Tuesday, April 30, 2013

30 april

Hari ni 30 April, genap 4 bulan di tahun baru. Masih tinggal 8 bulan yang berbaki untuk tahun 2013 sebelum 2014 menjengah. 30 April sinonim sebagai tarikh akhir bagi pembayar cukai to declare income tax bagi tahun sebelumnya tapi tahun ni dilanjutkan sehingga 15 May. Esoknya 1 May adalah hari yang ditunggu oleh semua pekerja di Malaysia, sebab semua orang boleh bercuti secara berjemaah. Tapi ada jugak yang terpaksa bekerja.

Hari ni jugak aku secara rasminya bertambah usia setahun lagi. Dan tanpa sedar jumlah hari untuk aku dipanggil oleh Yang Maha Esa juga semakin hampir. Bukan tak sedar, tapi selalu buat2 lupa. Lupa yang hidup di dunia ini hanyalah sementara. Lupa bahawa segala apa yang dimiliki hari ini hanyalah pinjaman semata. Lupa apa yang dilakukan saban waktu akan dihisab bila tiba waktunya. Memang aku sentiasa terlupa. 

Hari ni aku ambik half day, cuma mampu berehat separuh hari je. Plan nak bercuti sempena birthday tahun ni pun tak mampu untuk dilaksanakan. Macam2 halangan, dengan kelasnya, examlah, macam2 lah. Insya Allah, towards to the end of the year akan ada cuti panjang. Malam tadi plan nak masak kek for today punya celebration pun hancus. Aku hanya mampu merancang, tapi tak berdaya nak jadikannya satu kenyataan. Bila kepala dengan perut bersatu nak sakit serentak, memang tak boleh nak buat apa dah. Belum pukul 12 tengah malam aku dah terlena diulit mimpi ngeri. 

Harapnya plan petang nanti menjadi.  


5 comments:

  1. anne,

    sy pun mmg xtahan kalau sakit perut..selamat hari lahir..semoga sentiasa dirahmati olehNya n semoga apa yang dicita2kan anne tercapai...

    ReplyDelete
  2. Happy birthday anne, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan yang penting happy sokmo

    p/s : jangan sedih2 naaa, nanti cepat tua. hehehe

    ReplyDelete
  3. baya,

    thanks for the wishes, ameen.
    *sakit perut tahap gaban, mmg tak tahan.. huhu


    pm,

    thanks for the wishes, nani.. sentiasa mencuba untuk happy, hehe.

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Anne! Hope it is not to late to wish...nk plan masak kek ape? kek coklat ke?

    ReplyDelete
  5. thanks, Zoey! tak terlambat pun.. hehe..
    ha'ah, ingat nak masak kek coklat kukus... tapi macam tak menjadi je.. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...