Sunday, July 28, 2013

kekecewaan ini

Sungguh aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Aku benar2 diduga Ramadhan tahun ini. Lepas satu, satu dugaan yang mendatang. Berita pertama yang aku terima, aku masih boleh bertahan walaupun serabut. Mungkin aku boleh usahakan dengan cara lain. Apa pun aku rasa perkara tu boleh disettlekan dengan muzakarah dengan pihak2 tertentu. Insya Allah, akan ada penyelesaian untuk itu.

Petang tadi aku sekali lagi diuji dengan berita yang susah aku nak hadam. Aku aim dari tahun lepas, Alhamdulillah lepas pelbagai dugaan dan halangan, akhirnya tuan empunya setuju nak jual. Excited tak usah ceritalah. Aku submit application baru, sebab aku yakin aku tak akan ada masalah nak commit. Selepas 2 minggu aku call Miss Yang bila dia tak contact aku. Kalau dia kecewa, aku lagi kecewa. Dia tahu apa yang aku nak, dia tahu aku memang tak ada masalah. Tapi dia tak boleh nak push forward dek kerana masalah itu. Berkali2 dia mintak maaf sebab tak terus call aku. Tak sanggup dan tak tahu macam mana nak sampaikan berita tu kat aku, katanya. Yang menyakitkan, masalah tu bukan berpunca daripada aku pun. Orang lain yang create masalah, aku yang kena tanggung akibatnya. 

Aku berdoa agar Ramadhan tahun ini ada berita indah buat aku. Tapi apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan, sebaliknya yang aku terima. Aku pasrah walau jauh di sudut hati, rasa kecewa tu tetap ada. Aku rasa nak nangis, nak luahkan rasa kecewa... tapi aku tak berdaya. Sedih sungguh! Aku rasa nak maki hamun, tapi untuk apa semua tu? Aku akan rasa lebih sakit adalah. 

Seingat aku, sedari dulu aku sentiasa berusaha untuk tidak menyakitkan hati mana2 pihak. Aku akan sentiasa mencuba untuk gembirakan hati semua orang walau aku seringkali menangis dalam diam. Aku sentiasa kelihatan happy go lucky, tapi aku sebenarnya memendam rasa yang tak pernah surut. 

Aku kena bersihkan hati, terima segalanya dengan lapang dada. Yakinlah bahawa Allah sediakan sesuatu yang lebih indah untuk aku, insya Allah. Walau aku rasa inilah perancangan aku yang terbaik, tapi aku masih belum mampu untuk menandingi perancangan Allah. Semoga aku akan terus tabah dan kuat menerima dugaan Allah.


11 comments:

  1. Yup. U kena bersihkan hati lapangkan dada... Hehehe
    I rasa u kena lebih banyak bersabar... Kalau dah rezeki u, mungkin u boleh submit kali kedua nanti... Manalah tau... Hehehe

    ~kalau ape yang I agak betul la... Kihkihkih....

    ReplyDelete
  2. betul tu, mungkin ada hikmah yang terlindung... cuma i je tak boleh nak nampak lagi... harap2nya adalah rezeki i... hehe

    * i rasa betul lah apa yang u agak tu... :D

    ReplyDelete
  3. err walaupun tahu apa citer bebenarnya, cuma nk ckp 'be strong' ya, anne...kalau sebut pasal kekecewaan saya juga sedang melalui satu fasa yg membuatkan saya rasa ingin lari dari sini..

    ReplyDelete
  4. Rezeki tue ketentuan tuhan. InsyaAllah, kita sebagai hamba mmg kena berusaha.

    ReplyDelete
  5. anne,

    yang baca ni tumpang sebak walau xtau apa yg berselubung di hati anne...

    same goes to me last few month..goyang betul rase mase tu..slow2 i try to let go..just follow the flow...n jgn lupa terus berdoa...

    hanya Dia yg tahu apa yang terbaik utk kita...its normal to feel give up...but, you must wake up after that...kt xkan sekali2 menyerah...

    *mood ke laut utk next paper ni..terima saja apa jd lps ni...salah sendiri jugak...either org tamak selalu rugi, atau orang tamak jugak selalu untung..tp utk next2 paper, i will try to do the best...9 out of 12 to go...wish me luck anne...

    ReplyDelete
  6. moga ada kegembiraan dsebalik kesedihan ko..aamiin

    ReplyDelete
  7. Zilla,
    terima kasih, kecewa yang dah tak terbendung dah ni.. kita punya masalah yg berbeza tapi kesannya sama, kecewa..
    *erk, saya juga tanam keinginan untuk pergi jauh, since years ago and still keep hunting for the opportunity.

    Zaraab,
    betul, bila dah berusaha sedaya mungkin, haruslah pasrah dan redha dgn ketentuanNya.. terima kasih.. :-)

    Baya,
    thanks dear.. agaknya dugaan ni cuma sekadar ujian kecil untuk sesuatu yang lebih baik.. who knows..
    *good luck, dear. I'm proud of you, after having some difficulties and obstacles, you still move forward. Well done!
    gagal tak bermakna tak pandai.

    Ijan,
    thanks for the doa, dear friend. ameen... :D

    ReplyDelete
  8. anne,

    doa byk2 di bulan mulia ni..semoga ada jalan untuk anne nnt..sy pun pernah lost track...terkedu xtau bt ape..hanya mampu berserah jer mase tu...

    *takde ape nak dibanggakan pun anne..masih jauh perjalanan sy...xtaulah nnt mcm mane...tp sy sedang atur strategi skrg..ape2 pun sy fikir,kejayaan selepas kesusahan itu adalah sesuatu yg sgt2 berharga dan mahal harganya..biarlah kita berendam air mata sekurang-kurangnya kita puas.

    Be Strong Lady!!!!

    ReplyDelete
  9. baya,
    itulah yang termampu.. berdoa & memohon padaNya semoga dipermudahkan segala2nya...
    agreed, kejayaan selepas segala susah payah itulah yang paling manis dan indah untuk dikenang..
    :D

    ReplyDelete
  10. anne.. yg pertama sy tak tahu apa..yg kedua tu sy rasa saya tau.. Takper insya Allah ade rezeki ia akan jadi milik awak...
    Sama2 kita doa agar impian dan cita2 kita tercapai... :)

    ReplyDelete
  11. ameen, harap2 nya begitulah... thanks izza =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...