Sunday, December 29, 2013

day1: dan kembara pun bermula

Nani akhirnya sampai tengah malam tu, sewaktu jam dah menghampiri 1 pagi. Flight delay dari KL lagi katanya. Kami kemudiannya turun ke level bawah, ambik teksi ke Hua Lamphong Railway Station. Since itu je lah pilihan kitorang. Sampai je kat stesen keretapi tu, masing2 cuak bila tengok ada sekumpulan polis depan main entrance. Bila tanya driver taxi, dia pulak tak faham. 

Dalam cuak tu rasa selamat pun ada jugak. Kami lepak kat depan tu, atas tangga. Polis yang tengah berkawal tu tegur kitorang, memang peramah dorang tu cuma masalah bahasa yang menjadi penghalang. Ingatkan dorang berkawal sampai pagi, rupa2nya kejap je. Sebelum dorang pergi dari situ, dorang suruh kami masuk ke dalam. Bahaya katanya kalau duduk depan tu, nanti bad guys datang. 

Pening jugak kami fikir macam mana nak masuk ke dalam, sebabnya semua pintu berkunci. Dalam pada kitorang mundar mandir tu, ada sorang mak cik datang. Dia secara tiba2 tunjukkan kami laluan ke arah belakang. Alhamdulillah, dalam keadaan macam tu Allah datangkan bantuan untuk kami. Rupa2nya bukanlah bahagian dalam stesen, tapi kaki lima. Cuma kat situ orang ramai sedang tidur, dan ada jugak yang berjaga. Kami ambik port tepi pagar, sandarkan backpack kat pagar dan lunjurkan kaki untuk berehat. Mula2 kami 'diganggu' oleh mak cik depan kitorang. Ntah apa2 yang dibebelkannya sambil pandang kitorang. Rengsa jugaklah kami, dah lah sepatah haram pun tak faham. Masing2 buat2 tidur.


Mak cik yang rajin bebenor membebel pagi2 buta. Tak ngantuk gamaknya. Sempat aku curi2 ambik gambarnya. Bila mak cik ni dah tarik selimut lepas berkawad keliling kaki lima, masalah lain pulak yang datang. Ntah dari mana datangnya tikus yang gemuk2, cuba nak selongkar beg kitorang. Ingatkan bila alihkan beg ke depan, selesailah masalah. Tapi tak adanya. Makin berani dia mencelah adalah.


Asal ada ruang yang agak tersorok dan tak mengganggu laluan orang, mesti jadi port untuk dorang tido. 

Sebab tak tahan dengan gangguan tikus, kitorang decide untuk pindah tempat. Elok je kitorang berdiri angkat backpack, nampak kelibat kawan2 yang lain baru sampai. Kami bertiga dari Suvarnabhumi dan mereka berlima dari Don Mueang airport, berjanji jumpa kat Hua Lamphong. Dah pindah tempat, masalah lain pulak yang timbul. Bila ditegur kami layanlah, tak naklah datang negara orang buat sombong pulak. Tapi bila dah melalut, semua buat muka bosan dan pura2 tidur. Lawaknya bila kitorang semua tak layan, macam2 bunyi dia buat nak tarik perhatian kami. 


Dah penat agaknya takde sambutan, pak cik ni tertidur jugak. 

Aku baru nak terlelap bila dengar bunyi wisel dan kecoh2. Rupa2nya pekerja stesen keretapi tu kejutkan semua orang, tak bagi tidur dah as they start their operation at 4 in the morning. Kami masuk ke bahagian dalam stesen bersama dengan penumpang lain.

  
Kaunter tiket nombor 7 je yang bukak pagi tu. Kami beli tiket train ke Lopburi untuk perjalanan pukul 4.20 pagi. Dek kerana nak mengejar train pertamalah kitorang sanggup bermalam di Hua Lamphong. 


Gerabak inilah yang akan membawa kami ke destinasi. Walaupun seat tegak dan keras, dengan cuaca sejuknya, lena jugak kami sepanjang perjalanan tu. 


Lucky enough, aku terjaga masa sunrise masih berbaki. Dalam train dah penuh sesak, mostly budak2 sekolah. 

