Tuesday, April 30, 2013

30 april

Hari ni 30 April, genap 4 bulan di tahun baru. Masih tinggal 8 bulan yang berbaki untuk tahun 2013 sebelum 2014 menjengah. 30 April sinonim sebagai tarikh akhir bagi pembayar cukai to declare income tax bagi tahun sebelumnya tapi tahun ni dilanjutkan sehingga 15 May. Esoknya 1 May adalah hari yang ditunggu oleh semua pekerja di Malaysia, sebab semua orang boleh bercuti secara berjemaah. Tapi ada jugak yang terpaksa bekerja.

Hari ni jugak aku secara rasminya bertambah usia setahun lagi. Dan tanpa sedar jumlah hari untuk aku dipanggil oleh Yang Maha Esa juga semakin hampir. Bukan tak sedar, tapi selalu buat2 lupa. Lupa yang hidup di dunia ini hanyalah sementara. Lupa bahawa segala apa yang dimiliki hari ini hanyalah pinjaman semata. Lupa apa yang dilakukan saban waktu akan dihisab bila tiba waktunya. Memang aku sentiasa terlupa. 

Hari ni aku ambik half day, cuma mampu berehat separuh hari je. Plan nak bercuti sempena birthday tahun ni pun tak mampu untuk dilaksanakan. Macam2 halangan, dengan kelasnya, examlah, macam2 lah. Insya Allah, towards to the end of the year akan ada cuti panjang. Malam tadi plan nak masak kek for today punya celebration pun hancus. Aku hanya mampu merancang, tapi tak berdaya nak jadikannya satu kenyataan. Bila kepala dengan perut bersatu nak sakit serentak, memang tak boleh nak buat apa dah. Belum pukul 12 tengah malam aku dah terlena diulit mimpi ngeri. 

Harapnya plan petang nanti menjadi.  


Friday, April 26, 2013

duhai april

Sejak 3 tahun lepas, bila dah dekat dengan penghujung April...
  • Aku dah happy, memanjang je tersenyum.
  • Hati berbunga2, jalan pun rasa macam melayang2.
  • Passport dan visa dah ready.
  • Ada je benda nak search kat tenet.
  • Jumaat terakhir dalam bulan April, aku dah get ready untuk dibawa pergi.
  • Aku akan berada di tempat asing keseorangan.

Tapi malangnya, penghujung April tahun ini...
  • Aku dah tak happy kecewa pun ada.
  • Berat je kaki nak melangkah.
  • Passport aku simpan kemas2. kalau tengok sure airmata meleleh.
  • Aku hilang semangat, nak buat apa pun malas je rasanya.
  • Lambatlah Jumaat datang, sebab Sabtu dan Ahad aku ada kelas... huwaaa!!!
  • Seksanya bila terkenang kisah semalam. Duhai hati, bertabahlah.
  • Aku tetap tidur dan bangun dari tilam yang sama.
  • Aku tetap lalui rutin yang lebih kurang sama.
  • Jumpa orang2 yang sama.
  • Bencinya!!! 

April kali ini benar2 menguji aku. Harapnya April yang akan datang mampu menceriakan dan memberi warna untuk terus diingati dan dikenang.


Wednesday, April 24, 2013

puteri di puncak gunung

headnote: punyalah lama memori daun pisang ni kena peram, sampaikan pohon pisang tu pun dah berkali2 berbuah. Sebelum daun pisang pulak rosak kena makan dek ulat, moh kita sambung lagi. Mode perasan, padahal takde sesiapa pedulik pun. Oleh yang demikian aduhai bahasa ada banyak perkara yang aku dah lupa dan hampir2 tak boleh nak recall, dah lebih 10 tahun berlalu. Pulak tu waktu dulu2 tu aku tak reti nak jot down, tulis kat mana2 buat kenangan di hari ini. Pasrah aje lah...

Sewaktu awal2 semester kat aviation school dulu tu, aku memang innocent. Jadi budak baiklah, tapi kejap je. Rasanya masa aku kat semester 2 kot, bila ada new group of instructors yang baru balik dari US masuk mengajar kitorang. Masa tu banyaklah aktiviti, lebih2 lagi bila kelab rekreasi ditubuhkan. Aku antara orang penting dalam kelab tu dan antara yang aktif jugaklah. Sejujurnya, aku lupa bila tarikh sebenar kejadian ni berlaku. 

