Thursday, January 31, 2013

day5 | temujanji dengan ratu

Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku tak boleh nak berlama2 telek bangunan candi yang masih tegak, separa roboh mahupun yang dah tersungkur rebah. Sebab aku ada temujanji dengan sang ratu. Alang2 aku ada kat sana, Ratu jemput aku dinner together2. Sambil menjamu selera bolehlah berdiskusi pasal masalah rakyat jelata kononnya. Pemimpin berjiwa rakyatlah katakan.

Masa nak tinggalkan Prambanan aku berdebar2. Dah lah first time nak jumpa ratu, jalan nak ke istana pun aku tak tahu. Pulak tu pegawai istana dah ingatkan, ratu nak jumpa sebelum pukul 5. Kalau tak makan angin ajelah, no dinner! Masa keluar dari parking lebih kurang 4.45, cuak weh!

Kali ni aku gagal jadi penunjuk arah yang bagus. Itulah, kalau awal2 dah riak memang second time hancuslah jawabnya. Kami dah terlajak dan terpaksa patah balik. Sebab nak kejar masa, kami merempit dengan jayanya. Kalau kamera AES ada pun, confirm tak dapat nak capture kitorang. Kejap2 aku belek jam... kejap2 belek jam. Aku rasa setiap setengah minit aku belek jam, kot2 lah jarum jam aku tetiba terlaju pulak. 

Bila nampak signboard dan kami dah mula masuk ke kiri, aku tarik nafas lega bila nampak pak cik guard yang masih ada kat situ. Kecewa hati aku bila dia kata pintu ni dah tutup. Tapiiiiii... ada tapinya lah pulak. Dia suruh kitorang masuk ikut pintu belakang, masih bukak katanya. Dan dia explain arah pintu belakang untuk kitorang. 

Jauh jugak kami merempit padahal aku bonceng kat belakang je pun, tapi taklah selaju tadi. Mata aku melilau kot2 ternampak signage untuk ke istana ratu. Jauh jugak dari tempat kami mula2 singgah tadi, barulah ternampak signage dan kami harus masuk simpang ke kiri. Dari sini memang kiri kanan lalu sawah padi dan rumah2 penduduk kampung. 


Bila tengok kaki langit dah warna macam tu, aku berdoa sangat2 supaya sempat jumpa sang ratu sebelum matahari tenggelam. Dari sini kami ambik simpang kiri lagi sekali dan ikut jalan kecik yang berliku2, celah2 rumah penduduk kampung. Jalan yang asalnya landai makin mendaki, kalau ada kereta lalu memang muat2 je sebuah. Yang lain2 kena megelak ke tepi.

Lega bila nampak pagar masih terbuka. Elok je Dewi berhenti kat tepi pondok pengawal, guard tu kata boleh masuk lagi. Tiket kami cuma Rp 25,000 seorang dan parking Rp 2000. Mesti dia ingat aku local, aku tak ada niat pun nak menyamar. Kalau foreigner macam aku standard entrance fee USD 13.00. Tapi ada pakej combine antara tempat ni dengan Prambanan atau pun Borobudur. Lagi murah kalau combine dari beli asing2. Valid untuk berapa lama tu aku tak pasti. 

Lepas simpan motor dan ambik tiket, kami berjalan ke tempat tujuan. Kedai2 yang meriah kat tepi2 tu kami pandang sepi je. Lepas guard guard yang lain kat entrance satu lagi check tiket dan bagi air mineral sebotol sorang, gratis katanya, kami menapak melangkah anak2 tangga menuju ke atas.

Apa? Jumpa ratu mana? Nak ikut? Aduyai... lupa pulak aku nak citer. Inilah bahananya kalau berkawan dengan semut. Aku sebenarnya nak jumpa Ratu Boko, meh aku nak citer kalau korang tak kenal. Sebelum tu korang kena baca kat sini dulu. Dah? Orait, jom daki anak tangga yang tak tinggi mana pun. Aku yang masih sakit2 kaki pun laju jugak menapak. Belah kiri ada pagar, pokok2 yang tak semak mana. Boleh nampak kampung2 kat bawah bukit sana dan nun di hujung sana boleh nampak Prambanan. Belah kanan pulak ada air terjun dan kolam kecil, kandang binatang rusa kalau tak silap aku yang tak menarik perhatian aku. Sebabnya aku lebih teruja nak jumpa sang ratu. 