Sewaktu tiba di stesen Lopburi, ramai yang turun termasuklah budak2 sekolah yang penuh dalam train tu. Lepas tinggalkan backpack kat stesen keretapi dengan bayaran THB10 per bag, kami berjalan keluar dengan daily backpack mencari solution untuk ke ladang. Pak cik pick up offer THB100 per person untuk return trip, tapi kami tolak. Kalau THB100 untuk semua harus kitorang ambik. Akhirnya kami naik bas ke terminal. Kelakarnya ada yang tambangnya THB8 dan ada yang kena bayar THB9. Punyalah susah cakap omputih tak faham2, sudahnya sorang cakap melayu, sorang cakap thai. Jumpa jugak tempat yang dicari. 


Terminal bas kat Lopburi yang tak ingat namanya. Bas nak ke sunflower farm tu kat parking lot nombor 20. Dah naik bas aku sambung tido lagi. Terjaga bila nampak belah kanan ada banyak ladang bunga matahari. Tak lama lepas tu driver bas berhenti betul2 tengah simpang dan kitorang turun. Driver dan konduktor bas yang baik hati tu bagitau kami suruh jalan ke dalam. 


Kat tepi ni pun ada ladang bunga matahari jugak.


Jumpa ladang kedua, masing2 berterabur ambik gambar. Bunga kat sini besar2 saiznya. 


Menariknya bunga matahari ni semuanya facing ke arah yang sama. Masa semua orang tengah excited bergambar kat sini, berhenti pick up kat tepi jalan. Tak lama lepas tu Zilla panggil kitorang naik pick up tu. Kami ditumpangkan dan dibawa ke ladang yang agak jauh dari situ, melalui sebahagian ladang yang dah diharvest sebelum masing2 wow sana, wow sini. 


Masih muda remaja, namun tetap indah.


Embun terakhir.


Aku lebih sukakan sunflower berbanding roses. Warnanya ceria berlatar belakangkan langit biru dan bukit. Tak puaslah mata memandang.




Melambai ditiup angin.

Masa aku dengan Pijah baru nak set up tripod untuk ambik gambar ramai2, dorang panggil bagi tau owner pick up yang tumpangkan kitorang tu dah ready nak hantar kitorang balik ke pangkal jalan main road. Masa awal2 tu semua teruja dengan bunga, langsung tak terfikir nak bergambar ramai2. Terus terbantut plan. Sama terbantut dengan plan nak beli kuaci. Mujur Irdhi ada beli, itulah yang kitorang kongsi ramai2. Tapi sayang, gambar kami dengan Tum owner pick up yang baik hati tak menjadi.


Kat tengah simpang inilah bas yang kitorang naik tu berhenti. Dan kitorang berjalan straight ke arah sana. Masa balik kami tahan tuk-tuk dan mintak dropkan kat stesen keretapi. 


Masa tunggu train untuk kembali ke Bangkok, kami disertai sorang ahli baru. 


Train balik ke Bangkok lebih selesa berbanding train ke Lopburi di awal paginya. Sebaik sampai di Hua Lamphong, kami dapatkan kepastian tentang train ke Kanchanaburi. Finally, kami sepakat untuk ambik mini-bus aka van. 


Sebelum tu kitorang isi perut yang kelaparan kat sini dulu. Tak jauh dari stesen keretapi, kedainya belah belakang deretan kedai makan tepi jalan tu. Kalau keluar dari main entrance stesen keretapi, hala ke arah kiri. Di antara deretan kedai makan tu ada lorong kecik, masuk lorong tu dan belok ke kiri. Kedainya belah kiri, di antara deretan kedai2. Lepas dah kenyang, kami kembali ke Hua Lamphong untuk ambik MRT dan tukar ke BTS di Sala Daeng untuk ke Victory Monument. 


Mini-bus aka van yang bawak kitorang ke Kanchanaburi. Perjalanan dalam 3 jam dan boleh jadi lebih lama, bergantung pada keadaan trafik. Dah sampai kat Terminal Bas Kanchanaburi, kitorang ambik pick up ke guesthouse. Kat sini pun ada drama sebenarnya, perjalanan penuh drama betullah.


Bilik kitorang floating, kami menginap di VN Guesthouse. Bilik luas untuk 2 orang, ada water heater, table, kabinet dan rak. Kipas kitorang on kejap je, aircond langsung tak guna. Sejuk! Cuma sayang bilik kitorang tak mengadap ke arah open lake. Pun begitu, tetap jugak melepak, layan perasan kat beranda.  