Penghujung semester 3, kalau tak silap, adalah our first trip ke Gunung Ledang. Kalau sebelum ni kitorang takat lepak kat bawah je, ataupun habis tinggi pun berkhemah sama ada kat kolam puteri atau kolam anak gajah. Tapi this time misi kami menawan puncak gunung. Masa muda2 dulu sekarang pun masih muda remaja stamina kuat, tak perlu nak training bagai. Laju je meredah hutan mendaki gunung, kalau sekarang ni baru melangkah dua tiga tapak dah mintak nyawa. Ikan yang tersangkut kat mata kail pun lagi bertenaga.

Aku dah lupa berapa ramai yang join, tapi yang pasti kitorang bertolak ke Sagil penuh satu bas. Kami naik ikut Sagil, ada lagi satu laluan ikut Asahan, yang ni aku tak pernah try pulak. Kami dipandu oleh 2 orang ranger untuk ke puncak dan bermalam kat campsite yang aku dah lupa namanya. 

Lepas dah set up khemah, masak dan selepas selesai makan tengah hari kitorang tak tunggu lama. Terus bergerak ke puncak dan plan kitorang nak sampai ke campsite sebelum malam. Ada a few yang tinggal kat bawah, sebab kena jaga sorang peserta yang memang flat giler dan prepare untuk dinner. Padahal sebelum datang dia punya sembang boleh bergegar gunung, dan lepas pada tu memang kitorang sack him out dari apa jua aktiviti luar. 


Masa ni kami berehat kat Bukit Botak sebelum menuju puncak. Aku tak pasti, sama ada sebelum atau selepas Bukit Botak ni kena lalu dinding batu yang curam dan totally bergantung pada tali. Yang aku ingat, lepas pada tu ada kawasan pokok renek yang cantik. Aku ada ambik gambar kat situ, tapi sayang aku tak tahu siapa yang dah songlap dan hilangkan, termasuklah filemnya sekali zaman dulu2 tu mampu guna kamera berfilem je, sekarang lagilah tak berkemampuan. Masa kat Bukit Botak ni jugaklah kami terjumpa sorang pak cik ni, katanya dia dah lama bertapa kat Gunung Ledang ni.


Sebahagian daripada kami, semuanya muka2 suci je. Masa ni rasa macam tak percaya sebab tak sangka boleh sampai ke puncak dengan jayanya. Kat atas ni memang best, sejuk je. 


Aku tengok kat internet, batu tanda ni dah cantik dah sekarang ni. Tak adalah comot macam dulu2 tu. Haih, rasa macam nak repeat ke Gunung Ledang lagilah. Mana tahu kali ni boleh jumpa sang puteri pulak ke?

Ranger yang guide kami ada bagitahu, kalau rezeki kami baik mungkin boleh jumpa orkid berkembang dan jugak hidu bau wangi. Tapi tak ada rezeki kami nampaknya. Kami turun ke bawah dah lewat, dan aku tercelupar kata tak nak balik. Masa turun kaki aku tersangkut dan tak boleh gerak. After a while and after I did realize apa puncanya, barulah aku boleh teruskan perjalanan. Lepas tu aku terus zip mulut ketat2. 

Lepas semua dah selamat melepasi Gua Kambing, ada roll call. Masa tu dah start gelap. Masa duk kira2 nombor tu, tetiba leader group kami menjerit kuat. 'Hoii! Yang kat hujung tu, pandang depanlah. Aku nak kira ni!' Gitulah lebih kurang ayat yang dia jeritkan. Tak lama lepas tu, tau apa jadi? Kami sesat! Ranger tu pun berpusing2 tak tahu ke mana patut kitorang lalu. 

Ingat pak cik yang kitorang jumpa kat Bukit Botak? Tak semena2 kami terserempak lagi dengan dia. Masa ni masing2 dah kepenatan, tambahan pulak dah malam. Pak cik itulah yang tolong bawak kami balik ke campsite, yang pasti laluan tu bukan yang kami lalu masa naik tadi. Laju je pak cik tu berjalan, kitorang pun terpaksa ikut rentak supaya tak tertinggal. Sampai kat satu tempat, pak cik tu berhenti dan suruh kitorang suluh. Batu besar, dan pak cik tu kata kalau tengok dalam cuaca terang, meaning siang harilah batu tu sebenarnya bentuk kapal. Sebab kami tengok waktu malam memang tak boleh nak nampak. Betul atau tak, wallahu'alam sebab kami tak pergi check pun siangnya. 

