala ke KT bersusun, perlahan2 je geraknya. 


Bot yang berehat sempena raya, elok tersusun kat tepi pantai. Tapi ada jugak nelayan yang turun ke laut. Masa aku sampai ke sini, ada pak cik bot tu baru sampai. Besar2 jugak ikan yang dia dapat. 

Ingatkan dah turutkan permintaan yang ini, dah okaylah. Lepas tu mintak pulak berhenti nak tengok kuda kat padang polo. Aku pun baru tahu, tak jauh dari kampung aku ada padang polo siap dengan stables kuda lagi rupanya. Masa lalu pagi tu dah nampak, itu yang request berhenti masa baliknya. Tapi sebab ikut jalan pantai masa balik, tak adalah jumpanya. 

Hari Isnin baru aku balik ke Sepang, ingatkan tak ramai yang balik hari Isnin, rupa2nya aku tersilap. Ramai jugak yang berfikir macam aku fikir. Kenderaan kat jalanraya dan highway lebih banyak dari hari aku balik sebelumnya. Lepas tol Bentong traffic perlahan dan kembali lancar bila dah menghampiri perkampungan Bukit Tinggi, Bentong. 

Itulah cerita raya aku untuk tahun ni. Ada suka duka yang tak boleh nak dikongsikan. Ada rasa kecewa kecewa lagi tapi pendam ajelah. Dah gitu nasib badan, redha sajalah. Apa pun, aku tetap enjoy dan gembira. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan dengan keluarga.


Sunday, August 4, 2013

di sepanjang perjalanan

Since company tempat kerja aku dah isytihar minggu depan sebagai wajib cuti kepada semua staff, maka aku pun memilih pagi Sabtu untuk balik kampung. Asalnya aku plan nak balik petang Selasa, dan aku akan sambung cuti yang tak berapa banyak bakinya lagi selepas raya. Namun plan hanya tinggal plan sahaja. Lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. 

Pagi Sabtu sesudah sahur dan Subuh, aku basuh pakaian yang penuh baldi. Lepas tu keluar inflate tayar kereta dan top up fuel sesiap. Balik rumah baru aku packing apa yang nak dibawa balik ke kampung. Lebih kurang 10.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Masa tu aku fikir kalau sangkut dalam traffic jammed pun, redha ajelah. Surprisingly, masa aku lalu tepi UPM on the way ke Sungai Besi jalan clear. Kereta banyak tapi traffic smooth giler. Tapi aku taklah excited sangat.


Aku tak pernah nak ambik tahu nama tol ni, yang pasti aku akan lalu tol ni sebelum melepasi stesen LRT Sungai Besi untuk keluar ke susur MRR2. Biasanya kat sini berbaris panjang kalau cuti panjang, tapi hari ni lengang. 

Masuk aje ke MRR2, traffic perlahan sekejap. Tempat tu memang selalu congest pun, even hari biasa. Apatah lagi menjelang lebaran. Lepas laluan mendaki kat sebelah jirat tu jalan kembali smooth sebelum bergerak perlahan bila menghampiri Pandan Indah. Macam tadi jugak, tak lama mana perlahan tu sebelum traffic berjalan lancar. Laaa, dah macam bagi laporan traffic pulak, hahaha.


Twin tower yang nampak tak nampak dek jerebu. Kat KL ni asal ada ruang je mesti ada construction baru. Lama2 aku rasa kalau nak tengok pokok lepas ni mesti susah. Harus kena lari ke hutan simpan baru jumpa pokok. Sana sini ada construction baru, never ending!


Kat sinilah paling lama tersangkut sepanjang perjalanan balik semalam. Tapi tetap aku tak kisah sebab boleh je gerak2, tak adalah statik. Aku hampir terlanggar myvi depan aku tu masa nak ambik gambar twin tower. Cuak seh! Bila dah sampai dekat area orang jual lemang tepi jalan tu, the traffic went back to normal. 


Tol Gombak yang lengang. Untuk pertama kalinya aku rasa aman damai balik beraya, tak tersangkut dalam lautan kenderaan masa kat tol. 


Tol Karak yang lengang. Pendek kata semua tol lengang. Kalau ada kenderaan pun tak banyak mana. Macam aku balik bukan untuk beraya je. Masa kat area Termeloh ada accident, yang aku nampak myvi yang kemek kat depan dengan exora yang dah jatuh bumper. Polis dengan peronda LPT dah ada kat situ dengan tow truck. 


Jambatan baru dari side mirror. Last time aku balik, jambatan baru kat Chukai ni tak siap lagi. Tapi bila aku balik kali ni, sebelah dah dibuka untuk laluan. Bila dah siap nanti harapnya dah tak congest kat area ni bila peak hours. 


Jalan baru yang belum siap depan Giant. Last few month masa aku balik rasanya belum ada lagi. Atau aku yang tak perasan kewujudan jalan ni?

Banyak benda baru aku jumpa di sepanjang perjalanan balik kali ini. Banyak betul perubahan. Nampak sangat aku jarang balik, sebab tu tak perasan agaknya. Alhamdulillah, perjalanan balik raya aku smooth, selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Sempatlah buat rekod baru kat highway, hahaha.

Aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya buat semua. Berhati2 lah di jalan raya dan semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 aje. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...