Thursday, January 31, 2013

day5 | temujanji dengan ratu

Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku tak boleh nak berlama2 telek bangunan candi yang masih tegak, separa roboh mahupun yang dah tersungkur rebah. Sebab aku ada temujanji dengan sang ratu. Alang2 aku ada kat sana, Ratu jemput aku dinner together2. Sambil menjamu selera bolehlah berdiskusi pasal masalah rakyat jelata kononnya. Pemimpin berjiwa rakyatlah katakan.

Masa nak tinggalkan Prambanan aku berdebar2. Dah lah first time nak jumpa ratu, jalan nak ke istana pun aku tak tahu. Pulak tu pegawai istana dah ingatkan, ratu nak jumpa sebelum pukul 5. Kalau tak makan angin ajelah, no dinner! Masa keluar dari parking lebih kurang 4.45, cuak weh!

Kali ni aku gagal jadi penunjuk arah yang bagus. Itulah, kalau awal2 dah riak memang second time hancuslah jawabnya. Kami dah terlajak dan terpaksa patah balik. Sebab nak kejar masa, kami merempit dengan jayanya. Kalau kamera AES ada pun, confirm tak dapat nak capture kitorang. Kejap2 aku belek jam... kejap2 belek jam. Aku rasa setiap setengah minit aku belek jam, kot2 lah jarum jam aku tetiba terlaju pulak. 

Bila nampak signboard dan kami dah mula masuk ke kiri, aku tarik nafas lega bila nampak pak cik guard yang masih ada kat situ. Kecewa hati aku bila dia kata pintu ni dah tutup. Tapiiiiii... ada tapinya lah pulak. Dia suruh kitorang masuk ikut pintu belakang, masih bukak katanya. Dan dia explain arah pintu belakang untuk kitorang. 

Jauh jugak kami merempit padahal aku bonceng kat belakang je pun, tapi taklah selaju tadi. Mata aku melilau kot2 ternampak signage untuk ke istana ratu. Jauh jugak dari tempat kami mula2 singgah tadi, barulah ternampak signage dan kami harus masuk simpang ke kiri. Dari sini memang kiri kanan lalu sawah padi dan rumah2 penduduk kampung. 


Bila tengok kaki langit dah warna macam tu, aku berdoa sangat2 supaya sempat jumpa sang ratu sebelum matahari tenggelam. Dari sini kami ambik simpang kiri lagi sekali dan ikut jalan kecik yang berliku2, celah2 rumah penduduk kampung. Jalan yang asalnya landai makin mendaki, kalau ada kereta lalu memang muat2 je sebuah. Yang lain2 kena megelak ke tepi.

Lega bila nampak pagar masih terbuka. Elok je Dewi berhenti kat tepi pondok pengawal, guard tu kata boleh masuk lagi. Tiket kami cuma Rp 25,000 seorang dan parking Rp 2000. Mesti dia ingat aku local, aku tak ada niat pun nak menyamar. Kalau foreigner macam aku standard entrance fee USD 13.00. Tapi ada pakej combine antara tempat ni dengan Prambanan atau pun Borobudur. Lagi murah kalau combine dari beli asing2. Valid untuk berapa lama tu aku tak pasti. 

Lepas simpan motor dan ambik tiket, kami berjalan ke tempat tujuan. Kedai2 yang meriah kat tepi2 tu kami pandang sepi je. Lepas guard guard yang lain kat entrance satu lagi check tiket dan bagi air mineral sebotol sorang, gratis katanya, kami menapak melangkah anak2 tangga menuju ke atas.

Apa? Jumpa ratu mana? Nak ikut? Aduyai... lupa pulak aku nak citer. Inilah bahananya kalau berkawan dengan semut. Aku sebenarnya nak jumpa Ratu Boko, meh aku nak citer kalau korang tak kenal. Sebelum tu korang kena baca kat sini dulu. Dah? Orait, jom daki anak tangga yang tak tinggi mana pun. Aku yang masih sakit2 kaki pun laju jugak menapak. Belah kiri ada pagar, pokok2 yang tak semak mana. Boleh nampak kampung2 kat bawah bukit sana dan nun di hujung sana boleh nampak Prambanan. Belah kanan pulak ada air terjun dan kolam kecil, kandang binatang rusa kalau tak silap aku yang tak menarik perhatian aku. Sebabnya aku lebih teruja nak jumpa sang ratu. 


Nampak tak tu? Aku dah terlebih teruja sebenarnya. Hari agak mendung, tapi aku tetap menaruh harapan. Pengunjung ramai jugak walaupun tak seramai di Prambanan. 