Alhamdulillah, kami sampai kat campsite dengan selamatnya dan mereka2 yang tinggal kat khemah dah siap masak masa kami sampai tu. Kami ajak pak cik tu join kami makan sekali. Since makanan tu tak cukup tukang masak dah bisikkan kat kami yang semua tu ngam2 untuk kami, kami yang AJK ni decide makan kemudian. Bagi dorang makan dulu and then kongsi je lah lebihan makanan yang ada. Again, lepas pak cik tu beredar sebab katanya nak attend kenduri doa selamat kat gunung tu, makanan kitorang berlebih2 jadinya.

Pagi esoknya, aku antara yang terawal bangun. Peliknya depan khemah kami terpacak sekuntum bunga telur yang cantik. Tak lama tu, pak cik semalam muncul lagi dan katanya bunga telur tu dia dapat masa pergi kenduri malam tadi. Pelik, tapi itulah yang terjadi. Aku tak tahu nak komen apa pasal bunga telur tu. 

Lepas dah breakfast dan kemas peralatan semua, kami melangkah pulang. Alhamdulillah, walaupun banyak kejadian yang berlaku kami semua selamat. Lepas dah balik barulah kawan dan jugak leader kami bagitau, masa roll call lepas Gua Kambing tu ada terlebih seorang. Sebab tu lah dia jerit, lepas tu bila kira balik barulah jumlahnya betul. Mungkin atas alasan tu jugak kami tersesat. Peristiwa terjumpa pak cik yang mengaku bertapa kat Gunung Ledang tu aku rasa agak misteri, lebih2 lagi dengan apa yang berlaku. Tak mungkin Puteri Gunung Ledang menyamar jadi lelaki dari cerita yang didengar dia selalunya menyamar jadi nenek kebayan.

Walaupun banyak benda yang aku dah lupa, macam nama tempat dan lokasi kami berkhemah, tapi peristiwa pelik dan rare macam ni aku memang ingat. Kadang2 out of nowhere aku boleh terfikir pasal pak cik misteri tu. Apa yang aku kongsikan di sini adalah peristiwa yang benar2 terjadi ke atas kami. Nak percaya atau tidak, terpulanglah. Tapi, inilah rezeki yang kami dapat. Dah lebih 10 tahun berlalu, mungkin banyak yang dah berubah. Tapi misteri tetap misteri.


Sunday, April 14, 2013

singa yang cedera

Masa aku connect to internet kejap tadi, seperti biasa MyLaunchpad sebab aku guna Maxis broadband keluar dengan berita sensasi. Selalunya aku tengok gitu2 aje. Tapi breaking news tadi buatkan aku betul2 tersentak. Lion Air terlepas runway and landed dalam laut Bali. 


Kapal ni baru lagi, B737 NG. Boleh baca details kat sini.


Gambar ni pulak aku dapat dari sini, boleh baca versi lain pulak.


Another pic.

Sebenarnya dah lama aku tak dengar Lion Air crash. Bukanlah bermakna aku tunggu dorang crash, tapi aku ingatkan safety issues dalam aviation industries kat Indonesia dah nak berakhir. Kali terakhir tahun lepas bila pesawat Sukhoi Superjet 100 terhempas kat Gunung Salak, Indonesia. Sememangnya isu keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Atas sebab itu jugaklah Lion Air tak dibenarkan terbang di ruang udara US dan Europe. 

Syukurlah dalam insiden ni tak ada yang kehilangan nyawa. Personally, aku cuak jugak sebenarnya bila naik kapal Indonesia ni. Kalau beli tiket AA tu, seboleh mungkin aku cari AK, kalau dah terpaksa baru aku opt to QZ. Tapi nanti aku akan fly dengan Merpati Airlines, harap2 semuanya akan selamat.


Saturday, April 6, 2013

opss...

Kalau semalam aku bengang sebab sudden change on exam schedule..
Sudahnya hari ni aku rehatkan mata je..
bukan senang nak bersenang lenang di hujung minggu..

Malam ni lain pulak jadinya...
Sabar aku dah sampai penghujung kot...
Aku tahu aku berdosa...
Aku tahu aku tak patut...

Tapi...
Lidah tak bertulang...
Laju je berkata2...
Luahkan rasa terbuku...
Rasa kesal...
Sedih, kecewa, semuanya bercampur2...

Memang aku bukan anak yang baik..
Aku jugak bukan adik yang baik..
Apatah lagi kakak yang baik..
Walau aku telah mencuba sehabis baik..
Aku tetap tak baik dimatanya..

Aku memang tak punya apa2...
Juga takde sesiapa...
Kecuali Dia Yang Maha Esa...
PadaNya aku bermohon...
Agar segala impian dan harapan...
Akan jadi realiti...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...