Nampak tak tu? Aku dah terlebih teruja sebenarnya. Hari agak mendung, tapi aku tetap menaruh harapan. Pengunjung ramai jugak walaupun tak seramai di Prambanan. 


Ini gerbang atau gate yang kedua. Gambar atas tadi gambar dari jauh, nampak gate yang mula2. Belakang tu ada gate yang kedua. Nanti gambar bawah ada lokasi kedua2 gate ni.


Kalau tadi sebelum panjat anak tangga tu, sekarang dah panjat. Aku tak jelajah setiap inci kawasan ni, konon2 nak cari port terbaik untuk capture sunset berlagak macam  photographer professional, padahal hampeh campur pulak cuak tengok sekeliling. Kawasan ni luas jugak sebenarnya. 


Gate yang bawah belah kanan tu gate yang pertama, yang kat atas ni yang kedua. Posisi yang dipilih adalah dari atas candi pembakaran. Masa aku naik atas ni cuma aku dan Dewi je, tak lama lepas tu makin ramai pulak yang tumpang menyibuk.


Walaupun mendung, aku tetap menunggu dengan penuh sabar. Since Dewi kata terserah nak balik pukul berapa pun, aku lepak je lah atas ni. 


Dan lagi...




Bila keadaan makin gelap, cahaya lampu dari perkampungan dari bawah sana mula kelihatan. Teringat memori di bukit bintang. 


Bila keadaan semakin gelap, aku ajak Dewi balik. Sudahlah aku cuma tahu membonceng je, dari terang suasana dah jadi gelap. Kang jadi apa2 siapa nak tolong jawab? Walaupun masih terasa ralat dan tak puas sebab aku tak sempat nak jelajah seluruh isinya, aku harus mengalah. Mungkin ada rezeki boleh repeat lagi di lain kali. 

Perjalanan pulang lancar tanpa sebarang sesat. Aku mintak Dewi bawak aku dinner sebelum dia hantar aku balik ke hostel. Apa? Dinner dengan ratu? Ramai sangat orang, makanan semua dah habis masa aku sampai. Kecewa jugaklah, tapi tetap terubat sebab misi bertemu sang ratu tercapai!

Dewi bawak aku makan kat sebuah restoran ahlinya masakan ikan, katanya. Kami order Gule Ikan Utuh dengan Tomyam Ikan Utuh, itu je pun yang masih ada masa kitorang sampai. Tomyam dia rasa lain, tak sama macam tomyam kat Malaysia. Sudahnya aku ambik gule itu yang tekak aku boleh terima walaupun asalnya aku order tomyam. 



Ikan Utuh masak tomyam, belakang tu masak gule. Aku rasa ni ikan air tawar. Mula2 tu tekak aku macam refuse, tapi aku paksa jugak dengan hirup kuah banyak2. Akhirnya berjaya jugak aku habiskan. Kalau kat tanah air terchenta, memang aku rela tak makanlah. Tapi kat tempat orang, elok pulak jadinya. 

Lepas dah kenyang, Dewi hantar aku balik ke hostel. Dia pun memang nak singgah pulangkan helmet yang dipinjam dan jumpa kawan2 sebelum balik. Masa berjalan nak keluar dari parking area tu aku tanya dia. 

"So, how much should I give you for today?"
"I don't know. This is my first time."
"Here," aku hulur not merah sekeping.
"Are you sure you're giving me this?" Mata dia bersinar2. 
"Yeah, is it okay with you? Thanks for today."

Kami berpisah kat depan lobi. Aku sambung naik tangga ke tingkat atas dan dia ke kaunter. Aku rasa okay kot aku bagi banyak tu sebab entrance fee dengan parking aku yang bayar, dinner pun aku sponsor. Aku cuma nampak dia top up fuel Rp 10,000. Kalau aku ambik half tour pun lebih kurang tu jugak aku kena bayar. Apa pun aku happy untuk hari ini. Esok masih belum pasti tujuan yang sebenar. Kawan2 aku yang bertiga tu dah selamat sampai ke tanah air. Yang pasti tidur malam aku lena macam malam2 sebelumnya. 


Wednesday, January 30, 2013

day5 | merempit ke prambanan

Lepas berehat kejap dan solat aku turun ke bawah, bersedia untuk diculik dengan rela hati. Masa sampai kat bawah tu belum pun pukul dua. Aku just lepak kat sofa depan tu. PC pulak dari pagi tadi out of service, under maintenance. Aku pun ushar je lah orang yang lalu lalang kat depan sambil tunggu date aku muncul.

