Sunday, July 28, 2013

kekecewaan ini

Sungguh aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Aku benar2 diduga Ramadhan tahun ini. Lepas satu, satu dugaan yang mendatang. Berita pertama yang aku terima, aku masih boleh bertahan walaupun serabut. Mungkin aku boleh usahakan dengan cara lain. Apa pun aku rasa perkara tu boleh disettlekan dengan muzakarah dengan pihak2 tertentu. Insya Allah, akan ada penyelesaian untuk itu.

Petang tadi aku sekali lagi diuji dengan berita yang susah aku nak hadam. Aku aim dari tahun lepas, Alhamdulillah lepas pelbagai dugaan dan halangan, akhirnya tuan empunya setuju nak jual. Excited tak usah ceritalah. Aku submit application baru, sebab aku yakin aku tak akan ada masalah nak commit. Selepas 2 minggu aku call Miss Yang bila dia tak contact aku. Kalau dia kecewa, aku lagi kecewa. Dia tahu apa yang aku nak, dia tahu aku memang tak ada masalah. Tapi dia tak boleh nak push forward dek kerana masalah itu. Berkali2 dia mintak maaf sebab tak terus call aku. Tak sanggup dan tak tahu macam mana nak sampaikan berita tu kat aku, katanya. Yang menyakitkan, masalah tu bukan berpunca daripada aku pun. Orang lain yang create masalah, aku yang kena tanggung akibatnya. 

Aku berdoa agar Ramadhan tahun ini ada berita indah buat aku. Tapi apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan, sebaliknya yang aku terima. Aku pasrah walau jauh di sudut hati, rasa kecewa tu tetap ada. Aku rasa nak nangis, nak luahkan rasa kecewa... tapi aku tak berdaya. Sedih sungguh! Aku rasa nak maki hamun, tapi untuk apa semua tu? Aku akan rasa lebih sakit adalah. 

Seingat aku, sedari dulu aku sentiasa berusaha untuk tidak menyakitkan hati mana2 pihak. Aku akan sentiasa mencuba untuk gembirakan hati semua orang walau aku seringkali menangis dalam diam. Aku sentiasa kelihatan happy go lucky, tapi aku sebenarnya memendam rasa yang tak pernah surut. 

Aku kena bersihkan hati, terima segalanya dengan lapang dada. Yakinlah bahawa Allah sediakan sesuatu yang lebih indah untuk aku, insya Allah. Walau aku rasa inilah perancangan aku yang terbaik, tapi aku masih belum mampu untuk menandingi perancangan Allah. Semoga aku akan terus tabah dan kuat menerima dugaan Allah.


Saturday, July 13, 2013

kertas terakhir

Alhamdulillah, pagi tadi aku telah selamat menghabiskan exam kertas terakhir. Aku keluar lebih kurang 20 minit lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Bukan sebab terer sangat sampai terlalu cepat jawab, tapi sebab dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Nasib baik aku tak tertidur masa jawab exam. Maklumlah perut kosong kerana berpuasa, pastu bilik exam sejuk pulak tu. Memang best lah kalau nak lentok. 

Paper last konon2nya aku berazam nak siapkan assignment awal, pastu nak pulun study. Harap2 last paper boleh lah skor A+. Ala2 menyesal lah dengan result yang tak berapa nak cun sebelum ni, mana nak cun kalau semua last minute. Tapi macam biasa, semua tu taubat sambat belacan. Masa pedas dan gatal2 hidung, tak mau dah makan sambal belacan. Tapi bila dah nampak depan mata terkam jugak. 

Kisahnya pagi tadi pukul 2.30 pagi baru aku siapkan assignment, lepas tu terus print out. Nasib baiklah printer tak buat perangai. Gagah tahan mata tak nak bagi mengantuk. Dah siap binding semua, aku terus makan. Nak kata sahur tak boleh sebab aku tak tidur lagi, so supper lah kiranya. Lepas tu terus kebabom! Nasib baik terjaga awal pagi, kalau tak sia2 je berjaga sampai awal pagi tapi hangus semuanya.

Dan bagi meraikan kertas terakhir hari ni harap2 aku pass, tak perlu nak retake lagi aku buat kek coklat cheese. Sebenarnya aku dah lama beli bahan2, konon nak buat masa birthday dulu tapi hampeh. Hari ni baru terlaksana. Dari bau macam best aje masuk lif tekan butang, nak tahu rasanya mengancam ke tidak kena tunggu berbuka karanglah. 

Berakhirnya exam hari ni bukan bermakna aku dah settle semuanya. Aku masih ada viva yang nak kena submit report hujung September ni, diikuti dengan viva pada Oktober. Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar tanpa sangkut di mana2, aku akan habiskan study penghujung November. Aku berharap dan berdoa padaNya agar semuanya berjalan lancar, ameen.


Tuesday, July 9, 2013

salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita bersua kembali dengan Ramadhan 1434 H. Di kesempatan ini, aku nak mintak ampun dan maaf dari semua yang sudi baca blog aku ni, tak kisah lah sama ada kita kenal di alam nyata atau hanya kenal di alam maya. Mungkin ada antara yang aku luahkan kat sini membuatkan korang rasa tersinggung, marah, menyampah dan segala rasa yang tak best lah. Aku harap dapat dimaafkan dan semoga dengan kehadiran Ramadhan ini kita sama2 dapat memperbaiki amalan kita semua. Semoga Ramadhan ini dilalui dengan penuh keberkatan dan bukanlah yang terakhir untuk kita, ameen.

Salam Ramadhan buat semua...


Thursday, July 4, 2013

entry malas

Terlanjur berjanji dengan kawan, so Sabtu lepas kami ke Broga. Kali ketiga bagi aku tapi kali pertama bagi dia. Aku tak nak citer panjang sebab sama je macam trip aku yang sebelum ni, so layan gambar yang tak seberapa je lah.








