Wednesday, April 24, 2013

puteri di puncak gunung

headnote: punyalah lama memori daun pisang ni kena peram, sampaikan pohon pisang tu pun dah berkali2 berbuah. Sebelum daun pisang pulak rosak kena makan dek ulat, moh kita sambung lagi. Mode perasan, padahal takde sesiapa pedulik pun. Oleh yang demikian aduhai bahasa ada banyak perkara yang aku dah lupa dan hampir2 tak boleh nak recall, dah lebih 10 tahun berlalu. Pulak tu waktu dulu2 tu aku tak reti nak jot down, tulis kat mana2 buat kenangan di hari ini. Pasrah aje lah...

Sewaktu awal2 semester kat aviation school dulu tu, aku memang innocent. Jadi budak baiklah, tapi kejap je. Rasanya masa aku kat semester 2 kot, bila ada new group of instructors yang baru balik dari US masuk mengajar kitorang. Masa tu banyaklah aktiviti, lebih2 lagi bila kelab rekreasi ditubuhkan. Aku antara orang penting dalam kelab tu dan antara yang aktif jugaklah. Sejujurnya, aku lupa bila tarikh sebenar kejadian ni berlaku. 

Penghujung semester 3, kalau tak silap, adalah our first trip ke Gunung Ledang. Kalau sebelum ni kitorang takat lepak kat bawah je, ataupun habis tinggi pun berkhemah sama ada kat kolam puteri atau kolam anak gajah. Tapi this time misi kami menawan puncak gunung. Masa muda2 dulu sekarang pun masih muda remaja stamina kuat, tak perlu nak training bagai. Laju je meredah hutan mendaki gunung, kalau sekarang ni baru melangkah dua tiga tapak dah mintak nyawa. Ikan yang tersangkut kat mata kail pun lagi bertenaga.

Aku dah lupa berapa ramai yang join, tapi yang pasti kitorang bertolak ke Sagil penuh satu bas. Kami naik ikut Sagil, ada lagi satu laluan ikut Asahan, yang ni aku tak pernah try pulak. Kami dipandu oleh 2 orang ranger untuk ke puncak dan bermalam kat campsite yang aku dah lupa namanya. 

Lepas dah set up khemah, masak dan selepas selesai makan tengah hari kitorang tak tunggu lama. Terus bergerak ke puncak dan plan kitorang nak sampai ke campsite sebelum malam. Ada a few yang tinggal kat bawah, sebab kena jaga sorang peserta yang memang flat giler dan prepare untuk dinner. Padahal sebelum datang dia punya sembang boleh bergegar gunung, dan lepas pada tu memang kitorang sack him out dari apa jua aktiviti luar. 


Masa ni kami berehat kat Bukit Botak sebelum menuju puncak. Aku tak pasti, sama ada sebelum atau selepas Bukit Botak ni kena lalu dinding batu yang curam dan totally bergantung pada tali. Yang aku ingat, lepas pada tu ada kawasan pokok renek yang cantik. Aku ada ambik gambar kat situ, tapi sayang aku tak tahu siapa yang dah songlap dan hilangkan, termasuklah filemnya sekali zaman dulu2 tu mampu guna kamera berfilem je, sekarang lagilah tak berkemampuan. Masa kat Bukit Botak ni jugaklah kami terjumpa sorang pak cik ni, katanya dia dah lama bertapa kat Gunung Ledang ni.


Sebahagian daripada kami, semuanya muka2 suci je. Masa ni rasa macam tak percaya sebab tak sangka boleh sampai ke puncak dengan jayanya. Kat atas ni memang best, sejuk je. 


Aku tengok kat internet, batu tanda ni dah cantik dah sekarang ni. Tak adalah comot macam dulu2 tu. Haih, rasa macam nak repeat ke Gunung Ledang lagilah. Mana tahu kali ni boleh jumpa sang puteri pulak ke?

Ranger yang guide kami ada bagitahu, kalau rezeki kami baik mungkin boleh jumpa orkid berkembang dan jugak hidu bau wangi. Tapi tak ada rezeki kami nampaknya. Kami turun ke bawah dah lewat, dan aku tercelupar kata tak nak balik. Masa turun kaki aku tersangkut dan tak boleh gerak. After a while and after I did realize apa puncanya, barulah aku boleh teruskan perjalanan. Lepas tu aku terus zip mulut ketat2. 

Lepas semua dah selamat melepasi Gua Kambing, ada roll call. Masa tu dah start gelap. Masa duk kira2 nombor tu, tetiba leader group kami menjerit kuat. 'Hoii! Yang kat hujung tu, pandang depanlah. Aku nak kira ni!' Gitulah lebih kurang ayat yang dia jeritkan. Tak lama lepas tu, tau apa jadi? Kami sesat! Ranger tu pun berpusing2 tak tahu ke mana patut kitorang lalu. 

