Friday, May 31, 2013

2kg je...

Terima kasih kawan2 yang berkongsi maklumat pasal derma minyak masak ni. Insya Allah dalam minggu depan aku akan ke sana, so kalau ada sesiapa yang nak kirim dipersilakan. Bila nak pergi hantar tu belum dipastikan lagi, tapi most probably antara Jumaat atau Sabtu. Akan diconfirmkan kemudian, insya Allah.


Ini iklan berkenaan dengan derma tu. Kalau ada yang nak menderma dan hantar sendiri, boleh contact nombor yang tertera ataupun terus je ke pejabat dorang di alamat:

A-05-1, Paragon Point,
Jalan Medan PB5,
Seksyen 9, Pusat Bandar,
43650 Bangi, Selangor.

Waktu pejabat: 
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu: 11 pagi - 7 malam.

Mudah2an dengan sumbangan kita yang sedikit ini mampu mengembirakan hati insan lain.


Thursday, May 30, 2013

trip sempoi: dari kl kami ke kt

Sewaktu trip ke Jogja penghujung tahun lepas, aku dan Izza beria2 mintak Nani organize trip untuk mencandat sotong. Walaupun aku orang Terengganu jugak, tapi tak pernah aku mencandat. Lagi pun aku kat Paka, lokasi mencandat paling popular adalah di sekitar pulau2 di Kuala Terengganu alasan tak boleh blah. Jenuh kitorang duk meracun Zilla, tapi harus akur bila Zilla pun ada plan lain sewaktu tarikh kitorang nak mencandat tu. Asalnya ada 2 orang kawan aku nak join, tapi dah dekat dengan tarikh masing2 tarik diri. Terpaksalah aku pasrah walaupun rasa bersalah dengan Nani tetap ada, sebab beria2 berjanji nak carikan orang untuk cukupkan korum tapi hampeh.

Hari Khamis lepas balik dari kerja baru aku packing apa yang patut. Aku akan stop kat Petronas Danau Kota untuk pick up Izza sebelum jumpa dorang kat hentian Gombak. Janji nak berkumpul pukul 9 malam sebelum berkonvoi ke KT, pukul 7.45 malam aku baru keluar rumah. Bila dah malam aku tak berani nak lalu short cut ke Bangi, jadinya aku ke Nilai masuk highway dan keluar tol UPM. Masa nak keluar dari border Sepang / Nilai, kereta memang banyak. Aku dah cuak takut tak sempat sampai before 9 as promised. Masuk MRR2 jalan kejap jammed, kereta perlahan pastu lengang sebelum kembali sesak. Masa kat Pandan Perdana ada kereta kena langgar dengan motor, mat motor tu dah terbaring kat tepi jalan. Dalam pada ngeri tak nak tengok, tetaplah mata aku tertoleh2 nak tahu what had happen in the middle of the road.

Masa tunggu Izza sampai, aku sms Nani to inform yang kitorang agak lambat since it's already past 9. Rupa2nya dorang masih tersangkut dengan traffic jammed kat MRR2. Lama jugak aku dan Izza melepak kat hentian Gombak, sempatlah melepaskan hajat dan menunaikan kewajipan. Since kereta satu lagi dah terlajak ke depan, kami tak lama kat situ. Lepas sesi kenal mesra yang singkat, perjalanan diteruskan dengan penambahan ahli dalam kereta aku.

Memandangkan long weekend dan jugak cuti sekolah bermula, highway agak banyak dengan kenderaan. Tak adalah takut sangat nak drive malam2 kat area Karak tu. Kami berhenti di hentian Gambang untuk refresh sebelum meneruskan perjalanan. Asalnya dorang berdua bergilir tidur dan berjaga, lepas tu masing2 lena baik punya. Kalau aku bawak dorang ntah ke mana2 pun, confirm dorang tak sedar. Alhamdulillah, aku berjaya menahan rasa mengantuk dan memandu dengan selamat.

Hampir jam 5 pagi kami sampai di rumah Nani. Lepas solat Subuh, masing2 sambung tidur, termasuklah aku. Sempatlah tidur sejam dua sebelum bangun dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Pagi tu kami dijamu dengan nasi kebuli, orang Terengganu memang kaya dengan aneka nasinya. Setiap pagi bermacam jenis nasi ready je untuk dijadikan juadah breakfast. Paling popular nasi minyak dan nasi dagang.

Bersambung untuk part seterusnya di lain siaran...


Tuesday, May 14, 2013

endau - rompin dalam kenangan

headnote: weekend yang tough baru je berlalu pergi, both papers aku tak confident pun masa jawab tu. I felt lost somewhere which I'm not really know what had happen. Aku tetap utilize that given 3 hours for 4 questions. Bermakna aku ada lagi 3 papers left and a viva to go. 

