Sunday, December 9, 2012

terbakar di hati tak siapa yang nampak

Memang hati aku terbakar petang tadi. Sikit lagi nak berasap satu badan. Dengan hujan renyai2 di petang hari, aku bersemangat nak pergi makan tom yam kat kedai basikal bukan nama sebenar; nama tu aku bagi sebab ada kenangan semalam

Ada kereta keluar dari simpang dengan sederhana laju. Aku fikir mesti dia tunggu kat tepi tu sebab ada kereta. Tapi hampeh punya driver mangkuk hayun, boleh dia terus masuk lane kanan. Dah lah lembab macam tuttt!! Sikit lagi aku nak langgar dia. Masa tu memang aku hon dan menyumpah giler punya. Dah lah kat belakang ada kereta. Kalau aku brek mengejut confirm aku yang kena cium pulak. Nasib baik lane bertentangan tak ada kereta. Sempat aku cilok ke sebelah sana sekejap. Memang aku hangin dengan kereta Proton Saga warna coklat. Nombor plat aku cuma ingat WVT je, yang belakang tu aku tak sempat nak masukkan dalam kotak memori. 

Memang terbakar lah. Sumpah seranah berterusan, terus hilang selera nak makan. Padahal sepanjang jalan dari Nilai aku duk terfikir2 nak makan kat situ. Sudahnya sampai ke rumah aku duk memaki hamun lagi. Kalau ada yang nampak kebakaran kat dalam hati aku tu, mesti bomba pun takut nak padamkan. 


Tapi kalau terbakar macam ni memang orang boleh nampak. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku ke IOI Mall Puchong semalam dan aku nampak atap kedai ni terbakar. Masa api tengah marak aku lupa nak ambik gambar. Bila dah hujung2 baru teringat. 

Harapnya esok lusa terbakar kat hati aku dah boleh padam. Risau jugak kalau merebak ke tempat lain..


3 comments:

  1. jimmy,
    kalau ada asap pun sure padam kena simbah dengan hujan.. hehe.

    ijan,
    dah sehabis sabar dah ni.. hehe =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...