"Hi Anne, are you ready?"
"Yeah, sure."
"Come, I will get you a helmet. By the way, I'm not sure how to get there. Here's the map and bla... bla... bla..."

Aku pun ikutlah dia turun bawah ke tempat parking. Dia suruh aku tunggu je kat guard bawah tu lepas dia pinjamkan helmet untuk aku. Sempatlah aku belek2 map yang dia bagi tadi. Masa kami nak keluar dari hostel, nak tunggu jalan clear, sempatlah dia tanya guard kat situ. Dorang advice kitorang lalu ikut jalan luar, sebab kalau jalan dalam macet time kitorang keluar tu. 

Jangan tak percaya, aku memang penunjuk arah yang berjaya. Kami sampai di Prambanan tanpa sesat. Lepas bayar dan parking motor, kami berjalan ke entrance. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu. Mana boleh redah sesuka hati. Parking penuh, ramai betul orang datang ke mari. 

"Can you speak Indonesian language?"
"Sure I can."
"Saya belikan kamu tiket. Kamu tunggu di sini aja."

Aku bagi duit untuk tiket kat Dewi date aku namanya Dewi dan melilau kat sekitar tu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dah dia offer, aku tak tolak. Macam mana aku tak tolak bila dia offer nak bawak aku ke sini. 


Apa2 pun, kita tengok map dulu. Walaupun tak faham, buat2 faham ajelah. Aku cuma ke Prambanan dan Museum Arkeologi tu sahaja. Itu pun aku tak pusing habis masa kat Prambanan, sebab risau takut tak sempat nak ke next stop.


Ada surau disediakan untuk kemudahan pengunjung. Belah kiri on the way nak ke kaunter tiket. 

Lepas dah dapat tiket kami terus ke entrance. Aku tak ambik gambar sebab ingatkan tiket tu boleh simpan. Rupa2nya tiket local kena masukkan dalam slot dan tadaaa! Tiket selamat ditelan, maka tiada bukti untuk disimpan. Sedih, kecewa dan sedikit kesal di situ. Tapi sebenarnya aku lega jugak sebab tak kantoi. 


Tengah menapak ke temple, aku terdengar bunyi kompang bergendang bagai. Aku ajak Dewi meninjau. Katanya tu antara tarian Jawa. Lagu yang didendangkan pun dah lagu Jawa, memang aku tak fahamlah. Tapi diorang tu kusyuk je, sampaikan zip bag terbukak pun tak perasan. 


Orang memang ramai, rata2 warga tempatan. Masa ni aku buat derk aje bila ada yang offer nak ambilkan gambar. Nak ambik gambar pun susah, kena menyelit. Dalam setiap gambar ada cerita mesti ada yang enterframe. 

Sebelum aku bawak korang jalan2 cari makan meninjau senibina candi ni, eloklah kiranya kita berkenalan dulu dengan tempat ni. Aku malas nak cerita lebih2, so korang tengok je kat sini dan jugak kat sini. Korang boleh pilih nak bahasa apa, tersedia semuanya. Secara peribadi, aku tak setuju dengan Roro Jonggrang yang main kotor. Kesian dengan Bandung Bondowoso. Tapi nak buat macam mana, cinta tu subjektif, tak boleh dipaksa. 


Aku dah lupa nama2 candi ni semua. Ada yang tercalar hidung, walaupun masih tegak berdiri. Uniknya, setiap senibina antara candi2 ni berbeza. Ralit aku perhatikan walaupun aku bukan student architecture. 


Bukan setakat senibina berbeza, ukiran di setiap candi pun berbeza selari dengan cerita. Gambar bawah belah kiri, tu Candi Siwa. Candi utama dalam kompleks candi ni dan dipagar. Dalam satu2 masa cuma 15 orang je yang dibenarkan masuk. Yang beratur tunggu turn pun ramai, sudahnya aku skip sebab aku betul2 kejar masa. 


Kesan runtuhan akibat gempa pada tahun 2006 masih jelas. Ada yang berjaya diselamatkan dan ada yang tidak. 

Masuk dan keluar adalah melalui laluan yang berbeza. Sempat aku singgah ke Museum Arkeologi sebelum keluar. Aku tak berkesempatan ke Borobudur, jadi aku tak boleh nak compare antara keduanya. Bagi aku, Prambanan sesuai untuk family dengan anak2 kecil. Sebabnya lepas laluan keluar ada playground dan gerai2 yang berniaga makanan dan minuman. 