Ingat pak cik yang kitorang jumpa kat Bukit Botak? Tak semena2 kami terserempak lagi dengan dia. Masa ni masing2 dah kepenatan, tambahan pulak dah malam. Pak cik itulah yang tolong bawak kami balik ke campsite, yang pasti laluan tu bukan yang kami lalu masa naik tadi. Laju je pak cik tu berjalan, kitorang pun terpaksa ikut rentak supaya tak tertinggal. Sampai kat satu tempat, pak cik tu berhenti dan suruh kitorang suluh. Batu besar, dan pak cik tu kata kalau tengok dalam cuaca terang, meaning siang harilah batu tu sebenarnya bentuk kapal. Sebab kami tengok waktu malam memang tak boleh nak nampak. Betul atau tak, wallahu'alam sebab kami tak pergi check pun siangnya. 

Alhamdulillah, kami sampai kat campsite dengan selamatnya dan mereka2 yang tinggal kat khemah dah siap masak masa kami sampai tu. Kami ajak pak cik tu join kami makan sekali. Since makanan tu tak cukup tukang masak dah bisikkan kat kami yang semua tu ngam2 untuk kami, kami yang AJK ni decide makan kemudian. Bagi dorang makan dulu and then kongsi je lah lebihan makanan yang ada. Again, lepas pak cik tu beredar sebab katanya nak attend kenduri doa selamat kat gunung tu, makanan kitorang berlebih2 jadinya.

Pagi esoknya, aku antara yang terawal bangun. Peliknya depan khemah kami terpacak sekuntum bunga telur yang cantik. Tak lama tu, pak cik semalam muncul lagi dan katanya bunga telur tu dia dapat masa pergi kenduri malam tadi. Pelik, tapi itulah yang terjadi. Aku tak tahu nak komen apa pasal bunga telur tu. 

Lepas dah breakfast dan kemas peralatan semua, kami melangkah pulang. Alhamdulillah, walaupun banyak kejadian yang berlaku kami semua selamat. Lepas dah balik barulah kawan dan jugak leader kami bagitau, masa roll call lepas Gua Kambing tu ada terlebih seorang. Sebab tu lah dia jerit, lepas tu bila kira balik barulah jumlahnya betul. Mungkin atas alasan tu jugak kami tersesat. Peristiwa terjumpa pak cik yang mengaku bertapa kat Gunung Ledang tu aku rasa agak misteri, lebih2 lagi dengan apa yang berlaku. Tak mungkin Puteri Gunung Ledang menyamar jadi lelaki dari cerita yang didengar dia selalunya menyamar jadi nenek kebayan.

Walaupun banyak benda yang aku dah lupa, macam nama tempat dan lokasi kami berkhemah, tapi peristiwa pelik dan rare macam ni aku memang ingat. Kadang2 out of nowhere aku boleh terfikir pasal pak cik misteri tu. Apa yang aku kongsikan di sini adalah peristiwa yang benar2 terjadi ke atas kami. Nak percaya atau tidak, terpulanglah. Tapi, inilah rezeki yang kami dapat. Dah lebih 10 tahun berlalu, mungkin banyak yang dah berubah. Tapi misteri tetap misteri.


7 comments:

  1. Yup. Memang betul...
    Semua muka suci je.... Hahaha
    Mana gambar instructor muda?
    Hihihi Zamzamil ade?

    ReplyDelete
  2. wow..pakcik tu gi kenduri org bunian ke apa?

    ada la yg ngikut tu kot..

    ReplyDelete
  3. anne,

    sy baca cite ni pukul 12 mlm smlm...awk tau ape sy rase...trs meremang bulu roma..seram lak tetiba..mmg rasa takut lps tu..

    kesimpulan klu nak pnjt gunung ke, masuk hutan ke? mulut xblh celupar or under estimate gunung ke hutan tu...nnt rasalah mcm mane..

    tp ramai gak org kata gunung ledang n gunung tahan ni mmg keras skit..

    klu ade peluang, teringin jgk nak pnjt gunung ledang..

    ReplyDelete
  4. anne, kisah pakcik tu mmg misterilah...siap dgn bunga telur bagi..

    ReplyDelete
  5. the hasyims,

    hahaha... instructor aka advisor tunggu kt bawah...
    *out of nowhere zamzamil yg ditanya.. dia mana lasak.. hihihi


    hulubalang,

    mungkinlah kenduri bunian yang pak cik tu pegi...
    ha'ah, nasib baik yg mengikut tu tak kacau lebih2.. takat sesat sikit je..


    baya,

    sebenarnya pegi mana2 pun, rule of thumb mulut takleh celupar.. tapi kdg2 tu terkeluar jugak.. dah nama manusia.. hihihi..

    kalau terfikir pasal kejadian tu, memang meremang bulu roma.. padahal dah lama giler kot..

    *gunung ledang dekat je, weekend pun boleh.. jommm!!


    zilla,

    memang misteri.. kadang2 bila fikir macam tak logik, tapi bila fikir balik logik je.. tapi yang pasti takde siapa pun yang usik bunga telur tu, lepas kitorang dah siap2 nak balik, bunga telur tu tetap terpacak kat situ...

    bila dah sampai bawah baru terfikir kenapalah tak ambik gambar pak cik misteri dengan bunga telur tu..

    ReplyDelete
  6. Not bad..boleyy tahan citer ni..tpi, ad ke kenduri doa slamat kt atas gunung tu??so weird..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...