Wednesday, March 27, 2013

yang ke-3

Aku sebenarnya dah lama tak beli dan baca paper, malas. Cuma sesekali je aku beli dan baca, itu pun once in a blue moon. Kadang2 tu aku baca online, takat browsing through tajuk berita, bukan betul2 baca pun. Tapi hari ni bila aku bukak facebook, ramailah pulak yang post pasal berita terhangat hari ni; orang ketiga boleh dihukum. Gigih lah jugak aku search semua suratkhabar online sebab nak baca berita penuh.

Rata2 komen yang aku baca kat facebook duk kondem golongan perempuan, dan banyak yang duk komen dan kondem tu pun perempuan! Masing2 ramai yang sokong undang2 baru tu, dengan harapan rumah tangga mereka ni aman bahagia tanpa gangguan.

Okay, aku sokong kalau betul2 perempuan yang bersalah to start the spark. Tapi tak kan sorang je yang kena hukum? Bagaimana pulak dengan pihak yang satu lagi? It takes two to tango. Orang Melayu kata 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kalau sorang je yang menggatal dan yang digoda tak sambut godaan tu, tak akan terjadi kes curang.

Pengalaman aku sebagai orang bujang, bukan aku yang cuba2 nak jadi orang ketiga tak pernah dan doa aku agar tak akan terjadi. Tapi orang yang dah beristeri yang cuba2 nak jual minyak, nak test market kononnya. Mungkin jugak sebab aku ni jenis bujang yang sedar diri ni tak secantik mana, perangai pun ntah pape, maka godaan tu tak lut. Agaknya kalau aku ni meletup macam retis, harus kot aku dah jadi orang ketiga, hahaha.

Pesanan aku buat wanita di luar sana yang bergelar isteri, janganlah nak tuding jari salahkan perempuan lain kalau benar2 ada insan ketiga. Selidiklah suami yang korang percaya sangat2 tu. Kalau dia suami yang baik, takkan dia tergamak nak pasang lagi. Dan sebagai isteri, korang pun kenalah muhasabah diri jugak sesekali tu. Kita selagi bergelar manusia tak pernah akan sempurna, kekurangan akan ada di mana2 je. 

Untuk si gadis dan si bujang, tak perlulah nak dikejar suami atau isteri orang. Kalau ditakdirkan tak berjaya dalam cinta, tak bermakna hidup akan berakhir. Berdoalah agar Allah mempertemukan jodoh yang baik untuk korang. Kadang2 Allah tak berikan kita jodoh di dunia ni, tapi Allah bagi kita sesuatu yang lebih baik. Kita je yang kadang2 tu buat2 tak perasan juga muhasabah untuk diri sendiri

Buat lelaki yang bergelar suami, hargailah isteri anda. Korang patut bersyukur sebab diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmat hidup berumahtangga, sedangkan ramai lagi kat luar sana yang hidup sendirian. Tak payah nak disorok status diri yang dah berkahwin, tak usahlah nak jual minyak merata tempat. Tak perlulah nak ikut sunnah beristeri lebih kalau diri tak mampu. Masalahnya kalau pasal poligami ramai je yang nak ikut sunnah, tapi tang tanggungjawab semuanya ke laut! 

Personally, aku rasa punca perceraian yang tinggi akhir2 ni bukanlah disebabkan orang ketiga semata, tapi dari pasangan tu sendiri. Ramai yang berkahwin tanpa faham maksud sebenar perkahwinan. Masih ramai yang berkahwin tapi tak tahu tanggungjawab selepas berkahwin. Kalau rasa tak sanggup dilukai, janganlah pulak kita nak lukakan hati dan perasaan orang lain. 

Maaf kalau ada yang terasa. Bukan niat nak menunjuk baik. Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan dari pengalaman yang aku lalui.

 

10 comments:

  1. Orang2 single selalu dilabelkan sebagai org ke-3 ... no matter how to avoid, mesti ade yg penah terkena ( me included ) ... so the best way is, i dun make friends with married guy.. Period... :)

    ReplyDelete
  2. nice one anne...

    totally agree. mmg kebanyakan lelaki suke test market..sy pernah kenal sorg bro ni blk dr UK dulu..keje kt MARA..actually die ni same flt pg n balik...tp mase blk tu tegur2 kt epot..die bg namecard..smp jer wife die tggu kt epot..

    ade satu time tu sy tanye die kot2 ade keje kosong kt mara..biase2 jer..lps tu ade skali die sms sy pkl 12 tgh malam? ape motif wei?

    sejak saat n detik itu, sy xpernah nak msg or cntct lgsg ngn die..sy dh rase sumting fishy..

    mmg klu yg single especially umur2 mcm kt ni, xdpt dinafikan mmg selalu kene kcu utk test2 market..