Kalau tak nak berjalan macam kami, ada kuda dengan bayaran tertentu dan jugak buggy bus. Tapi buggy tu nak kena tunggu sehingga penuh baru jalan, aku tak pasti pasal bayaran. Dah dekat dengan exit, ada kandang rusa. Kalau ada duit lebih, bolehlah beli kangkung bagi rusa makan. Lepas exit banyak kedai makan dan jugak kedai2 yang jual souvenir. 


Monday, January 28, 2013

day 5 | pagi yang malas

Bangun pagi aku sambung tidur lagi. Hari ni kemalasan berganda, lebih2 lagi aku keseorangan. Free breakfast kat rooftop pagi ni pun hangus. Lepas bersiap2 aku bawak baju kotor untuk dihantar ke laundry. Since 2 orang roommate aku check out hari ni, aku request kat kaunter tukar ke bed bawah. Tak payah lah aku paksa kaki aku yang masih sakit panjat ke katil atas lagi. 

Lepas singgah ke laundry, aku berkira2 nak ke benteng atau ke museum. Benteng lagi dekat, museum agak jauh, tapi menarik jugak bila ingatkan cerita Mas Lilik semalam pasal kepala patung bersalut emas yang masih disimpan di museum. Dalam pada campur tolak darab bahagi tu, aku singgah ke Popeye Chicken Express. Perut yang dah berkompang ni harus disenyapkan. Kang tak pasal2 ganggu orang sekeliling pulak. 


Seketul ayam, nasi dan teh O ais ni cuma berharga Rp 7000, tak sampai pun RM 2.50! Yang aku ambik ni aku lupa apa nama meal nya, yang pasti setiap meal tu ada nasi. KFC lagi best, tapi ayam ni pun boleh tahan jugak sedapnya. 


Akhirnya aku memilih untuk ke sini sahaja. Kebetulan lepas makan aku lalu ikut jalan dalam dan terus keluar ke Jalan Malioboro. Tiket masuk cuma Rp 2000.


Lepas bayar tiket masuk, korang boleh terus nampak lapangan ni. Aku mulakan dari sebelah kiri. 


Benteng Vredeburg ini telah dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan sewaktu pendudukan Belanda. Dalam ni banyak diorama berkaitan dengan sejarah Indonesia. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, ada 2 pilihan. Sama ada korang ke sana atau tanya je pada Cik Gugel, confirm banyak information yang korang boleh dapat.

Dah habis dan khatam pasal sejarah Indonesia matilah kalau ada yang tanya sebab aku dah lupa aku ke gerai kat tepi post office. Susah betul nak jumpa poskad, itu pun gambar langsung tak menarik mana. Nampak macam poskad lama. Beli lah jugak, tapi FM sampai sudah aku tak jumpa. Yang pasti key chain berlambak.

Aku tak teruskan ke museum sebab dah terlewat. Petang ni aku ada date nak ke Prambanan. Jadinya aku berpatah balik ke hostel.


Saturday, January 26, 2013

day 4 | malam yang sunyi

Lepas Pak Mur dan Mas Lilik dropkan Nani dan Izza kat Stasiun Tugu, tibalah giliran aku pulak untuk dihantar ke penginapan. Untuk lagi 2 malam yang berbaki di Jogja ni, aku dah booking EDU Hostel. Jenuh jugak lah dari stesen ketapi nak ke EDU Hostel, jalan macet. Lepas berkali2 berhenti tanya orang, akhirnya sampailah jugak ke destinasi. 

Masa check in tu aku mintak Mas Tio, staff kat reception carikan ojek untuk esok. Aku ingat nak tengok sunrise kat Punthuk Setumbu dan lepas tu ke Kinahrejo. Apa pun aku takde fixed plan, kalau ada rezeki aku, adalah. Aku janji akan confirmkan pasal ojek lepas balik merayau malam karang. Padahal masa aku sampai tu pun dah malam. 

Lepas rehat dan kemas apa yang patut, aku keluar ke Jalan Malioboro. Yogyakarta Backpackers yang kitorang stay masa mula2 sampai tu lagi dekat dengan Jalan Malioboro sebenarnya. Sempat aku singgah beli adaptor gara2 tertinggal. Jenuh aku nak fahamkan minah tu yang aku nak beli adaptor, dah tunjuk pun tak faham2 jugak. Last2 aku perasan nama yang tertulis kat kotak tu. Tapi aku dah lupa apa namanya.