Friday, December 27, 2013

ke bangkok akhirnya

Aku sebenarnya dah lama plan nak ke Thailand, fly from KL to Chiang Mai dan turun ke selatan by land. Tapi asyik tertangguh je sebab macam2 hal. Bila Zilla email tanya nak join tak trip ke Bangkok, aku terus say yes bila tengok date. Masa nak booking tiket pulak kecoh je, excited semacam sampaikan tersilap click time departure. Bila dah settle bayar semua baru perasan. 

Lebih kurang 3 minggu sebelum kitorang terbang, Bangkok bergolak lagi. Masing2 tak senang duduk, berharap dan berdoa agar semuanya settle sebelum kami tiba. Since tiket dah beli, aku tetap nak redah walaupun sengsorang kalau dorang tak jadi pergi. Tapi syukurlah bila Bangkok kembali aman dan masing2 kembali bersemangat.

Lepas kerja petang Rabu tu aku ke airport dan flight aku ke Bangkok pukul 6.05 petang. Masa Nik whatsApp kata dah sampai kat airport, aku kat rumah lagi, tengah bersiap. Konon nak packing malamnya, tapi takde maknanya. Sampai pukul 1.00 pagi aku termenung, tak tau nak packing apa. Tapi bila packing last minute sebelum ke airport, tak sampai 10 minit dah siap.

Aku dah web check-in siap2 dari rumah. Tapi punyalah lama queue untuk drop baggage. Counter service slow yang amat! Memang takde ciri2 Malaysian Hospitality langsung. Bukan aku je yang rengsa, passenger lain pun sama rengsanya menunggu giliran.


Sungai yang bengkang bengkok dari udara, yang tak diketahui nama dan lokasinya.


Chicken beriyani yang tak sedap. Sebab lapar habis jugak aku bedal. Pastu sambung layan tengok movie yang outdated.

  
Sunset.


Awan nano time sunset.

Alhamdulillah, flight safely landed at Suvarnabhumi International Airport, Bangkok on time. Since kitorang ada banyak masa lagi sementara tunggu Nani sampai, tak adalah nak cepat2. Semuanya dilakukan dengan slow motion. Once dah settle semua urusan, aku ke information counter to confirm about transportation to Hua Lamphong Railway Station. Nampaknya teksi ajelah harapan kami kalau dah melepasi jam 12 tengah malam.

Kat airport tu jugak aku beli simkad Thai, dah serik aku guna roaming sebabnya bila balik Tanah Malaya bil telefon aku melambung. Kadang tu bil lagi banyak dari tiket flight. Dah settle urusan kitorang ke surau, selesaikan urusan yang tertangguh. 


Surau bahagian wanita. Hujung belah kiri tu luas jugak, lebih dari selesa kalau nak menumpang rehat. Belah kiri sebelum power point tepi tu adalah ruang tempat wuduk. Sebelah kanan partition tu pulak ruangan solat lelaki. 


Ruangan wuduk yang best! Aku suka sangat2.

Kami lepak dan rehat kat surau dan turun ke bawah around 11.00 malam. Nani patutnya sampai sebelum pukul 11.00 kalau flight on time. Lama kami menunggu kat bawah, sebelum tu aku sempat text-ed Nani yang kitorang tunggu kat information counter. Maka berulang alik lah kami antara 2 kaunter kat arrival hall tu kot2 Nani menunggu kat kaunter lain. Menjelang pukul 12 tengah malam, bayang Nani masih tak kelihatan. Walhal status flight kat display board tertulis landed. Bila call sama ada tak dapat atau tak berangkat. Risau jugaklah kami dengan macam2 andaian, haish!


Wednesday, December 18, 2013

trip penutup

Insya Allah, petang ni aku akan terbang lagi setelah berehat hampir 3 bulan. Penat rasanya bila dah lama tak keluar dari comfort zone ni. Kitorang akan bertolak dari airport yang berbeza, dan masa yang berbeza. Cuma yang pasti malam nanti atau awal pagi esok kami semua akan bertemu di stesen keretapi. Ada muka lama dan ada muka baru jugak. Mudah2an perjalanan kami berjalan lancar dan dirahmati Allah hendaknya.

Trip kali ni bolehlah dikatakan trip penutup bagi aku untuk tahun 2013 dan jugak sebagai reward di atas kejayaan aku hasil dari usaha yang tak berapa nak gigih selama 2 tahun. Semoga tahun depan dan tahun2 seterusnya langkah kaki aku akan lebih panjang dan lebih banyak peluang dan ruang untuk meneroka bumi Allah, insya Allah.