    sy pun hrp semoga dpt dijauhi dgn perkara2 mcm ni..xblh nak salahkan satu pihak jer..

    xdpt dinafikan juga, ada jgk kaum2 kt ni..yg muda2 ni..sebab akalnya masih pendek, mahu lelaki yg sng lenang, yg terjamin hidupnya..(selalunya ada pd laki org)..bkn bt cerita, pernah dgr di radio yer..

    slalu lelaki yg muda2 ni, xsuka dgn komitmen, xpuas enjoy, xde duit, xde responsible..tu yg bt gadis2 tertarik dgn laki org...lg satu, laki org mmg tahu kelemahan pompuan ni..especially yg blm kawen..

    maafkan sy juga klu ade yg terase...sy sama jg lbh krg mcm anne, xberapa nak cantik, perangai pulak ntah ape2 (kdg2 org kt mcm tomboy sbb brutal sgt)..so godaan or cobaan agak kurang lut..

    ReplyDelete
  3. Azra,

    betul tu, org single mcm kita ni selalu jadi mangsa.. walhal bukan kita yang memburu pun.. i still make friends with guys regardless of their status, tapi awal2 lagi memang saya dah letakkan barrier as precaution... i do have some experience.. =)


    Normi,

    jadilah yg pertama dan terakhir... =)


    baya,

    kan? lelaki yang dah kawen ni kdg2 tu yang mulakan.. pastu apa2 jadi nak salahkan perempuan plak..

    pengalaman mematangkan kita, jugak lebih berhati2 bila buat sesuatu tindakan tu.. apa pun jgn melulu salahkan org lain, check dulu kat mana silap diri sendiri..

    haha.. part last tu saya nak tergelak.. kdg2 tu untung jgk jadi org x berapa cantik ni, x payah nak pening2 kepala nak tepis godaan.. =)

    ReplyDelete
  4. anne,

    satu lg cara berpakaian jgk..dorg kan suka usha yg bergetah2 ni, sbb xde spare tyre kengkononnya..klu jns yg simple n selebek mcm sy ni..mgkn xlalu kot nk tgk...haha..

    nk kawan boleh tp put barrier..kt ni xdpt lari berkenalan dgn kaum2 lelaki org ni..cuma kene jg pergaulan n pembawakan diri...biar nmpk kt tegas so people will respect us...

    ReplyDelete
  5. baya,

    yup, u're right.. tak bersyukur namanya tu.. hehe.

    barrier tu penting supaya tak tersasar runway, hahaha... that is what i did for the past few years, sebelum hati mencair baik bekukan awal2.. harap2 tak akan cair walau jemur tengah tarmac sekalipun.. hehe =)

    ReplyDelete
  6. ni perkara biasa zaman sekarang. Masa bujang, susah hati bila nak kawin. Silap2 hari bulan terjebak dengan lelaki yang berstatus 'bujang 3'. Tapi... bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi dalam hal macam ni jangan hanya salahkan satu pihak aje. sbb yg selalu jadi mangsa org bujanglah. aduhai...

    Bila dah kawin susah hati nak jaga laki/bini pulak. Papepun jaga tepi kain sendiri dah la anne. hehe

    Semalam terdengar kata2 ustaz dalm tv, katanya "jangan bersedih kalau kita bujang dan ditakdirkan mati bujang kerana dipintu syurga nanti yang menanti kita ialah Rasulullah s.a.w. Tapi jgnlah pulak bila saya kata mcm tu yg bujang2 ni tak nak kawin. Niat utk berkahwin kena sentiasa ada sebab itu kan sunnnah Rasulullah" (sebak pulak masa tulis kata2 ustaz ni anne. haha. *tetiba)

    ReplyDelete
  7. susah jadi org bujang sebenarnya, apa yang kita buat selalu diperhatikan tanpa kita sedar. ada jugak yg melabelkan org bujang ni sebagai golongan terdesak, aduhai sedihnya rasa hati.

    cara saya fikir mungkin berbeza dgn org lain.. saya selalu ingatkan diri sendiri [harap2 tak akan terlupa] Allah cuma tak bagi peluang utk kahwin je, tapi nikmat lain punyalah banyak Allah bagi. lain org mungkin lain caranya..

    *terima kasih atas perkongsian.. =)

    ReplyDelete
  8. betul tu anne. agree with u! jadi sementara sihat ni nikmatilah apa yg Dia pinjamkan seadanya. perkara yg diluar pengetahuan/ kemampuan kita tu x payah sakit2kan kepala nak pikir. silap2 haribulan boleh gila kang. huhu

    teringat pulak 'dialog busuk' kita masa kat jogja tu kan? hahaha

    ReplyDelete
  9. nama je 'dialog busuk' tapi intipati nya harum mewangi, cewahh.. hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...