Jalan Malioboro yang macet di malam sambutan Hari Natal.


Ramai yang berniaga di kaki lima Pasar Beringharjo, sesak dengan orang ramai. 

Aku tak berlama2 kat sini, tak sampai sejam pun. Aku cepat lemas kalau keadaan sesak. Sudahlah bunyi kenderaan yang tak putus2, dengan asap rokok yang berkepul2 di udara, nak bergerak pun susah. Ke kiri terlanggar orang, ke kanan pun sama. Kalau duk tegak macam patung cendana pun memang confirm kena rempuh. Sudahnya aku angkat kaki melangkah balik ke hostel. 

Masa aku sampai kat hostel, ramai betul orang kat lobi. Macam rombongan sekolah pun ada dan adalah a few yang tengah berurusan kat kaunter. Sementara tunggu kaunter clear, aku lepak guna internet. Dari 8 PC yang available, hanya 2 je yang serviceable. Dalam kecewa tu sempat jugaklah post blog dan check email. Sambil2 tu sempatlah ber'sms' dengan Zilla. 

Mas Tio yang aku dah janji masa check in tak dapat dihubungi. Call handphone tak berjawab, walkie talkie tak de respon. Aku dah kecewa. Aku mintak staff kat reception tu carikan ojek. Malangnya ojek ada tapi takde driver, macam mana aku nak bawak. Aku cuma tahu drive kereta dengan bawak kapal terbang je, tu pun lesen aku dah lama void. Dia bagi aku brochure hostel untuk short trip, tapi minimum 2 orang. Kalau sorang aku kena bayar for 2 person, tapi cuma selected places je. 

"I'm free tomorrow. If you don't mind, I can bring you," tiba2 je dia offer.
"What time do you free?" 

Aku dah mula nampak cahaya di hujung jalan. Pastu kami pun ding dong ding, tawar menawar, offer mengoffer. Aku suka sebab dia terus terang suruh aku bayarkan entrance fee untuk dia. Aku faham sebab gaji dorang pun kecik. 

"All right. Tomorrow at 2, I'll see you here. What's your name?" Baru nak tanya nama, hampagas betul! Hahaha.

Bila dah closed deal, aku naik ke bilik. Bilik aku ada 4 orang termasuk aku, 2 bed masih kosong. Lepas borak dengan dorang lebih kurang, aku pun ready untuk tidur. Aku masih tak ada plan untuk pagi esok lepas gagal dapat ojek for the whole day, depends jugak pada pukul berapa aku bangun. Bila dah sorang2 ni, aku memang redah je. 


Friday, January 25, 2013

day4 | edisi melawat kawasan

Tapi sayang... angan2 nak berehat2 sambil mengunyah kacang kat beranda telah dicantas! Pak Mur awal2 lagi ingatkan kitorang suruh bersiap cepat2, banyak lagi tempat yang kitorang nak terjah. Aku terlupa bahawa hari ni adalah hari terakhir aku kat sini, ingatkan masih lagi ada sehari dua. Aduhai, kalau hati dah suka memang terasa sayang nak ditinggalkan. 

Bila semua orang dah wangi, dan perut pun kenyang kami harus mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Pak Mur. Masa nak simpan kasut basah, aku terpandang sesuatu dalam plastik! Mas Lilik bawak rambutan untuk kitorang, segar dari pokok! Rezeki kami, Alhamdulillah. 

Kami dibawa ke Air Terjun Sri Gethuk. On the way tu aku terpukau dengan ladang jagung yang ditanam berselang seli dengan pokok kayu putih di kiri kanan jalan. Terasa seolah2 aku melalui ladang jagung kat US! Jauh sungguh angan2 aku, kan? 


Kami meyinggah ke sini dahulu, Gua Rancang Kencono sebelum ke Air Terjun Sri Gethuk. Tapi malangnya, kami tersilap timing! Dalam gua penuh dengan pelawat, terutamanya group anak2 sekolah yang buat lawatan. Lepas ambik gambar kami dibawa terus ke Air Terjun Sri Gethuk. Di dalam gua ini kononnya ada lorong yang menghubungkan Gua Rancang Kencono dan Air Terjun Sri Gethuk. 