Sunday, December 8, 2013

auntie atau untie?

Auntie dan untie adalah dua perkataan yang hampir sama jika dilihat pada ejaannya. Tetapi berbeza dari segi sebutan dan jugak maksudnya. Dua2 betul, tak ada salahnya pun. Tapi kalau tersilap guna, maksud yang nak disampaikan dah lari. Auntie yang disebut sebagai anti bermaksud mak cik, manakala untie yang dibaca sebagai antai bermakna membuka ikatan atau meleraikan. Kan jauh beza tu.

Lately aku perasan ramai yang guna perkataan untie salah pada tempatnya. Patutnya gunalah perkataan auntie instead of untie. Aku faham, semuanya nak ikut arus kemodenan, apa kelas kalau nama dah glamour - Bella, Roxy tapi panggil mak cik. Lainlah kalau nama Bedah, Peah, nama2 yang takde kelas. Tapi kalau tulis Untie Bella, agak2 maksudnya mak cik Bella ke membuka ikatan Bella?

Mungkin orang akan kata, alah benda kecik pun nak kecoh. Lantaklah nak guna auntie ke untie pun. Bagi aku spelling dan pronunciation memang penting. Bukan takat Bahasa Inggeris, tapi bahasa lain jugak. Silap sebut atau salah eja boleh menyebabkan maksud dah lari. Sama jugak bila kita baca Al-Quran. Sebutan dan makhraj kena tepat, tajwid pun kena betul. Kalau tak sia2 je bacaan kita sebab maksud dah lari.

Aku bukanlah nak kata aku bagus, cakap omputih pun berterabur, jenuh nak kena kutip satu persatu. Masa zaman SPM dulu pun English aku dapat 7 je, ngam2 paras hidung. Tapi tu bukan alasan untuk aku tidak belajar. Aku tetap berbangsa Melayu walaupun selalu berangan tak nak kawin dengan orang Melayu. Tetap bercakap guna Bahasa Melayu walaupun tetiba aku tak reti berbahasa Melayu bila naik angin. Dan aku tetap bangga bila anak2 buah aku yang ramai tu panggil aku Mak Teh, instead of auntie!

Apa pun bahasa yang korang guna, gunalah dengan betul. Baik dari segi ejaan mahupun sebutan. Aku takut kalau2 generasi akan datang dah tak reti nak berbahasa dengan betul. Kalau itu ditulis ittew, boring jadi bowink, bukan takat tergeliat lidah dan berpinar bijik mata, tapi peninglah nak hadam. 

footnote: entry ini bukan nak tunjuk pandai, bukan jugak nak perli atau mengata sesiapa. Sekadar renungan bahawa dalam pada kita mendakwa kita dah maju, rupa2nya kita masih terleka. Orang Melayu suka ikut arus kemodenan, itu bagus. Tapi yang tak bagusnya suka ceduk sana sini tanpa usul periksa, asal boleh je. 


Sunday, December 1, 2013

day12: lemas di bali

Masa alarm yang aku set berbunyi pukul 2.15 pagi, aku tak sure sama ada aku snooze kan atau aku off terus. Tapi yang pasti lepas tu aku lena diulit mimpi kot. Bila aku terjaga balik tengok dah 2.42 pagi. Gelabah aku, iyalah dengan beg yang belum dikemas, barang2 yang berterabur tak usah ceritalah. Cepat2 aku ketuk bilik sebelah, Dot dah nak siap masa tu. Aku suruh Dot turun dulu dan tunggu aku in case supir dah sampai sebelum aku turun since Zilla dengan Tasya tak join kitorang pagi tu. By the time aku turun bawah dalam pukul 3.15 camtu, supir tak sampai lagi. Legalah jugak sebab dorang tak perlu tunggu aku. Bila call supir, katanya dah dekat tapi tetaplah tak sampai2 jugak.

Around 3.30 am baru muncul. Lepas load barang2, aku ambik tempat kat seat belakang. Naik je kereta, belum bergerak pun lagi mood aku dah swing. Mana tak swing, belum sempat bontot kitorang cecah seat dia dah bising kata tak tidur lagi. What the heck! Dah memang ko dibayar dan awal2 lagi ko dah agreed with the plan, pastu nak komplen ko tak tidur. Masa tu jugak kitorang pesan suruh singgah kat mana2 untuk solat Subuh on the way tu since dia mengaku Muslim, haruslah dia faham dan tak perlu diingatkan pun patutnya. Since mengantuk aku membuta, sesekali terjaga kejap pastu sambung balik.

