Saturday, July 13, 2013

kertas terakhir

Alhamdulillah, pagi tadi aku telah selamat menghabiskan exam kertas terakhir. Aku keluar lebih kurang 20 minit lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Bukan sebab terer sangat sampai terlalu cepat jawab, tapi sebab dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Nasib baik aku tak tertidur masa jawab exam. Maklumlah perut kosong kerana berpuasa, pastu bilik exam sejuk pulak tu. Memang best lah kalau nak lentok. 

Paper last konon2nya aku berazam nak siapkan assignment awal, pastu nak pulun study. Harap2 last paper boleh lah skor A+. Ala2 menyesal lah dengan result yang tak berapa nak cun sebelum ni, mana nak cun kalau semua last minute. Tapi macam biasa, semua tu taubat sambat belacan. Masa pedas dan gatal2 hidung, tak mau dah makan sambal belacan. Tapi bila dah nampak depan mata terkam jugak. 

Kisahnya pagi tadi pukul 2.30 pagi baru aku siapkan assignment, lepas tu terus print out. Nasib baiklah printer tak buat perangai. Gagah tahan mata tak nak bagi mengantuk. Dah siap binding semua, aku terus makan. Nak kata sahur tak boleh sebab aku tak tidur lagi, so supper lah kiranya. Lepas tu terus kebabom! Nasib baik terjaga awal pagi, kalau tak sia2 je berjaga sampai awal pagi tapi hangus semuanya.

Dan bagi meraikan kertas terakhir hari ni harap2 aku pass, tak perlu nak retake lagi aku buat kek coklat cheese. Sebenarnya aku dah lama beli bahan2, konon nak buat masa birthday dulu tapi hampeh. Hari ni baru terlaksana. Dari bau macam best aje masuk lif tekan butang, nak tahu rasanya mengancam ke tidak kena tunggu berbuka karanglah. 

Berakhirnya exam hari ni bukan bermakna aku dah settle semuanya. Aku masih ada viva yang nak kena submit report hujung September ni, diikuti dengan viva pada Oktober. Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar tanpa sangkut di mana2, aku akan habiskan study penghujung November. Aku berharap dan berdoa padaNya agar semuanya berjalan lancar, ameen.


4 comments:

  1. anne,

    patutlah sunyi sepi...awk bz dgn exam rupenye..

    sy pun tgh gigih jgk ni...hrp2 kembali bersemangat...4 paper in the row..

    semoga kt sama2 berjaya mengejar cita2 kt...nnt dh free2 skit, kt lepak together eh..

    ReplyDelete
  2. baya,

    itulah pasal... terpaksa hibernate kan diri utk sementara waktu ni..

    boleh je, insya Allah, dah free nanti kita lepak sama2.. sy ingat lagi plan kita nak ke ledang, cuma buat masa skrg ni byk benda nak kena tangguh dulu.. huhu

    good luck to u too... =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...