Untuk sampai ke air terjun, kami harus berakit. Disebabkan kami ni VIP lah sangat, kitorang tak menunggu lama untuk dapat giliran. Ada dua pilihan, sama ada berakit rakit ke hulu, berenang2 ke tepian atau berjalan kaki. Dah tentu2 kitorang pilih rakit! Rakit ni cukup sempoi, tong biru dijadikan pelampung, alas papan dan keliling tu dipagar, takut ada yang terjatuh. Motor rakit tu aku rasa diorang guna motor pemotong rumput tu. Diorang ni agak kreatif dan utilize segala source yang ada.


Air Terjun Sri Gethuk, ada cerita disebaliknya. Orang memang ramai, nak bergerak pun susah. Lepas ambik gambar kami pun meninggalkan tempat ni.


Kalau tadi ke air terjun, sekarang kita ke pantai pulak. Pantai Sepanjang ni agak kurang pengunjungnya. Tepi jalan banyak pondok2 dibina untuk berteduh. Kat sini pengunjung tak digalakkan untuk mandi manda sebab banyak batu karang, tapi ada je yang mandi. Nampak tenang dan mendamaikan.


Tapi bila sesekali ombak rindu datang, boleh tahan besarnya. Pulak tu ombaknya berlapis2. Tapi aku tengok diorang ni steady je, setia menanti gitu. Eh, korang faham ke maksud ombak berlapis tu? Buat2 faham dah lah erk, hehe. 


Pak Mursidi di sebelah kiri, dan tentunya Mas Lilik yang belah kanan tu. Masa ni kitorang tengah tunggu makanan sampai. Mas Lilik gigih bercerita pasal Air Terjun Sri Gethuk, Gunung Api Purba yang banyak misterinya. Tak ketinggalan pantai yang kitorang jejak.


Ikan Kakap bakar, nampak simple tapi sedap sangat! Aku dan Zilla yang perabis ikan ni. Siap bertambah nasi lagi. Memang best, tambah pulak ada sambal belacan yang best tu, memang tak peduli orang yang lalu lalang lah. Sebenarnya aku agak cerewet pasal makan kalau kat tanah air, tapi bila time travel semua benda aku boleh telan tanpa ragu. Haa, jangan speku tak tentu pasal pulak. Tentulah yang aku makan tu makanan yang boleh dimakan. 


Di Pantai Krakal ni pengunjung lebih ramai berbanding Pantai Sepanjang. Pantainya pun agak landai, ombaknya lebih kurang seperti Pantai Sepanjang. Kami tak lama sebab ada lagi satu pantai yang nak dijejak sebelum dihantar pulang. 


Pantai Indrayanti; memang sesak dengan pengunjung. Nak parking pun seksa. Lemas, nak bergerak pun payah. Jadinya tak lama kami di sini, lepas ambik gambar kami terus balik. Sebenarnya Pantai Sepanjang, Pantai Krakal dan Pantai Indrayanti terletak sebaris dan dikenali sebagai Pantai Selatan tetapi terpisah, laluan masuk berlainan. 

Asalnya kami pernah merancang untuk berkhemah kat sini, tapi tak menjadi kenyataan. Awal tahun hari tu,  2 orang menjadi mangsa korban ombak ganas di pantai ni. Syukurlah sewaktu kami kat sana, tak ada apa2 yang buruk terjadi. Kalau korang perasan, dua gambar kat atas tu ada bukit bukit ke? dan ramai orang panjat ke atas sana. Aku kira view dari atas tu menarik untuk diabadikan. Tapi kalau crowd ramai sangat, tak selesa jugak.

Dalam perjalanan kembali ke Jogja, aku tertidur kepenatan. Kesian Pak Mur drive sorang2. Asalnya Pak Mur nak hantar Zilla ke terminal bas untuk ke Solo, tapi dek macet yang amat Zilla ditinggalkan di tepi jalan. Itu pun setelah Pak Mur dan Mas Lilik pastikan bas ke Solo memang ikut laluan tu. Zilla kami tinggalkan setelah Pak Mur dan Mas Lilik titipkan pesanan pada seseorang dan perjalanan seterusnya adalah menuju ke Stasiun Tugu. 

Masa ni aku dah mula terasa sedih, sebab harus terpisah dengan kawan2. Zilla akan ke Solo kerana besok paginya akan ambik flight balik ke KL. Nani dan Izza akan dihantar ke Stasiun Tugu, dorang ambik keretapi malam ke Jakarta dan petang esoknya baru dorang terbang balik ke KL. Aku akan sendirian menghabiskan saki baki hari2 terakhir di tahun 2012 di Tanah Jawa ini.