Kami semua terjaga bila supir kejutkan, ingatkan singgah musolla tapi rupa2nya dah sampai Lovina. Tengok jam, it's nearly to six. Bila kitorang tanya kenapa tak berhenti kat musolla masa on the way ke sini, selamba je dia jawab dia dah berhenti, tapi kitorang tidur. So, dia assume kitorang tak nak turun. Bila mintak dia carikan tempat untuk kitorang solat, dia bising2 sebab katanya dah lewat nak turun ke laut. Akhirnya kitorang tumpang solat kat post guard resort sebelah tu. Terima kasih Dot kerana sudi mengorbankan hampir sebotol air mineral pagi tu, jasamu dihargai.

Kononnya tak menyempat2 nak turun ke laut, tapi lambat jugak kitorang turun. Ingatkan takde dah aktiviti membasahkan pakaian, tapi awal2 kaki seluar dah basah dek kerana mengharung air laut sebelum masuk ke dalam bot. Bot kami pulak punyalah comel, kurus dan panjang. Papan tempat duduk kami pulak disusun melintang dinding ke dinding bot. 


Sebelum kami dibawa dengan bot. Masa ni dah banyak yang dah belayar ke laut lepas.


Pemburu dolphin di lautan.


Matahari mula muncul. Since bot tu amatlah payah dan tak selesa nak pusing ke belakang, ini jelah yang mampu aku capture. Time ni air laut pasang, basah jugaklah kami pagi tu disimbah air laut. 




Terumbang ambing tanpa haluan, pasrah dipukul gelombang.

Lama jugak kami menunggu sebelum tiba2 muncul dolphin di permukaan air. Masing2 menjerit seronok melihat aksi dolphin. Punyalah seronok, satu gambar pun aku tak berjaya capture. Boatman kitorang bagus jugak, berkejar ke sana ke sini memburu dolphin bila mana banyak bot2 lain dah kembali ke daratan. Aku puas sebab kali ni aku berjaya tengok live lepas terkuciwa dua kali sebelum ni.


Dalam perjalanan pulang ke daratan. Laut dah tenang masa ni, Alhamdulillah.

Sepatutnya lepas Lovina kami akan dibawa ke Bedugul, itulah yang dipersetujui sebelum ni. Tapi supir kitorang tetaplah tak nak bawak kitorang pegi Bedugul, macam2 alasan dia bagi. Dia terus je bawak kitorang ke Kintamani. Aku dah fed up, insist pun tak guna sebab dia yang drive. Last2 aku sambung tidur kat seat belakang. Aku bangun bila dah menghampiri Kintamani. 


Gunung Batur yang menjadi tumpuan di Kintamani, juga Gunung Agung yang diselubungi kabus, memang tak nampak apa lah. Gunung Batur ni boleh buat day trip kalau nak trekking. Pun ada danau jugak kat belah kanan tu, tapi aku langsung tak teruja. Sebabnya aku dah tengok yang lebih menarik di Rinjani, jadinya bila tengok yang ni biasa2 ajelah. Keterujaan tu dah takde.

Dari Kintamani kami dibawa ke Tegalalang. Nak masuk ke kawasan ni kena bayar Rp 5000 seorang, tapi resit yang diberi kat kitorang sekeping je, pulak tu tulis untuk parking. Confirm masuk poket sendiri lah tu. 


Paddy terrace yang menjadi tumpuan ramai orang. Bagi aku biasa2 aje. Aku dengan Dot turun ke bawah. Masa turun lajulah, masa naik semput jugak nak panjat anak tangga tu. Jaja dengan Zainur tunggu kat atas.

Dari Tegalalang kami dibawa ke Pasar Seni Sukawati. Kat pasar tu ada banyak kedai makan yang bertanda halal, maka kami pun tanpa was-was pilih kedai yang paling hujung. Tak nak fikir banyak, kang yang halal boleh jadi haram. Lepas makan kitorang bershopping, tak adalah shopping kaw2 punya. Yang penting kena pandai tawar menawar. 

Lepas Pasar Seni Sukawati aku tanya supir boleh tak bawak kitorang ke Tanah Lot sebab aku nak beli lukisan since yang aku jumpa kat pasar tu tak menarik dan mahal yang amat. Tapi bila ayat dia tu annoying giler, aku makin fed up. Last2 aku senyap kat belakang, lantaklah nak bawak ke mana pun. Yang pasti tempat yang dia bawak kitorang tu memang useless, tak bawak pun takpe. 