Orang Malaysia ni suka sangat vandalism. Conteng sana sini tak kira tempat, aduyaiii...


Clear blue sky selepas sengsara akibat jerebu yang melanda negara. Siap boleh nampak bulan tak terang lagi tu.






Batu besar di puncak bukit. Best melepak kat atas batu tu, walaupun matahari dah naik tapi terasa sejuk bila angin bertiup. Kalau lama lagi melepak atas tu, memang boleh terlena dibuatnya.


First peak ni dah jadi botak, menunjukkan betapa ramainya orang yang dah jejak kat atas ni. 


Tuesday, July 2, 2013

trip sempoi: malam di lautan

Memandangkan kami ada program lain yang menanti, permintaan Izza nak pekena ikan celup tepung tak dapat ditunaikan. Actually, aku pun teringin jugak. Tapi tak sempat tak mengapalah, lagi pun program malam ni memang ditunggu2. Highlight untuk trip sempoi ni pun memang untuk program malam nanti. 

Sampai je kat rumah Nani, kami semua kelam kabut prepare apa yang patut untuk malam karang. Masing2 makan pil tahan mabuk, prepare untuk sebarang kemungkinan malam karang. Aku bawak je, siap pass kat kengkawan. Kata aku nak makan memang taklah. Selain takut air, aku pun takut ubat jugak sebenarnya. Kalau keadaan tak memaksa, tak adalah aku nak telan. 

Hampir 6 petang kitorang bergerak ke Jeti Losong. Lepas parking kereta, kitorang follow Nani ke jeti as she lead the team. Sementara tunggu sorang kawan lain sampai, sempatlah aku dengan a few yang lain cari bekal makanan. Sempat aku berkongsi maggi dengan Izza kat gerai tepi jeti, kelaparan sebenarnya. Lama jugak kitorang menunggu atas sebab masalah yang tak dapat dielakkan. 


Masjid Kristal di Pulau Wan Man ni cantik, jelas kelihatan dari bot yang kitorang naik. Kalau cuaca cantik, aku pasti lagi mengancam viewnya. 


Bot kami dah meninggalkan jeti. Aku melepak kat bahagian belakang bot dengan few others. Sebahagian besarnya melepak kat bahagian depan bot. 


Sini pun ada I-city jugak tau. 


Melewati bot nelayan yang lain. 


Orait! The cafe is open for business! Untungnya kitorang melepak kat belakang ni sebab boleh nampak apa yang dorang buat. Kalau dorang masak, kitoranglah yang sok-sek kat belakang. Mata tetaplah pandang ke depan, mulut duk sok-sek2 harap2 dorang bagi kitorang makan dulu dan tangan tetaplah slow2 layan tali tangsi, mencandat. 


Bulan mengambang penuh. Mula tu kitorang tersilap, ingatkan matahari nak terbenam. Sekali bulan mengambang daaa... Masa ni still on the way ke tempat untuk mencandat. 


Time ni dah almost sampai ke tempat mencandat yang pertama. Bila tak dapat apa2, bot bergerak ke tempat lain pulak. Banyak kali jugak kitorang pindah tempat malam tu. Patutnya kena datang awal, sebelum matahari terbenam kena siap2 pasang lampu untuk tarik perhatian sotong. Barulah tangkapan lumayan. 


Pertama kali makan sotong fresh memang marvelous. Masih terasa manisnya isi sotong, cair di mulutlah. Masa brader bot masak sotong goreng tepung kitorang punyalah excited kat belakang, masa tu dah tak excited mencandat tapi excited nak makan, hahaha... buruk perangai. Lepas tu sotong digoreng gitu je, sedap sungguh ini betul punya, tak tipu. Kitorang siap makan nasi, letak kicap dan sotong goreng yang memang manis rasanya. Masa brader bot offer mula2 tu tak nak, malu lah konon. Lepas tu tak tahan godaan tengok sotong goreng, terus hilang malu. Last2 kitorang kat belakang yang conquer periuk nasi.

Lepas dah kenyang tu, aku sambung mencandat. Tapi bila lama menunggu, takde tanda2 sotong dah makan umpan, aku jadi boring. Tapi tak lama lepas tu aku mengantuk giler. Apa lagi, syok aku tidur kat belakang, berlantaikan papan bot berbumbungkan langit. Langsung tak sedar apa. 

Nasib tak menyebelahi kami bila hasil tak seberapa, tapi aku tetap puas sebab dah melalui satu lagi pengalaman best dalam hidup. Balik ke rumah Nani pagi tu, Mak Nani dah siapkan nasi lemak dan sambal bilis yang meletup. Sotong yang kitorang bawak balik turut jadi lauk nasi lemak. Lepas dah kenyang makan dan bergelak ketawa dengan dorang, aku mintak diri. Dorang akan bertolak balik ke KL tengah hari tu dan aku terus bertolak balik jumpa family kat kampung. Sedih jugaklah nak berpisah dengan dorang. Walaupun baru kenal tapi dah ngam. 

Dan lepas ni aku bolehlah dengan bangganya mengaku anak Terengganu, tak malu dah sebab takde modal dorang nak perli aku. Aku dah tengok penyu bertelur, anak penyu menetas dan mencandat sotong. Many thanks to Nani sebab dah tunaikan impian kitorang. Harap2 kalau ada rezeki tahun depan kita mencandat lagi, erk! Tak lupa jugak buat Cik Mie walaupun Cik Mie tak baca yang bukak peluang untuk kitorang bermesra dengan penyu di Pantai Mak Kepit dan menjimatkan kos kitorang.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...