Tuesday, January 22, 2013

di sepanjang perjalanan

Kalau diikutkan rekod, aku lebih banyak travel dari balik kampung. Bukan sebab tak suka balik kampung, tapi tak suka nak drive berjam2. Pastu kalau terlaju mesti dapat surat cinta, confirmlah duit terbang melayang. Kalau seringgit dua tak apalah jugak, tapi sekali bayar dah boleh cover tiket flight masa Pak Tony buat promosi. 

Ahad lepas aku ponteng kelas belah petang dengan izin lecturer dan terus shoot balik kampung. Kalau diikutkan aku nak balik time CNY awal bulan depan, tapi malangnya aku kena cepat sebab nak kena settlekan isu tertangguh. Perjalanan balik aku memang betul2 ikut peraturan, patuh pada speed limit. Malam baru aku sampai.

Pagi Isnin aku sibuk ke sana ke mari, settlekan apa yang patut. Dan aku pun baru tahu rupa2nya cukai pintu boleh dapat exception kalau tak duduk kat rumah tu. Haa... lepas ni kalau ada tuan rumah yang biarkan rumah tu kosong tak berpenghuni boleh lah mintak exception. Aku ingat petang tu nak keluar carik satar dan keropok lekor, tapi tak adanya sebab hujan.

Pagi tadi dalam pukul 11 baru aku bertolak balik ke Sepang. Mengantuk tak usah ceritalah, sudahnya speed limit pun aku redah je. Bila dah tak tahan mulalah aku menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang.


Cuaca kejap mendung kejap hujan memang memberatkan matalah. Asyik nak tertutup je, haish! Nampak bukit berkabus tu, itulah antara punca aku mengantuk yang amat hari ni.




Lepas tol Karak jalan masih basah, hujan baru berhenti. 


Keluar dari terowong kat Genting Sempah, awan cantik menyambut. Tapi gambar ni aku ambik bila dah lepas jalan yang berliku2 tu. 


Sempat aku singgah beli satar sebelum melangkah sempadan meninggalkan negeri Terengganu. Tapi rasanya tak best, bolehlah kalau sekadar nak hilangkan rasa teringin. Yang aku makan kat kedai tepi pantai Kemaman tu lagi best. 


Dan tak pernah lupa keropok lekor ni. Banyak sebab aku akan simpan untuk satu tempoh yang lama. Bila dah difrozenkan, memang berbulan lah boleh disimpan. Untuk orang yang dah lama teringin nak makan keropok lekor dan satar, selamat menjamu mata ajelah ye. Oh ya, kalau ada yang terliur tu, pandai2lah cari. Tak ada khidmat penghantaran. 


Thursday, January 17, 2013

day4 | menuju puncak

Sebelum masuk tidur malam sebelumnya, Pak Mur dah ingatkan kami trekking pagi esok bermula jam 4.30 pagi. Jadinya masing2 kunci alarm dan ingat mengingati supaya dikejutkan, risau kalau2 terbabas tidur. Pukul 3.25 aku dah terjaga sebab alarm, tapi duk berdolak dalih dengan Izza. Sempat lagi snooze alarm tu, bukan nak terus bangun!

Lepas basuh muka dan gosok gigi, which is aku rasa kami berempat takde sorang pun yang mandi pagi2 tu kami solat dan bersiap2. Kaki aku makin teruk sakitnya, dari betis dah naik ke peha pulak. Tapi aku cuba jugak buat2 gagah walaupun sebenarnya lembik. Kami sempat isi perut yang kosong dulu kat beranda. Perut mana boleh kosong, kata nak menuju puncak. 


Teh panas dan roti yang Ibu sediakan untuk kami. Alhamdulillah, teh panas di pagi yang sejuk memang best! Pak Mur tak join, masa kami turun ke bawah Mas Tri; adik Pak Mur dah siap tunggu kitorang. Kami berjalan kaki je, bolehlah warm up sebelum mendaki. Tengah2 berjalan tu, tetiba perasan ada orang lain join kat belakang! 