Akhirnya kami singgah di Masjid Inna Grand untuk bersolat, itu pun jenuh kitorang ingatkan. Ruang solat untuk wanita cuma kat sudut tu aje. Aku ingat nak try bakso yang pak cik tu jual kat depan masjid, tapi perut masih kenyang, so lupakan ajelah.

Masa naik kereta tu kitorang tanyalah kot2 boleh singgah kat tempat lain tak since awal lagi, flight kitorang pun malam karang. Tapi dia kata takes time nak ke airport, kurang2 dua jam kalau tak jam. Malas nak bertekak, aku tido lagi asyik tido je kan keje aku. Belum sempat aku nak bermimpi, Dot kejutkan kata dah sampai airport. Kata 2 jam, tak sampai sejam dah sampai, apa citer nih? Dah jelas dan nyata dia tipu kitorang. Masa nak say good bye dan dia mintak maaf, aku ada kata kalau aku tak nak maafkan macam mana? Memang berubah muka dia dan aku tinggalkan dia macam tu aje. Cuma aku dan Dot yang turun since Jaja dan Zainur still have few days kat sini.

Kitorang jumpa Zilla dan Tasya kat Burger King, melepak kat situ sambil tulis poskad untuk diri sendiri. Mamat sebelah kitorang tu banyak betul tulis poskad, a bundle of it! Nak je aku buat muka tak malu mintak satu, tapi aku tak buat pun, hahaha.

Pukul 8 lebih baru kitorang gerak ke departure hall, flight kitorang pukul 9.20 tapi delay lah pulak. In fact, semua flight delay regardless of the airlines. Sampai kat LCCT nearly 1.30 in the next morning. Tasya hantar aku ke KLIA, ambik kereta and drive back home. 

Well, Bali mungkin bukan untuk orang seperti aku. Atau mungkin jugak aku tak jumpa tempat yang boleh menyebabkan aku tertarik, yang ada wow factor. Aku lemas di Bali, di merata tempat ada bekas berisi bunga yang dorang sembah. Even dalam toilet pun dorang letak. Aku pening dengan baunya. No wonder lah Bali jugak dikenali sebagai Land of the God! Aku rasa kalau takde bekas tu aku tak lah lemas sangat.

Perjalanan selama 12 hari berakhir jua. Banyak yang aku kutip di sepanjang perjalanan. Banyak keindahan yang aku saksikan, sama banyaknya dengan ketakutan yang aku hadapi. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah mempertemukan kami dengan keluarga Mama Dedeh yang ramah dan baik hati. Pak Amin yang istimewa, walaupun bisu tapi kami tetap boleh berkomunikasi. Aku bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk melalui pengalaman ini. Sesekali bila teringat, aku akan sama ada tersengih atau gelak sorang2. Part sakit hati tu aku cuba padam, kalau boleh nak hilangkan terus dari senarai kenangan.


Wednesday, November 27, 2013

day11: harus berpisah

Kononnya kami berpakat nak bangun awal, nak kejar sunrise. Tapi masing2 sambung tidur lepas Subuh. Pukul 7 pagi kami semua dah ready nak keluar. Nama je pukul 7, tapi matahari dah terpacak dah. Turun ke bawah kami terserempak dengan Mas Anton, owner hotel ni. Dia yang layan kitorang breakfast pagi tu.


Donut ni sedap, tambah pulak berteman dengan kopi. Tapi sayang, tak dapat nak makan lebih bila Mas Anton kata itu je lagi yang tinggal. Lepas dah kenyang, kami ke pejabat pos yang tak jauh pun dari hotel tu. 


Pejabat Pos Labuan Bajo sunyi je pagi tu. Mujur ada kami yang memeriahkan suasana. Lepas tampal setem, dorang mintak mas pekerja tu stamping kat poskad dorang kat situ jugak, tanpa perlu dipos ke tanah air. Baik je brader tu layan kerenah kitorang. Tapi aku tetap nak pos macam biasa, sebab feel dia lain bila bukak peti surat ada poskad. Alhamdulillah, lebih kurang 2 minggu lepas tu aku dah terima. 