*****

Trip terakhir yang aku join adalah masa last semester, sebelum aku start on job training kat Transmile in 2002. Trip kali ni kami ke Taman Negara Endau Rompin, bercamping selama 3 hari 2 malam kalau tak silap aku. Kami bertolak dari Jasin dengan bas sekolah yang disewa awal pagi ke Kahang, Johor. Kami melintasi ladang teh waktu tu masih ada ladang teh di Kahang belah kanan dan ladang kelapa sawit di sebelah kiri. Melalui rumah penduduk kampung sebelum bas berhenti dan turunkan kitorang kat petrol pump di pekan Kahang.

Dari petrol pump ni, kitorang kena naik bas 4x4 saiznya lebih kurang macam bas mini tapi lasak yang disediakan oleh pihak taman negara. Dari pekan Kahang tu dah tak ada laluan cantik, kitorang start masuk ladang kelapa sawit, tak lama lepas tu lalu kawasan kampung orang asli. Masing2 terhoyong-hayang, macam menari2 plak kat dalam bas tu. Ladang kelapa sawit dah bertukar dengan hutan dan tak lama lepas tu kami sampai di pejabat operasi Taman Negara Endau - Rompin.


Jambatan gantung yang ada berhampiran dengan pejabat taman negara. Sempat kami merayau kawasan sekitar sementara tunggu advisor kitorang settlekan urusan dengan taman negara. Bila dah settle urusan pendaftaran dan yang sewaktu dengannya, kami diperkenalkan dengan 2 orang guide orang asli. Oh ya, kat area office taman negara tu ada perkampungan orang asli, Kampung Peta. Kami kemudiannya dibawa melalui rumah penduduk kampung ke jeti yang tak ada rupa jeti pun


Sebahagian daripada kami dibawa menyusuri sungai dengan bot. Ada 2 bot yang bawak kitorang dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin. Dari Kuala Jasin kami berjalan ke tapak perkhemahan di Kuala Marong, meredah anak sungai dan bapak sungai yang deras air adalah melebihi paras pinggang dan beg kitorang kena angkat tinggi2 tak nak bagi basah, melepasi titian gantung sebelum sampai ke tapak perkhemahan di Kuala Marong.

Lepas set up khemah kitorang apa lagi, masing2 berjimba. Ada yang mandi manda, ada yang pegi memancing. Aku ikut ke tempat dorang memancing, view memang cantik. Tapi tak tahu kenapa aku tak terfikir nak ambik gambar. Sampai sekarang aku masih boleh ingat betapa indah dan menariknya tempat tu. Malam tu kami bercandle light dinner ditemani unggun api. 


Tasik Air Biru tempat dorang menunjukkan aksi2 tak boleh blah. Tasik ni memang cantik, airnya biru jernih hingga ke dasar. Sejuk sudah semestinya. 

Pagi2 esoknya lepas sarapan kami dah trekking ke tempat baru. Sayang, kitorang terlepas peluang nak tengok beruang. Masa kitorang lalu tu, baru je beruang tu blah. Dia gali carik anai2, itu pun guide kitorang yang bagi tau. Nak harapkan kitorang memang zero lah. Kami set up khemah kat Batu Hampar, sebab malam nanti kitorang akan bermalam kat situ pulak. Lepas tapau bekal dan bawak apa yang patut, kami sambung trekking ke Buaya Sangkut. 


Batu yang aku bergambar ni sebijik membentuk kepala buaya yang tersangkut. Ada mitosnya pasal buaya sangkut ni. Kalau nak tahu, korang tanyalah cik google. Aku malas nak cerita padahal ingat2 lupa. Best giler berpiknik kat tepi air terjun. Masing2 yang pandai berenang ambik peluanglah, jaki je aku tengok dorang. Lama jugak kitorang kat sini sebelum berpatah balik ke tapak perkhemahan.

On the way balik tu aku terdengar ngauman pak rimau, sayup2 je bunyinya. Dorang yang kat belakang memang tak dengar pape. Cuak jugak kalau2 dia muncul kat depan kitorang, tapi lega bila takde pape. Sampai kat tapak perkhemahan masing2 berendam lagi. Aku pun sama, tak lepaskan peluang. Lagipun kitorang bagi chance mereka2 yang take turn memasak tu tak diganggu. Esoknya kitorang dah nak balik, tak bolehlah nak menikmati semua tu lagi. 


Depan rumah penduduk kampung, on the way kami nak balik ke pejabat taman negara. Sempat tumpang bergambar sebelum balik. Lewat petang baru kitorang bertolak balik ke Kahang dengan bas 4x4 dan tukar bas kat tempat yang sama. Kalau masa datang hari tu masing2 excited, tapi kali ni masing2 terlentok keletihan. Taman Negara Endau Rompin menyimpan jutaan rahsia dan aku harap kesuciannya masih seperti dahulu. It was so wonderful to experience the journey. 

footnote: tak sabar nak tunggu 23hb ni, sesi mengintai penyu dan mencandat sotong pulak. Ada sesiapa berminat nak join? Haha...