Rupa2nya Mas Lilik yang terlambat join kami. Masa kat kaki Gunung Api Purba tu, keadaan masih gelap dan masing2 bawak torch light untuk membantu sepanjang pendakian. Since kaki aku masih sakit, aku mintak Mas Lilik carikan tongkat. Mengada2 kan minah sorang ni, haha. Dia bagi aku buluh untuk dijadikan tongkat! Sayang... aku terlupa nak ambil gambar.. :(

Jenuh aku men'psycho' diri untuk ke puncak. Hampir2 aku give up di tengah2 pendakian, banyak kali jugak aku berhenti, jalan setapak dua, berhenti lagi sampailah kami dah hampir benar dengan puncak. Kesian kawan2 yang terpaksa bergerak perlahan sebab tak nak aku tertinggal kat belakang. Hampir sejam jugaklah pendakian kitorang ni. Laluan agak licin, jadinya haruslah extra careful. 


Masa kami sampai tu, dah ada group yang menanti kat atas. Aku rasa student, diorang berkhemah kat bawah tu aje. Sempat capture Merapi dari puncak ni. 


Awan tebal, matahari malu2 nak tunjukkan wajah. Namun begitu, tetap menawan.






Gunung lima jari. Kalau korang perhatikan betul2 bentuknya seperti jari2 dari tangan kiri. Sebenarnya ada kisah pasal Gunung Api Purba ni, memang banyak misteri dan ada dunia tersembunyi. Mas Lilik ada ceritakan pasal 7 kepala keluarga, tapi aku dah ingat2 lupa. Nak tahu? Haa.. korang gugel lah sendiri, malas nak menaip. 


Rasa macam berada kat atas dunia kayangan. Jauh betul berangan, haish! Tapi view kat sini memang superb. Walaupun sunrise suam2 kuku, tapi kabus ni betul2 cantik dan mendamaikan. Kat bawah tu sebenarnya kampung. 


Kat puncak ni memang keras! Berbatu dan kalau ada pun rumput je yang malu2 nak tumbuh. Pokok renek ke, pokok besar ke memang tak ada lah. 

Lama jugak kami kat atas tu, sempatlah melompat bagai berposing. Sungguh tak sedar diri walaupun kaki sakit! On the way turun, lalu kat sebelah khemah group yang kitorang jumpa masa kat atas. Bau maggie diorang betul2 buatkan kitorang rasa lapar!


Kalau masa naik tak nampak apa, gelap je sekeliling. Lain pulak masa turun. Lambat sebab banyak sangat pit stop, ambik gambar sana sini. Sempat capture pokok traffic light ni. Eh, aku saja suka2 bagi nama, bukan nama betul pun.


Kami menyinggah ke puncak yang lain pulak. Hijau mata memandang. 




Kena lalu celah batu besar ni. Masa naik tak nampak nak bergambar, gelap!


Jumpa bunga matahari tapi warna ni memang rare. First time jumpa. Kat kaki gunung memang ada mini taman bunga matahari. 


Ini yang biasa kita jumpa.

Lepas tu kami dibawa ikut jalan kampung, lalu kat depan rumah penduduk kampung. Ada yang menegur kami, nyaman je rasanya. Kami teringin nak makan rambutan, siap suruh Mas Lilik pergi tanya tuan rumah lagi. Masa Mas Lilik duk ushar tuan rumah tu aku teringat something.

"Eh, korang ada bawak duit tak? Kata nak beli rambutan.." 
"Tak adalah. Duit semua tinggal.."
"Habis tu, nak beli pakai apa?" Masing2 dah blur, sempat gelak pulak tu. Tapi bila Mas Lilik kata tak ada tuan rumah, aku rasa lega. Bila kat tempat orang, nampak rambutan pun sedap. Kalah orang mengidam, haish!


Bukan setakat padi, jagung pun banyak ditanam. Ada yang janggutnya warna kuning, dan ada yang warna merah. Aku tak tahulah pulak apa bezanya selain warna tu. Tak tahu sebab tak tanya.


Sawah lagi. Lepas tu kami dibawak ikut jalan short cut, lalu belakang rumah orang kampung.


Rumah Pak Mur tempat kami menumpang teduh. Pak Mur berdiri tunggu kitorang depan pintu, cuma tak pegang rotan aje, haha. Masa ni aku ada terfikir nak ambik gambar dengan family Pak Mur lepas dah mandi dan wangi2, tapi malangnya semua orang tak ingat!

Ingatkan kami boleh lepak2.. relax sekejap sebelum ke aktiviti seterusnya. Tapi....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...