Ini gerbang atau gate yang kedua. Gambar atas tadi gambar dari jauh, nampak gate yang mula2. Belakang tu ada gate yang kedua. Nanti gambar bawah ada lokasi kedua2 gate ni.


Kalau tadi sebelum panjat anak tangga tu, sekarang dah panjat. Aku tak jelajah setiap inci kawasan ni, konon2 nak cari port terbaik untuk capture sunset berlagak macam  photographer professional, padahal hampeh campur pulak cuak tengok sekeliling. Kawasan ni luas jugak sebenarnya. 


Gate yang bawah belah kanan tu gate yang pertama, yang kat atas ni yang kedua. Posisi yang dipilih adalah dari atas candi pembakaran. Masa aku naik atas ni cuma aku dan Dewi je, tak lama lepas tu makin ramai pulak yang tumpang menyibuk.


Walaupun mendung, aku tetap menunggu dengan penuh sabar. Since Dewi kata terserah nak balik pukul berapa pun, aku lepak je lah atas ni. 


Dan lagi...




Bila keadaan makin gelap, cahaya lampu dari perkampungan dari bawah sana mula kelihatan. Teringat memori di bukit bintang. 


Bila keadaan semakin gelap, aku ajak Dewi balik. Sudahlah aku cuma tahu membonceng je, dari terang suasana dah jadi gelap. Kang jadi apa2 siapa nak tolong jawab? Walaupun masih terasa ralat dan tak puas sebab aku tak sempat nak jelajah seluruh isinya, aku harus mengalah. Mungkin ada rezeki boleh repeat lagi di lain kali. 

Perjalanan pulang lancar tanpa sebarang sesat. Aku mintak Dewi bawak aku dinner sebelum dia hantar aku balik ke hostel. Apa? Dinner dengan ratu? Ramai sangat orang, makanan semua dah habis masa aku sampai. Kecewa jugaklah, tapi tetap terubat sebab misi bertemu sang ratu tercapai!

Dewi bawak aku makan kat sebuah restoran ahlinya masakan ikan, katanya. Kami order Gule Ikan Utuh dengan Tomyam Ikan Utuh, itu je pun yang masih ada masa kitorang sampai. Tomyam dia rasa lain, tak sama macam tomyam kat Malaysia. Sudahnya aku ambik gule itu yang tekak aku boleh terima walaupun asalnya aku order tomyam. 



Ikan Utuh masak tomyam, belakang tu masak gule. Aku rasa ni ikan air tawar. Mula2 tu tekak aku macam refuse, tapi aku paksa jugak dengan hirup kuah banyak2. Akhirnya berjaya jugak aku habiskan. Kalau kat tanah air terchenta, memang aku rela tak makanlah. Tapi kat tempat orang, elok pulak jadinya. 

Lepas dah kenyang, Dewi hantar aku balik ke hostel. Dia pun memang nak singgah pulangkan helmet yang dipinjam dan jumpa kawan2 sebelum balik. Masa berjalan nak keluar dari parking area tu aku tanya dia. 

"So, how much should I give you for today?"
"I don't know. This is my first time."
"Here," aku hulur not merah sekeping.
"Are you sure you're giving me this?" Mata dia bersinar2. 
"Yeah, is it okay with you? Thanks for today."

Kami berpisah kat depan lobi. Aku sambung naik tangga ke tingkat atas dan dia ke kaunter. Aku rasa okay kot aku bagi banyak tu sebab entrance fee dengan parking aku yang bayar, dinner pun aku sponsor. Aku cuma nampak dia top up fuel Rp 10,000. Kalau aku ambik half tour pun lebih kurang tu jugak aku kena bayar. Apa pun aku happy untuk hari ini. Esok masih belum pasti tujuan yang sebenar. Kawan2 aku yang bertiga tu dah selamat sampai ke tanah air. Yang pasti tidur malam aku lena macam malam2 sebelumnya. 


5 comments:

  1. tak sampai 2 minggu pun, hehehe

    ReplyDelete
  2. anne, bestnya dapat peneman yang mcm tu.. dhlah tak kisah pasal masa dah tu tak kisah pasal bayaran... nnti kalau ade peluang repeat ke sana sy mmg berbagpacker habis-habisan macam awak =)

    ReplyDelete
  3. izza, mula2 tu saya cuak jugak masa dia offer. adalah fikir benda ntah pape. Alhamdulillah, lepas tu okay je. boleh je, bila nak repeat? jom.. hehehe..

    eh, kenapa saya tak boleh nk komen kat blog awak?

    ReplyDelete
  4. ntahla.. tak tau kenapa. huhu..kene tukar xleh pakai nuffnangX tu kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...