Lepas tu kami menyinggah ke kedai souvenir kat sebelah kiri dan kanan jalan, mencari kot2 ada yang boleh dijadikan ole2. Apa yang ada tak berjaya menarik aku untuk membeli. Nak beli t-shirt pun aku fikir berkali2, mana taknya mesti terpampang gambar komodo. Nak tengok pun aku dah seram, apa lagi nak pakai. Tidaklah jawabnya.


Anak2 Labuan Bajo, ceria dalam pakaian seragam mereka.


Labuan Bajo yang tenang. Aku rasa jalan ni adalah jalan utama kot, since banyak hotel dan tour offices. Sebelum pukul 10 tu kitorang balik ke hotel, get ready untuk ke airport since kitorang janji dengan Mama Dedeh pukul 10.


Hotel Komodo Indah, sempat stay semalam je. Overall, okay je. Nak naik ke bilik kitorang, kena naik tangga tu ke atas. Kat tingkat bawah ada jugak bilik, dan juga ruangan makan.


Never say maybe...

Masa kami turun kat bawah tu, Mama Dedeh dah ada. Tengah tunggu kereta yang akan hantar kitorang ke airport. Masa nak drop kunci takde orang kat depan, lama tunggu pekerja hotel tu keluar dari kitchen. Since Mama Dedeh tak hantar kitorang ke airport, so kat depan hotel tu lah kitorang berpisah. 

Airport memang sempoi dan koboi, as expected. Semuanya manual. Airport tak Rp 10k each person. Aku rasa bila airport baru siap nanti mesti airport tax naik. Flight delay, tapi tak lama sangat. Sempatlah aku ushar keliling, mostly yang kat boarding hall adalah bule.


MA 60, kapal buatan Xi'an, China. Alhamdulillah, kami selamat walaupun aku cuak jugak during the flight. Nampak pekerja tengah loading baggage dalam cargo compartment manually. Kali ni aku berjaya dapat duduk kat designated seat aku, tepi tingkap. So, cancel lah nak tido. Layan view dari atas lagi menarik.


Pulau kecil dan besar yang tak tahu nama.


Gunung Rinjani dari udara. Rindulah pulak dengan Rinjani. Hahaha, over sungguh!


Shortly before we landed at Bali Airport.

Since lama sangat nak tunggu baggage kitorang sampai, aku dengan Dot pegi solat dulu kat arrival hall tu. Tempat bocor sebelum ni dorang dah tadah dengan bekas, so kuranglah bau hapak dalam surau tu. Lepas dah settle semua urusan tertunggak, kitorang keluar dan supir dah sedia menunggu. Untuk perjalanan di Bali, semuanya Tasya yang uruskan.

Entahlah, awal2 lagi kami dah rasa something wrong dengan supir ni. Semuanya tak boleh dan tak tahu. Kitorang dibawa ke Tanah Lot untuk memburu sunset. Itu pun lepas dah singgah Tune Hotel untuk check in, tinggalkan baggage dan ambik Jaja. Sementara nak ke pantai, kami ushar keliling gerai2 kat situ. Banyak lukisan yang menarik dan aku rasa nak beli time balik nanti. Apa pun, layan sunset dulu.


Awan macam banyak, tapi tetaplah gigih menanti. Kebetulan kami dapat port yang menarik, nampak macam takde orang kan? Tapii....


Tapiii... sebenarnya ramai je umat manusia.




Bila matahari dah betul2 beradu, tak ada apa yang nak ditunggu lagi.

Singgah di gerai2 yang ada di situ. Rupa2nya dah banyak yang dah nak tutup, ada yang tengah berkemas. Lukisan yang aku nak beli pun dah tak sempat. Tak pe lah, since aku ada esok sehari lagi, mungkin adalah rezeki aku nanti. Kalau tak ada, pasrah ajelah. 

Dari Tanah Lot kami dibawa ke Krishna, tak ada apa yang menarik pun bagi aku. Lukisan pun tak cun. On the way balik, supir dropkan kitorang kat simpang McD dan kitorang menapak ke KFC. Oh, KFC di tanah air terchenta lagi sedap!

Lepas makan kami jalan kaki ke hotel. Dah settle mandi semua, bukan nak terus tidur. Sempat lagi bersembang, pillow talk lah lebih kurang. Aku set alarm pukul 2.15 pagi sebab pukul 3.00 akan gerak ke Lovina. By the time aku nak tidur tu dah pukul 1.00 lebih, harap2 aku terjagalah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...