Tuesday, January 1, 2013

berakhirnya 2012, bermulalah 2013

2013 tak akan terlewat walau sesaat pun untuk menggantikan 2012. Terasa sayang nak ditinggalkan, namun tetap harus dilewati. Rasanya tahun ni paling banyak aku menghabiskan duit, tapi berbaloi2 dengan kenangan terindah. 

Alhamdulillah, berpeluang bertemu dengan kenalan baru dan hubungan silaturrahim itu masih lagi bersambung sehingga ke hari ini. Di tahun 2012 juga turut menyaksikan aku travel bersama kenalan baru, dan pastinya lebih banyak kenangan yang tercipta.

Tengah hari tadi aku baru je sampai dari Semarang, trip penutup untuk 2012. Inilah percutian paling lama yang aku buat setakat ni. Buat masa sekarang, aku belum ada mood nak ceritakan pasal perjalanan penuh liku tu. Jangankan nak bercerita, nak transfer gambar pun malas lagi.

Aku tak mengharapkan banyak benda untuk 2013. Aku memang tak pernah berazam untuk tahun baru. Sebabnya azam aku sepanjang masa, tak kira masa. Bila aku rasa perlu berazam, maka berazamlah aku. Cuma aku berharap 2013 ni, aku berjaya menamatkan study dan hidup aku akan penuh dengan warna warni. Mungkin aku terpaksa menghadkan ruang dan peluang untuk travel. Tapi bak kata adik aku, boleh ke nak rehat panjang? Macam tak percaya je.. hehe. Sesungguhnya sukar sekali. Kalau dah lalat berak kat tapak kaki dan kesan tu tak hilang, memang memanjang je tapak kaki tu gatal nak berjalan. 

Mungkin di tahun baru ni, ada di antara anda yang berhijrah ke tempat baru. Mungkin ada jugak yang akan bertukar status mahu pun bertukar kerja. Selamat tahun baru 2013 buat teman2 semua walau di mana jua anda berada. Semoga hari2 yang mendatang di tahun 2013 akan memberi sinar bahagia buat kita semua, ameen.

7 comments:

  1. happy new year end!!

    tidak kiralah apa jua azamnya selepas ini, moga semuanya akan berjalan dgn lancar :)

    ReplyDelete
  2. anne, harap tak terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru 2013!

    ReplyDelete
  3. Same goes to you, Nani.. tak ada terlambat atau tercepatnya.. hehe.
    =)

    ReplyDelete
  4. anne,

    selamat tahun baru...sorry lambat wish..nice knowing u anne...

    ReplyDelete
  5. baya,

    happy new year to u too.. semoga tahun ni lebih bahagia, ya..
    sama jgk, seronok jumpa & kenal kamu.. =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...