Thursday, May 2, 2013

tanpa tajuk

Petang Selasa aku ada appointment untuk memanjakan diri kat Pandan Perdana, that was the reasonlah aku ambik half day. Sedang elok je lepas kami settle, hujan pun berhenti. On the way balik, aku ternampak satu kemalangan maut di jalan arah yang bertentangan. Aku tak tau lah perasaan aku atau memang aku betul2 nampak, tangan mangsa yang terbaring tu bergerak2. Tapi masa tu badannya memang dah ditutup habis dah, memang ramai brader motor yang berhenti kat tepi tu. 

Dalam tak puas hati sebab asyik terfikir betul2 ke nampak tangan tu bergerak atau sekadar ilusi semata aku drive ke Bagan Lalang. Jauh perjalanan yang nak dituju. Sebelum ni aku duk baca kat blog, ramai yang kata Restoran Senandung Semalam best. Berpusing2 aku cari tapi tak jumpa sebenarnya tak ada rezeki dengan restoran tu, sudahnya aku ke tempat biasa kalau datang sini, HM Sri Bagan. Memang orang tak ramai dan banyak tempat duduk. Kami pilih meja paling hujung kat area pelantar terapung tu. 


Sementara tunggu hidangan sampai, kami dihidangkan dengan kerepek ubi pedas dan air kosong. Kerepek ni sedap, pedas2 manis. Memang licinlah kami berdua belasah. Opss... itu bukan jari aku. 


Air kelapa muda yang dah tak muda. Isinya keras, kelapa ni pun tak besar mana. Belum apa2 dah separuh airnya aku minum. 


Akhirnya, meja kami dah dihias indah dengan makanan. 3 ekor sotong sederhana besar dah jadi sotong goreng tepung, udang kertas lupa dah berapa ekor masak cili, kerang bakar, kailan ikan masin untuk seorang makan dan nasi goreng ikan masin yang dikongsi berdua. Total burn untuk dinner kitorang berdua adalah RM 61.25. Sebenarnya tak abis pun, aku siap mintak diorang tapaukan sotong goreng tepung dengan kerang bakar tu. Bayar mahal2 takkan nak tinggal macam tu je mode kedekut dah datang. Sotong goreng tepung tu best, sebab tepung dia lembut tapi tetap crunchy, kuah cili yang dorang masak udang tu sedap. Aku even cicah sotong dengan kuah cili tu. Overall, masakan okay tapi agak mahal.  


Golden Palm Tree dari pelantar tempat kitorang makan. Gambar sementara nak tunggu pekerja tapaukan makanan yang tak abis. 

Lepas dah kenyang, tak adanya nak terus balik. Since dah bertahun aku tak datang sini, banyak perubahan. Jalan kat tepi pantai tu dah jadi one way, jalan dah makin kecik. Sekarang dah ada go kart lepas pada Golden Palm Tree tu, dulu takde. Sekarang pantai dah tinggal sikit, pastu jauh ke tengah sana. Dulu kat hujung sebelum kawasan perumahan boleh je park kereta bawah pokok dan lepak tepi pantai, sekarang dah tak ada. Tapi yang pasti, aku lebih suka suasana yang dulu2. Suasana di mana pantai Bagan Lalang adalah milik semua orang dan bebas untuk berpeleseran. 


Aku cuma mampu pandang Golden Palm Tree ni dari tepi jalan, intai dari celah2 pokok. Nak masuk ke dalam masih belum mampu. Berat je kaki nak melangkah masuk. Berat bukan apa, wallet memanjang kempis, tak pernah nak gemuk pun. 

Esoknya awal pagi pagilah sangat kami dah keluar, lepas breakfast kami ke Mines. Belum pun pukul 12 kitorang sampai, tapi parking dah penuh. Kereta bersusun depan Mines, tunggu turn nak masuk parking. 

Sebenarnya dah lama aku cari benda alah ni, dari tahun lepas lagi. Aku dah aim satu model tu. Tapi aku ni kan memang sentiasa ketinggalan zaman, model yang aku nak tu memang dah takde dah pun. Kecewa jugaklah sebab yang aku nak tu lagi kecik, lagi comel saiznya.


Tapi akhirnya ini yang aku rembat. Agak besar sikit, 11.6" tapi lebih nipis dan ringan. Model yang aku beli ni bukan touch screen. Lepas ni takde alasan lah malas nak angkut pi mana2, atau leceh nak buat assignment sebab laptop lama berat, bateri dah kong kena bergantung harap pada power supply sepanjang masa dan segala mak nenek alasan yang direka cipta. Ini jugak kiranya hadiah birthday lah sebab tahun ni aku tak ke mana2.

footnote: entry ini bersiaran dari notebook baru, mungkin jugak untuk entry yang seterusnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...